Tuesday 23 April 2013

Vitamin Shaklee Untuk Lelaki

Sepanjang menjalankan bizz Shaklee ni, ada juga customer yang bertanya "takde ke vitamin untuk lelaki" ? Eh.. eh.. mesti la ada. Vitamin Shaklee ni untuk semua tau.. seisi keluarga boleh amalkan vitamin Shaklee ni. Tidak terhad untuk kaum hawa je. Dari kanak-kanak berumur setahun sampai la ke dewasa dan warga emas. Sebelum tu mesti dapatkan konsultasi dari pengedar vitamin anda. 

Ok hari ini saya nak cerita tentang vitamin untuk kaum Adam. Tak kira la untuk abang ke.. adik lelaki ke.. suami ke.. tunang ke.. boipren ke heheh... 

Secara asasnya, vitamin yang sesuai untuk lelaki adalah : 



Monday 22 April 2013

Set Bersalin Shaklee - Terbukti Berkesan !!

Assalamualaikum !

Tempoh berpantang selama 44 hari terasa sangat lama bagi ibu-ibu yang baru melahirkan. Siapa yang pernah merasai pengalaman berpantang, pasti faham betapa letihnya badan selepas melahirkan. Terasa putus urat, badan terasa lemah akibat kehilangan darah semasa proses kelahiran dan emosi yang tidak stabil di tambah pula dengan ragam bayi yang kerap menangis di awal kelahiran. 

Dengan Set Berpantang Shaklee, keperluan tubuh ibu dapat dipenuhi. Berikut adalah fungsi setiap vitamin yang terkandung di dalam Set Berpantang ini.

Friday 19 April 2013

Hilangkan Kulit Kusam dengan ESP dan Collagen Powder Shaklee !!

Kulit kusam ??? Arghhh.... Mesti tension kan !! Jeles je tengok kulit orang cantik, cerah dan gebu. Lebih tertekan bagi yang bujang, apabila dah dekat dengan hari bahagia dalam hidup. Mestilah nak cantikkan.. Yang dah berkahwin, lagi penting cantik untuk suami. Dah cuba macam-macam produk pun hasilnya masih sama.. Ok, jangan sedih-sedih. Jom saya kongsikan apa yang Shaklee sediakan untuk anda yang inginkan kulit yang cantik, cerah dan gebu :)

Sebelum tu... Kita kaji dulu punca kulit menjadi kusam.

Thursday 18 April 2013

ESP & ALFALFA Shaklee - Kombinasi MILKBOOSTER Terbaik !!

Hai semua... dah lama saya tak kongsikan entry tentang set penyusuan kan. Ramai di kalangan ibu-ibu yang dah sedia tahu tentang set-set penyusuan yang terdapat di dalam Shaklee. Set-set penyusuan Shaklee adalah terbaik kerana ianya merangkumi suplemen untuk tenaga, kesihatan, kecantikan dan juga penyusuan (milkbooster).

Ok, kali ni saya kongsikan set penyusuan ESP dan Alfalfa Complex. Set ini sesuai untuk ibu-ibu yang tak suka makan banyak suplemen. Bagi golongan ibu sebegini, mereka hanya mahukan milkbooster sahaja. Jadi ESP dan Alfalfa Complex adalah pilihan yang tepat !!


Wednesday 17 April 2013

Vitamin E Shaklee Memang Best !!

Sebut je Vitamin E mesti ramai yang tahu vitamin ini sinonim untuk kecantikan kulit. Mereka yang pentingkan kecantikan menjadikan Vitamin E ini sebagai suplemen wajib untuk diambil. Lambakan Vitamin E di pasaran luar memerlukan anda bijak untuk memilih yang betul-betul terbaik dan semulajadi. Dan semestinya Vitamin E Complex Shaklee adalah suplemen semulajadi yang terbaik di dunia. 


Tuesday 16 April 2013

Cyst Kecut Dengan GLA Complex

Ovarian cyst biasanya dihadapi oleh wanita muda. Kebanyakan mereka didiagnosa mengalami Ovarian Cyst apabila mereka menjalani pemeriksaan utrasound ketika menghadapi masalah kesuburan. 

Ovarian Cyst sebenarnya adalah kantung yang mengandungi cecair berada dalam kilang telur ovari. Cecair itu boleh jadi cair seperti air, pekat likat dan ada kalanya mengandungi tisu-tisu seperti rambut dan gigi. Ia juga mempunyai saiz yang berbeza-beza.

Ovarian Cyst yang normal akan membesar dan pecah akan mengeluarkan telur ovum ketika ovulasi. Cyst yang pecah ini dipanggil follicle. Jika cyst ini tidak pecah, saiznya akan bertambah besar dan dinamakan functional ovarian cyst. Ia tidak merbahaya jika saiznya tidak terlalu besar. 



