Showing posts with label Vitalea. Show all posts
Showing posts with label Vitalea. Show all posts

Thursday, 16 March 2017

Elakkan Kecacatan Bayi Dengan Set Kehamilan Shaklee

Dalam dua tiga minggu kebelakang ini, banyak isu "Spini Bifida" tular di laman sosial. Apa itu Spina Bifida? Jom saya kongsikan.

APA ITU SPINA BIFIDA?




Spina Bifida bermaksud "sumbing tulang belakang". Ia berlaku apabila tiub neural tidak berkembang dengan betul menyebabkan saraf tunjang tidak tertutup sepenuhnya dan terdapat jarakan (gap) di antara vertebra. Saraf tunjang dan saraf-saraf lain juga tidak berkembang dengan sempurna.

PUNCA TERJADI SPINA BIFIDA

 

 

Salah satu punca terjadi adalah disebabkan ibu tidak mengambil suplemen Asid Folik semasa mengandung. Asid Folik adalah salah satu suplemen penting untuk pembentukan sistem saraf bayi. Asid Folik perlu di ambil daripada masa anda mula mencuba untuk hamil hinggalah usia kehamilan 3 bulan.

Kajian menunjukkan bahawa wanita yang kurang mengambil suplemen Asid Folik lebih berkemungkinan melahirkan bayi dengan spina bifida, berbanding wanita yang mengambilnya pada jumlah yang disarankan.

RAWATAN BAGI SPINA BIFIDA

 

Kebiasaannya doktor akan melakukan pembedahan untuk merawat Spina Bifida.

Selain itu, jikalau bayi mempunyai Hydrocephalus, "shunt" atau saluran akan diletakkan dalam otak bayi untuk keluarkan air berlebihan tersebut.

CARA ELAK TERJADINYA SPINA BIFIDA DENGAN SHAKLEE

 

1. B-COMPLEX

Jika selepas berkahwin anda terus merancang untuk memiliki anak, boleh terus amalkan B-Complex Shaklee. Dengan hanya 2 biji sehari B-Complex Shaklee (400 mcg) sudah cukup untuk keperluan pembentukan bayi. B-Complex Shaklee juga mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B untuk mengekalkan kesihatan yang sempurna.




Selain itu, ibu-ibu hamil juga digalakkan untuk mengambil Set Kehamilan Shaklee yang mengandungi Vitalea, Vitamin C, Ostematrix, ESP, Omega Guard dan semestinya B-Complex. Setiap satu mempunyai kebaikan yang diperlukan oleh ibu-ibu hamil.



"Nasihat saya, jangan pandang enteng pada pengambilan vitamin semasa hamil. Ingat bayi yang kita kandung selama 40 minggu tu. Sanggupkah kita untuk bersedih dek kerana kecuaian dan keegoan kita sendiri. Fikir-fikirkan". 

Nak order Set Kehamilan Shaklee? Hubungi saya SID pilihan anda !

Zatul Immah Jamaludin (ID No : 886681)
Facebook : Zatul Immah
Facebook Page : Vitamin Atas Rak
E-Mail : adamshaklee@gmail.com
No.Telefon : 011-12464564
Kawasan COD : Bagan Serai, Kuala Kurau, Parit Buntar, Nibong Tebal, Bandar Bahru, Tanjung Piandang, Kulim

Sunday, 12 July 2015

Shaklee YES Wellness Pack - Healthy Fitness




Produk dalam set ini :
11007 - Herblax
10131 - Vitalea
10163 - Lecithin
11008 - Cinch Energy Tea
11010/11011/11012 - Cinch Shake Mix (2 canister) *
*Sila pilih perisa anda

Diskaun 5% daripada "Harga Distributor"

Promosi ini berlangsung dari May 2015 - Oktober 2015


**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

 Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan ? Hubungi kami sekarang ! 
Facebook : Zatul Immah 
No.Tel : 011-12464564 
Emel : adamshaklee@gmail.com 
COD Area : Bagan Serai dan Parit Buntar

