Tuesday 28 October 2014

Resepi Spaghetti Bolognese Sedap dan Mudah

Semalam mak buyong teringin sangat nak makan spaghetti bolognese. Nak beli kat Secret Recipe macam tak kena dengan tekak. So, kat opis decide nak masak sendiri je. Balik keje, amik anak (Adam) kat umah pengasuh then terus ke pasaraya Aneka. Ni pasaraya kecik je hehe... mungkin ada kat tempat lain, tapi tak banyak. Dah senaraikan bahan-bahan yang perlu dibeli. Setel beli, berdesup balik umah. Usai solat Asar dan mandi, ingatkan terus nak bersilat kat dapur. Tapi badan rasa letih sangat, so rest dulu la. On channel Astro Ceria untuk Adam, mak buyong baring sat dalam bilik sementara nak tunggu Maghrib. Lepas solat Maghrib baru masak.

Alhamdulillah selesai solat Maghrib, time to cooking !! Adam ralit dengan kartun dan mainan. So memang tak ganggu langsung maknye nak masak. Ok, 1st yang saya buat.. rebus spaghetti dulu sebab sementara rebus boleh saya gunakan masa tu untuk potong bahan-bahan lain. Saya gunakan Spaghetti San Remo yang ni.




Sementara tu, saya setelkan bahan-bahan lain dulu.

- 2 biji bawang merah (potong dadu)
- 3 ulas bawang putih (potong dadu)
- 1 biji carrot (kalau besar guna separuh je dan dipotong dadu)
- Bunga kobis (ikut la nak letak banyak mana hihi..)
- 4 batang hotdog Ayamas (dipotong serong)
- Secubit gula
- 1 sudu teh garam
- Air

Cuci daging cincang Ramly siap², then toskan. Ni rupa daging cincang yang saya gunakan. Saya guna yang 400gm je.




Ok, dah setel semua bahan. Dah boleh mula masak.

Cara-caranya :

• Panaskan minyak (2 sudu besar minyak masak).
• Masukkan bawang merah dan bawang putih yang dipotong dadu. Tumiskan sampai naik bau.
• Masukkan daging cincang Ramly. Masak sehingga air dari daging tu kering supaya takde bau kurang enak masa makan nanti hehe
• Masukkan sos spaghetti Kimball. Saya guna jenis tradisional. Tumiskan agak² 10 minit.




• Masukkan carrot dan bunga kobis.
• Masukkan hotdog.
• Masukkan sedikit air. Air tu ikut anggaran sendiri samada nak pekat or cair sambal spaghetti tu.
• Masukkan sedikit garam dan gula
• Tumis sehingga masak.

Setel semua, letakkan je sambal spaghetti tu atas spaghetti hehe... siap ! Dah boleh makan hehe...

Masak spaghetti bolognese la yang paling mudah bagi saya. Kalau lapar, cukup bahan.. terus boleh masak. Tak sampai setengah jam dah siap n perut kenyang hehehe... Then suami dan Adam pun suka makan. Tu yang rajin masak hehe..

Kalau yang 1st time nak masak spaghetti bolognese ni, jangan takut².. saya gerenti jadi punye hehe..

Selamat mencuba !



Friday 17 October 2014

Kulit Bebas Jerawat Dengan Shaklee

Antara ramai customer saya, kebanyakannya paling sukakan set kulit. Set kulit banyak jenis. Ada yang nak gebukan kulit, nak putihkan kulit, nak hilangkan parut jerawat, nak hilangkan jerawat, nak awet muda.. macam-macam lagi. Kadang-kadang tu seronok berkongsi cerita sampaikan rasa macam dah kenal lama. Walhal hanya kenal di alam maya sahaja hehe... Yang sukakan set kulit ni dah tentu kebanyakannya dari kaum hawa. Ada juga dari golongan lelaki yang nak belikan untuk diri sendiri dan orang tersayang :)

Dalam banyak-banyak set untuk kulit, set untuk kulit jerawat antara yang paling ramai beli. Salah satunya set yang ini.


