Thursday 28 August 2014

Jerawat ?? Atasinya dengan Suplemen Shaklee

Jerawat ?? Oh tidak.... !! Musuh ketat tu.. Lebih-lebih lagi orang perempuan kan. Cukup takut bila ada jerawat di muka walaupun sebiji jerawat hehe..


Apa Itu Jerawat

Jerawat adalah sejenis penyakit yang di anggap kronik di mana ia mengganggu kelenjar yang terdapat di dalam lapisan kulit. Kelenjar-kelenjar ini mengeluarkan minyak atau sebum yang berfungi untuk meliputi kulit luar muka dan badan kita dan bertindak sebagai pelembap semulajadi pada permukaan kulit manusia. Namun begitu, apabila liang roma pada permukaan kulit anda tersumbat, ini akan membuatkan kulit muka, belakang dan leher ditumbuhi jerawat.


Punca-Punca Jerawat

Secara lebih terperinci, jerawat membentuk apabila sebum, bakteria dan sel kulit mati tersangkut di dalam liang roma kulit. Lapisan kulit mati pada tubuh kita juga akan digugurkan setiap hari dan boleh terperangkap dalam liang roma tersebut. Oleh itu, terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan tumbuhnya jerawat pada kulit muka, belakang badan dan juga kulit leher manusia. 


1. Hormon dan Jerawat

Pada usia remaja, kelenjar sebaceous mengembang dan mengeluarkan lebih banyak sebum di bawah pengaruh hormon yang dikenali sebagai hormon androgen. Sebab itu ramai di kalangan perempuan pada usia remaja dan awal dewasa kerap mengalami masalah jerawat. Namun begitu, lama-kelamaan liang sebaceous akan menghasilkan sebum yang semakin berkurangan berbanding pada usia remaja. 


2. Bakteria dan Jerawat

Bakteria yang dikenali dengan nama Propionibacterium Acnes pula adalah salah satu bakteria yang biasa ditemui dalam sel kulit. Sumber makanannya adalah sebum dan sel-sel mati pada permukaan kulit. Orang yang berjerawat mempunyai Propionibacterium Acnes yang lebih banyak berbanding dengan kulit orang yang tidak berjerawat. 


3. Pemakanan dan Jerawat

Walaupun punca jerawat yang disebabkan oleh diet atau pemakanan tidak dapat dibuktikan dengan jelas serta secara terperinci, tetapi diet mempunyai kesan langsung terhadap tahap insulin dalam badan kita. Untuk pengetahuan anda, insulin adalah hormon terpenting manusia dan boleh mempengaruhi hormon-hormon lain di dalam tubuh termasuk hormon androgen yang turut menjadi penyebab pertumbuhan jerawat pada kulit muka, belakang dan leher pesakit.


4. Stress dan Jerawat

Stress boleh memburukkan lagi simptom jerawat anda tetapi ia boleh dicegah dengan rawatan jerawat yang betul. Tahap stress yang tinggi memang mampu memberi kesan ke atas jerawat dan boleh menyebabkan radang jerawat yang teruk. Selain itu, apabila kita dalam keadaan stress, adrenalin serta hormon androgen yang ada di dalam badan akan dikeluarkan dengan berlebihan dan menjadi punca berlakunya pertumbuhan jerawat. 


Jenis-Jenis Jerawat

1. Acne Vulgaris (Jerawat Biasa)

  • Whiteheads - belum dijangkiti kuman tetapi terjadi kerana liang kulit tersumbat dengan sebum dan kulit mati dan menyebabkan liang atas tertutup dan perlu dirawat secara agresif.
  • Blackheads - belum dijangkiti kuman tetapi berbeza dengan whitehead di manabahagian atas blackhead terbuka dan kehitaman disebabkan oleh pengoksidaanudara. Tidak boleh dihilangkan menggunakan skrub muka kerana akan merosakkan lagi kulit muka.
  • Papules - radang yang berlaku dalam liang dan kawasan sekeliling akibat jangkitan awal kuman.
  • Pustules - radang yang berlaku akibat jangkitan kuman berterusan serta mengeluarkan nanah akibat dari jangkitan kuman tersebut.

2. Acne Vulgaris (Jerawat Serius)

  • Nodul - bonjolan jerawat yang lebih besar dari jerawat biasa dan biasanya sakit jika dipegang dan tidak hilang dalam masa yang singkat. Kebiasaannya akan menyebabkan parut di muka atau berulang membentuk jerawat nodul atau pun jerawat batu.
  • Sista (cyst) - timbul akibat percantuman nodul-nodul yang berdekatan lalu menjadikan satu cyst yang besar. Ia tidak boleh dipicit sama sekali dan memerlukan rawatan lanjut dari doktor untuk mendapatkan suntikan steroid bagi mengelakkannya meninggalkan kesan parut.
3. Acne Rosacea (Jerawat Kronik)
Rosacea sering dianggap sebagai salah satu jenis jerawat tapi sebenarnya tidak dan cara merawatnya juga tidak sama seperti merawat jerawat. Ia tidak mempunyai blackhead dan hanya merupakan benjolan merah yang bernanah. Kebarangkalian untuk menghidapi penyakit ini adalah wanita-wanita yang berusia 25 tahun keatas sahaja.