**Daftar sebagai ahli Shaklee untuk potongan harga 15% - 20%

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

Wednesday, 4 March 2015

Cara Atasi Haid Tidak Teratur Agar Suami Senyum Selalu

Ok, entry kali ini saya nak bercerita tentang topik yang sangat penting bagi kaum wanita iaitu kitaran haid. Rasanya ramai golongan di luar sana yang menghadapi masalah kitaran haid yang tidak tetap. Tidak tetap itu bermaksud, waktu datang haid yang tidak menentu setiap bulan. Contohnya bulan ni period kemudian tak datang dah berbulan-bulan. Ada yang setahun tak datang bulan. Bagi ibu yang menyusukan, perkara tu normal. Tapi bagi wanita lain, perkara sebegini tidak boleh di ambil ringan. Bayangkan setahun tak datang bulan, dah tentunya emosi tak stabil. Yang jadi mangsa dah tentunya suami yang pening nak layan emosi si isteri yang up and down. Selain itu juga, ianya turut mengganggu hubungan suami isteri kerana sukar untuk mengatur waktu terbaik untuk bersama.

Pentingnya kitaran haid yang teratur dan lancar adalah penanda kepada tahap kesuburan yang baik bagi seorang wanita. Bagi wanita yang berkahwin, kitaran haid yang stabil menjadi penunjuk utama untuk merancang kehamilan.

Jadi bagaimana nak stabilkan kitaran haid anda ?




Dah tonton video di atas ? Setahun tidak datang period. Bayangkan apa yang beliau rasa. Ya, stress !! Emosi tak stabil, asyik nak marah-marah dan sukar rancang kehamilan.

 

Cara Atasi Haid Tidak Teratur  

 

1. GLA Complex



Fungsi utama Gla Complex membantu mengatur dan mengawal kitaran haid. Selain itu, ianya juga membantu meningkatkan tahap kesuburan wanita dan membantu mengatasi masalah period pain (senggugut).

2. B-Complex



Fungsi utama B-Complex adalah mengawal tekanan. Ianya adalah nutrien anti-stress. Selain itu dapat membina tindakbalas imun, masalah haid dan mencegah kemandulan.

3. Vitamin C


Vitamin C Shaklee berperanan dalam pengeluaran hormone anti-stress dan interferon (hormon fungsi imun). Stress boleh memusnahkan Vitamin C di dalam badan. Oleh kerana kekurangan Vitamin C, sistem imun badan menjadi lemah dan mudah diserang penyakit. 

4. Vitalea 



Vitalea adalah penambah tenaga segera bagi tubuh badan kita. Ianya baik untuk kecerdasan tubuh dan kekuatan mental sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun tugasan seharian.


Sekiranya anda berkongsi masalah seperti Puan Ija ini dan berminat dengan produk Shaklee, hubungi saya di talian berikut. Konsultasi percuma diberikan.


atau

Thursday, 16 October 2014

Tips Asas Banyakkan Susu Ibu

Selain daripada berusaha melakukan power pumping untuk menggalakkan penghasilan susu, anda perlu berterusan mengamalkan tips berikut tanpa culas.

Pam atau Susukan Bayi Setiap Dua ke Tiga Jam


Susu ibu terhasil berdasarkan konsep penawaran dan permintaan. Oleh sebab itulah, apabila kerap diminta, lebih banyak susu mampu dihasilkan. Ada andaian yang menyatakan susu akan kering apabila payudara terlalu kerap dikosongkan. Itu tidak benar. Sebetulnya, lebih kerap payudara dikosongkan melalui penyusuan langsung atau pengepaman, ia merangsang otak dan tubuh untuk menghasilkan lebih banyak susu bagi memastikan keperluan bayi dapat dipenuhi dengan baik.