Set untuk jerawat iaitu ESP dan Sustained Release Vita-C Plus. Mungkin set ini customer tidak perlu makan terlalu banyak suplemen dan paling penting harga yang sangat berbaloi dan kesan yang superb !! 

Kebaikan Utama Set Untuk Jerawat

 

ESP Shaklee

  • Sumber Terbaik Antioksidan - Membantu mengurangkan tanda-tanda penuaan pada kulit
  • Isoflavon Semulajadi - Berfungsi sebagai anti-radang (ruam, kulit mengelupas), merangsang pembentukan kolagen dalam tubuh dan juga melindungi kerosakan sel oleh radikal bebas.
  • Soya Bukan GMO - ESP Shaklee adalah soya bukan GMO dan dihasilkan di bawah Identity Perservation Program (IPP) di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.
  • Soya Shaklee ditanam Secara Organik - Kulit terpelihara dari dirosakkan racun perosak yang terkandung dalam bijian soya bukan GMO. Tidak memberikan kesan sampingan berbahaya yang tersembunyi kepada tubuh anda.
  • Dengan Susu Soya Shaklee - Masker ESP Shaklee menghalang kulit kendur, meningkatkan keanjalan dan ketebalan kulit.
  • Menghalang Enzim-Enzim Yang Menurunkan Kadar Protein - Kekurangan protein menjadikan kulit tidak sihat, kusam, kering dan mengelupas.

 

Vitamin C Shaklee

  • Membentuk Kolagen - Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Oleh itu, ianya mampu mempertingkatkan kedutan dan menghalang otot menjadi lembik. Kekurangan kolagen menyebabkan kulit kusam dan tidak bermaya. Kolagen melembapkan kulit dari dalam dan mengurangkan kedutan dan tanda penuaan.
  • Mencantikkan Kulit - Ambil Vitamin C Shaklee setiap hari untuk kulit yang lebih cerah, bebas jerawat, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukan pigmen. Pigmen adalah penyebab utama terjadinya jeragat.
  • Perlindungan Dari Matahari - Vitamin C Shaklee melindungi kulit dari radikal bebas yang terhasil kerana kesan jemur pada cahaya matahari, pencemaran dan kesan merokok. Antioksida dalam Vitamin C Shaklee melindungi kulit dari radiasi ultraungu dan kesan terdedah kepada cahaya matahari.

Apa tunggu lagi ?? Order sekarang ! Hanya dengan set ini anda akan mendapat 1001 kebaikan daripada ESP dan Vitamin C Shaklee.


Order sekarang ! Tingkatkan tahap kesihatan anda hari ini !

Thursday 16 October 2014

Tips Asas Banyakkan Susu Ibu

Selain daripada berusaha melakukan power pumping untuk menggalakkan penghasilan susu, anda perlu berterusan mengamalkan tips berikut tanpa culas.

Pam atau Susukan Bayi Setiap Dua ke Tiga Jam


Susu ibu terhasil berdasarkan konsep penawaran dan permintaan. Oleh sebab itulah, apabila kerap diminta, lebih banyak susu mampu dihasilkan. Ada andaian yang menyatakan susu akan kering apabila payudara terlalu kerap dikosongkan. Itu tidak benar. Sebetulnya, lebih kerap payudara dikosongkan melalui penyusuan langsung atau pengepaman, ia merangsang otak dan tubuh untuk menghasilkan lebih banyak susu bagi memastikan keperluan bayi dapat dipenuhi dengan baik.

Usah Tunggu Sehingga Penuh


Bagi yang bekerja, buangkan persepsi bahawa anda hanya boleh mengepam susu apabila payudara mula terasa penuh. Salah cara anda itu ! Anda harus didik diri untuk menghasilkan susu pada suatu tempoh tertentu. Oleh sebab itu, anda digalakkan untuk mengepam ketika ditempat kerja setiap dua ke tiga jam. Lakukannya secara tetap. Dengan yang demikian, otak dan tubuh sudah terbiasa dengan rutin ini dan akan berterusan menghasilkan susu untuk keperluan bayi.

