Tuesday 29 January 2013

9 Petua Awet Muda Cara Islam

Semua orang nak kekal cantik dan sihat….Awet muda bukan tujuan menidakkan fitrah kejadian manusia, peredaran masa yang sememangnya manusia semakin tua, yang telah Allah tentukan buat hambaNya. Kita tidak mengubah, tetapi memelihara atau menjaga serta mensyukuri nikmat Allah Yang Maha Pencipta.

Jika sayangkan sesuatu, sudah tentu kita akan menjaganya. Jadi kerana itu kita perlu menjaga kecantikan dan kesihatan tubuh badan kita dengan sebaik mungkin. Lihat di bawah, baca dan praktikkan. InsyaAllah pasti menjadi, yakin pada Allah dan pasang niat yang baik maka baiklah jadinya.

Petua Untuk Awet Muda Cara Islam

Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. 3 kali.

Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.

Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.

Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk.

Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.

Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.



Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum 3 teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.

Setelah itu, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.

Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS. Amalkan setiap pagi.

Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan. Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat.

Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air. Minumlah setelah setengah jam selepas makan.

Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.

Amalkan solat tahajud.
Sentiasa tenang dan bersikap positif.
Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.
Maafkan semua orang sebelum tidur.
Petua Untuk Awet Muda Cara Islam

Petua 1 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah kalian tu dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.

Petua 2 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, minum air dan biarkan ia di dalam mulut selama 10 saat dan sambil itu selawat 3 kali. Kemudian, baru diteguk. Air Liur ada enzim yang boleh jadi ubat.

Petua 3 : Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.

Petua 4 : Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.

Petua 5 : Untuk melihat wajah kita agak muda daripada umur kita, amalkanlah petua ini dengan jujur dan ikhlas. Senang sahaja, pertama, setiap kali selepas solat subuh bacalah surah yusuff, kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. Wajah kalian akan kelihatan muda daripada umur sebenar kalian.

Petua 6 : Hafalkan ayat 35 ~38 surah Al-Waqiah. Bacalah dalam hati setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.

Petua 7 : Amalkan bangun pagi dan mandi embun. Usap embun dari hujung daun pada wajah, rambut dan kulit badan. Khasiat air embun amat banyak. Wajah kalian akan berseri dan tubuh badan menjadi sihat serta awet muda.

Petua 8 : Amalkan mandi air telaga sulung iaitu air telaga yang diambil pada waktu pagi sebelum ada orang lain mengambilnya terlebih dahulu daripada kita. Mandilah sebelum air telaga itu ditimba orang. InsyaAllah wajah akan berseri dan badan sentiasa ramping. *ni kalau kalian ada air telaga la yer.

Petua 9: Muka kita biasanya akan berminyak selepas bangun dari tidur. Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan di letakkan di bawah mulut (dagu). Pusingkan jari kalian ke pipi, pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Lakukan setiap pagi di susuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sesekali mengurut wajah kalian dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.

Sunday 27 January 2013

Soalan Lazim ESP Shaklee


ESP Shaklee Perisa Apa?
ESP Shaklee berperasa Soya Vanila, tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna mahupun pengawet.

Boleh Minum Dengan Apa?
Boleh diminum begitu sahaja atau dicampur dengan minuman kegemaran, rasanya pun sedap.

Bagaimana Cara Minum ESP Shaklee?
Bancuh satu sudu ESP Shaklee dengan satu gelas air suam atau sejuk (JANGAN guna air panas), kacau atau shake hingga sebati, minum.

Selain Minum, Apa Lagi Boleh Dibuat Dengan ESP Shaklee?
ESP Shaklee boleh dibuat masker dengan mencampurkan ESP Shaklee dengan yogurt.

Ada Pantang Tak?
ESP Shaklee tidak boleh diambil bersama minuman berkafein dan teh, sila jarakkan masa pengambilan antara keduanya.