Usah Tunggu Sehingga Penuh


Bagi yang bekerja, buangkan persepsi bahawa anda hanya boleh mengepam susu apabila payudara mula terasa penuh. Salah cara anda itu ! Anda harus didik diri untuk menghasilkan susu pada suatu tempoh tertentu. Oleh sebab itu, anda digalakkan untuk mengepam ketika ditempat kerja setiap dua ke tiga jam. Lakukannya secara tetap. Dengan yang demikian, otak dan tubuh sudah terbiasa dengan rutin ini dan akan berterusan menghasilkan susu untuk keperluan bayi.

Tandem Pumping


Hal ini dapat anda lakukan dengan mengepam sebelah payudara sambil menyusukan anak. Langkah ini dapat memaksimumkan penghasilan susu. Apabila susu dihasilkan pada sebelah kanan, secara automatiknya, payudara sebelah kiri turut menghasilkan susu apabila amalan tandem pumping selalu diamalkan.

Kebaikan Penyusuan Malam


Penyusuan yang kerap diwaktu malam terutamanya di awal pagi adalah baik kerana ketika ini hormon prolaktin banyak dihasilkan. Tambahan pula ketika ini, diri anda berada dalam keadaan tenang. Jadi, ia membantu anda melancarkan proses penghasilan susu.

Minum Air Masak Mencukupi


Adalah penting untuk anda memastikan tubuh mendapat bekalan cecair mencukupi setiap hari. bagi para ibu menyusu, anda disarankan minum sekurang-kurangnya tiga liter air setiap hari. Ia tidak kepada air kosong sahaja. Anda boleh mengambil susu, jus buah-buahan segar, sup atau apa jenis cecair yang berkhasiat. Hal ini penting untuk diberi perhatian kerana salah satu elemen utama dalam penghasilan susu ialah cecair.

Pengambilan Suplemen/Makanan Tambahan


Pengambilan suplemen bagi ibu menyusukan amat penting bagi meningkatkan imunisasi badan disamping meningkatkan produksi susu. Ibu yang menyusukan berkongsi zat pemakanan bersama bayi melalui susu yang diberikan. Jadi, pentingnya pengambilan suplemen agar badan sentiasa sihat dan tidak kekurangan zat.

Suplemen yang dicadangkan adalah :






Order sekarang ! Tingkatkan tahap kesihatan anda hari ini !

 

Wednesday, 17 September 2014

Kenali Punca Hemoglobin Rendah (Hb Rendah)

Hemoglobin (Hb) adalah molekul protin di dalam sel darah merah yang bergabung dengan oksigen dan karbon dioksida untuk diangkut melalui sistem peredaran darah ke tisu-tisu dalam badan. Ion besi dalam bentuk Fe+2 dalam hemoglobin memberikan warna merah pada darah. Dalam keadaan normal 100ml darah mengandungi 15ml hemoglobin yang mampu mengangkut 0.03gram oksigen.

Aras hemoglobin biasanya ditentukan sebagai jumlah hemoglobin dalam gram (gm) bagi setiap dekaliter (100 mililiter). Aras hemoglobin normal bergantung kepada usia, awal remaja dan jantina seseorang itu.

Aras Hemoglobin Normal

1. Baru Lahir : 17 - 22 gm/dl
2. Usia Seminggu : 15 - 20 gm/dl
3. Usia Sebulan : 11 - 15 gm/dl
4. Kanak-Kanak : 11 - 13 gm/dl
5. Lelaki Dewasa : 14 - 18 gm/dl
6. Wanita Dewasa : 12 - 16 gm/dl
7. Lelaki Separuh Usia : 12.4 - 14.9 gm/dl
8. Wanita Separuh Usia : 11.7 - 13.8 gm/dl

Sebab Utama Hemoglobin Rendah (Hb Rendah)

1. Kehilangan Darah - Kecederaan teruk, pembedahan
2. Kekurangan Vitamin - Kurangnya vitamin zat besi, B12 dan folat (vitamin B9)
3. Masalah Sum-Sum Tulang - Penggantian sum-sum tulang disebabkan barah
4. Kegagalan Buah Pinggang
5. Hemoglobin Tidak Normal

