Saturday 28 February 2015

Cara Mudah Mencegah dan Merawat Demam Denggi


Denggi !! Merata-rata tempat dilaporkan kes demam denggi meningkat dan terus meningkat. Pada minggu ketujuh 2015 sahaja, sejumlah 2,759 kes demam denggi dilaporkan. Jumlah kumulatif kes demam denggi dari Januari hingga 21 Februari 2015adalah sebanyak 21,310 kes, berbanding hanya 13,915 kes yang dilaporkan bagi tempoh yang sama tahun lepas.

Bahaya ke demam denggi ni ? Sangat bahaya !

Jadi bagaimana nak cegah denggi dan rawati pesakit denggi ?





Sehingga kini tiada ubat-ubatan khusus untuk merawat demam denggi ini. Kalau di hospital pun, rawatan yang diberikan hanya dengan masukkan air bagi mengelakkan badan dari dehidrasi. Oleh itu, penting untuk kita cegah dan lindungi diri dan keluarga dari nyamuk Aedes.

Cara-Cara Pencegahan

  • Elakkan gigitan nyamuk dengan menggunakan ubat nyamuk, gunakan kelambu semasa tidur.
  • Elakkan aktiviti semasa nyamuk aktif menggigit (5.30 pagi - 8.00 pagi dan 5.30 petang - 8.00 malam), terutama di kawasan yang terbabit denggi
  • Menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk
  • Buang semua bekas yang boleh menakung air hujan atau lebihan air terutama di dalam besen, tayar lama, bekas bunga, bekas plastik dan tong. 
  • Letakkan bahan pembunuh jentik-jentik di dalam bekas takungan
  • Kerap tukar air di bekas minuman haiwan peliharaan
  • Jauhkan diri dari kawasan pembinaan kerana dilaporkan kawasan ini yang banyak ternak Aedes
  • Digalakkan untuk makan makanan yang tinggi nutrisi dan bervitamin 

Nutrisionist Shaklee menyarankan pesakit mengambil 4 jenis suplemen untuk mencegah dan merawat demam denggi, iaitu :

1. Performance Drink


Performance Drink membantu meningkatkan cecair elektrolit di dalam badan dan mencegah badan dari dehidrasi.

Performance Drink merupakan satu-satunya minuman isotonik bebas karbonat, kurang gula, bebas perasa dan bebas pewarna tiruan
 

2. Sustained Release Vitamin C Plus

 
Fungsi Vitamin C membantu meningkatkan sistem imunisasi badan. Ianya juga membantu meningkatkan sel darah putih untuk membunuh bakteria dan virus denggi dalam badan untuk mengelakkan simptom semakin teruk.

3. Nutriferon



Pengambilan Nutriferon penting untuk meningkatkan imunisasi dalam tubuh bagi melawan penyakit.


4. ESP


Fungsi ESP untuk memberi tenaga pada pesakit denggi. Ini kerana semasa pesakit derita demam denggi, banyak vitamin, mineral dan cecair yang hilang dari tubuh badan.

Oleh itu, ESP membantu untuk menyimpan semula vitamin dan mineral yang baru di ambil untuk kesihatan tubuh. Ini kerana fungsi ESP adalah membaiki sel.


Sama-sama kita cegah denggi. Sayangilah diri dan orang tersayang.

Tiada Aedes, Tiada Denggi !!
 

Sekiranya anda berminat untuk mendapat Set Denggi serta konsultasi percuma, hubungi saya di talian berikut :


atau
 
 



Cara Hilangkan Parut Chickenpox Supaya Kekal Cantik Macam Che Ta

Chickenpox atau lebih dikenali sebagai cacar air. Kalau di tempat saya panggil "demam pelentung". Ia disebabkan oleh virus Varicella dan amat mudah berjangkit. Ia berlaku pada semua peringkat umur terutama pada kanak-kanak. Ia lebih teruk sekiranya berlaku pada orang dewasa. Jangkitan adalah melalui sentuhan atau titisan cecair daripada orang yang dijangkiti. Jangkitan juga berlaku melalui bahan tercemar dengan cairan cacar seperti pada pakaian atau tuala dari penghidap chickenpox.

Penghidap chickenpox boleh merebakkan virus sehingga 48 jam sebelum ruam timbul dan boleh terus menjangkitkan orang lain sehingga cacar air menjadi kering dan berkeruping.



Tanda dan Gejala


Penghidap chicken pox akan mengalami demam dengan bintik-bintik merah pada kulit. Kawasan bintik-bintik merah melibatkan muka, kepala, dada, belakang dan akhirnya seluruh tubuh. Ruam chicken pox akan timbul kurang dari 2 minggu selepas jangkitan berlaku.

Bintik-bintik merah yang baru akan mula timbul dalam beberapa hari dan bilangan boleh mencecah ratusan biji dan kemudian membentuk gelembung berisi air. Bila gelembung berisi air pecah ia menjadi kering dan berkeruping. Rasa gatal sederhana atau teruk menyebabkan pesakit akan menggaru dan akhirnya menyebabkan parut.

Gejala lain ialah sakit perut, tiada selera makan, sakit kepala, rasa tidak selesa, letih dan terganggu. Penghidap juga ada batuk ringan, hidung berair dua hari sebelum bintik-bintik merah timbul.

