Saturday 23 February 2013

Kurus dengan OmegaGuard Shaklee






Kita sering dengar yang Omega Guard (Fish Oil) sangat bagus untuk perkembangan otak kerana mengandungi Omega-3 Fatty Acids yang menjadi sumber DHA dan EPA. Namun apa pula kaitannya dengan penurunan berat badan ?


Lemak jahat yang terkumpul di dalam badan kita memerlukan lemak baik untuk menguraikan dan membakarnya. Pengambilan lemak baik yang dimaksudkan bukanlah dari sumber seperti minyak masak, mayonis atau lemak haiwan tetapin daripada sumber pemakanan sihat seperti ikan salmon, sardin, walnut dan flaxseed. Salah satu lemak baik yang bermanfaat untuk tubuh badan kita ialah Omega-3 Fatty Acids

Testimonial Pengguna Berat Badan Turun dengan OmegaGuard Shaklee 

 "Nak share experience, 2 minggu ambil omega guard dan lecithin saya dapat turun 3kg walaupun tak sempat nak bersenam. Lengan pun jadi makin kecik. Lepas ni nak try ambil Herb Lax pulak."


Kenapa Boleh Kurus dengan OmegaGuard 


Omega-3 Fatty Acids mempengaruhi pelbagai jenis hormon yang dihasilkan oleh badan termasuk LEPTIN yang merupakan hormon yang penting dalam pengawalan selera makan dan metabolisme. Ianya dihasilkan daripada lemak di dalam badan. Leptin akan menghantar signal kepada otak untuk menghadkan rasa lapar. Semakin rendah paras leptin, semakin kerap anda akan berasa lapar.    



Hubungi,
Zatul [No.ID : 886681]
011-12464564
adamshaklee@gmail.com

**COD bagi kawasan Bagan Serai, Parit Buntar, Nibong Tebal, Jawi, Taiping, Kuala Kangsar, Parit, Bota, Seri Iskandar dan Batu Gajah 

Tuesday 5 February 2013

Tips Turunkan Berat Badan

Ok kali ini saya nak kongsikan cara untuk turunkan berat badan dengan cepat dan sihat. Seperti yang kita sedia tahu, ramai rakyat Malaysia telah mencapai tahap obesiti.

Berdasarkan statistik yang dihasilkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), seramai 29% penduduk dewasa mempunyai berat badan berlebihan dan 30% mengalami obesiti iaitu 8.1 juta rakyat Malaysia. Suatu angka yang begitu besar dan membimbangkan.

Berikut adalah beberapa cara yang boleh digunakan untuk menurunkan berat badan dengan cepat dan sihat.

1. Kunyah makanan lebih lama dari biasa. Ini akan membuatkan anda lebih cepat kenyang lantas akan mengurankan pengambilan makanan.

2. Kurangkan pengambilan makanan yang tidak sihat sedikit demi sedikit. 

3. Makan makanan yang kurang lemak. Kurangkan makanan yang mempunyai gula yang tinggi seperti air bergas, kuih-muih dan makanan ringan.

4. Jangan makan lewat malam. Jika anda tergolong dalam golongan ini, kurangkan pengambilan sedikit demi sedikit dan makan selewat-lewatnya 3 jam sebelum tidur.

5. Jika anda terbangun dari tidur pada waktu malam dan terasa lapar, minum air kosong atau makan sebiji epal atau pisang.

6. Jangan terlepas atau sengaja melepaskan waktu makan anda dengan tujuan untuk menurunkan berat badan. Anda hanya akan berjaya menurunkan metabolisme badan sahaja dengan cara ini. Langkah terbaik adalah makan 5-7 kali hidangan sederhana sehari.

7. Kawal nafsu makan anda kerana ia akan membuatkan anda makan lebih dari sepatutnya. Inilah sebabnya anda perlu makan 5-7 kali hidangan sederhana untuk mengawal nafsu makan anda.   

8. Jika anda masih gagal mengawal nafsu makan, anda boleh membeli minuman berprotein  dan memakannya di antara hidangan dua kali sehari iaitu antara sarapan dan makan tengah hari serta antara makan tengah hari ke makan malam.

9. Anda boleh makan pil kuruskan badan tetapi dengan syarat anda jaga pemakanan dengan cara yang betul dan sihat.

10. Buat senaman 'sit up' dan 'push up' setiap kali bangun tidur pada waktu pagi dan pada waktu petang  selepas balik kerja. Lakukan sebanyak 20 kali setiap set. Tambah jumlah 'sit up' dan 'push up' dari hari ke hari sehingga mampu untuk membuat 100 kali setiap set. Dengan cara ini, anda bukan sahaja boleh menurunkan berat badan dengan cepat, malah berpotensi untuk mendapat abs yang cantik berketul-ketul. 

