Showing posts with label Advanced Joint Health Tablet. Show all posts
Showing posts with label Advanced Joint Health Tablet. Show all posts

Friday, 26 September 2014

Atasi Sakit Lutut Dengan Suplemen Shaklee

Ada tak di kalangan anda yang ibu bapa sakit lutut dan sukar nak berjalan jauh sehinggakan terpaksa solat duduk. Emak saya salah seorangnya. Sakit lutut emak saya terjadi sebab tergelincir dalam bilik air semasa bersihkan bilik air. Nasib la masa tergelincir tu tengah dalam keadaan mencangkung. Kalau tengah berdiri, nauzubillah. Lepas kejadian tu la mulanya emak dapat sakit lutut sehinggakan pergerakan terbatas dan terpaksa solat atas kerusi. Masa kejadian ni, produk Shaklee untuk kesihatan sendi belum ada lagi. So kami adik-beradik ikhtiar bawak p klinik, makan ubat klinik dan farmasi, bawak p cucuk.. tapi kesannya kejap je. Habis ubat, sakit datang balik. Memang kesian sangat tengok keadaan mak masa tu. Bila ajak jalan kemana-mana, memang mak surrender. Tak sanggup katanya.

Alhamdulillah tak lama lepas tu, Shaklee keluaran produk baru iaitu Advanced Joint Health Tablet (AJHT). Produk untuk kesihatan sendi. Pucuk di cita, ulam mendatang. Macam tau je saya memang nak sangat mak consume produk Shaklee untuk sakit lututnya. Tak tunggu lama, lepas je Shaklee launch AJHT, memang terus belikan untuk mak. Alhamdulillah, belum habis sebotol dah nampak kesan dan perubahan pada lutut mak. Mak dah boleh berjalan jauh dengan senang hati heheh dan boleh solat berdiri. Selain dari AJHT, saya bekalkan juga mak dengan Ostematrix. Jom saya kongsikan kebaikan AJHT dan Ostematrix untuk kesihatan sendi dan tulang.

Advanced Joint Health Tablet (AJHT)

 


AJHT mengandungi satu bentuk ekstrak Boswellia yang telah ditunjukkan didalam kajian klinik, mampu meningkatkan keselesaan sendi seawal 5 hari iaitu hampir 28% lebih pantas dari yang didakwa oleh satu jenama terkenal.

Kombinasi nutrien kesihatan sendi yang direka khas iaitu zinc, kuprum, manganese dan vitamin C memainkan peranan yang unik dan kritikal didalam membangunkan kolagen penghubung dan rawan yang sihat.

AJHT tidak mengandungi kondroitin iaitu satu bahan yang terbukti didalam ujian klinikal menghalang penyerapan glukosamin. AJHT adalah 100% bebas kekerang dan 100% vegetarian yang mana langsung tidak mengandungi sumber haiwan.

Manfaat Utama Advanced Joint Health Tablet

  • Memelihara tisu penyambung yang sihat dengan tambahan kuprum, zinc, manganese dan vitamin C yang bertindak membina kolagen
  • Menambahkan kebolehan pergerakan tanpa rasa sakit
  • Meningkatkan fleksibiliti sendi
  • Memperbaiki fungsi sesendi
  • Menyokong kesihatan sesendi untuk jangka masa panjang

Ostematrix



Kalsium yang isinya paling seimbang memastikan kadar penyerapannya adalah 99%. Formulanya unik, dibuat dari mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati, mengandungi kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron. Nutrien-nutrien ini perlu diambil bersama-sama untuk penyerapan oleh tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral. Kajian telah membuktikan suplemen kalsium akan meningkatkan ketumpatan tulang wanita yang telah berumur secara berkesan.


"Jisim tulang berkembang kepada maksima pada umur bermula 28 tahun dan mula menurun dengan cepat selepas umur 40 tahun"


Manfaat Utama Ostematrix

  • Menguatkan tulang - Kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi dan sistem saraf. Ia juga merawat tulang retak, osteomalacia (rickets dewasa), kuku rapuh, eczema, konvulsi/kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.
  • Memperbaiki kekejangan  dan kebas-kebas - Pengambilan 600mg kalisum sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan artritis.
  • Memperbaiki masalah haid - Kajian menunjukkan dengan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit waktu haid dan membantu membuang air kecil.
  • Meringankan stress - Ianya mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur selesa, memperbaiki jantung berdebar, gementar, mimpi buruk dan stress. Juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.
  • Magnesium - Ini adalah ion positif no.2 penting di dalam tubuh kita. Ianya menggalakkan komposisi tulang dan rawan. Membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot, menstabilkan denyutan tidak sekata pesakit jantung, memudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus, menghalang endapan kalsium, melarut dan mengurangkan formasi batu karang atau batu hempedu. Ianya juga penting untuk mereka yang mempunyai masalah fluktuasi glukos.
  • Zinc, Boron, Manganes, Kuprum - Memelihara metabolisma kerangka dan pertumbuhan otot, menyusun enzim yang diperlukan untuk membaiki tulang, rawan dan menghalang artritis.