4. Pyodermafaciale folliculitis

Sejenis penyakit kulit yang sering disalah anggap sebagai sejenis jerawat namun ianya hanyalah penyakit kulit yang berlaku akibat jangkitan bakteria pada kulit muka. Rawatannya juga tidak sama dengan rawatan bagi masalah jerawat. Kebanyakkan orang juga sering menganggap bahawa penyakit jerawat adalah berpunca daripada resdung. Sekali lagi saya katakan bahawa ianya tidak benar. Apa yang membezakan jerawat dengan resdung adalah :

5. Jerawat (Acne)

  • Sejenis penyakit kulit yang kronik.
  • Tumbuh apabila liang kulit atau liang roma yang tersumbat dan memerangkap kotoran.
  • Terjadi di dalam lapisan kulit.
  • Boleh tumbuh disebabkan oleh ketidak seimbangan hormon, persekitaran, dan tekanan.
  • Tidak berjangkit dengan sentuhan dan boleh dihidapi secara turun-temurun.

6. Resdung (Sinusitis)

  • Radang yang berlaku pada lapisan rongga hidung
  • Berpunca daripada alahan (habuk, makanan, parasit) atau perubahan cuaca
  • Kesannya boleh mengakibatkan hidung berair, serta kegatalan pada kulit muka dan mata
  • Jika serius, pesakit perlu menjalani pembedahan untuk membuang resdung yang menghalang laluan udara dalam rongga hidung yang turut boleh menyebabkan sakit kepala dan mata yang teramat sangat.
  • Tidak boleh berjangkit melalui sentuhan dan boleh diwarisi secara turun-temurun.
  • Boleh dihidapi bersama dengan lelah dan eczema, sejenis penyakit kulit yang lain.



Ini salah satu gambaran jerawat Acne Rosacea (Jerawat Kronik)

Produk Shaklee Untuk Kulit Jerawat

1. ESP

Bagi wanita yang mementingkan kecantikan kulit. Anda disarankan untuk mengamalkan pengambilan ESP. ESP merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan dan bertindak sebagai agen anti-penuaan. Mengembalikan keanjalan kulit supaya kulit kekal cantik dan gebu. Di samping memperkuatkan otot sekaligus mempercepat pemulihan luka dan menghilangkan parut.

2. Vitamin C

Vitamin C melindungi DNA dari tindakbalas fotokimia yang menyebabkan tumor, perubahan warna kulit dan beberapa jenis barah kulit. Ia juga mengelakkan penghasilan Pyrimidine dimers yang menjadi punca utama penghasilan melanoma(masalah kulit). Vitamin C juga mencerahkan kulit dari masalah jeragat dan tompok-tompok penuaan, membantu kelihatan lebih muda dan kulit lebih lembut.

Kolagen juga menghasilkan struktur saluran darah yang baik dan Vitamin C membantu sistem aliran darah. Saluran darah yang berada bawah kulit membawa oksigen dan nutrien yang menghasilkan kulit yang sihat. Tanpa nutrien yang cukup, kulit akan jadi kasar dan kering. Krim yang mengandungi Vitamin C memperbaiki rupa dan tekstur kulit.
Ia juga meningkatkan pembentukan elastin yang menebalkan, melindungi dan memulihkan sel kulit. Kesan tebal pada sel mengekalkan kelembapan, tingkatkan aliran darah pada kulit dan menjadikan kulit gebu.

 

3. GLA Complex

Memperbaiki inflamasi kulit - mengurangkan inflamasi kulit, eczema, alergi, kegatalan, kulit kering, memperbaiki bintik penuaan (jeragat), tinea dan kurap. Ia juga meringankan sakit dan bengkak yang terjadi dari rheumatisma artritis.


4. Vitamin E

[✔] Melindungi dan meneutralkan radikal bebas yang merosakkan sel-sel kulit  
[✔] Memudarkan parut jerawat 
[✔] Anti-penuaan terbaik
[✔] Membekalkan oksigen dan mempertingkatkan pemulihan  
[✔] Mengurangkan bintik penuaan 


Testimonial Set Jerawat Shaklee




Ini adalah testimonial dari pengguna yang sama. Gambar pertama adalah kesan selepas hampir 3 bulan konsisten menggunakan Set Jerawat Shaklee. Gambar kedua gambar terkini yang menunjukkan kulitnya sekarang bebas dari jerawat kronik dan semakin cerah gebu.

Jadi, sekiranya anda mempunyai masalah begini jangan putus harapan. Produk Shaklee mampu menyelesaikan masalah kulit anda. Jangan hanya bergantung kepada pencuci muka sahaja. Sebenarnya dalaman lagi penting dan perlu dijaga agar kulit sentiasa bersih dan berseri.


Order sekarang ! Tingkatkan tahap kesihatan anda hari ini.

Sharing is Caring