Nak tengok tak kisah Puan Nur Hidayah yang kena chickenpox pada usia dewasa. Serius mengerikan !! Rasa hilang keyakinan bila tengok parut kekal dan berlubang di muka.

Jom tengok !





Haa macam tak percayakan parut kekal teruk tu boleh hilang dalam tempoh sebulan. Mesti ada yang was-was kan. Tapi itulah hakikat yang Puan Nur Hidayah hadapi. Alhamdulillah kulit beliau kembali normal malah bertambah cantik !

So sekiranya anda menghadapi masalah yang sama seperti Puan Nur Hidayah ini, jangan cepat patah semangat. Ada cara untuk hilangkan parut chickenpox supaya kekal cantik macam Che Ta !

Nak cuba hilangkan parut chickenpox ? Boleh hubungi saya di talian berikut (konsultasi diberikan sepenuhnya).


atau


Thursday 26 February 2015

3 Tips Mudah Atasi Stress Agar Sentiasa Awet Muda

Hidup ini penuh dengan cabaran, dugaan dan masalah. Kalau tak pandai nak tangani memang kita akan stress dan hati rasa tak tenang je. Serba-serbi tak kena.

Stress ni bahaya tau ! Banyak penyakit boleh datang melalui tekanan. Tu sebab kita kena pandai control stress. Kalau asyik stress je, muka cepat nampak tua tau ! hehehe...

So, macam mana anda kawal stress ?


Saya tertarik dengan video dari Puan Lyna Noh ni. Beliau kongsikan tips bagaimana cara hidup lebih gembira dan tenang selalu.

Saya sendiri lihat video ni rasa sangat tenang dan tips Puan Lyna ini sangat membantu untuk hidup bebas dari tekanan dan hidup dengan penuh kesyukuran.



Nampak mudahkan ? Tapi saya sendiri belum dapat ikut setiap tips yang diberikan. Kalau betul-betul follow tips ni, mesti tak stress kan hehe.. muka pun nampak awet muda je hehe..

Jom sama-sama kita amalkan !

Thursday 12 February 2015

Cara Atasi Sembelit Semasa Berpantang Agar Tidak Serik Beranak Lagi

Ramai di kalangan ibu berpantang yang mengadu dengan saya menghadapi masalah sembelit semasa tempoh berpantang. Sembelit dalah masalah biasa semasa hamil dan juga berpantang. kira-kira 30 hingga 40 peratus wanita hamil dan dalam peringkat awal berpantang mengalami masalah sembelit.

Teringat ketika saya melahirkan anak sulung, Adam Haziq. Masa tu saya masih belum mengenali Shaklee. Bersalinkan Adam dengan kaedah Vacuum adalah pengalaman yang mengerikan kerana kesan koyakan yang banyak dan tidak teratur. Kesan koyakan saya ketika itu menghampiri ke bahagian dubur. Bayangkan macam mana fobianya saya untuk melepaskan hajat. Ketika itu saya bergantung kepada ubat melembutkan najis yang doktor beri. Berbeza pula dengan anak kedua, Adeeba Zahra. Bersalin normal tapi tetap kena gunting untuk mempercepatkan kelahiran. Dari awal mengandung sehingga bersalin saya consume Set Kehamilan Shaklee dan Set Bersalin Shaklee. Hari pertama kelahiran saya dah siap sedia dengan Ostematrix Shaklee. Alhamdulillah, saya tiada masalah sembelit sepanjang tempoh berpantang. 

Punca Sembelit

Sembelit diakibatkan oleh diet yang tidak seimbang semasa berpantang dan mungkin disebabkan kesan hormon kehamilan yang masih ada dalam badan ibu tersebut pada peringkat awal selepas bersalin. Hormon ini memperlahankan pergerakan makanan melalui saluran penghadaman anda. Sesetengah pil zat besi yang di ambil pada tempoh ini juga boleh membuatkan sembelit menjadi lebih teruk.




Ostematrix adalah di antara suplemen wajib saya. Saya akan ambil 4 biji Ostematrix setiap hari sebelum tidur.

Bagi yang yang memang mengalami masalah sembelit ketika berpantang atau semasa hamil, ambillah 4 biji Ostematrix sebelum tidur untuk membantu proses pembuangan anda menjadi lebih lancar
selesa.

Selain dari itu juga, ibu berpantang juga boleh mengambil Alfalfa Complex untuk memudahkan pembuangan. Ianya juga adalah milkbooster bagi ibu-ibu yang menyusukan bayi.

Jom saya kongsikan pengalaman ibu berpantang yang mengalami sembelit teruk semasa tempoh berpantang anak pertama sehingga rasa serik untuk beranak lagi.

Segalanya berubah setelah beliau mengenali dan mengamalkan produk Shaklee.





Sangat mudahkan ! Berpantang dengan Set Berpantang Shaklee yang mengandungi Ostematrix dan Alfalfa Complex akan membuatkan anda rasa lebih bertenaga dan bebas daripada sembelit !

Dapatkan Ostematrix dan Alfalfa Complex untung mengatasi masalah anda sembelit ketika berpantang. InsyaAllah pasti puas hati seperti ibu-ibu lain yang dah merasai keberkesanannya.

Jika anda ibu-ibu berpantang yang mengalami sembelit ketika berpantang dan ingin ikhtiar dengan Ostematrix dan Alfalfa Complex, boleh hubungi saya di talian berikut (konsultasi diberikan sepenuhnya) : 



atau


Sharing is Caring