ESP Shaklee Sembuhkan Gastrik

Bila dengar je perkataan GASTRIK mesti jadi seram sejuk heheh... Yang dah alami gastrik ni tahu la macam mana rasa sakitnya penyakit gastrik ni kan. Untuk yang tidak mengetahui apa itu gastrik.. Jom saya kongsikan info tentang penyakit yang berkaitan dengan perut.

APA ITU GASTRIK ?

Gastrik dalam istilah perubatan dipanggil Gastritis. Gastritis adalah keradangan pada lapisan perut. Ia boleh berlaku secara tiba-tiba dan dalam jangka masa pendek ataupun secara berperingkat dan dalam jangka masa panjang.

Secara semulajadinya, sel perut kita menghasilkan asid hidroklorik yang berfungsi mencerna makanan. Asid ini kuat dan jika terkena pada tangan, kulit akan terhakis. Sel perut menghasilkan lapisan mukosa (lapisan pertahanan) sebagai pelindung daripada kesan asid hidroklorik. 

Pengeluaran atau rembesan asid hidroklorik berlaku apabila ada makanan untuk memulakan proses pencernaan dan gastrik berlaku apabila tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik dengan kekuatan lapisan pertahanan. Jika lapisan pertahanan ini menjadi lemah, ulser berlaku kerana asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan menyebabkan keradangan. 



Tuesday 9 April 2013

Suplemen Shaklee Untuk Penyakit Gout

Gout adalah satu penyakit sengal tulang yang paling kerap dijumpai. Ia suatu serangan yang amat menyakitkan dan boleh mengakibatkan penderitanya mengalami pembengkakan. Sendi yang terlibat biasanya kaki atau buku lali.




Monday 8 April 2013

Pelihara Kesihatan Sendi Lutut dengan Suplemen Shaklee

Ramai yang menghadapi masalah sakit sendi dan lutut. Faktor usia antara salah satu penyebab kepada masalah yang dihadapi. Oleh itu anda perlu memelihara kesihatan sendi lutut dan mengikut panduan yang boleh anda ikuti untuk tujuan tersebut.

Regangan
Kuatkan otot-otot di sekitar lutut dengan melakukan aktiviti regangan. Lakukan regangan pada peha belakang, betis dan paha hadapan. Merawata otot-otot ini boleh mengurangi rasa sakit di lutut. Selain itu, lakukan juga gerakan seperti menarik kaki ke belakang punggung dan gerakan lain bagi melatih otot-otot tersebut.

Kalsium
Makan makanan yang banyak mengandungi kalsium boleh membantu mengurangi dan mencegah sakit di sendi lutut. Makanan yang kaya dengan kalsium ialah badam, kacang pis, oren, bayam, kacang buncis, ikan salmon dan produk tenusu terutama yogurt dan susu krim.

Kawal Berat Badan
Berat badan berlebihan atau obesiti boleh membebankan sendi-sendi pada lutut yang akhirnya menyebabkan ketegangan dan nyeri. Hindari makanan yang diolah serta makanan tinggi lemak. 

Olahraga
Bagi memelihara berat badan, lakukan olahraga secara rutin, sekurang-kurangnya 20 minit sebanyak tiga hingga lima kali seminggu.


Atasi Masalah Hemoglobin Rendah (HB Low) dengan Suplemen Shaklee

Vitalea Shaklee adalah multi-vitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia. Tablet vitalea ini disaluti dengan serbuk nutrisi - spirulina. Ia merupakan tablet multi-vitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan juga tubuh manusia. Mineral yang terkandung di dalamnya mudah berintegrasi dengan protein untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil. 

Vitalea adalah salah satu suplemen yang sangat diperlukan untuk ibu-ibu hamil. Ianya penting kerana Vitalea adalah pelengkap nutrisi kerana mengandungi 12 vitamin dan 7 mineral utama penting sebagaimana disarankan oleh RDA.

Di Malaysia, antara masalah yang dihidapi oleh ibu hamil selain masalah kencing manis atau tekanan darah tinggi adalah masalah hemoglobin rendah (HB).

Paras normal hemoglobin bagi wanita adalah di antara 11.5 hingga 16.5g/dL. Manakali bagi lelaki adalah 12.5 hingga 18.5 g/dL. Apabila paras hemoglobin tidak normal atau tidak mencukupi, seseorang itu berisiko untuk mendapat anemia. Secara umumnya, hemoglobin ialah protein yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh tisu badan. Apabila sel darah merah yang matang dan membawa oksigen ini semakin berkurangan, disinlah serangan anemia berlaku.

Petua Awet Muda Cara Islam

Petua 1 : Sejurus bangun pagi, sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat Nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.

Petua 2 : Sejurus bangun pagi, sebelum mandi dan gosok gigi, minum air dan biarkan ia di dalam mulut selama 10 saat dan sambil itu selawat 3 kali. Kemudian, baru diteguk. Air liur ada enzim yang boleh jadi ubat.

Petua 3 : Amalkan memotong kuku dan rambut pada hari-hari yang baik iaitu hari Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.


Sharing is Caring