Friday 22 June 2012

PRODUK BARU : JOINT HEALTH TABLET



Adakah anda ingin kekal sihat dan bebas bergerak?

Joint Health Tablet menyokong kesihatan sendi berpanjangan. Ia mengandungi ekstrak unik Boswellia, ekstrak jagung dan nutrien penting yang lain termasuk Zink, Tembaga (Copper), Mangan, dan Vitamin C untuk membantu meningkatkan keselesaan sendi dan pergerakan. Dengan menggunakan tumbuhan dan bahan-bahan berasaskan mineral, JHT adalah formula sayur-sayuran 100%


Bagaimana ia berkesan?

1) Menyokong keselesaan sendi

Ekstrak Boswellia : Menghalang pembentukan bahan kimia yang menyerang tulang rawan.


2) Bertindak sebagai kusyen

Ekstrak jagung membantu mengekalkan tulang rawan


3) Memelihara tisu penyambung yang sihat

Zinc, copper, manganese and vitamin C merupakan nutrien penting dalam kesihatan sendi dengan membekalkan sokongan nutrien untuk kolagen dan komponen tisu penyambung lain yang memberikan kekuatan dan struktur terhdap sendi.


Siapa yang memerlukan?

Sesiapa sahaja tidak kira lelaki atau perempuan dewasa yang ingin mengekalkan kesihatan sendi, yang aktif dan lasak. Terutama sekali gologan dewasa dan warga tua. Bagi jutaan orang yg mempunyai ketidakselesaan sendi, aktiviti biasa seperti membengkok, duduk dan berjalan pun terasa begitu mencabar.

Jangan biarkan sakit sendi menghalang anda daripada bergerak aktif, pencegahan awal boleh menjadikan anda sihat pada masa akan datang. Sama ada and penghidap sakit sendi  atau pun tidak, adalah penting anda mendapatkan nutrisi sendi seiring dengan peningkatan usia.


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.


Credit : Lydzar Rusman

 

LECITHIN

LECITHIN

Nature’s Emulsifier (Pengemulsi Semulajadi) yang membantu badan menyerap nutrien larut lemak seperti Vitamin A,D,E, K, Beta Caretone.
Boleh didapati dari tisu binatang dan tumbuhan (plant)
Untuk komersil didapati dari telor, jagung & kacang soya

Fat Emulsifier – Metabolisma lemak
 
KANDUNGAN 
 
>> Asid linoleik (essential fatty acid) ? amat diperlu oleh badan. Tapi badan tidak boleh menghasilkannya sendiri dan ia perlu diambil melalui diet harian.

>> Kolin – satu komponen neurotransmitter

>> Asetikolina – bekal biokimia untuk penghantaran mesej di dalam otak & sistem saraf

>> Inositol – sebagai komponen utama membran / selaput sel dalam tisu di seluruh badan

 
KHASIAT DAN KEGUNAAN LECITHIN
 
1. PALING UTAMA – untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids)

>> Lecithin memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol.

>> Ia membantu menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL)

>> Membantu mengawal paras triglycerides

>> Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah.

>> Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol

 
2. PENTING UNTUK FUNGSI OTAK
 
>> Acethylcholine penting untuk fungsi otak – berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman dsb

>> Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan. Jika tidak fungsi itu akan tergugat. Acethylcholine dihasikan dari cholin. Cholin mudah diperolehi dari LECITHIN

>> Lecithin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine ? kerana 30% otak adalah lecithin, dan 70% lemak di hati (liver) adalah lecithin

 
3. UNTUK WARGA EMAS
 
>> Lecithin amat diperlukan bagi mereka yang uzur oleh sebab angin, stroke (angin ahmar) dan sakit-sakit yang biasa dialami oleh warga emas.

>> Mengurangkan berlakunya masalah pembuluhan tersendat punca darah tinggi, sengal sendi, sejuk kaki dan sebagainya.

 
4. UNTUK PENGHADAMAN
 
>> Lecithin diperlukan untuk menghasilkan bahan kimia yang dipanggil ‘bile’(jus hempedu) daripada kolesterol. Bile amat penting untuk proses penghadaman.