Satu Bekas 850g Tahan Berapa Lama?
Penggunaan normal biasanya tahan dua bulan.

Apakah Sukatan Harian ESP Shaklee Untuk Dewasa?
Sekali sehari sudah mencukupi untuk penjimatan, boleh ditambah kepada dua atau tiga kali mengikut keperluan individu.

Bolehkah Diminum Oleh Kanak-Kanak?
ESP Shaklee sangat sesuai untuk tumbesaran kanak-kanak yang sempurna.

Bagaimana Pula Dengan Orang Tua, Ibu Hamil, Ibu Menyusu, Bayi?
Sangat sesuai untuk semua peringkat umur, tidak digalakkan untuk bayi di bawah 12 bulan. Juga sesuai untuk alergik atau alahan.

Saya Ada Gastrik, Bolehkah Minum ESP Shaklee?
Sangat bagus dalam membantu menyembuhkan gastrik. ESP Shaklee juga boleh memberi kekenyangan dengan cara yang paling selesa, sesuai untuk diet menguruskan badan.

Selepas Pembedahan, Dalam Tempoh Berpantang, Gout, Diabetes (Kencing Manis)?
Juga boleh minum tanpa sebarang masalah.




Hubungi,
Zatul [886681]
011-12464564
adamshaklee@gmail.com
**COD bagi kawasan Bagan Serai, Parit Buntar, Nibong Tebal, Jawi, Taiping, Kuala Kangsar, Parit, Bota, Seri Iskandar dan Batu Gajah.  

Vitamin Shaklee Atasi Masalah Jerawat

Apa Itu Jerawat ?

Jerawat merupakan masalah kulit yang menyebabkan terhasilnya bengkak-bengkak pada muka, dada atau belakang badan. Ia kemudiannya membentuk jerawat putih yang kecil mengandungi nanah atau jerawat hitam atan bonjolan berwarna merah.

Apakah Yang Menyebabkan Jerawat ?

Gabungan faktor seperti genetik, hormon, bakteria, liang tersumbat dan keradangan akan menyebabkan jerawat.

Folikel rambut atau liang pada kulit mengandungi kelenjar sebum yang menghasilkan sebum (minyak). Semakin banyak sebum dikeluarkan, peluang untuk mendapat jerawat semakin tinggi. 

Apabila liang ini tersumbat dengan sebum dan keratin (sel kulit mati), jerawat hitam (komedo) akan terbentuk.

Jika liang yang tersumbat kekal tertutup dan ia membengkak, ia adalah jerawat putih.

Jika liang yang tersumbat kekal terbuka dan permukaan atasnya (pada kulit) menjadi gelap, ia dikenali sebagai jerawat hitam.

Dinding folikel mungkin boleh pecah lalu membentuk bonjolan merah.

Faktor-Faktor Yang Menganggu Kulit
  • Gangguan hormon disebabkan oleh tekanan psikologi dan prahaid.
  • Faktor persekitarannya seperti kelembapan yang tinggi lalu menyebabkan kulit membengkak, penggunaan kosmetik seperti sesetengah jenis pelembap, bedak asas dan minyak rambut, pekerjaan yang melibatkan minyak dan gris dan pakaian yang kasar.
  • Ubat-ubatan seperti pil perancang kehamilan dan ubat tertentu.

Tanda-Tanda Jerawat
  • Ruam kulit atau luka pada muka, dada, leher, bahagian atas belakang badan, bahu atau bahagian-bahagian lain. 
  • Jerawat putih atau jerawat hitam
  • Kulit disekeliling menjadi kemerah-merahan
  • Radang di sekeliling tompokan pada kulit
  • Tompokan pada kulit menjadi berkerak 
  • Kulit menjadi berparut
  • Pigmentasi

 

 Suplemen Shaklee untuk mencegah dan merawat jerawat :

  • Vitamin C
  • B Complex
  • Vitamin E
  • Carotomax
  • ESP
  • Collagen Powder 
  • GLA Complex
  • Alfalfa Complex    
 