Tanda Hemoglobin Rendah (Hb Rendah)

1. Perasaan lemah dan cepat letih
2. Sukar bernafas dan jantung berdebar
3. Pucat pada bibir dan sekeliling mulut
4. Pening dan pitam kerana kurangnya oksigen sampai ke otak
5. Kesakitan di dada yang di akibatkan oleh oksigen ke jantung tidak mencukupi
6. Kurang selera makan
7. Kehilangan berat badan
8. Mental bercelaru akibat kekurangan vitamin B12
9. Sakit kepala

Cadangan Makanan Bagi Hemoglobin Rendah 

1. Makanan yang kaya dengan zat besi - kerang, kekacang, kentang, daging tanpa lemak, kismis, buah prun
2. Makanan yang kaya dengan vitamin B12 - Bijirin, ikan salmon, keju, telur (kuning telur sumber terkaya vitamin B12), susu, yogurt, lobster
3. Makanan yang kaya dengan vitamin B9 (folat) - kekacang, hati haiwan, sayur bayam (sebaiknya bayam merah), brokoli, buah alpukat, tomato, jagung, labu, pisang, asparagus, strawberi.

Cadangan Suplemen Shaklee Bagi Hemoglobin Rendah

1. Vitalea


Setiap tablet Vitalea Shaklee mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting.



Keistimewaan Vitalea Shaklee

  • 2 kali lebih antioksidan untuk mencegah kerosakan fungsi imun berpunca daripada radikal bebas
  • 2 kali lebih kalsium untuk pembentukan tulang
  • 2 kali lebih magnesium untuk mengekalkan rentak jantung, otot dan fungsi saraf
  • 2 kali lebih beta karotena untuk membentuk vitamin A yang lebih biopotent
  • 3 kali lebih selenium untuk melindungi paru-paru, kolon dan prostat
  • 3 kali lebih vitamin K untuk menyokong proses pembentukan tulang
  • 6 kali lebih boron untuk menyokong kesihatan tulang
  • 10 kali lebih biotin untuk menyokong proses pengeluaran tenaga


Tentu anda sudah memahami tentang hemoglobin. Tolong jangan abaikan dan ambil ringan masalah hemoglobin rendah terutamanya ibu hamil. Pastikan hemoglobin anda berada di paras normal untuk mengelakkan risiko-risiko yang tidak diingini.

Jom dapatkan Vitales Shaklee anda !


Order sekarang ! Tingkatkan tahap kesihatan anda hari ini !

 

Monday, 3 February 2014

Penawar Anemia Paling Mujarab

Di Malaysia, antara masalah yang dihidapi oleh ibu hamil selain masalah kencing manis atau tekanan darah tinggi adalah masalah hemoglobin rendah (HB).



Paras normal hemoglobin bagi wanita adalah di antara 11.5 hingga 16.5g/dL. Manakali bagi lelaki adalah 12.5 hingga 18.5 g/dL. Apabila paras hemoglobin tidak normal atau tidak mencukupi, seseorang itu berisiko untuk mendapat anemia. Secara umumnya, hemoglobin ialah protein yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh tisu badan. Apabila sel darah merah yang matang dan membawa oksigen ini semakin berkurangan, disinlah serangan anemia berlaku.