 
5. UNTUK SEL
 
>> Lecithin penting untuk mengangkut, menghantar bahan-bahan lemak dari makanan ke sel-sel

>> Choline & lecithin menguatkan selaput sel-sel neuron dan semua sel-sel tubuh badan kita

 
6. UNTUK KESIHATAN KARDIOVASCULAR (SISTEM JANTUNG)

>> Fungsi utama lecithin adalah sebagai “Fat Emulsifier “ ia amat penting untuk perlindungan sistem jantung.
>> Ia amat mujarap jika di ambil bersama-sama EPA dan Fiber

 
HASIL PENYELIDIKAN (R&D)
 
>> Lecithin daripada soyabean berkesan memecahkan deposit kolesterol

>> Lecitin daripada telor boleh tetapi tidak bergitu berkesan

 
MENGAPA SHAKLEE
 
>> Kacang soya – sumber semulajadi yang terpilih.

>> Kapsulnya mempunyai ciri-ciri lecithin sebagaimana di anugerahkan oleh alam

>> Tiada pengawet, perwarna, perasa tiruan

>> Kepekatannya.

– 1 kapsul :

* 520 mg lecithin

* 78 mg phosphatidycholine

* 47 mg phosphatidylinositol

 
PERANAN LECITHIN BUAT IBU MENYUSU
 
Ada yang bercerita apabila mereka mendapati badan makin mengembang akibat dari pengambilan makanan yang tidak seimbang. Namun bagi yang menyusu badan, tahukah anda, kebaikan Lecithin kepada ibu yang menyusu?
>> Ia membantu mengurangkan risiko clog duct atau duktus susu tersumbat.
>> Ia membakar lemak yang berlebihan dalam badan ibu.

>> Ia membantu ibu mengatasi masalah lupa atau “short memory” yang biasa dilalui selepas melahirkan.

>> Ia membantu menyalurkan inositol dan kolin di dalam susu ibu untuk perkembangan otak bayi.
 
Maka selamatkah Lecitihin di ambil semasa penyusuan selain untuk pengambilan untuk mengurangkan berat badan? Jawapannya ialah YA selamat diambil. Sila dapatkan jadual pemakanan dari pengedar seandainya anda mahukan cara pengambilan yang lebih baik.


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Thursday 21 June 2012

KEPERLUAN KALSIUM UNTUK IBU HAMIL & MENYUSUKAN





Jika anda terfikir bahawa kalsium hanya penting untuk kanak-kanak dan orang tua, ternyata anda silap. Kalsium sepatutnya diambil secara berterusan terutamanya bagi golongan wanita mengandung.


Apabila bercakap mengenai kepentingan kalsium, kebanyakkan daripada kita sering kali merujuk zat itu hanya untuk kanak-kanak sebagai sumber tumbesaran tulang. Bagi orang tua pula, ia penting bagi mengelakkan pereputan tulang. Jarang sekali orang muda atau yang berada di usia pertengahan mengambil berat mengenai pengambilan kalsium dalam struktur diet harian mereka.



Selain diperlukan golongan dewasa yang aktif, tahukah anda bahawa kalsium adalah zat yang amat penting bagi ibu-ibu hamil? Kekurangan pengambilan kalsium atau kealpaan dalam memberi tumpuan terhadap zat kalsium sebenarnya boleh menyebabkan komplikasi semasa meneran saat-saat melahirkan anak. Lebih buruk, kesannya akan berterusan sehingga usia tua.



Kalsium dilihat sebagai satu zat yang penting disamping zat besi, folik, potasium dan lain-lain. Semua ibu hamil seharusnya tidak memandang remeh keperluan kalsium juga berharap agar golongan suami turut mengambil peranan mengingatkan pasangannya. Apabila berjumpa doktor dalam sesi pemeriksaan, pasangan dinasihatkan agar jangan segan untuk meminta pil kalsium di samping mengamalkan diet tinggi zat kalsium.



Sebanyak 75% ibu-ibu hamil tidak mengambil keperluan kalsium yang mencukupi dan ketidaksedaran ini akan memberi kesan kepada mereka khususnya pada semester ketiga mereka mengandung dan saat-saat melahirkan anak. Ibu hamil lazimnya memerlukan 1,200 hingga 1,300 miligram kalsium sehari iaitu tambahan 300 hingga 500 miligram zat yang diperlukan orang dewasa.