Jika anda berminat, sila add FB saya Zatul Immah untuk bersembang secara langsung dengan saya,
 
atau 
 
LIKE page saya KEDAI VITAMINS

atau 

boleh call/WhatsApp saya, Zatul Jamal di 011-12464564



** COD bagi kawasan Bagan Serai, Parit Buntar, Taiping dan Nibong Tebal.    

Tuesday 22 January 2013

Cara Mengatasi Masalah Bayi Berkahak

BATUK dan selesema adalah dua masalah yang boleh dikatakan pasti berlaku pada setiap bayi. Tidak kira musim sejuk atau panas, simptom tersebut boleh menjadi kronik kepada kesihatan bayi kerana kesukaran mereka untuk mengeluarkan kahak dan hingus boleh menjadi punca penyakit seperti bronkitis atau brochospasm.

Saat masalah tersebut berlaku pada bayi, pasti ibu bapa akan berasa gusar kerana bayi belum mempunyai kepandaian untuk mengeluarkan kahak mahupun menghembus hingus mereka sendiri.

Sebab itulah ada ibu atau bapa yang prihatin sanggup menyedut hingus pada hidung bayi mereka kerana khuatir keadaan tersebut akan membuatkan bayi tidak selesa untuk bernafas.

Syabas kepada ibu bapa yang sanggup melakukan yang terbaik demi kesihatan anak mereka, tapi alangkah lebih bagusnya jika mereka mengetahui tentang teknik fisioterapi yang terbukti boleh memberikan bayi lebih kelegaan daripada masalah batuk dan selesema yang dihadapi.

Pakar Fisioterapi dari Pusat Perubatan Pakar Alpha, Siti Farah Aini Jamaludin berkata, bayi di bawah usia dua tahun memang kerap mengalami bronchospasm iaitu bengkak dan pengecutan dalam paru-paru.

"Simptom penyakit ini seperti batuk, demam, selesema dan sesak nafas. Penyakit ini boleh juga dialami oleh orang dewasa tapi lebih bermasalah jika ia menyerang bayi kerana mereka tidak berupaya mengeluarkan kahak sendiri," ujarnya ketika ditemui di klinik fisioterapinya di Pusat Perubatan Pakar Alpha, Kota Damansara, Selangor, baru-baru ini.
Pengalaman

Berdasar pengalamannya selama lebih tujuh tahun melakukan fisioterapi di pusat-pusat perubatan sebelum ini, kanak-kanak di bawah usia lima tahun sering berhadapan dengan masalah bronkitis atau bronkospasm.

"Ibu bapa biasanya akan merujuk anak mereka ke hospital apabila mendapati anak mereka menghadapi masalah pernafasan seperti hidung tersumbat, pernafasan berbunyi serta simptom seakan penyakit asma.

"Sebenarnya jika ibu atau bapa mempunyai sedikit ilmu fisioterapi, mereka boleh mempraktikkan kepada bayi mereka agar tidak mudah berlaku jangkitan lain terhadap bayi.

"Sebagai contoh, jika bayi mengalami hidung tersumbat dan batuk berkahak dan di rumah memang tidak mempunyai mesin sedut hingus, ibu bapa boleh mencuba teknik tepukan yang dinamakan percussion ke atas bayi mereka.

"Caranya mudah, pastikan bayi dalam posisi meniarap dan letakkan bantal di bawah perut, pastikan bantal itu tidak terlalu tebal. Kemudian condongkan sedikit posisi bantal dengan kedudukan kepala bayi ke bawah dan kaki di atas, pastikan kaki lurus.

"Ibu atau bapa pula bentukkan tapak tangan seakan cupping (lubang di tengah) dan gunakan kekuatan dari pergelangan tangan untuk menepuk perlahan di belakang bayi.