 

Bagaimana Memilih Kalsium Yang Terbaik ?

  • Pilih produk yang ada Vitamin D dan Magnesium
  • Elakkan produk yang dibuat dari tulang dan dolomite untuk mengelak keracunan plumbum
  • Elakkan mineral chelated kerana proses tersebut boleh menyebabkan tubuh menyerap logam berat tercemar dan toksin dalam proses menyerap mineral


TAHUKAH ANDA ?
1 tablet Ostematrix = 1 gelas susu berkalsium tinggi = 80 biji badam


Banyakkan kebaikan Joint Health Tablet dan Ostematrix kalau kita berikan kepada mak ayah. Suka bila tengok mak ayah sihat dan cergas walaupun dah berusia. Rasa berbaloi sangat usaha kita berikan suplemen atau makanan tambahan yang terbaik untuk mereka. So, jangan lengah-lengah hadiahkan kepada mak ayah anda. InsyaAllah, produk Shaklee terbaik untuk kesihatan mereka. 

Order sekarang ! Tingkatkan tahap kesihatan anda hari ini !


Sunday, 14 September 2014

Set Shaklee Untuk Patah Tulang

Patah adalah keretakan/putus/kepatahan yang berlaku pada tulang.

Apa itu patah?

Satu kekuatan yang ditujukan kepada mana-mana bahagian rangka badan boleh menyebabkan berlakunya kepatahan/retak.

Patah adalah berbeza mengikut bentuk,saiz dan tahap keterukkan. Patah boleh jadi tidak merbahaya sekiranya kecil tetapi boleh mengancam nyawa dan kehidupan seseorang sekiranya berlaku pada bahagian leher dan pelvis.

Apa yang menyebabkan kepatahan?

Patah tulang boleh juga berlaku akibat barah tulang atau osteoperosis. Kemalangan jalanraya adalah punca yang paling banyak menyebabkan kepatahan/retak tulang.

Bagaimana kita boleh mengesan kepatahan?

 

Tanda-tanda utama kepatahan :

  • Sakit
  • Bengkak pada kawasan yang terlibat
  • Tidak boleh menggerakkan bahagian terlibat.

Apakah komplikasi akibat kepatahan/retak?

 

Komplikasi akibat kepatahan/retak ialah :

  • Kecederaan saraf
  • Kecederaan otot
  • Kecederaan salur darah
  • Kecederaan organ
  • Kehilangan darah
  • Jangkitan kuman pada luka
  • Tidak sedar diri
  • Kematian

 

Bagaimana kita boleh membantu pesakit yang mengalami kepatahan/keretakan tulang?

Pesakit yang mengalami kecederaan mungkin perlu di alihkan dari tempat kejadian ke tempat yang lebih selamat. Pindahkan pesakit secara berhati-hati dalam keadaan di mana mengalihkan pesakit tidak menyebabkan kecederaan yang lebih teruk. Sekiranya pesakit tidak sedarkan diri hendaklah anggap leher juga patah. Oleh itu, periksa dan pastikan bahagian leher tidak digerakkan sewaktu memindahkan pesakit.

Sebelum pesakit di bawa ke hospital, pastikan rawatan kecemasan telah diberikan di tempat kejadian mengikut tahap kesedaran pesakit. Orang awam yang ada kemahiran tentang pertolongan cemas hendaklah memberi pertolongan kepada pesakit sebelum ketibaan pasukan perubatan.

Tempat yang mengalami kepatahan mestilah dipasangkan alat sokongan "splint" untuk mengurangkan pergerakan dan mengurangkan kesakitan. Alat sokongan "splint" boleh menggunakan sebahagian badan pesakit. Contohnya sebelah kaki untuk menyokong kaki sebelah yang patah dengan menggandingkan kedua belah kaki dan ikat dengan tujuan mengurangkan pergerakkan. "Splint" boleh dibuat dari apa-apa bahan yang sesuai seperti surat khabar, papan atau lain-lain benda yang keras yang boleh menampung tulang yang patah.


