Showing posts with label Kebaikan GLA Complex. Show all posts
Showing posts with label Kebaikan GLA Complex. Show all posts

Wednesday, 4 March 2015

Cara Atasi Haid Tidak Teratur Agar Suami Senyum Selalu

Ok, entry kali ini saya nak bercerita tentang topik yang sangat penting bagi kaum wanita iaitu kitaran haid. Rasanya ramai golongan di luar sana yang menghadapi masalah kitaran haid yang tidak tetap. Tidak tetap itu bermaksud, waktu datang haid yang tidak menentu setiap bulan. Contohnya bulan ni period kemudian tak datang dah berbulan-bulan. Ada yang setahun tak datang bulan. Bagi ibu yang menyusukan, perkara tu normal. Tapi bagi wanita lain, perkara sebegini tidak boleh di ambil ringan. Bayangkan setahun tak datang bulan, dah tentunya emosi tak stabil. Yang jadi mangsa dah tentunya suami yang pening nak layan emosi si isteri yang up and down. Selain itu juga, ianya turut mengganggu hubungan suami isteri kerana sukar untuk mengatur waktu terbaik untuk bersama.

Pentingnya kitaran haid yang teratur dan lancar adalah penanda kepada tahap kesuburan yang baik bagi seorang wanita. Bagi wanita yang berkahwin, kitaran haid yang stabil menjadi penunjuk utama untuk merancang kehamilan.

Jadi bagaimana nak stabilkan kitaran haid anda ?




Dah tonton video di atas ? Setahun tidak datang period. Bayangkan apa yang beliau rasa. Ya, stress !! Emosi tak stabil, asyik nak marah-marah dan sukar rancang kehamilan.

 

Cara Atasi Haid Tidak Teratur  

 

1. GLA Complex



Fungsi utama Gla Complex membantu mengatur dan mengawal kitaran haid. Selain itu, ianya juga membantu meningkatkan tahap kesuburan wanita dan membantu mengatasi masalah period pain (senggugut).

2. B-Complex



Fungsi utama B-Complex adalah mengawal tekanan. Ianya adalah nutrien anti-stress. Selain itu dapat membina tindakbalas imun, masalah haid dan mencegah kemandulan.

3. Vitamin C


Vitamin C Shaklee berperanan dalam pengeluaran hormone anti-stress dan interferon (hormon fungsi imun). Stress boleh memusnahkan Vitamin C di dalam badan. Oleh kerana kekurangan Vitamin C, sistem imun badan menjadi lemah dan mudah diserang penyakit. 

4. Vitalea 



Vitalea adalah penambah tenaga segera bagi tubuh badan kita. Ianya baik untuk kecerdasan tubuh dan kekuatan mental sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun tugasan seharian.


Sekiranya anda berkongsi masalah seperti Puan Ija ini dan berminat dengan produk Shaklee, hubungi saya di talian berikut. Konsultasi percuma diberikan.


atau

Thursday, 28 August 2014

Jerawat ?? Atasinya dengan Suplemen Shaklee

Jerawat ?? Oh tidak.... !! Musuh ketat tu.. Lebih-lebih lagi orang perempuan kan. Cukup takut bila ada jerawat di muka walaupun sebiji jerawat hehe..


Apa Itu Jerawat

Jerawat adalah sejenis penyakit yang di anggap kronik di mana ia mengganggu kelenjar yang terdapat di dalam lapisan kulit. Kelenjar-kelenjar ini mengeluarkan minyak atau sebum yang berfungi untuk meliputi kulit luar muka dan badan kita dan bertindak sebagai pelembap semulajadi pada permukaan kulit manusia. Namun begitu, apabila liang roma pada permukaan kulit anda tersumbat, ini akan membuatkan kulit muka, belakang dan leher ditumbuhi jerawat.


Punca-Punca Jerawat

Secara lebih terperinci, jerawat membentuk apabila sebum, bakteria dan sel kulit mati tersangkut di dalam liang roma kulit. Lapisan kulit mati pada tubuh kita juga akan digugurkan setiap hari dan boleh terperangkap dalam liang roma tersebut. Oleh itu, terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan tumbuhnya jerawat pada kulit muka, belakang badan dan juga kulit leher manusia. 


1. Hormon dan Jerawat

Pada usia remaja, kelenjar sebaceous mengembang dan mengeluarkan lebih banyak sebum di bawah pengaruh hormon yang dikenali sebagai hormon androgen. Sebab itu ramai di kalangan perempuan pada usia remaja dan awal dewasa kerap mengalami masalah jerawat. Namun begitu, lama-kelamaan liang sebaceous akan menghasilkan sebum yang semakin berkurangan berbanding pada usia remaja. 


2. Bakteria dan Jerawat

Bakteria yang dikenali dengan nama Propionibacterium Acnes pula adalah salah satu bakteria yang biasa ditemui dalam sel kulit. Sumber makanannya adalah sebum dan sel-sel mati pada permukaan kulit. Orang yang berjerawat mempunyai Propionibacterium Acnes yang lebih banyak berbanding dengan kulit orang yang tidak berjerawat. 