"Tepuk selama lebih kurang 15 minit dan beralih di kiri dan kanan tubuh bayi pula. Tujuan menepuk ini adalah untuk melonggarkan kahak di dalam paru-paru dan 15 minit selepas selesai menepuk, biasanya bayi akan batuk atau bersin dan sekali gus mengeluarkan kahak dalam bentuk muntah. Jika tertelan, tidak mengapa kerana kahak tersebut akan keluar menerusi najis mereka," jelas Siti Farah.

Siti Farah mengingatkan ibu bapa, sebelum memulakan teknik tepukan percussion ini, pastikan anak tidak minum susu sejam atau setengah jam sebelum bagi mengelakkan muntah.

Siti Farah berkata, bayi yang kesnya dirujuk ke fisioterapi oleh doktor, biasanya akan melalui fisioterapi pada bahagian dada.

"Ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor pula untuk melambatkan bakteria, manakala nebulizer adalah untuk membuka saluran pernafasan bayi yang sempit.

"Kombinasi tiga elemen iaitu ubat, nebulizer dan fisioterapi merupakan kaedah yang lazim dilakukan di hospital ke atas bayi yang menghadapi masalah tersebut," katanya.

Menurut Siti Farah lagi, apabila bayi diserahkan kepada ahli fisioterapi mereka akan dibedung dan teknik tepukan untuk melonggarkan kahak akan dibuat.

Selepas tepukan, mesin penyedut kahak akan digunakan bagi membantu bayi mengeluarkan kahak dan hingus mereka.

"Saya memang faham perasaan ibu yang menangis dan tidak sanggup melihat bayi mereka melalui prosedur tersebut. Tetapi ibu atau bapa perlu tahu, proses tersebut tidak menyakitkan ia cuma tidak selesa pada bayi dan kita sukar untuk mententeramkan bayi.

"Adakalanya juga ketika proses menyedut kahak dan hingus akan keluar bersama sedikit darah, ibu bapa jangan panik. Mereka perlu faham keadaan tersebut berlaku kerana saluran pernafasan anak terlalu sempit dan masih lembut.

"Apabila anak meronta, ia hanya akan menyebabkan kesukaran kepada bayi itu sendiri juga mendatangkan kerisauan kepada si ibu yang melihatnya," ujar Siti Farah.




Produk Shaklee Untuk Rawat Tonsil




Tonsil ialah sejenis tisu limfoid yang merupakan sebahagian dari sistem pertahanan badan. Tisu limfoid ini terdiri daripada sejenis sel dipanggil limfosit yang penting untuk bertindak melawan penyakit. Terdapat 3 jenis tonsil yang terdapat di rongga mulut:-

  1. Adenoids - tonsil yang terletak di belakang hidung
  2. Lingual tonsils - tonsil di belakang lidah
  3. Palatine tonsils - tonsil di tekak yang sedang kita perkatakan.

Apa Itu Radang Tonsil

Tisu limfoid adalah sebahagian daripada sistem kelenjar limfatik diseluruh tubuh dan kawasan usus yang boleh membengkak sekiranya ada jangkitan. Sebagai contoh kelenjar limfatik di leher, boleh membengkak sekiranya terdapat jankitan di dalam mulut misalnya. Pembengkakan ini adalah reaksi kepada jangkitan untuk menghasilkan lebih banyak sel untukmelawan penyakit.

Oleh itu, apabila terdapat jangkitan di dalam tekak, sebagai salah satu sistem limfatik, tonsil ini akan menjadi bengkak dan menjadi radang yang disebut tonsilitis atau radang tonsil.

 

Apakah Penyebab dan Gejala Tonsil

Tonsilitis boleh disebabkan oleh jangkitan virus ataupun jangkitan bakteria di dalam tekak. Jangkitan bakteria seperti streptococcus boleh menyebabkan tonsil bengkak dan bernanah. Jangkitan virus seperti Epstein Barr Virus, adenovirus atau measles boleh juga menyebabkan pembengkakan tonsil juga.

