Thursday 2 October 2014

Tips Elakkan Tarik Mengkarung Semasa Hamil

Siapa yang pernah kena tarik mengkarung atau simpul biawak masa pregnant ? Tarik mengkarung ni kalau istilah modennya kaki krem. Macam mana rasanya? Alhamdulillah semasa 1st pregnant tak pernah kena tarik mengkarung ni dan pregnant kali kedua ni pun setakat ke hari ni masih ok. Saya amalkan pengambilan Ostematrix Shaklee. Nanti saya kongsikan kebaikan Ostematrix untuk elakkan tarik mengkarung ni ye.

Berdasarkan apa yang saya baca, tarik mengkarung ni sakit. Kaki akan kejang dari betis hingga ke bawah kaki, akibat urat bersimpul. Kebiasaannya berlaku di malam hari dan terjadi ketika memasuki trimester kedua dan ketiga.




Punca Tarik Mengkarung Ketika Hamil

  1. Kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium atau magnesium dalam darah. Kekurangan ini berlaku kerana bayi anda mengambil apa yang diperlukannya daripada badan anda
  2. Uterus (rahim) anda yang semakin membesar memberi tekanan ke atas salur darah besar pada kaki anda. Ini adalah kesan daripada hormon kehamilan iaitu progestron, boleh memberi kesn kepada otot kaki anda

 

Tips Elak Tarik Mengkarung Semasa Hamil

  • Minum air masak secukupnya (sebaik-baiknya 2 ke 3 liter sehari)
  • Lapik kaki dengan bantal supaya kaki anda berada dalam posisi lebih tinggi daripada kepala semasa tidur
  • Urut kaki dan betis secara lembut sebelum tidur untuk lancarkan peredaran darah
  • Pakai stokin dan sandal yang sesuai dan selesa sepanjang hari
  • Lakukan senaman regangan otot sebelum tidur
  • Elakkan terlalu banyak berdiri
  • Mandi dengan air suam sebelum tidur
  • Minum susu
  • Ambil suplemen kalsium dan magnesium. pengambilan Ostematrix Shaklee dapat membantu mengelakkan dari tarik mengkarung atau kaki krem





Moga tips ini membantu ibu-ibu hamil yang mengalami tarik mengkarung atau kaki krem. Amalkan pengambilan Ostematrix sangat membantu bagi mengatasi masalah ini. Kongsikan petua ini sekiranya ianya terbukti membantu.


Order sekarang ! Tingkatkan tahap kesihatan anda hari ini !

No comments:

Post a Comment

Sharing is Caring