Tandem Pumping


Hal ini dapat anda lakukan dengan mengepam sebelah payudara sambil menyusukan anak. Langkah ini dapat memaksimumkan penghasilan susu. Apabila susu dihasilkan pada sebelah kanan, secara automatiknya, payudara sebelah kiri turut menghasilkan susu apabila amalan tandem pumping selalu diamalkan.

Kebaikan Penyusuan Malam


Penyusuan yang kerap diwaktu malam terutamanya di awal pagi adalah baik kerana ketika ini hormon prolaktin banyak dihasilkan. Tambahan pula ketika ini, diri anda berada dalam keadaan tenang. Jadi, ia membantu anda melancarkan proses penghasilan susu.

Minum Air Masak Mencukupi


Adalah penting untuk anda memastikan tubuh mendapat bekalan cecair mencukupi setiap hari. bagi para ibu menyusu, anda disarankan minum sekurang-kurangnya tiga liter air setiap hari. Ia tidak kepada air kosong sahaja. Anda boleh mengambil susu, jus buah-buahan segar, sup atau apa jenis cecair yang berkhasiat. Hal ini penting untuk diberi perhatian kerana salah satu elemen utama dalam penghasilan susu ialah cecair.

Pengambilan Suplemen/Makanan Tambahan


Pengambilan suplemen bagi ibu menyusukan amat penting bagi meningkatkan imunisasi badan disamping meningkatkan produksi susu. Ibu yang menyusukan berkongsi zat pemakanan bersama bayi melalui susu yang diberikan. Jadi, pentingnya pengambilan suplemen agar badan sentiasa sihat dan tidak kekurangan zat.

Suplemen yang dicadangkan adalah :






Order sekarang ! Tingkatkan tahap kesihatan anda hari ini !

 

Pemakanan Berkhasiat Sebelum Hamil

Usaha untuk menimang cahaya mata memerlukan anda memberi lebih perhatian kepada apa jua yang dimakan. Anda perlu memastikan tubuh bersedia untu "menerima" bayi yang bakal dikandungi. Hal ini bermaksud anda perlu pastikan tubuh dipenuhi dengan bekalan pelbagai jenis zat pemakanan.

B-Complex Shaklee






Zat pemakanan ini merupakan sesuatu yang sangat penting sebaik sahaja anda memutuskan mahu hamil. Ia sangat bermanfaat dalam membantu mengelakkan masalah kecacatan tiub neural pada bayi. Masalah ini menyebabkan bayi cacat di bahagian otak dan saraf tunjang.

Dua kecacatan biasa akibat masalah ini ialah spina bifida dan anencephaly. Bagi kecacatan spina bifida, tulang belakang janin tidak tertutup sepenuhnya ketika di bulan pertama kehamilan. Lazimnya, akan berlaku kerosakan saraf yang menyebabkan lumpuh di kaki. Sementara itu, anencephaly pula berlaku akibat otak tidak berkembang sepenuhnya. Bayi yang mengalami anencephaly  sama ada lahir mati atau mati sejurus selepas dilahirkan.

Bagi yang sedang mencuba untuk hamil, anda perlu meningkatkan pengambilan asid folik sehingga 400mg sehari untuk sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum hamil. Anda perlu mengambilnya lebih awal kerana pembentukan tiub neural bermula dari saat benih berjaya disenyawakan.Untuk yang mengambil B-Complex Shaklee, cukup hanya sebiji sehari selepas sarapan pagi.

Makanan yang kaya dengan asid folik termasuk bayam, asparagus, hati, brokoli, oat, jagung, betik, oren dan banyak lagi. Namun, adalah sukar untuk memastikan tubuh anda melengkapkan keperluan yang telah ditetapkan jika hanya bergantung kepada sumber makanan. Oleh sebab itulah, anda perlu mengambil suplemen asid folik seperti B-Complex Shaklee.