3. Pemakanan dan Jerawat

Walaupun punca jerawat yang disebabkan oleh diet atau pemakanan tidak dapat dibuktikan dengan jelas serta secara terperinci, tetapi diet mempunyai kesan langsung terhadap tahap insulin dalam badan kita. Untuk pengetahuan anda, insulin adalah hormon terpenting manusia dan boleh mempengaruhi hormon-hormon lain di dalam tubuh termasuk hormon androgen yang turut menjadi penyebab pertumbuhan jerawat pada kulit muka, belakang dan leher pesakit.


4. Stress dan Jerawat

Stress boleh memburukkan lagi simptom jerawat anda tetapi ia boleh dicegah dengan rawatan jerawat yang betul. Tahap stress yang tinggi memang mampu memberi kesan ke atas jerawat dan boleh menyebabkan radang jerawat yang teruk. Selain itu, apabila kita dalam keadaan stress, adrenalin serta hormon androgen yang ada di dalam badan akan dikeluarkan dengan berlebihan dan menjadi punca berlakunya pertumbuhan jerawat. 


Jenis-Jenis Jerawat

1. Acne Vulgaris (Jerawat Biasa)

  • Whiteheads - belum dijangkiti kuman tetapi terjadi kerana liang kulit tersumbat dengan sebum dan kulit mati dan menyebabkan liang atas tertutup dan perlu dirawat secara agresif.
  • Blackheads - belum dijangkiti kuman tetapi berbeza dengan whitehead di manabahagian atas blackhead terbuka dan kehitaman disebabkan oleh pengoksidaanudara. Tidak boleh dihilangkan menggunakan skrub muka kerana akan merosakkan lagi kulit muka.
  • Papules - radang yang berlaku dalam liang dan kawasan sekeliling akibat jangkitan awal kuman.
  • Pustules - radang yang berlaku akibat jangkitan kuman berterusan serta mengeluarkan nanah akibat dari jangkitan kuman tersebut.

2. Acne Vulgaris (Jerawat Serius)

  • Nodul - bonjolan jerawat yang lebih besar dari jerawat biasa dan biasanya sakit jika dipegang dan tidak hilang dalam masa yang singkat. Kebiasaannya akan menyebabkan parut di muka atau berulang membentuk jerawat nodul atau pun jerawat batu.
  • Sista (cyst) - timbul akibat percantuman nodul-nodul yang berdekatan lalu menjadikan satu cyst yang besar. Ia tidak boleh dipicit sama sekali dan memerlukan rawatan lanjut dari doktor untuk mendapatkan suntikan steroid bagi mengelakkannya meninggalkan kesan parut.
3. Acne Rosacea (Jerawat Kronik)
Rosacea sering dianggap sebagai salah satu jenis jerawat tapi sebenarnya tidak dan cara merawatnya juga tidak sama seperti merawat jerawat. Ia tidak mempunyai blackhead dan hanya merupakan benjolan merah yang bernanah. Kebarangkalian untuk menghidapi penyakit ini adalah wanita-wanita yang berusia 25 tahun keatas sahaja.

4. Pyodermafaciale folliculitis

Sejenis penyakit kulit yang sering disalah anggap sebagai sejenis jerawat namun ianya hanyalah penyakit kulit yang berlaku akibat jangkitan bakteria pada kulit muka. Rawatannya juga tidak sama dengan rawatan bagi masalah jerawat. Kebanyakkan orang juga sering menganggap bahawa penyakit jerawat adalah berpunca daripada resdung. Sekali lagi saya katakan bahawa ianya tidak benar. Apa yang membezakan jerawat dengan resdung adalah :

5. Jerawat (Acne)

  • Sejenis penyakit kulit yang kronik.
  • Tumbuh apabila liang kulit atau liang roma yang tersumbat dan memerangkap kotoran.
  • Terjadi di dalam lapisan kulit.
  • Boleh tumbuh disebabkan oleh ketidak seimbangan hormon, persekitaran, dan tekanan.
  • Tidak berjangkit dengan sentuhan dan boleh dihidapi secara turun-temurun.

6. Resdung (Sinusitis)

  • Radang yang berlaku pada lapisan rongga hidung
  • Berpunca daripada alahan (habuk, makanan, parasit) atau perubahan cuaca
  • Kesannya boleh mengakibatkan hidung berair, serta kegatalan pada kulit muka dan mata
  • Jika serius, pesakit perlu menjalani pembedahan untuk membuang resdung yang menghalang laluan udara dalam rongga hidung yang turut boleh menyebabkan sakit kepala dan mata yang teramat sangat.
  • Tidak boleh berjangkit melalui sentuhan dan boleh diwarisi secara turun-temurun.
  • Boleh dihidapi bersama dengan lelah dan eczema, sejenis penyakit kulit yang lain.