Ia bermakna seseorang itu perlu mengamal pengambilan susu segar sebanyak satu liter setiap hari. Ibu-ibu sekarang kurang mengamalkan pengambilan susu, sama ada tidak meminatinya atau ada pula yang mempunyai masalah tidak boleh bertoleransi dengan laktosa. Jika ibu-ibu hamil tidak suka mengambil susu, terdapat banyak susu berperisa di pasaran khas untuk mereka. Pengambilan keju, dadih dan makanan yang berkaitan dengan susu juga boleh diamalkan bagi menggantikan susu.



Selain produk tenusu, ibu-ibu hamil bileh mengambil makanan pejal yang tinggi zat kalsium termasuk sayuran, buahan dan ikan bilis, salah satu makanan yang mempunyai kalsium yang tinggi.



Diet Sumber Asli



Walaupun ibu-ibu itu dibekalkan dengan pil kalsium, mereka tetap perlu mengamalkan diet sumber asli seperti yang disenaraikan itu. Kalsium yang diambil itu amat berguna untuk kekuatan tulang khususnya bagi ibu-ibu yang memerlukan zat tersebut bagi kekuatan menanggung berat bayi secara fizikal.



Selain itu, kalsium juga penting untuk pembekuan darah, menstabilkan transmisi impuls saraf dan untuk merehatkan otot sewaktu berlakunya kontraksi. Banyak penyelidikan dan kajian atau lebih tepat kira-kira 14 kajian yang disenarai dalam Jurnal Persatuan Perubatan Amerika mendapati kalsium yang tidak mencukupi meningkatkan risiko praeklampsia iaitu gejala tekanan darah tinggi.



Keadaan itu dikatakan berlaku selepas 20 minggu kehamilan bersama dengan masalah lain. Difahamkan juga praeklampsia berpotensi membawa maut bagi ibu dan bayi akibat kenaikan tekanan darah tinggi.



Secara amnya, kalsium yang sedia dimiliki ibu akan diserap oleh bayi semasa dia membesar terutamanya dalam proses pembentukan tulang. Kesan paling ketara adalah ibu hamil akan kekurangan kalsium pada jumlah yang besar khususnya di akhir tempoh kehamilan.



Kegagalan menggantikan kalsium yang diserap oleh bayi boleh menyebabkan ibu-ibu kehilangan gigi pada usia yang lebih muda daripada sepatutnya. Mereka juga berisiko tinggi menghidap osteoporosis. Mereka yang mempunyai ketumpatan jisim tulang yang sangat rendah akibat kekurangan kalsium dan berat tulang yang kecil berpotensi besar menghidap osteoporosis dan pada kadar lebih cepat.



Untuk mengesan jisim dan densiti tulang, mereka boleh membuat pemeriksaan di hampir semua klinik umum. Dicadangkan agar pemeriksaan itu dilakukan sebagai langkah memahami lebih lanjut keadaan tulang badan.



Kehilangan Kalsium



Kehilangan kalsium dalam kalangan ibu hamil secara relatif lebih banyak iaitu sekitar tiga hingga 10 peratus berbanding wanita menopaus yang kehilangan satu hingga tiga peratus. Itupun sudah dikira banyak. Bayangkan dengan kehilangan lebih tujuh peratus? Kehilangan ini berpunca daripada permintaan yang tinggi terhadap kalsium oleh bayi.



Jika ada orang yang berpendapat pengambilan kalsium boleh dikurangkan selepas bersalin. Itu juga satu tindakan yang salah. Sebenarnya ibu-ibu khususnya yang menyusukan anak perlu terus mengekalkan pengambilan kalsium pada kadar yang sama. Kalsium diperlukan untuk mengiringi proses merehatkan otot rahim yang mengecutkan semula mahupun sewaktu kedatangan haid.



Selain itu, pengambilan kalsium yang secukupnya didapati boleh mengelakkan masalah kekejangan sewaktu proses bersalin. Kekurangan zat itu juga boleh mengakibatkan masalah kesejukan dan kekejangan pada bahagian kaki. Kekejangan yang berlaku itu boleh menganggu emosi ibu selain proses bersalin itu sendiri, komplikasi ini sangat digeruni ibu-ibu hamil.



Oleh yang demikian, ibu-ibu yang merancang hamil, sedang hamil mahupun yang sudah melahirkan anak supaya mengekalkan mengambil kalsium sama ada berbentuk supllemen mahupun daripada sumber semula jadi.


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.