Zinc Complex Shaklee







Anda mungkin pernah dengar tentang makanan yang kaya dengan zink seperti tiram merupakan sumber makanan terbaik untuk merangsang kesuburan individu. Hal ini kerana zink adalah mineral penting yang membantu kesuburan da pembiakan manusia. Untuk hamil, tambahkan pengambilan zink dalam makanan harian. Anda boleh melakukannya dengan mengambil makanan-makanan seperti bijan, kekacang, kambing dan jangan lupa tiram juga. Bagi mencukupi keperluan zink di dalam tubuh badan anda, saya syorkan untuk mengambil Zinc Complex Shaklee bagi membantu kesuburan. Cara pengambilan adalah 2 biji setengah jam sebelum makan malam.

Vitamin C Shaklee






Untuk hamil, sudah tentu anda perlu kekal sihat. Vitamin C membantu anda menguatkan sistem imunisasi. Makanan yang tinggi kandungan Vitamin C termasuklah buah-buahan sitrus, kiwi, strawberi dan sayur-sayuran hijau. Memandangkan Vitamin C larut air, ia bererti tubuh anda tidak mampu menyimpannya. Jadi, anda perlu pastikan tubuh mendapat keperluan vitamin C yang cukup setiap hari. Bagi mendapatkan keperluan Vitamin C yang secukupkan untuk tubuh badan anda, saya syorkan pengambilan Vitamin C Shaklee sehari sebiji. Diambil selepas sarapan pagi.


Pemakanan yang berkhasiat sebelum dan semasa kehamilan adalah penting bagi tubuh badan untuk menampung keperluan di sepanjang kehamilan nanti.


Order sekarang ! Tingkatkan tahap kesihatan anda hari ini !

Friday 10 October 2014

Hilangkan Stretch Mark Dengan ESP Shaklee

Apa Itu Stretch Mark ?






Stretch Mark adalah garis-garis putih yang terdapat pada beberapa tempat seperti perut, payudara, paha dan lengan. Ia muncul akibat kulit meregang dalam waktu singkat sehingga kulit kehilangan elastisinya. Stretch mark kerap muncul pada wanita saat hamil atau saat badan mengalami kegemukan yang awalnya kurus. 

"Hampir 90% wanita hamil terkena stretch mark, "kata Dr.Nanden S.Prabu, SpKK dari Obagi Dermatologi Medical Clinics".

Kulit terdiri daripada tiga lapisan, lapisan paling dalam disebut subcutaneous, lapisan tengah dermis dan yang paling luar epidermis. Terjadinya stretch mark adalah pada lapisan dermis. Lapisan ini dipenuhi dengan pembuluh darah, sebenarnya lapisan ini terbuat dari jaringan elastis, namun bila tubuh membesar dalam waktu singkat, saraf ini akan melemah dan akhirnya pecah akibat kulit yang menipis. Stretch mark banyak terdapat pada wanita berkulit gelap kerana mereka lebih banyak menghasilkan melamin. Stretch mark tak boleh dihilangkan tapi mampu dikurangkan dengan pengambilan makanan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan, pengambilan air masak yang banyak dan boleh juga sapu pelembap untuk menjaga elastik/kekenyalan kulit.

 

Bagaimana ESP Shaklee Membantu Menghilangkan Stretch Mark ?

ESP bertindak memperbaharui sel-sel dan menghasilkan kulit baru yang lebih cantik dan tegang. ESP adalah serbuk protein berkualiti tinggi yang telah melalui kajian klinikal yang paling banyak. Ia mengandungi kacang soya non-GMO (tidak mengubah secara genetik) protein berasaskan tumbuhan yang memastikan kacang soya Shaklee bebas daripada kacang soya yang diubahsuai secara genetik dan mengandungi 22 jenis asid amino, yang penting rendah lemak dan rendah kolestrol. Badan kita mempunyai banyak sel. Kuku, kulit, otot dan lain-lain yang mana semuanya berasal daripada protein. 

Jadi, secara ringkasnya dan disebabkan itu badan kita sangat memerlukan protein. Sebabnya makanan utama bagi sel ialah protein. Sel yang sihat dapat menghasilkan tubuh badan yang sihat.