Ini salah satu gambaran jerawat Acne Rosacea (Jerawat Kronik)

Produk Shaklee Untuk Kulit Jerawat

1. ESP

Bagi wanita yang mementingkan kecantikan kulit. Anda disarankan untuk mengamalkan pengambilan ESP. ESP merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan dan bertindak sebagai agen anti-penuaan. Mengembalikan keanjalan kulit supaya kulit kekal cantik dan gebu. Di samping memperkuatkan otot sekaligus mempercepat pemulihan luka dan menghilangkan parut.

2. Vitamin C

Vitamin C melindungi DNA dari tindakbalas fotokimia yang menyebabkan tumor, perubahan warna kulit dan beberapa jenis barah kulit. Ia juga mengelakkan penghasilan Pyrimidine dimers yang menjadi punca utama penghasilan melanoma(masalah kulit). Vitamin C juga mencerahkan kulit dari masalah jeragat dan tompok-tompok penuaan, membantu kelihatan lebih muda dan kulit lebih lembut.

Kolagen juga menghasilkan struktur saluran darah yang baik dan Vitamin C membantu sistem aliran darah. Saluran darah yang berada bawah kulit membawa oksigen dan nutrien yang menghasilkan kulit yang sihat. Tanpa nutrien yang cukup, kulit akan jadi kasar dan kering. Krim yang mengandungi Vitamin C memperbaiki rupa dan tekstur kulit.
Ia juga meningkatkan pembentukan elastin yang menebalkan, melindungi dan memulihkan sel kulit. Kesan tebal pada sel mengekalkan kelembapan, tingkatkan aliran darah pada kulit dan menjadikan kulit gebu.

 

3. GLA Complex

Memperbaiki inflamasi kulit - mengurangkan inflamasi kulit, eczema, alergi, kegatalan, kulit kering, memperbaiki bintik penuaan (jeragat), tinea dan kurap. Ia juga meringankan sakit dan bengkak yang terjadi dari rheumatisma artritis.


4. Vitamin E

[✔] Melindungi dan meneutralkan radikal bebas yang merosakkan sel-sel kulit  
[✔] Memudarkan parut jerawat 
[✔] Anti-penuaan terbaik
[✔] Membekalkan oksigen dan mempertingkatkan pemulihan  
[✔] Mengurangkan bintik penuaan 


Testimonial Set Jerawat Shaklee




Ini adalah testimonial dari pengguna yang sama. Gambar pertama adalah kesan selepas hampir 3 bulan konsisten menggunakan Set Jerawat Shaklee. Gambar kedua gambar terkini yang menunjukkan kulitnya sekarang bebas dari jerawat kronik dan semakin cerah gebu.

Jadi, sekiranya anda mempunyai masalah begini jangan putus harapan. Produk Shaklee mampu menyelesaikan masalah kulit anda. Jangan hanya bergantung kepada pencuci muka sahaja. Sebenarnya dalaman lagi penting dan perlu dijaga agar kulit sentiasa bersih dan berseri.


Order sekarang ! Tingkatkan tahap kesihatan anda hari ini.

Wednesday, 21 August 2013

Jerawat !! Atasinya dengan Suplemen Shaklee

"kak, kulit saya ni masalah jerawat yang kronik. Lebih-lebih lagi bila datang bulan. Kulit berminyak bila bangun pagi, liang pori terbuka, kulit kusam dan berparut. Apa yang patut saya makan untuk atasi masalah saya ini ye?"

Ini adalah salah satu email yang saya terima dari seorang gadis berumur 24 tahun. Saya cuba bantu selesaikan masalah beliau. Banyak sebab boleh terjadinya masalah seperti ini. Antaranya disebabkan gangguan hormon oleh tekanan psikologi dan prahaid, faktor persekitaran, penggunaan barang kosmetik dan lain-lain lagi.

Ok untuk masalah begini, apa yang saya boleh cadangkan adalah GLA Complex, Carotomax, Chewable Vit C, ESP dan Vitamin E. Eh, banyaknya yang perlu makan.. Kenapa perlunya semua suplemen ni? Jom saya terangkan fungsi setiap satu suplemen ini.


GLA Complex

[✔] Menstabilkan hormon yang menjadi penyebab jerawat
[✔] Membantu mencairkan sebum yang berminyak
[✔] Mengurangkan rongga dari tersumbat
[✔] Mengurangkan gatal dan inflamasi
[✔] Menggalakkan kulit sihat 

Wednesday, 10 July 2013

Kebaikan GLA Complex Shaklee


GLA (asid linolenik gamma) adalah salah satu komponen kimia yang terkandung dalam minyak bunga borage. Borage oil mengandungi GLA yang lebih banyak dari EPO (evening primrose oil) iaitu sebanyak 25% berbanding 10% GLA dalam EPO. Kepekatan yang tinggi dalam GLA Complex Shaklee memberi byk kebaikkan kepada kesihatan wanita dan lelaki.

Apa yang istimewanya GLA Complex Shaklee, ia turut mengandungi vitamin E minyak biji bunga matahari yang kaya dengan asid lemak Omega-6.

Sharing is Caring