Set 3M

Triple M atau 3M fullpack mengandungi Vitamin C, B Complex, Vitalea, Alfalfa, Ostematrix(kalsium) dan Energizing Soy Protein. Semua kombinasi ini membantu ibu menjadi lebih sihat, cergas seterusnya mampu menghasilkan susu ibu dengan lebih mudah. Tak dilupakan prinsip kerap mengosongkan payudara, minum air 3L dan mendekatkan diri dengan Allah sebagai syarat wajib untuk berjaya.

Siapa Yang Perlu Ambil Set Ini ?

  1. Set ini digalakkan kepada ibu yang ada masalah penyusuan,
  2. Si ibu yang nak mula menyimpan stok,
  3. Si ibu yang mahukan anaknya mudah lena waktu malam dan
  4. Ibu yang sedang relaktasi atau induce lactation.
Fungsi setiap Vitamin Dalam Set Ini

B Complex
B Complex Shaklee mengandungi semua 8 jenis vitamin B yang diperlukan oleh tubuh badan kita termasuk asid folik. B Complex penting untuk metabolism dimana menukarkan makanan kepada tenaga, meninggikan sistem pertahanan badan, mengimbangi hormon, membantu mengurangkan stress dan bertindak sebagai penenang. Ianya juga membantu mengelakkan kulit kusam.

Vitamin C
Vitamin C Shaklee bertindak sebagai anti-oksidan. Ianya juga mencegah kelenjar daripada rosak dan berdarah, penting untuk pembentukkan kolagen (hasilkan kulit cantik dan mulus). Ia juga penting untuk meningkatkan system imun. Keunikan vitamin C Shaklee ialah, ia Sustained Released iaitu dilepaskan secara perlahan-lahan. Percaya atau tidak, Vitamin C ini benar-benar membantu mengurangkan/menghilangkan stretch marks!

Vitamin C dan B tidak dapat bertahan lama dalam badan kita, jadi badan kita perlukan vitamin sebegini untuk memenuhi keperluan harian.


Vitalea
Vita Lea Shaklee adalah multivitamin dan multimineral, yang mengandungi 23 jenis vitamin mineral yang lengkap untuk keperluan harian, formulasi lengkap dengan zat besi. Membekalkan tubuh ibu dengan nutrient yang perlu agar ibu sentiasa sihat, cergas dan bertenaga. Dilengkapi dengan zat besi yang amat diperlukan oleh ibu yang menyusukan anak.

Ia benar-benar membantu tumbesaran anak supaya berat badan seimbang dengan umur bayi.

 
Alfalfa (Milk Booster)
Raja Segala Tumbuhan, sumber mikronutrion yang paling kaya, membuatkan sistem badan berjalan lancar, sebagai milk booster-bagi ibu-ibu yang menyusukan, membantu dalam hal kewanitaan termasuklah menyelesaikan masalah keputihan. Namun, perlu diingatkan Alfalfa tidak boleh diambil oleh pesakit SLE.

Energizing Soy Protein (ESP)
Komposisi utama susu ibu adalah protein, diikuti dengan kalsium, dan barulah vitamin, mineral, lemak dan lain-lain.
Protein adalah makanan sel yang mana kita tahu 25% badan kita adalah protein, unsur kedua terbesar selepas air (75% badan kita adalah air). Keperluan protein yang mencukupi dikatakan kunci kesihatan yang optimum – protein diperlukan untuk menghasilkan hormones, enzymes, antibodies and neurotransmitter. Energizing Soy Protein ini membekalkan 14 gram non-GMO Protein Soya berkualiti tinggi yang mengandungi semua Asid Amoni Perlu termasuk 9 Asid Amino Perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan manusia. Energizing Soy Protein membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam selepas diminum kerana iamengandungi 5 jenis Vitamin B yang diperlukan tubuh, serta Kalsium separuh daripada jumlah keperluan seharian. Selain membantu dalam penysuan ibu, bayi cepat kenyang, protein juga membantu anjalkan kulit, elak payudara kendur.