SEL --> TISU --> ORGAN --> SISTEM --> BADAN ANDA


 

Manfaat Utama Energizing Soy Protein (ESP)

  • Rahsia awet muda / Anti penuaan
  • Mempertingkatkan hormon wanita
  • Rahsia kulit cantik dan anjal
  • Memulihkan fungsi prostat lelaki
  • Memulih dan memberi tenaga segera untuk individu aktif
  • Jawapan kepada masalah pigmentasi
  • Meningkatkan keupayaan memori

Kesimpulannya ESP mempunyai 1001 manfaat dan setiap individu dalam keluarga anda berpeluang untuk berkongsi dan mengambil ESP Shaklee bagi pelbagai tujuan.


Order sekarang ! Tingkatkan tahap kesihatan anda hari ini !

Thursday 9 October 2014

Kepentingan Vitamin Untuk Kanak-Kanak

Tentu ada ibu bapa yang tercari-cari makanan tambahan untuk diberikan pada anak-anak kan? Terdapat banyak jenis suplemen dari pelbagai jenama di pasaran. Mungkin ada ibu bapa yang confuse tak tahu nak beri yang mana. Saya salah seorang ibu yang berikan anak makanan tambahan. Ada yang tanya saya, perlu ke berikan makanan tambahan pada anak-anak yang masih kecil? Suplemen apa yang sesuai untuk anak-anak kecil ni? Ok jom saya ceritakan kenapa perlu berikan suplemen pada anak-anak dan suplemen apa yang perlu diberikan mengikut peringkat umur.

Kepentingan Vitamin Untuk Kanak-Kanak

  • Selepas umur 2 tahun, pengambilan makanan berlemak seharusnya di ambil dalam kuantiti sederhana rendah untuk mengelakkan penyakit jantung, kegemukan dan masalah kesihatan yang lain.
  • Dari kelahiran hingga umur 3 tahun, perkembangan otak amat peka terhadap pemakanan bayi dan 75% daripada kapasiti otaknya berlaku dalam tempoh yang genting ini.
  • Pada umur 5 tahun, 90% daripada perkembangan otak kanak-kanak telah lengkap.
  • Antara umur 11 dan 16 tahun, satu peningkatan yang besar dalam tumbesaran biasanya berlaku dengan peningkatan berat badan dan pertumbuhan otot yang ketara.

Tanggungjawab ibu bertambah berat apabila perlu memikirkan jenis ikan, daging atau ayam yang kena beli. Sayur apa yang bagus untuk kanak-kanak, berapa kuantiti yang diperlukan untuk kanak-kanak. Bagaimana dengan proses penyediaannya. Boleh ke ibu-ibu memastikan zat-zat vitamin yang terdapat dalam makanan itu kekal atau hilang ?

Dari kajian menunjukkan pelbagai masalah kesihatan kanak-kanak seperti seperti asma dan ekzema berkait rapat dengan pemakanan - pengambilan ikan dan bijirin. Kajian yang dibuat ke atas 598 kanak-kanak menunjukkan peningkatan terhadap kesihatan kanak-kanak yang menghidap masalah di atas setelah menambah pengambilan ikan dan serat, manakala menambah pengambilan buah dan sayur tidak membantu untuk mengurangkan masalah mereka.

Jadi, apa yang anak kita perlukan dari sumber ikan dan bijirin tu ? - Protein, Minyak Ikan dan Serat.

Sesibuk mana pun kita sebagai ibubapa, keperluan makanan anak jangan di ambil ringan. Bagi mengurangkan bebanan dan keluh kesah ibubapa, di sini saya mengesyorkan untuk mengambil makanan tambahan atau vitamin sebagai keperluan nutrisi makanan lengkap untuk anak anda. Justeru itu, saya mencadangkan beberapa vitamin untuk kanak-kanak seperti berikut.

Omega Guard



Merupakan minyak ikan terbaik. Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak Omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak.