 

Antara Gejala Radang Tonsil

1. Sakit tekak yang kadang-kadang teruk

2. Tidak boleh menelan atau sakit bila menelan

3. Demam yang kadang-kadang sangat tinggi

4. Sakit kepala dan sakit-sakit badan

5. Suara garau atau hilang suara

6. Kadang-kadang ada bengkak pada leher

7. Mulut berbau busuk

8. Berdengkur waktu tidur

 

Komplikasi Radang Tonsil

Radang tonsil biasanya berlaku di dalam umur 3 tahun ke atas. Kanak-kanak berumur 2 tahun ke bawah biasanya jarang terkena tonsil ini walaupun tidak terkecuali. Paling kerap adalah berumur di dalam lingkungan 5-15 tahun.

Yang sering menjadi masalah kepada ibu-bapa ialah anak yang kerap demam akibat tonsilitis. Adakalanya setiap 2 bulan ibu dan bapa akan datang ke klinik kerana masalah ini. Ini melibatkan kos ubat dan masa.

Oleh kerana umur yang kerap terkena adalah dari golongan umur persekolahan, ada anak-anak yang terpaksa mengambil cuti panjang daripada persekolahan kerana masalah ini. Ini menyebabkan anak-anak ketinggalan di dalam mata pelajaran dan menyebabkan keputusan peperiksaan tidak beberapa memuaskan. Anak yang sering sakit akan berasa rendah diri dan pertumbuhannya juga boleh terganggu.

Tonsilitis kebanyakannya tidak merbahaya. Ada kes terpencil jangkitan bakteria yang menyebabkan septicaemia atau kuman yang merebak ke dalam salur darah. Ada juga yang mengaitkan jangkitan tonsil ini dengan penyakit Acute glomerulonephritis (sejenis jangkitan buah pinggang) dan rheumatic fever (penyakit bawaan sejenis bakteria yang boleh menyebabkan masalah jantung).

"Sleep apneoa" atau penyakit berhenti bernafas semasa tidur boleh disebabkan oleh pembekakan tonsil yang sangat besar sehingga mengganggu pernafasan. Biasanya ia dikaitkan dengan tidur berdengkur dan kesukaran bernafas semasa tidur.

Suplemen Shaklee Untuk Rawatan Tonsil
  • Vitamin C
  • Nutriferon (immune booster Shaklee)


Jika anda berminat, sila add FB saya Zatul Immah untuk bersembang secara langsung dengan saya,
 
atau 
 
LIKE page saya KEDAI VITAMINS

atau 

boleh call/WhatsApp saya, Zatul Jamal di 011-12464564



** COD bagi kawasan Bagan Serai, Parit Buntar, Taiping dan Nibong Tebal.    

Tuesday 15 January 2013

Set Resdung Shaklee

Apa itu Resdung ?

Resdung (sinusitis) adalah radang pada lapisan rongga hidung yang memiliki beberapa pasangan iaitu frontal, ethmoid, maxillary dan sphenoif.

 Tanda-Tanda Resdung

  • Hidung selalu tersumbat
  • Lendir dari hidung dan tekak
  • Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan diantara mata
  • Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
  • Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
  • Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya

 