Ostematrix
Umum mengetahui Kalsium sangat penting dalam pembina darah, tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia. Bagi ibu yang menyusu, pengambilan kalsium tidak boleh dipandang enteng. Minimum 1000mg kalsium diperlukan dalam diet harian ibu menyusu. 1000mg bersamaan 1L fresh milk! Bayangkan anda perlu mengambil 1L fresh milk setiap hari, jika dicongak, Ostematrix jauh lebih jimat

Kekurangan kalsium kita boleh mengalami risiko osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, mudah letih dan lesu dan kebas kaki atau tangan. Satu lagi perkara penting, jika anda mengambil kalsium pastikan bersama vitamin D, kerana Vitamin D membantu penyerapan Kalsium dalam tubuh dimana mengelakkan penghasilan batu dalam ginjal.



* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.
 



PRODUK BARU : COLLAGEN POWDER SHAKLEE



Kolagen kini menjadi perhatian terutama dalam bidang kecantikan. Ramai orang mengamalkan kolagen dan mengambil faedah dari kolagen samada dengan cara pengambilan oral mahupun suntikan.

Apakah kolagen? Kolagen adalah struktur protein yang bertindak sebagai perekat antara sel. 75% dari kulit kita terdiri dari kolagen.

Perlukah kolagen?

Ya, kerana kolagen dalam badan semakin berkurang, dan seiring dengan itu nutrisi yang menjaga kolagen yakni antioksidan juga semakin diperlukan oleh tubuh.

Maka, kesan kekurangan kolagen:
- kulit berkedut, kering dan melayut
- Kuku rapuh
- Rambut nipis dan gugur
- Tulang lemah
- Sendi kaku

Dapatkan Collagen Powder dari Shaklee hari ini. Diperbuat dari bahan semulajadi, terbukti secara klinikal.


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Tuesday 12 June 2012

Set C : Set Berpantang dan Pembedahan


Apa khasiat yg anda boleh dapat dari set berpantang ini? 

Vitalea : Multivitamin mengandungi 12 vitamin dan 7 mineral, sebagai tambahan kepada mana-mana kekurangan makanan dari badan kita. Sangat bagus diambil oleh ibu-ibu yang berpantang atau yang baru menjalani pembedahan kerana kita tahu bahawa semasa berpantang banyak makanan yang tidak boleh diambil, dan multivitamin adalah pilihan terbaik bagi menggantikan makanan tersebut. Iron juga penting untuk ibu yang telah kehilangan banyak darah sewaktu melahirkan.

Vitamin C: Penting dalam pembentukan kolagen dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan. Membantu dalam proses pemulihan luka dan membantu meningkatkan taraf sistem pertahanan badan.

BComplex: membantu mengatasi kelesuan, penting bagi kesihatan mental mambantu mencegah kemurungan dan sebagai penenang (anti stress). Perlu bagi urat saraf. Orang yang baru sahaja menjalani pembedahan tentunya merasa letih dan lesu akibat dari ubat bius dan pain killer yang diberikan. Jadi mereka memerlukan B Complex bagi mengatasi masalah kelesuan dan dapat mengatasi kemurungan.

Zinc Complex : Zinc membantu mempercepatkan proses baik pulih luka luaran dan dalaman, bagi yang tidak makan ikan haruan atau pati ikan haruan, zinc adalah pilihan yang tepat untuk menggantikan ikan haruan kerana tujuan sebenar makan ikan haruan adalah untuk mendapatkan khasiat zinc.

Energizing Soy Protein (ESP)

KEPERLUAN PROTEIN DALAM DIET HARIAN

Protein hakikatnya boleh didapati dalam makanan harian kita seperti ikan, ayam, daging, kekacang dan banyak lagi. Namun protein ini mudah musnah apabila berada dalam suhu masakan yang tinggi. Apabila ini berlaku, tubuh kita akan menyerap saki baki protein yang ada dan selebihnya badan kita menyerap minyak hasil masakan seperti ikan goreng, ayam goreng atau apa jua masakan terutama yang bergoreng.


Badan kita terdiri daripada sel. Dari sel membentuk tisu. Dari tisu membentuk organ. Dari organ membentuk sistem. Protein merupakan makanan kepada sel. Jika sel mendapat cukup protein ditambah dengan protein yang bagus, sel yang sihat akan mudah terbentuk demi menggantikan sel yang lama dan mati.


PENTINGKAH PROTEIN?

Our body need protein to grow! It’s a basic material of all living cells and organ-building block of the body. Stuktur asas badan manusia adalah sel. Segala penyakit pada zaman moden ini disebabkan oleh pengumpulan sel-sel yang LEMAH & KURANG SIHAT. Keperluan protein yang mencukupi dikatakan kunci kesihatan yang optimum – protein diperlukan untuk menghasilkan hormones, enzymes, antibodies and neurotransmitter.