Moga membantu !! :)

Set Kurus Shaklee Yang Istimewa

Ok jom saya ceritakan pula tentang vitamin untuk turunkan berat badan yang berlebihan. Vitamin Shaklee juga ada menyediakan set untuk golongan yang menghadapi masalah berat badan

Set Kurus Shaklee ini bukan ubat kurus ye. Semua produk Shaklee adalah vitamin semulajadi. Jom kita tengok produk-produk di dalam Set Kurus.

  
Jom saya kongsikan fungsi setiap vitamin di dalam set ini.

HERB-LAX :  Untuk memudahkan pergerakan usus dan menghindarkan sembelit, memudahkan fungsi usus, menghilangkan jeragat dan mengurangkan bau badan.

 

LECITHIN : Memecahkan lemak dan menolong mengurangkan berat badan, menurunkan paras kolestrol dalam serum dan menggalakkan fungsi optimum otak.

 

ALFALFA COMPLEX : Mengurangkan toksin dalam badan, merendahkan kolestrol, mengandungi enzim pentung untuk penghadaman makanan, kaya dalam nutrisi dan mineral surih dan melegakan rasa kebas dan sakit sendi.

 

VITALEA : Meningkatkan kecerdasan mental dan ketahanan dari jangkitan, menolong fungsi normal penghadaman dan selera makan dan penting untuk pertumbuhan sel dan pembiakan.


Set ini bukan sekadar untuk mengurangkan berat badan malah ianya juga mampu membuatkan badan kita sihat dan segar serta membantu mendapatkan berat yang ideal.



Hubungi,
Zatul [886681]
011-12464564
adamshaklee@gmail.com
**COD bagi kawasan Bagan Serai, Parit Buntar, Nibong Tebal, Jawi, Taiping, Kuala Kangsar, Parit, Bota, Seri Iskandar dan Batu Gajah   

20 Amalan Murah Rezeki

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:

1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu. (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)


2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.: “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)


3. Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.: “dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)


4. Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang.Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)


5.Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani,al-Asybahani dan al-Hakim) Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.: “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)


6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.: “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)


7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.: “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)


8. Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.


9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.


10. Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.


11 . Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda: “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)


12. Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)


13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad- Daruquthni dari Anas r.a.)


14. Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah


15. Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)


16. Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7). Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)


17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjernihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.


Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki. Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya `Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.


18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.


19. Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim). Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.


20. Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Firman-Nya: “Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).” (At-Thalaq: 3) Nabi s.a.w. bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at- Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)


Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3) Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.



Sumber: Oh! Islam

Monday 4 February 2013

Promosi Februari 2013 - Omega Guard Shaklee

Promosi yang dinanti-nantikan semua. Omega Guard Shaklee. Minyak ikan terbaik di dunia

Bestnya promosi kali ni kalau anda grab Promosi Beli 6 Percuma 1 ini, anda akan dapat :-
♥ membeli stok Omega Guard pada harga ahli
♥ peluang mendapat PERCUMA keahlian Shaklee
cash rebate bulan hadapan
♥ peluang jana pendapatan

Wooowwww !!! Sangat menarikkan. Hubungi saya untuk keahlian percuma dan untuk stok Omega Guard untuk anda sekeluarga.




Hubungi,
Zatul [886681]
011-12464564
adamshaklee@gmail.com
**COD bagi kawasan Bagan Serai, Parit Buntar, Nibong Tebal, Jawi, Taiping, Kuala Kangsar, Parit, Bota, Seri Iskandar dan Batu Gajah. 



   

Produk Shaklee Bantu Masalah Kesuburan

Setiap pasangan yang berkahwin semestinya mempunyai keinginan untuk mempunyai zuriat sendiri. Ramai pasangan yang telah lama menunggu beberapa tahun, tetapi masih belum lagi dikurniakan zuriat. 

Di Malaysia, perangkaan pasangan yang menghadapi masalah kesuburan sama dengan perangkaan di UK. Masalah ini adalah masalah yang biasa berlaku dikalangan pasangan yang baru berkahwin. Mereka rasa malu dan terpencil, tetapi harus mendapat rawatan dan nasihat.

Lihat testimoni di bawah yang mempunyai masalah kesuburan yang akhirnya hamil dengan mengamalkan GLA Complex Shaklee dan Energizing Soy Protein (ESP).

