Apakah itu alahan pemakanan?
Kesan tindak balas yang memudaratkan daripada sistem imunisasi badan
terhadap beberapa jenis makanan yang dianggap berbahaya kepada badan.
Berapa kerap ia berlaku?
Adalah dianggarkan, 2% kanak-kanak mengalami alahan makanan (lebih
tinggi dikalangan kanak-kanak yang lebih muda iaitu sebanyak 5-8%).
Kebanyakan kanak-kanak akan hilang alahan makanan apabila mereka
meningkat dewasa. Walau bagaimanapun, sesetengah alahan seperti alahan
kepada kacang tanah dan kerang-kerangan mungkin akan berlanjutan
sepanjang hayat. Dikalangan orang dewasa, kejadian alahan makanan
berkurangan kepada anggaran 1% daripada populasi keseluruhan.