25% daripada badan kita berasal (diperbuat?) daripada Protein. – kuku, rambut, kulit, otot-otot adalah protein. Malah Dr. Bruce Miller dalam bukunya mengatakan kita adalah protein.


Protein berasal dari perkataan Greek (PROTOS) bermaksud – ‘the first’ dan badan kita terdiri daripada :-


1. 66% Water

2. 25% Protein
3. 8% Fats
4. 1% Combination of Minerals & Vitamins 100%


SHAKLEE ENERGIZING SOY PROTEIN

Ini adalah makanan utama dalam program Shaklee. Amat penting dalam diet harian kita. Ia merupakan minuman berkhasiat, sumber lengkap protein secara biologi yang bermutu paling tinggi yang dihasilkan dari kacang soya. Ia memberi tenaga yang berpanjangan dan membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak.


Soy Protein Shaklee mengandungi 14 gram protein soya semulajadi yang baik pada setiap hidangan. Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.


Soy Protein tidak mengandungi kolesterol dan laktosa. Ia mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekal tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya. Produk Protein Soya ini adalah sumber-sumber kalsium dan zat besi yang baik. Selain itu ia tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet.


RISIKO KEKURANGAN PROTEIN (SECARA UMUM):

1. Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah)

2. Kidney disease (penyakit buah pinggang)
3. Liver (penyakit hati)
4. High Cholesterol (kolesterol tinggi)
5. Low blood pressure (tekanan darah rendah)
6. Low blood sugar (kandungan gula darah rendah)
7. Nerve instability (Fungsi saraf tak stabil)
8. Peptic ulcer (Ulser perut + usus)
9. Poor wound healing (Luka ambat sembuh)
10. Poor blood circulation (Pengaliran darah yang tidak lancar)
11. Poor vision (Penglihatan kurang baik)
12. Irritability (Badan menggeletar)
13. Fatigue (Letih lesu)
14. Weakness (Lemah)
15. Water retention (Tinggi kandungan air dalam tisu badan)
16. Prolonged period of time mental retardation (Terancat akal)
17. Lack of resistance to infection (Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan)


Kelebihan ESP ini ialah;
  • membantu membina dan perbaiki tisu-tisu badan, dari sel akan terbentuk organ. Dari organ terhasilnya sistem. Ia penting kepada pembentukan janin dan juga membantu untuk menambahkan susu.
  • menyediakan 14gram protein kacang soya dalam setiap hidangan untuk sihatkan jantung
  • setiap hidangan membekalkan 50% daripada Nilai Harian kalsium untuk menyokong tulang yang kuat
  • kandungan fitoestrogen untuk kesihatan prostat,payudara dan menepous
  • indeks glisemik yang rendah untuk membantu mengekalkan paras gula dalam darah

Bagaimana cara bancuhan yang betul untuk ESP?

Bancuhkan 1 sudu besar ESP bersama air masak  (air kosong)/ sejuk atau air suam2 kuku seperti milo, susu atau oren....JANGAN BANCUH dengan AIR PANASkerana kandungan zat protein mudah musnah pada suhu yang tinggi.. 


MIGHTY TRIPLE GEM

MIGHTY TRIPLE GEM untuk yang BERPUASA:

Gabungan hebat untuk dijadikan menu bersahur. Saya pasti ramai yg sedang mengerjakan puasa sunat Rejab, Syaaban dan seterusnya sebagai latihan berpuasa di bulan Ramadhan. Amat sesuai untuk diambil oleh semua golongan termasuklah golongan ibu menyusu yang mahu berpuasa tanpa menjejaskan pengeluaran susu ibu, ibu yang sedang mengandung tanpa rasa risau berpuasa boleh menjejaskan tumbesaran janin, wanita dan lelaki yang mempunyai gastrik dan golongan warga tua yang dh kurang selera nk bersahur dengan menu yang berat.
Mighty Triple Gem membantu anda kekal cergas dan bertenaga walaupun sedang berpuasa.