Chewable Vita-C Plus



Menguatkan fungsi imunisasi. Tubuh badan kanak-kanak boleh melakukan banyak perkara, tetapi ia tidak boleh membuat atau menyimpan vitamin C.
  • Membantu mengekalkan pertahanan semulajadi tubuh badan
  • Membantu kanak-kanak menjaga kesihatan gigi dan gusi serta struktur tulang. Ia sangat penting bagi gigi yang kuat dan gusi yang sihat
  • Meningkatkan penyerapan zat besi daripada sumber bukan daging
  • Untuk kesihatan tulang, gigi, gusi serta juga struktur am tubuh badan


Meal Shakes


  • Minuman berperisa vanila yang lazat dan disukai anak-anak
  • Mengandungi 19 jenis vitamin dan mineral penting
  • Rendah lemak dan rendah glisemik
  • Sumber protein dan kalsium
  • Sesuai untuk hidangan sarapan pagi dan sebelum tidur

Setiap bancuhan Mealshakes memberikan satu pertiga daripada US RDA dengan 19 vitamin/mineral yang diperlukan bersama dengan protein, galian dan 3gm serat. Ia adalah pemakanan tambahan yang lengkap.

Peringatan : Ibubapa kena pastikan anak tiada alahan protein soya kerana Mealshakes Shaklee adalah soy based.

Mari dapatkan khidmat nasihat percuma untuk kesihatan anak-anak dengan pembelian di Natural Vitamin Shoppe !


Order sekarang ! Tingkatkan tahap kesihatan anda hari ini !

 

Thursday 2 October 2014

Tips Elakkan Tarik Mengkarung Semasa Hamil

Siapa yang pernah kena tarik mengkarung atau simpul biawak masa pregnant ? Tarik mengkarung ni kalau istilah modennya kaki krem. Macam mana rasanya? Alhamdulillah semasa 1st pregnant tak pernah kena tarik mengkarung ni dan pregnant kali kedua ni pun setakat ke hari ni masih ok. Saya amalkan pengambilan Ostematrix Shaklee. Nanti saya kongsikan kebaikan Ostematrix untuk elakkan tarik mengkarung ni ye.

Berdasarkan apa yang saya baca, tarik mengkarung ni sakit. Kaki akan kejang dari betis hingga ke bawah kaki, akibat urat bersimpul. Kebiasaannya berlaku di malam hari dan terjadi ketika memasuki trimester kedua dan ketiga.




Punca Tarik Mengkarung Ketika Hamil

  1. Kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium atau magnesium dalam darah. Kekurangan ini berlaku kerana bayi anda mengambil apa yang diperlukannya daripada badan anda
  2. Uterus (rahim) anda yang semakin membesar memberi tekanan ke atas salur darah besar pada kaki anda. Ini adalah kesan daripada hormon kehamilan iaitu progestron, boleh memberi kesn kepada otot kaki anda

 

Tips Elak Tarik Mengkarung Semasa Hamil

  • Minum air masak secukupnya (sebaik-baiknya 2 ke 3 liter sehari)
  • Lapik kaki dengan bantal supaya kaki anda berada dalam posisi lebih tinggi daripada kepala semasa tidur
  • Urut kaki dan betis secara lembut sebelum tidur untuk lancarkan peredaran darah
  • Pakai stokin dan sandal yang sesuai dan selesa sepanjang hari
  • Lakukan senaman regangan otot sebelum tidur
  • Elakkan terlalu banyak berdiri
  • Mandi dengan air suam sebelum tidur
  • Minum susu
  • Ambil suplemen kalsium dan magnesium. pengambilan Ostematrix Shaklee dapat membantu mengelakkan dari tarik mengkarung atau kaki krem





Moga tips ini membantu ibu-ibu hamil yang mengalami tarik mengkarung atau kaki krem. Amalkan pengambilan Ostematrix sangat membantu bagi mengatasi masalah ini. Kongsikan petua ini sekiranya ianya terbukti membantu.


