Showing posts with label CAROTOMAX. Show all posts
Showing posts with label CAROTOMAX. Show all posts

Wednesday, 21 August 2013

Jerawat !! Atasinya dengan Suplemen Shaklee

"kak, kulit saya ni masalah jerawat yang kronik. Lebih-lebih lagi bila datang bulan. Kulit berminyak bila bangun pagi, liang pori terbuka, kulit kusam dan berparut. Apa yang patut saya makan untuk atasi masalah saya ini ye?"

Ini adalah salah satu email yang saya terima dari seorang gadis berumur 24 tahun. Saya cuba bantu selesaikan masalah beliau. Banyak sebab boleh terjadinya masalah seperti ini. Antaranya disebabkan gangguan hormon oleh tekanan psikologi dan prahaid, faktor persekitaran, penggunaan barang kosmetik dan lain-lain lagi.

Ok untuk masalah begini, apa yang saya boleh cadangkan adalah GLA Complex, Carotomax, Chewable Vit C, ESP dan Vitamin E. Eh, banyaknya yang perlu makan.. Kenapa perlunya semua suplemen ni? Jom saya terangkan fungsi setiap satu suplemen ini.


GLA Complex

[✔] Menstabilkan hormon yang menjadi penyebab jerawat
[✔] Membantu mencairkan sebum yang berminyak
[✔] Mengurangkan rongga dari tersumbat
[✔] Mengurangkan gatal dan inflamasi
[✔] Menggalakkan kulit sihat 

Thursday, 20 June 2013

Petua Menghilangkan Jeragat Di Muka

Jeragat ialah tompok-tompok hitam yang disebabkan melanin yang terkumpul dan menjadi warna coklat muda atau coklat tua. Kadang kala ia hitam yang terkumpul di muka biasanya berkelompok, baik di pipi mahupun di dahi atau dagu. Jeragat boleh dipudarkan atau dikurangkan, tetapi tidak boleh dipulihkan sama sekali. Mungkin anda tidak ada jeragat, tetapi mencegah lebih baik sebelum ditimpa masalah ini.



Sunday, 27 January 2013

Vitamin Shaklee Atasi Masalah Jerawat

Apa Itu Jerawat ?

Jerawat merupakan masalah kulit yang menyebabkan terhasilnya bengkak-bengkak pada muka, dada atau belakang badan. Ia kemudiannya membentuk jerawat putih yang kecil mengandungi nanah atau jerawat hitam atan bonjolan berwarna merah.

Apakah Yang Menyebabkan Jerawat ?

Gabungan faktor seperti genetik, hormon, bakteria, liang tersumbat dan keradangan akan menyebabkan jerawat.

Folikel rambut atau liang pada kulit mengandungi kelenjar sebum yang menghasilkan sebum (minyak). Semakin banyak sebum dikeluarkan, peluang untuk mendapat jerawat semakin tinggi. 

Apabila liang ini tersumbat dengan sebum dan keratin (sel kulit mati), jerawat hitam (komedo) akan terbentuk.

Jika liang yang tersumbat kekal tertutup dan ia membengkak, ia adalah jerawat putih.

Jika liang yang tersumbat kekal terbuka dan permukaan atasnya (pada kulit) menjadi gelap, ia dikenali sebagai jerawat hitam.

Dinding folikel mungkin boleh pecah lalu membentuk bonjolan merah.

Faktor-Faktor Yang Menganggu Kulit
  • Gangguan hormon disebabkan oleh tekanan psikologi dan prahaid.
  • Faktor persekitarannya seperti kelembapan yang tinggi lalu menyebabkan kulit membengkak, penggunaan kosmetik seperti sesetengah jenis pelembap, bedak asas dan minyak rambut, pekerjaan yang melibatkan minyak dan gris dan pakaian yang kasar.
  • Ubat-ubatan seperti pil perancang kehamilan dan ubat tertentu.

Tanda-Tanda Jerawat
  • Ruam kulit atau luka pada muka, dada, leher, bahagian atas belakang badan, bahu atau bahagian-bahagian lain. 
  • Jerawat putih atau jerawat hitam
  • Kulit disekeliling menjadi kemerah-merahan
  • Radang di sekeliling tompokan pada kulit
  • Tompokan pada kulit menjadi berkerak 
  • Kulit menjadi berparut
  • Pigmentasi

 

 Suplemen Shaklee untuk mencegah dan merawat jerawat :

  • Vitamin C
  • B Complex
  • Vitamin E
  • Carotomax
  • ESP
  • Collagen Powder 
  • GLA Complex
  • Alfalfa Complex    
 
Jika anda berminat, sila add FB saya Zatul Immah untuk bersembang secara langsung dengan saya,
 
atau 
 
LIKE page saya KEDAI VITAMINS

atau 

boleh call/WhatsApp saya, Zatul Jamal di 011-12464564



** COD bagi kawasan Bagan Serai, Parit Buntar, Taiping dan Nibong Tebal.    

Sunday, 13 January 2013

Atasi Jeragat Dengan Produk Shaklee

Apa itu Jeragat

Jeragat adalah sejenis penyakit kulit atau nama saintifiknya Melasma. Kebanyakan penduduk Asia umumnya dan Malaysia menghadapi masalah jeragat. Kaum wanita lebih kerap mendapat jeragat berbanding kaum lelaki. Kawasan muka yang sering terlibat adalah di bahagian pipi. Namun ada juga yang yang mengalami di hidung dan dahi. 