Energizing Soy Protein
*****************
♥ Protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel.
♥ Protein adalah amat penting dalam pembinaan tubuh badan kita, terutama kepada janin dan bayi yang sedang membesar,
♥ Membekalkan tenaga,
♥ Memberikan rasa kenyang
♥ Diperlukan untuk kuku, rambut dan kulit yang sihat
♥ Membantu sistem pertahanan tubuh untuk melawan penyakit
♥ Membanyakkan susu badan (milkbooster)
♥ Membantu mengekalkan kepejalan otot
♥ Glisemik rendah yang dapat membantu mengekalkan gula dalam darah yang normal
♥ mengekalkan tahap kolestrol normal dan menggalakkan kesihatan jantung dan prostat

Mealshakes
*********
♥ Meal Shakes Shaklee adalah salah satu pilihan pemakanan yang diberi jolokan ‘easy-on-the-go meal’ kerana penyediaannya yang begitu mudah, dan kandungannya yang lengkap membekalkan nutrient keperluan harian.
♥ Meal Shakes sesuai untuk kanak-kanak yang aktif dan tak boleh duduk diam. Sesuai juga buat mereka yang tidak sempat mengambil sarapan dan hidangan yang seimbang. Juga membekalkan nutrisi kepada mereka yang sukar untuk menelan supplemen dalam bentuk pil terutama warga tua.
♥ Membekalkan sekurang-kurangnya 35% (atau lebih) Nilai Harian (Daily Value) bagi 19 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh.
♥ Sumber yang kaya dengan kalsium, fibre dan protein.
♥ Pilihan terbaik rendah lemak dan rendah glisemik
♥ Rasa French Vanilla yang enak (seperti aiskrim vanila), boleh diminum begitu sahaja atau dicampur dengan susu, atau minuman kegemaran.


Performance Drink
****************
♥ Ia adalah minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah dehydration, seperti fungsi minuman isotonik.
♥ Ia membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina.
♥ Ia bukan milk booster, atau minuman penambah susu, sebaliknya membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.
♥ Ia mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah.
♥ Fungsinya tak sama dengan milk booster atau makanan penambah susu lain kerana ia bukan untuk menambah susu sebaliknya menjaga sistem tubuh badan kita dalam sehari berpuasa dan menyusu/mengepam.
♥ membantu mencegah rasa dehidrasi akibat kurang minum diwaktu berpuasa. 


Untuk keterangan lanjut dan harga istimewa, hubungi Zatul (011-1246 4564) atau 
Email : adamshaklee@gmail.com atau PM di Facebook Zatul Immah.
Dapatkan konsultasi secara percuma apabila anda membeli produk Shaklee dari saya pada bila-bila masa.

Kebaikan Vitamin E Shaklee

Kebaikan Vitamin E

1 - Mengekalkan kelembapan kulit

>>> Pengambilan supplement mengandungi vitamin E mencegah dehidrasi kulit. Jika anda lihat seorang wanita yang berusia tetapi kelihatan muda dengan wajah yang sihat berseri, itu bererti dia mengambil vitamin E secukupnya, hmm...

2 - Membantu di dalam menyerap vitamin A

>>> Vitamin A seperti yang terdapat di dalam karot penting untuk penglihatan dan kulit yang sihat. Walau dalam kuantiti yang sedikit, vitamin A ini perlu diserap oleh tubuh bagi kegunaan di atas. Pengambilan vitamin E dapat menolong menyerapnya.

3 - Melawan dan mencegah jerawat

>>> Menyapu vitamin E sangat membantu mencegah jerawat atau jeragat dari timbul di permukaan kulit.

4 - Mencegah penuaan kulit

>>> Vitamin E ialah sejenis antioksidan. Vitamin E melawan radikal bebas dan membuang toksin dalam tubuh. Jadi vitamin E penting sebagai agent 'anti-penuaan' kerana bahan-bahan mekap yang mengandungi vitamin E dirumus khas untuk mengurangkan kedutan dan garis-garis halus di muka. pengambilan supplement dalam 400 milligram (400 IU) vitamin E setiap hari pula akan memperbaiki tekstur kulit anda, dan elakkan daripada dimusnahkan oleh pancaran matahari.

5 - Elok untuk kulit yang terbakar (sunburn)

>>> Vitamin E ni sejuk dan sangat berkesan menghalang rasa terbakar. Sapukan pada kulit sebelum terkena pancaran matahari bagi melihat kesannya secara positif.