Punca Resdung

  • Alahan. Iaitu terhadap jenis makanan tertentu, habuk, parasit (demodex) dan kutu.
  • Apabila anda mengalami alahan, daging yang bertindak sebagai penapis udara didalam hidung akan membengkak. Seterusnya, ia menyebabkan pergerakan udara tak dapat dikeluarkan. Kalau udara tu tak dapat keluar, ia pastinya akan terkumpul kat dalam tu. Kesannya, kulat akan tumbuh dan kawasan dalam hidung menjadi semakin membengkak. Anda yang pernah mengalaminya pasti tahu tahap kesakitannya.
  • Struktur hidung yang tidak normal, yang mungkin diakibatkan oleh tulang hidung retak atau patah ketika kemalangan boleh menyebabkan seseorang mendapat penyakit resdung. Bagi sesetengah orang yang mempunyai struktur tulang hidung yang " senget " tidak lurus (deviated nasal septum), risiko untuk mendapat resdung adalah tinggi.
  • Kerosakan atau sakit gigi di bahagian gusi atas boleh menyebabkan resdung. Kuman atau bakteria yang berasal dari kerosakan atau sakit gigi boleh merebak dengan mudah ke rongga sinus dan menyebabkan resdung. Hal demikian kerana kedudukan gigi gusi atas amat berdekatan dengan rongga sinus. Rongga sinus yang terdapat di dalam tulang pipi (dikenali sebagai maxillary sinus) merupakan rongga yang paling kerap mendapat sinutisis akibat kerosakan gigi.
  • Di samping itu kajian menunjukkan tabiat menyelam dan menyelam di air sungai atau kolam yang kotor serta laut yang tercemar turut menyumbang dan mengakibatkan penyakit ini.
  • Lebih parah lagi, resdung ni boleh merebak ke bahagian mata. Akibatnya, anda boleh hilang deria penglihatan dan ia juga boleh menjangkiti otak. Tetapi, resdung ni tak berjangkit kat orang lain atau diwarisi oleh keturunannya. 

 

Petua Mencegah Resdung

  • Elakkan daripada memelihara binatang berbulu kat dalam rumah seperti kucing dan arnab. 
  • Jangan menggunakan sarung bantal, cadar dan selimut yang diperbuat daripada bulu binatang. 
  • Ringankan tangan anda untuk membersihkan karpet/permaidani. Kalau perlu, gunakan penyedut hampagas (vacuum cleaner) yang berkualiti tinggi. 
  • Kalau anda nak mengemas rumah, pakailah penutup hidung. 
  • Minum air suam/mineral dengan kadar yang banyak. Bagus juga kalau anda amalkan minum sup panas. 
  • Selalulah mencuci dan menjaga kebersihan muka anda. 
  • Kalau anda ada alahan terhadap jenis makanan tertentu (contohnya makanan laut), janganlah makan makanan tu.

 

Set vitamin Shaklee untuk pesakit resdung :

  • Vitamin C
  • B Complex
  • Alfalfa Complex 

Berikut ialah FUNGSI SETIAP VITAMIN dalam SET RESDUNG SHAKLEE :

Bagi semua PENGIDAP RESDUNG di luar sana, saya syor-kan anda cubalah SET RESDUNG SHAKLEE ni. Insya-ALLAH, tak akan mengecewakan. Resdung saya dah sembuh, kini saya nak berkongsi kebaikannya dengan anda semua di luar sana.



Jika anda berminat, sila add FB saya Zatul Immah untuk bersembang secara langsung dengan saya,
 
atau 
 
LIKE page saya KEDAI VITAMINS

atau 

boleh call/WhatsApp saya, Zatul Jamal di 011-12464564



** COD bagi kawasan Bagan Serai, Parit Buntar, Taiping dan Nibong Tebal



Monday 14 January 2013

Shaklee Pilihan Tepat Kaum Ibu


Inilah pilihan lengkap untuk ibu dan bakal ibu. Pilihan yang penuh dengan segala nutrisi yang diperlukan oleh ibu dan bakal ibu terutama yang menyusukan bayi.


SET IBU MENGANDUNG (TRIMESTER I)

## VITALEA : dirumus khas dengan 28 vitamin-vitamin penting dan mineral perlu untuk kesihatan optimum dan tenaga
## B COMPLEX :  meningkatkan penyerapan asid folik dan mempunyai 8 jenis Vitamin B
## VITAMIN C : penghasilan kolagen - membina tulang rawan, otot-otot dan tulang fetus. Ianya juga mampu meningkatkan sistem imun dimana ia mampu lawan jangkitan dan penyakit (bagi wanita hamil, ibu yang menyusukan dan bayi)
## OSTEMATRIX : sumber semulajadi yang mudah serap, membantu mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dan menguatkannya, merangsang penyerapan kalsium dan mengaktifkan enzim yang membantu dalam pembinaan kepadatan tulang
## ESP :  blok-blok pembinaan asas ibu dan bayi, penghasilan susu ibu.