 
Kebaikan setiap produk Shaklee ini ialah :

GLA Complex - Mengandungi lebih 300mg GLA yang mana ianya adalah sumber terbaik Omega-6 dan digabungkan dengan minyak sunflower dan Vitamin E bagi meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya. GLA membentuk protaglandin untuk mengawal selia hormon lelaki dan wanita, memperbaiki simptom PMS, mengelakkan pertumbuhan cyst yang boleh menyebabkan kanser.

ESP - Kacang soya adalah satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavones, fungsinya bersamaan dengan hormon wanita. Ianya juga membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun, maka ia baik untuk kekal bertenaga.


Jika anda berminat, sila add FB saya Zatul Immah untuk bersembang secara langsung dengan saya,

atau 

LIKE page saya KEDAI VITAMINS

atau

boleh call/WhatsApp saya, Zatul Jamal di 011-12464564



** COD bagi kawasan Bagan Serai, Parit Buntar, Taiping dan Nibong Tebal.    

Eczema Pulih Dengan Produk Shaklee

Adakah anda atau anak anda menghadapi masalah eczema? Dah cuba pelbagai krim tapi hasilnya hanya sementara dan tidak pulih sepenuhnya? Lihat testimonial kanak-kanak yang menghadapi masalah eczema pulih setelah menggunakan Set Eczema Shaklee.


Fungsi Set Eczema Shaklee :


Omega Guard : Meningkatkan sistem imun. Kandungan EPA dan HPA dalam Omega 3 mampu memulihkan masalah eczema.

Vitamin E : Memulihkan dan mengurangkan parut di kulit akibat eczema

Multipurpose Herbal Blend Cream - Bantu pulihkan eczema

ESP : Menyuburkan kesihatan kulit, mengandungi anti-oksidan yang mempercepatkan proses pemulihan kulit. Protein adalah sangat penting untuk pembentukan sel-sel baru.


Jika anda berminat, sila add FB saya Zatul Immah untuk bersembang secara langsung dengan saya,
 
atau 
 
LIKE page saya KEDAI VITAMINS

atau 

boleh call/WhatsApp saya, Zatul Jamal di 011-12464564



** COD bagi kawasan Bagan Serai, Parit Buntar, Taiping dan Nibong Tebal.    

Tips Turunkan Kolestrol Dengan Omega Guard Shaklee

Menyentuh mengenai diet, tentunya tidak boleh lari dari berbicara tentang kolestrol. Ia berasal dari dua sumber iaitu kolestrol yang dihasilkan oleh hati dan sebahagian lain pula datang daripada sumber makanan seperti daging dan produk susu.

Kolestrol yang dibawa ke dalam darah dikenali sebagai lipoprotein sama ada kolestrol baik (LDL) atau kolestrol jahal (HDL). Kandungan kolestrol yang tinggi di dalam darah boleh menyebabkan terbentuknya jaringan nipis dan plak pada dinding arteri, sekaligus menyebabkan penyumbatan saluran darah.

Akhirnya ia boleh menyebabkan serangan jantung, strok atau masalah pembuluh darah yang lain. 

Untuk turunkan kadar kolestrol yang tinggi di dalam darah, ikuti tips di bawah :

1. Olahraga secara rutin sekurang-kurangnya 20-30 minit setiap hari
2. Mengambil produk tenusu yang rendah lemak
3. Mengambil daging tanpa kulit
4. Menggoreng menggunakan minyak zaitun atau minyak kanola
5. Amalkan minum jus tomato atau jus epal
6. Minum teh hijau bagi meningkatkan kolestrol baik (LDL) dan mencegah kolestrol jahat (HDL)
7. Mengambil makanan penurun kolestrol seperti bawang putih, tempe, teh hijau, buah anggur, epal, avokado dan beri biru.
8. Mengambil suplemen daripada minyak ikan omega 3

Suplemen Shaklee yang dicadangkan adalah OMEGA GUARD. Omega Guard Shaklee adalah minyak ikan terbaik di dunia. Ianya di ekstrak dari ikan laut air sejuk di perairan negara Jepun. Omega Guard merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang menganduingi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi. Satu sajian Omega Guard dapat membekalkan 905mg asid-lemak omega-3 EPA dan HDA.

Omega Guard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul untuk mengekstrak asid lemak omega-3 yang paling tulen dan paling semulajadi sementara menyingkirkan baha berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin dan PCB (poychlerinated biphenyl - merupakan bahan kimia industri yang sangat toksik).






Hubungi,
Zatul [886681]
011-12464564
adamshaklee@gmail.com
**COD bagi kawasan Bagan Serai, Parit Buntar, Nibong Tebal, Jawi, Taiping, Kuala Kangsar, Parit, Bota, Seri Iskandar dan Batu Gajah.    


  

Sharing is Caring