Suplemen Shaklee juga membantu untuk memulihkan kesan kepatahan atau keretakan tulang. Antara suplemen yang disyorkan adalah :

Vivix

- Mengimpak 4 mekanisma utama selular
- Menggalakkan biogenesis (pembentukan baru) mitochondria (penjana tenaga)

Advanced Joint Health Tablet

- Memperbaiki keselesaan sendi
- Menyokong kesihatan sendi untuk jangkamasa panjang
- Kombinasi zinc, kuprum, manganese dan vitamin C memainkan peranan membangunkan kolagen penghubung dan rawan yang sihat
- Memlihara tisu penghubung yang sihat
- Meningkatkat cushioning iaitu membolehkan sendi bergerak lebih bebas

Ostematrix

- Untuk membaikpulih tulang
- Mengandungi magnesium yang menggalakkan komposisi tulang dan rawan
- Membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot
- Zinc, boron, manganes dan kuprum yang terdapat didalam Ostematrix berfungsi memelihara metabolisme kerangka dan pertumbuhan otot, menyusun enzim yang diperlukan untuk membaiki tulang, rawan dan artritis

Zinc Complex 

- Memperbaiki tisu
- Berkebolehan menggabung DNA, RNA dan protein untuk merangsang generasi sel dan mengaktifkan lebih 200 jenis enzim didalam tubuh untuk memelihara metabolisme tulang
- Mempercepat proses pemulihan luka

Jangan biarkan kepatahan/keretakan tulang berlarutan dan hanya bergantung kepada ubat. Usaha untuk mencari inisiatif lain agar dapat dipulihkan dengan segera.


Order sekarang ! Tingkatkan kesihatan anda hari ini !


Tuesday, 21 January 2014

Advanced Joint Health Complex Shaklee

Advanced Joint Health Complex mengandungi satu bentuk ekstrak Boswellia yang telah ditunjukkan didalam kajian klinikal, mampu meningkatkan keselesaan sendi di dalam jangkamasa seawal 5 hari - hampir 28% lebih pantas dari yang didakwa oleh satu jenama terkemuka !

Ramuan yang dirumus secara saintifik ini merangkumi ramuan yang terbukti secara klinikal :
  • Menggalakkan mobiliti
  • Meningkatkan fleksibiliti
  • Meningkatkan fungsi sendi
  • Menyokong kesihatan sendi untuk jangkamasa panjang
Juga merangkumi kombinasi nutrien kesihatan sendi yang direka khas iaitu zinc, kuprum, manganese dan vitamin C. Setiap satunya memainkan peranan yang unik dan kritikal di dalam membangunkan kolagen penghubung dan rawan yang sihat.

Tidak seperti kebanyakan suplemen kesihatan sendi, New Advanced Joint Health Complex tidak mengandungi kondroitin iaitu satu bahan didalam ujian klinikal yang menghalang penyerapan glukosamin. New Advanced Joint Health Complex adalah 100% bebas kekerang dan 100% vegetarian (tidak langsung mengandungi sumber haiwan).

Thursday, 15 August 2013

Testimonial : Kesihatan Sendi Dengan Joint Health Tablet Shaklee

Ada tak dikalangan anda, ibu bapa, keluarga serta saudara-mara terdekat anda yang menghidapi masalah sendi.. sakit lutut, sakit di pelipat, sakit urat, sakit pinggang.. ? Cuba cadangkan Advanced Joint Health Tablet Shaklee yang berkesan seawal 5 hari !


Ok ini testimonial dari emak saya sendiri.
 
"Permulaan saya belikan untuk emak yang sakit lutut selepas tergelincir di dalam bilik air. Selepas kejadian, emak memang payah nak berjalan jauh.. solat pun atas kerusi. Nak ajak jalan-jalan pun tak nak sebab lutut sakit sangat. Alhamdulillah selepas habis sebotol Advanced Joint Health Tablet Shaklee, memang nampak perubahan emak. Dah boleh buat kerja rumah, mampu berjalan jauh dan yang paling saya suka emak dah tak perlukan kerusi untuk solat ! Bersyukur dan seronok sebab dapat berikan suplemen terbaik untuk emak tersayang".

Info Advanced Joint Health Tablet Shaklee




Apakah Shaklee Advanced Joint Health Tablet?
Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah satu formulasi proprietari yang menampilkan kombinasi bahan-bahan yang amat berkesan, yg dapat menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan fungsi sendi yg sihat. Ia dihasilkan dari ramuan yg bertindak dgn pantas bagi menyokong makanan kesihatan yg diperlukan oleh sendi-sendi.

Siapakah yg memerlukan khasiat Shaklee Advanced Jointh Health Tablet?
Lelaki dan wanita dewasa yg mencari satu produk semulajadi dalam mengekalkan kesihatan sendi mereka. Orang muda yg mempunyai gaya hidup lasak dan aktif juga boleh memanfaatkannya.