Punca Jeragat 

>> terdedah kepada cahaya matahari terik
>> pengambilan pil perancang
>> penggunaan kosmetik yang tidak sesuai
>> keturunan

Cara Untuk Hilangkan Jeragat

1. Melalui Penjagaan Kulit Wajah - Salah satu rahsia kulit yang cantik ialah dari amalan membasuh muka yang kerap, paling minimum 2 kali sehari. Juga pastikan memakai toner dan pelembap sejurus selepas mencuci muka. Namun perlu dipastikan pembersih wajah, toner dan pelembap yang digunakan haruslah sesuai dengan kulit. Elakkan menggunakan produk yang boleh menyebabkan kulit wajah menjadi kering. Pemakaian krim pelindung kulit yang mempunyai SPF yang tinggi amatlah perlu sekiranya selalu terdedah dengan matahari.


2. Melalui Pemakanan Harian - Kulit yang sihat memerlukan pemakanan sihat. Banyakkan mengambil sayur dan buah-buahan segar setiap hari bagi memastikan kulit mendapatkan vitamin C dari sumber yang segar walau sedikit. Selain itu, pengambilan air kosong sekurang-kurangnya 2-3 liter sehari juga penting kerana membantu melancarkan darah dan menyingkirkan toksin dari tubuh.


3. Melalui Suplemen/Vitamin. Antaranya ialah :

> ESP - memastikan sel badan sentiasa sihat dan berganti setiap 21 hari. Ini kerana protein sangat-sangat penting dalam pembentukan sel-sel baru.
> Carotomax -
sebagai antioksidan yang penting selain anti penuaan dan membantu pengawalan pertumbuhan sel abnormal.
> GLA Complex - membantu keseimbangan hormon dalam badan.
> Vitamin C dan B Complex - kedua-dua vitamin ini sangat penting untuk membantu pembinaan kolagen.
> Collagen Powder - menyokong kecantikan dari dalam ke luaran dan mampu menghilangkan kesan jeragat lama    



Jika anda berminat, sila add FB saya Zatul Immah untuk bersembang secara langsung dengan saya,

atau 

boleh call/WhatsApp saya di 011-12464564

** COD bagi kawasan Bagan Serai, Parit Buntar, Taiping dan Nibong Tebal.    

Produk Shaklee Untuk Ulser Mulut



Ulser mulut adalah penyakit yang kerap terjadi. Biasanya ia akan pulih sendiri dalam masa kurang daripada tiga minggu. Walaupun ia sering berulang, ia tidaklah serius dan juga tidak berjangkit.


Ia terjadi pada semua orang. Orang perempuan mungkin lebih kerap mengalaminya, terutamanya semasa mengandung dan pada waktu kedatangan haid.

Tanda-Tanda Ulser Mulut

>> tanda-tanda bulat berwarna putih / kuning. Ia selalunya dikelilingi oleh persekitaran yang agak merah.
>> sakit pada bahagian yang kena terutamanya bila ulser tersentuh dengan makanan atau minuman.

Sebab-sebab terjadinya ulser mulut

>> kecederaan yang berlaku di lapisan nipis mulut seperti tergigit, terkena makanan tajam, air yang terlalu panas dan sebagainya.
>> kekurangan zat dalam makanan yang diambil.   
>> tekanan perasaan (stress).
>> alahan kepada makanan seperti nenas dan sebagainya.
>> penyakit-penyakit seperti SLE dan penyakit berkaitan dengan sistem penghadaman.
>> pengambilan ubat (steroid boleh menyebabkan daya tahan sakit menurun, anti-histamine seperti ubat selsema yang menyebabkan mulut menjadi kering).
>> kurang minum air masak
  

Suplemen Shaklee untuk ulser mulut adalah :

     
>> Vitamin C - untuk meningkatkan sistem imune
>> B Complex - untuk elakkan daripada tekanan perasaan
>> Carotomax - vitamin A dan D penting untuk kesihatan lapisan mulut
>> Vitalea - meningkatkan ketahanan dari jangkitan dan penting untung pertumbuhan sel dan pembiakan
>> Zinc Complex  - cepatkan proses penyembuhan
>> Vivix >> menyokong sistem imune 
   

