Showing posts with label Tips Turunkan Berat Badan. Show all posts
Showing posts with label Tips Turunkan Berat Badan. Show all posts

Tuesday, 20 August 2013

Ramping Bergaya Dengan Cinch Shake Mix Shaklee



Ramai readers di luar sana yang ingin turunkan berat badan tapi masih was-was nak pilih set kurus yang terbaik dan dijamin selamat. Bagi anda yang ingin turunkan berat badan secara sihat dan selamat, anda boleh pilih suplemen Shaklee sebagai makanan tambahan yang membantu mempercepatkan proses penurunan berat badan.

Cinch Shake Mix adalah minuman berkhasiat yang membantu dalam mengekalkan otot dan memberi rasa puas semasa menurunkan berat badan. Antara faedah utama Cinch Shake Mix :

  • Indeks Glisemik - 22 sesuai untuk penghidap kencing manis
  • Diperkayakan dengan Leucine untuk memelihara otot semasa anda menurunkan berat badan
  • 24 gram protein setiap hidangan untuk membantu anda berasa puas dan kenyang
  • Tinggi kandungan serat
  • Memberikan 35% atau lebih Nilai Harian kepada 21 vitamin dan mineral penting
  • Penggunaan soya bebas GMO

Tuesday, 5 February 2013

Tips Turunkan Berat Badan

Ok kali ini saya nak kongsikan cara untuk turunkan berat badan dengan cepat dan sihat. Seperti yang kita sedia tahu, ramai rakyat Malaysia telah mencapai tahap obesiti.

Berdasarkan statistik yang dihasilkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), seramai 29% penduduk dewasa mempunyai berat badan berlebihan dan 30% mengalami obesiti iaitu 8.1 juta rakyat Malaysia. Suatu angka yang begitu besar dan membimbangkan.

Berikut adalah beberapa cara yang boleh digunakan untuk menurunkan berat badan dengan cepat dan sihat.

1. Kunyah makanan lebih lama dari biasa. Ini akan membuatkan anda lebih cepat kenyang lantas akan mengurankan pengambilan makanan.

2. Kurangkan pengambilan makanan yang tidak sihat sedikit demi sedikit. 

3. Makan makanan yang kurang lemak. Kurangkan makanan yang mempunyai gula yang tinggi seperti air bergas, kuih-muih dan makanan ringan.

4. Jangan makan lewat malam. Jika anda tergolong dalam golongan ini, kurangkan pengambilan sedikit demi sedikit dan makan selewat-lewatnya 3 jam sebelum tidur.

5. Jika anda terbangun dari tidur pada waktu malam dan terasa lapar, minum air kosong atau makan sebiji epal atau pisang.

6. Jangan terlepas atau sengaja melepaskan waktu makan anda dengan tujuan untuk menurunkan berat badan. Anda hanya akan berjaya menurunkan metabolisme badan sahaja dengan cara ini. Langkah terbaik adalah makan 5-7 kali hidangan sederhana sehari.

7. Kawal nafsu makan anda kerana ia akan membuatkan anda makan lebih dari sepatutnya. Inilah sebabnya anda perlu makan 5-7 kali hidangan sederhana untuk mengawal nafsu makan anda.   

8. Jika anda masih gagal mengawal nafsu makan, anda boleh membeli minuman berprotein  dan memakannya di antara hidangan dua kali sehari iaitu antara sarapan dan makan tengah hari serta antara makan tengah hari ke makan malam.

9. Anda boleh makan pil kuruskan badan tetapi dengan syarat anda jaga pemakanan dengan cara yang betul dan sihat.

10. Buat senaman 'sit up' dan 'push up' setiap kali bangun tidur pada waktu pagi dan pada waktu petang  selepas balik kerja. Lakukan sebanyak 20 kali setiap set. Tambah jumlah 'sit up' dan 'push up' dari hari ke hari sehingga mampu untuk membuat 100 kali setiap set. Dengan cara ini, anda bukan sahaja boleh menurunkan berat badan dengan cepat, malah berpotensi untuk mendapat abs yang cantik berketul-ketul. 

Moga membantu !! :)

Sharing is Caring