SET IBU MENGANDUNG (TRIMESTER II & III)

## SET IBU MENGANDUNG TRIMESTER I
## OMEGA GUARD EPA dan DHA dalam diet wanita hamil memberi kesan positif terhadap perkembangan kognitif dan visual bayi serta mengurangkan risiko alahan bayi

SET BERPANTANG

## SET IBU MENGANDUNG TRIMESTER I
## ALFALFA COMPLEX : digunakan secara tradisional bagi meningkatkan penghasilan susu ibu, menghalang masalah sembelit dan mengurangkan retensi air
## GLA COMPLEX : mengimbangi sistem hormon ibu selepas bersalin

 

 

Sunday 13 January 2013

Atasi Jeragat Dengan Produk Shaklee

Apa itu Jeragat

Jeragat adalah sejenis penyakit kulit atau nama saintifiknya Melasma. Kebanyakan penduduk Asia umumnya dan Malaysia menghadapi masalah jeragat. Kaum wanita lebih kerap mendapat jeragat berbanding kaum lelaki. Kawasan muka yang sering terlibat adalah di bahagian pipi. Namun ada juga yang yang mengalami di hidung dan dahi. 

Punca Jeragat 

>> terdedah kepada cahaya matahari terik
>> pengambilan pil perancang
>> penggunaan kosmetik yang tidak sesuai
>> keturunan

Cara Untuk Hilangkan Jeragat

1. Melalui Penjagaan Kulit Wajah - Salah satu rahsia kulit yang cantik ialah dari amalan membasuh muka yang kerap, paling minimum 2 kali sehari. Juga pastikan memakai toner dan pelembap sejurus selepas mencuci muka. Namun perlu dipastikan pembersih wajah, toner dan pelembap yang digunakan haruslah sesuai dengan kulit. Elakkan menggunakan produk yang boleh menyebabkan kulit wajah menjadi kering. Pemakaian krim pelindung kulit yang mempunyai SPF yang tinggi amatlah perlu sekiranya selalu terdedah dengan matahari.


2. Melalui Pemakanan Harian - Kulit yang sihat memerlukan pemakanan sihat. Banyakkan mengambil sayur dan buah-buahan segar setiap hari bagi memastikan kulit mendapatkan vitamin C dari sumber yang segar walau sedikit. Selain itu, pengambilan air kosong sekurang-kurangnya 2-3 liter sehari juga penting kerana membantu melancarkan darah dan menyingkirkan toksin dari tubuh.


3. Melalui Suplemen/Vitamin. Antaranya ialah :

> ESP - memastikan sel badan sentiasa sihat dan berganti setiap 21 hari. Ini kerana protein sangat-sangat penting dalam pembentukan sel-sel baru.
> Carotomax -
sebagai antioksidan yang penting selain anti penuaan dan membantu pengawalan pertumbuhan sel abnormal.
> GLA Complex - membantu keseimbangan hormon dalam badan.
> Vitamin C dan B Complex - kedua-dua vitamin ini sangat penting untuk membantu pembinaan kolagen.
> Collagen Powder - menyokong kecantikan dari dalam ke luaran dan mampu menghilangkan kesan jeragat lama    



Jika anda berminat, sila add FB saya Zatul Immah untuk bersembang secara langsung dengan saya,

atau 

boleh call/WhatsApp saya di 011-12464564

** COD bagi kawasan Bagan Serai, Parit Buntar, Taiping dan Nibong Tebal.    

Sharing is Caring