Jika anda berminat, sila add FB saya Zatul Immah untuk bersembang secara langsung dengan saya,
 
atau 
 
LIKE page saya KEDAI VITAMINS

atau 

boleh call/WhatsApp saya, Zatul Jamal di 011-12464564


** COD bagi kawasan Bagan Serai, Parit Buntar, Taiping dan Nibong Tebal

Wednesday, 12 September 2012

Vitamin Untuk Masalah Wanita

Masalah kewanitaan yang sering melanda wanita tak kira usia ialah antaranya masalah kekeringan faraj. Masalah ini makin kerap dirasai oleh wanita yang memasuki era menopos. Menurut kajian, masalah ini berkaitan dengan nutrisi dan boleh diatasi dengan pengambilan makanan yang seimbang, air yang cukup dan rehat yang berpadanan.
Antara vitamin yang dicadangkan untuk mengatasi masalah kekeringan vagina:-

 

Vitamin A

Vitamin A menyokong kesihatan dinding faraj, melegakan masalah kekeringan dan kesihatan vagina secara keseluruhan. Menopause Health Information Center menyatakan bahawa Beta Carotene (pro-Vitamin A) membantu menjaga tisu dan membran mukus.
Vitamin A menaikkan paras estrogen yang rendah (penyebab kekeringan vagina). Kekurangan vitamin A boleh mengganggu kesuburan.

 

Vitamin E

Menurut Menopause Health Information Center, vitamin E berperanan untuk menangani masalah kekeringan dan kegatalan faraj.
 

Vitamin B

Vitamin B membantu mengatasi masalah kekeringan vagina dan memperbaiki fungsi kalenjar adrenal. Vitamin B membantu dalam peredaran darah, mood yang ceria sekaligus menyemarakkan moood kewanitaan.
 

Omega-3 & Omega-6

Omega-3 dan Omega-6 adalah asid lemak perlu yang diperlukan untuk kesihatan vagina dan untuk penghasilan hormon yang berkaitan.
 

Produk Shaklee yang dicadangkan untuk masalah kewanitaan:


 Credit : Vitamin Semulajadi


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.




---------------------------------------------------------------------
Puan Zatul Immah (Zatul)
Shaklee Independent Distributor (ID No :886681)
011-12464564 | adamshaklee@gmail.com


Sunday, 9 September 2012

Carotomax

Carotamax Shaklee
Carotomax adalah campuran unik alpha-carotene, astaxanthin, beta-carotene, lutein, lycopene, and zeaxanthin yang menghasilkan carotenoid yang lengkap.

Apakah carotenoids?

Carotenoid adalah pigmen yang membentuk warna sayur-sayuran. Ia memberi warna oren kepada carrot, tomato dan sebagainya. 

 

Apakah fungsi dan kebaikan carotenoid?

1. Melindungi sel daripada kesan pemusnahan oleh radikal bebas
2. Sumber Vitamin A terbaik
3. Meningkatkan sistem imunisasi
4. Membetulkan fungsi organ tubuh

Sumber yang mengandungi carotenoid adalah lobak, kentang, bayam, tomato dan lain-lain sayuran. Cara yang terbaik untuk mengekalkan kandungan carotenoid ialah dengan mengambil sayuran ini TANPA DIMASAK.

FUNGSI LAIN CAROTENOID :

-Mencegah kanser

-Penting untuk pertumbuhan tisu ephithelial seperti kulit, membra di dalam saluran penghadaman, serta pernafasan. Tisu ini bertindak sebagai penghalang utama kepada jangkitan penyakit. 

- Diperlukan semasa selsema, batuk dan gangguan-gangguan penyakit yang ringan.

- Terlibat dalam penghasilan sperma dan ovum.

- Penting untuk pertumbuhan tulang yang sihat.

- Meningkatkan sistem kekebalan dengan memperbaiki fungsi sel darah putih.

- Membina semula sel-sel yang rosak.

- Melindungi dari rabun malam.

- Menjaga kesihatan mata.

- Merangsang pertumbuhan tulang yang kuat, gigi, gusi serta kulit dan rambut yang sihat serta keihatan umum.

- Digunakan dalam rawatan jerawat, ulcer, bisul, dan sebagainya


Tanda-tanda kekurangan :

- Masalah jerawat

- Hilang lembapan pada kulit, mulut dan rambut

- Tumbesaran terencat

- Masalah tidur dan insomnia

- Kulit yang menebal pada telapak tangan dan kaki

- Masalah rabun malam.


Credit : Vitaminsemulajadi.com
--------------------------------------------------------------------
Puan Zatul Immah (Zatul)
Shaklee Independent Distributor (ID No :886681)
011-12464564 | adamshaklee@gmail.com


Sharing is Caring