Order sekarang ! Tingkatkan tahap kesihatan anda hari ini !

Vitamin Shaklee Untuk Kesihatan Ibu Hamil

Salam ceria semua.. Apa khabar agaknya hari ni? Ibu-ibu hamil seangkatan dengan saya sihat ? Yang dah 30 weeks macam saya ni mungkin bertambah-tambah sihatkan hehe... Rasa berat je badan ni dah bergerak. Ni la pengalaman berharga yang tak semua wanita dapat rasa dan setiap ibu hamil punya pengalaman yang berbeza-beza semasa menempoh perjalanan kehamilan sepanjang 9 bulan 10 hari kan.

Nak tanya la.. ada tak ibu-ibu hamil diluar sana yang pernah demam semasa hamil? Apa yang anda lakukan? Makan ubat apa? Selalunya ubat dari klinik ni tak digalakkan pengambilannya kan. Macam saya last two weeks tiba-tiba badan rasa lain macam. Tekak rasa perit, mata berair je.. Tu memang tanda-tanda nak demam. Bagitau encik suami, dia ajak pergi klinik je. Risau isterinya demam. Saya cuba tenang dulu... minum air masak banyak-banyak. Maybe demam sebab keadaan cuaca yang tidak menentu. Kejap-kejap panas, kejap-kejap hujan.. Imuniti badan pulak kongsi dengan baby. Then lepas solat asar, makan petang sikit.. saya ambil 2 biji vitamin C Shaklee dan 2 biji B-Complex Shaklee. 2 vitamin ni sangat sesuai untuk ibu-ibu hamil dan boleh dimakan sepanjang tempoh kehamilan dan selepas kehamilan. Malamnya pula, saya makan 4 biji Ostematrix Shaklee dan sebiji Omega Guard Shaklee. Ostematrix memang wajib ambil sebab saya tak boleh minum susu pregnant kali ni. Lagi pun bagusnya Ostematrix ni sebab kandungannya iaitu kalsium, magnesium, vitamin D, fosforus, zinc, manganes dan boron. Semua ni berfungsi menguatkan tulang dan gigi serta mengelakkan ibu hamil daripada tarik mengkarung. Selain daripada tu, Ostematrix juga mampu mengurangkan sakit ketika bersalin. Fakta yang ini saya dapat dari kawan yang baru bersalin sebab dia pelik bersalin kali ni mudah dah kurang sakit. Bila ditanya pada doktor, doktor kata pengambilan kalsium dan magnesium sepanjang kehamilan mampu mengurangkan kesakitan ketika bersalin. Alhamdulillah..

Ok, jom saya kongsikan apa manfaat utama pengambilan Vitamin C dan B-Complex untuk ibu hamil ketika demam.

 
 

Manfaat Utama Vitamin C Shaklee

  • Membantu meningkatkan antibodi dalam tubuh supaya sistem imun tubuh lebih tinggi
  • Mempercepatkan proses penyembuhan luka dan demam
  • Menguatkan struktur gigi dan gusi
  • Membina kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan
  • Pengambilan vitamin C yang mencukupi dalam diet seharian dapat mengurangkan risiko tekanan darah tinggi
  • Membantu proses penghadaman dan penyerapan zat besi
  • Individu yang stress, penat, letih, lesu serta sibuk dengan urusan harian memerlukan vitamin C bagi membantu mengembalikan hormon stress
  • Memberi perlindungan terhadap penyakit jantung dan mengehadkan "oxidation"  terhadap kolestrol jahat
  • Membantu memulihkan selsema, resdung dan bersin waktu pagi
  • Bertindak sebagai "Protector Gate" - setiap masa mesti berada dalam badan kerana sifat vitamin C adalah larut air




Manfaat Utama B-Complex Shaklee

  • Menguatkan antibodi dan imuniti tubuh badan 
  • Menambah tenaga dan membantu meningkatkan kemampuan berfikir
  • Mencegah anemia
  • Membantu proses pembaikan sel darah merah
  • Membantu untuk mengelakkan sawan, stress dan membantu mengatasi keletihan

Pada ibu-ibu hamil yang demam, cuba elakkan dari mengambil ubat-ubatan dari klinik dan amalkan pengambilan suplemen yang semestinya terbaik untuk kesihatan tubuh badan anda dan bayi. InsyaAllah kesannya bukan untuk sehari dua, tetapi untuk selamanya.