Apakah estrak jagung?
Estrak jagung secara semulajadinya kaya dgn glukosamina yg merupakan gula amino dan merupakan blok binaan utama bagi proteoglikan. Ia digunakan untuk membina tulang rawan dan lendir bagi melincirkan sesendi. Glukosamina mengandungi bahan yg juga dijumpai dalam tendon dan ligemen. Ekstrak jagung membantu meningkatkan perlindungan sesendi dalam membantu memelihara tulang rawan untuk kesihatan sendi dalam jangka masa panjang.

Apakah Boswellia?
Boswellia merupakan gum resin dari pokok Boswellia Serata. Bahan aktif utama ekstrak Boswellia serrata ialah asid boswelik (AKBA, asid 3-asetil-11-keto-beta-boswelik) yg berfungsi sebagai anti radang semulajadi.

Apakah yg membuat ekstrak Boswellia dalam Shaklee Advanced Joint Health Tablet istimewa?
Ekstrak Boswellia proprietari yg digunakan di dalam Shaklee Advanced Jointh Health Tablet bukan sahaja mengandungi asid Boswelik AKBA yg berkepekatan tinggi bagi menyokong keselesaan sendi tetapi juga mengandungi unsur-unsur semulajadi lain dalam resin Boswellia yg berkait rapat dalam memberikan bioaktiviti yg lebih baik berbanding daripada AKBA sahaja. Tambahan pula ekstrak Boswellia tertentu ini telah ditunjukkan secara nutirisinya dapat menyokong keselesaan sendi yg lebih baik berbanding satu ekstrak AKBA yg lebih tinggi.

Bolehkah saya mengambil Shaklee Advanced Joint Health Tablet ini dengan Ostematrix pada masa yg sama?
Boleh. Tada sebab mengapa anda tidak boleh mendapatkan khasiat kedua-duanya yg menyokong kekuatan sendi anda. Lebih baik anda gabungkan Shaklee Collagen Powder dan VIVIX bagi mengoptimumkan khasiat Shaklee Advanced Joint Health Tablet.

Friday, 2 August 2013

Kebaikan Advanced Joint Health Tablet Shaklee

Shaklee Advanced Joint Health Tablet mengandungi ekstrak unique Boswellia aktif dengan paten tertunda, ekstrak Jagung dan nutrien penting lain termasuk Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C untuk membantu meningkatkan keselesaan sendi dan pergerakan. Dengan menggunakan tumbuhan dan bahan-bahan berasaskan mineral, Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah formula sayur-sayuran 100%.

Keistimewaan Advanced Joint Health Tablet (AJHT) Shaklee


Harga Meletop AJHT Shaklee

Advanced Joint Health Tablet (AJHT)

Menyokong Kesihatan Sendi Berpanjangan

Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah satu formulasi proprietari yang menampilkan kombinasi bahan-bahan yang amat berkesan, yang dapat menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan fungsi sendi yang sihat. Ia dihasilkan dari ramuan aktif yang bertindak dengan pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendisendi.

Shaklee Advanced Joint Health Tablet mengandungi ekstrak unique Boswellia aktif dengan paten tertunda, ekstrak Jagung dan nutrien penting lain termasuk Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C untuk membantu meningkatkan keselesaan sendi dan pergerakan. Dengan menggunakan tumbuhan dan bahan-bahan berasaskan mineral, Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah formula sayur-sayuran 100%.




Sebarang pertanyaan dan tempahan produk, hubungi :



Monday, 8 April 2013

Pelihara Kesihatan Sendi Lutut dengan Suplemen Shaklee

Ramai yang menghadapi masalah sakit sendi dan lutut. Faktor usia antara salah satu penyebab kepada masalah yang dihadapi. Oleh itu anda perlu memelihara kesihatan sendi lutut dan mengikut panduan yang boleh anda ikuti untuk tujuan tersebut.

Regangan
Kuatkan otot-otot di sekitar lutut dengan melakukan aktiviti regangan. Lakukan regangan pada peha belakang, betis dan paha hadapan. Merawata otot-otot ini boleh mengurangi rasa sakit di lutut. Selain itu, lakukan juga gerakan seperti menarik kaki ke belakang punggung dan gerakan lain bagi melatih otot-otot tersebut.

Kalsium
Makan makanan yang banyak mengandungi kalsium boleh membantu mengurangi dan mencegah sakit di sendi lutut. Makanan yang kaya dengan kalsium ialah badam, kacang pis, oren, bayam, kacang buncis, ikan salmon dan produk tenusu terutama yogurt dan susu krim.

Kawal Berat Badan
Berat badan berlebihan atau obesiti boleh membebankan sendi-sendi pada lutut yang akhirnya menyebabkan ketegangan dan nyeri. Hindari makanan yang diolah serta makanan tinggi lemak. 

Olahraga
Bagi memelihara berat badan, lakukan olahraga secara rutin, sekurang-kurangnya 20 minit sebanyak tiga hingga lima kali seminggu.


Sharing is Caring