6 - Mengurangkan parut

>>> Bagi perempuan yang mengandung, anda pasti mempunyai 'stretch mark' di perut. Sapukan vitamin E di bahagian tersebut akan menghilangkan kesan parut. ini kerana parut terbentuk oleh collagen dan vitamin E dapat mengurangkan kekuatan ikatan molekul dalam collagen itu.

7 - Mencegah barah kulit

>>> Vitamin E merupakan satu antioksida dan juga kerana ia dapat melindungi kulit daripada panahan pancaran matahari, gabungan kedua-dua ini sangat bagus dalam melindungi tubuh daripada kanser kulit ataupun masalah kulit yang teruk.
 
Untuk keterangan lanjut dan harga istimewa, hubungi Zatul (011-1246 4564) atau 
Email : adamshaklee@gmail.com atau PM di Facebook Zatul Immah.
Dapatkan konsultasi secara percuma apabila anda membeli produk Shaklee dari saya pada bila-bila masa.

 

Friday 8 June 2012

Sukar untuk Hamil ? GLA Complex mampu membantu

Lumrah kehidupan, yang bujang nak berkahwin.. Dah kahwin, mahukan anak. Tapi tidak semua punya rezeki yang sama. Ada yang baru berkahwin, dah mengandung.. orang kata bunting pelamin. Ada orang tu, bertahun kahwin, masih belum dikurniakan zuriat. Bahagian masing-masing. Tapi tidak salah untuk kita berusaha dan berdoa. 

Sejak GLA Complex dikatakan salah satu cara cepat hamil, ramai yang mencari2 tips cepat hamil dengan GLA Complex.

Bagaimana GLA Complex membantu anda untuk cepat hamil?

GLA (gamma linolenic acid) menurunkan kolesterol dan ia membantu melegakan sindrom pra haid (PMS) seperti senggugut, dan membantu meningkatkan lendir servik yang berkualiti untuk kesuburan. Ia juga membantu dalam melegakan kesakitan dan kekejangan kerana GLA ditukarkan kepada prostagdalin E1.
Bagaimana GLA Complex membantu dalam PMS (senggugut)? Ini kerana, apabila seseorang mengalami senggugut, ia melibatkan kekejangan pada otot dalam rahim dan sekitarnya. Menurut kajina, keadaan ini berlaku apabila tubuh seseorang kekurangan GLA (gamma linolenic acid) itu tadi. Jadi sebagai memenuhi GLA yang kurang tadi, pengambilan GLA complex adalah perlu.

Bagaimana GLA Complex membantu untuk cepat hamil? GLA membantu seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang bewarna putih telur. Perasan tak sebulan sekali seorang wanita akan mengeluarkan cecair yang sebegitu, yakni sewaktu subur. Tapi, tak semua orang mendapati cecair yang dihasilkannya sebegitu ‘subur’. Di sinilah fungsi GLA untuk membantu dalam penghasilan cecair yang melambangkan kesuburan ini, yang membantu sperma untuk berenang ke uterus, terus ke tiub falopio untuk bersenyawa dengan sel ovum. Lendir serviks turut membantu sperma untuk terus hidup dalam tiub falopio sehingga 5 hari. 

GLA Complex tidak akan menyebabkan seseorang wanita itu terlebih subur sekiranya wanita itu subur kerana GLA complex membantu mereka yang kurang subur, tapi kalau dah subur tu takdelah sampai sebulan 2-3 kali bertelur.
Apa faedah GLA kepada wanita?
1.Menggalakkan rasa kelegaan semasa kitaran haid bulanan
2.Membantu dalam mengatasi PMS
3.Membantu mengatasi masalah arthritis dan ekzema
4.Bagus untuk mematangkan serviks di akhir kehamilan
5.Menstabilkan hormon dalam badan
6.Membantu menangani masalah jerawat (pengambilan digalakkan dengan Vitamin E Shaklee untuk lebih berkesan)
7.Mengawal penyakit kecing manis, darah tinggi dan kolestrol )ambil waktu malam sebelum tidur elok untuk memecahkan lemak dan menurunkan kolestrol dalam badan) 

Untuk keterangan lanjut dan harga istimewa, hubungi Zatul (011-1246 4564) atau Email : adamshaklee@gmail.com atau PM di Facebook Zatul Immah.
Dapatkan konsultasi secara percuma apabila anda membeli produk Shaklee dari saya pada bila-bila masa.




 


Sharing is Caring