Order sekarang ! Tingkatkan tahap kesihatan anda hari in !



 

Wednesday 1 October 2014

Promosi Shaklee Oktober Yang Gempak !!

Wooowww !! wooowww !! wwoowww !! Bulan lepas promosi Collagen Powder.. Bulan ni promosi ESP pulak. Beli 6 tong ESP, dapat 7 tong ESP ! Haaa sape nak kasi... memang untungnya customer-customer Shaklee ni. Promosi gempak dengan hot product setiap bulan. Ternyata Shaklee sangat menghargai pelanggan - pelanggan setianya. Memang rugi sape yang tak grab promosi bulan ni. Masa promosi ESP bulan Mac lepas, ESP sold out satu Malaysia !! Penangan khasiat ESP buat orang tergila-gila borong sampai licin ehehe...




Ada lagi tak pembaca disini yang masih belum tahu apa itu ESP dan manfaat ESP pada kesihatan tubuh badan kita ? Meh saya ceritakan.. 

Apa itu ESP ?

ESP adalah ringkasan kepada Energizing Soy Protein. ESP merupakan makanan tambahan protein yang berasaskan kacang soya. ESP diiktiraf seluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal yang sangat ekstensif dan komprehensif serta memiliki kualiti protein yang tinggi yang pernah dihasilkan. Kacang soya yang digunakan oleh Shaklee hanya mengandungi "non-GMO" (non-Genetically Modified Organism) yang mana ia diproses pada kadar suhu yang rendah. Tambahan pula, setiap 850gm (satu tin ESP) dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama. 

ESP juga merupakan satu-satunya produk di dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Ia turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Sangat sesuai untuk semua peringkat umur, tua dan muda. Manakala, kandungan Indeks Glisemik yang rendah iaitu 39, menjadikan ia sangat sesuai juga kepada penghidap kencing manis. 


Manfaat Utama ESP Shaklee

  1. Awet Muda - Asid Amino penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit dan lain-lain. Pengambilan yang kerap adalah kunci kepada awet muda. 
  2. Baik Untuk Hormon - kacang soya adalah satu-satunya tumbuhan yang kaya denagn isoflavones. Fungsinya bersamaan dengan hormon wanita. Ia membantu merendahkan paras kolestrol, mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung. 
  3. Baik Untuk Prostat - Genistein yang terkandung dalam kacang soya terbukti keupayaannya mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser. Ia memusnahkan radikal bebas di dalam sel badan sebelum ia menukarkan sel DNA kepada sel kanser. Ia juga sangat baik dalam pemulihan uterus, ovari, menopaus dan pembesaran prostat. 
  4. Kulit Remaja - Merangsang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti-penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot, percepat sembuhan luka dan mengurangkan kesan parut. 
  5. Pembekal Tenaga - Membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun, maka ia baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, insomnia dan tekanan. 
  6. Membaiki Pigmentasi - Membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, membaiki masalah pigmentasi, kedutan dan kesan tua.
  7. Membaiki Memori - Meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan rangsangan.




Bestkan ESP? Sebab ni la ESP jadi pilihan ramai terutama ibu hamil, ibu berpantang, ibu menyusukan, pesakit gastrik, yang nak kulit cantik dan gebu, untuk kesuburan dan pelbagai lagi. Paling syok, rasa soyanya yang sedap ! Cuba dulu baru tahu rasa dan kesan ESP ni pada kesihatan tubuh badan kita.

Jom order sekarang dan hadiahkan untuk ibu bapa dan kaum keluarga tersayang anda.


Order sekarang ! Tingkatkan tahap kesihatan anda hari ini !



Sharing is Caring