Simptom Awal Anemia


  • Sentiasa letih
  • Pening kepala atau pitam 
  • Lemah daya ingatan 
  • Penurunan berat badan 
  • Kadar denyutan jantung yang cepat 
  • Mudah mendapat sesak nafas apabila melakukan aktiviti 
  • Warna kulit menjadi pucat
 

Antara Punca HB Rendah


  • Kekurangan hormon : Paras hormon tiriod yang rendah 
  • Kekurangan zat besi, vitamin B1, asid folat. 
  • Gangguan pembentukan sel darah merah


Risiko Anemia dikalangan Ibu Hamil


  • Terencat pertumbuhan janin semasa dalam kandungan 
  • Peratusan tinggi untuk melahirkan anak pramatang

20 Kebaikan Vitalea Shaklee

Vitalea Shaklee adalah multi-vitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia. Asalnya dikenali sebagai "Vitalize-Mineral" dan disingkatkan sebutan kepada "Vita-min" dan perkataan  vitamin yang disebut kini asalnya dari Shaklee. Peningkatan teknologi telah mengubah bentuknya dari cecair kepada bentuk tablet yang dikenali sebagai Vita-Lea.

Setiap tablet Vitalea mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA. Ia diformulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang.

Vitalea merupakan tablet multi-vitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan juga tubuh manusia. Mineral yang terkandung di dalamnya mudah berintegrasi dengan protin untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil.

Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vitalea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%.


Tuesday, 21 January 2014

Pentingnya Vitamin Kepada Ibu Mengandung

Ibu mengandung digalakkan untuk mengambil prenatal vitamin kerana dapat mengurangkan risiko kecacatan ketika hamil, mengurangkan kelahiran pramatang dan kekuragan berat ketika lahir, membantu ibu kekal sihat dan memberi kekuatan kepada ibu sepanjang tempoh kehamilan, mengurangkan risiko kekurangan nutrisi bagi ibu yang mengalami loya, muntah dan tiada selera makan di awal kehamilan. Apa pun mengambil makanan berkhasiat dan seimbang adalah perkara utama semasa proses kehamilan.

 

Antara vitamin penting bagi ibu mengandung :


1. Iron - untuk pembentukan sel darah merah yang membwa oksigen ke seluruh badan.
**makanan seperti ikan, daging merah dan hati mengurangkan penyerapan iron dalam tubuh, begitu juga kalsium seperti susu, keju dan produk tenusu lainnya. Ambil suplemen iron sejam sebelum atau 2 jam selepas jika makan makanan tersebut.

Sunday, 22 September 2013

Set Kesihatan Optimum Shaklee

SET KESIHATAN OPTIMUM

Set Kesihatan Umum adalah set untuk kesihatan menyeluruh tubuh badan kita. Semua golongan dewasa, remaja dan warga emas sesuai mengamalkan set ini. Set ini adalah untuk kegunaan 4 bulan dan ianya terdiri daripada Vitalea, Vitamin C dan B-Complex.


Fungsi Vitalea :
  • Meningkatkan kecerdasan mental dan ketahanan daripada penyakit
  • Menolong fungsi normal penghadaman dan selera makan
  • Penting untuk pertumbuhan sel dan pembiakan

Fungsi Vitamin C :
  • Anti-Oksidan semulajadi
  • Mengekalkan integriti sel
  • Menggalakkan gigi, gusi, tulang, otot, kulit dan salur darah supaya sihat
  • Menolong mengurangkan simptom elergik

Fungsi B-Complex :
  • Menggalakkan kesihatan jantung, metabolisme tenaga dan replikasi DNA yang sihat
  • Menukarkan makanan menjadi tenaga
  • Mengurangkan simptom kemurungan dan tekanan
  • Meningkatkan fungsi otak 

Hubungi saya untuk harga istimewa dan konsultasi percuma !

 

Tuesday, 20 August 2013

B-Complex dan Vitalea Shaklee Asid Folik Terbaik Anda !

Q: Apakah asid folik? 

A: Asid folik adalah salah satu vitamin kumpulan B. Ia wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa buah, dan juga yis and ekstrak daging lembu. 

Q: Kenapakah saya perlukan asid folik? 

A: Asid folik menolong mencegah kecacatan tiub saraf seperti spina bifida. Spina bifida terjadi apabila pelindung yang menutupi korda spina bayi tidak menutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal. Pada 12 minggu yang pertama dalam kehamilan anda, otak dan sistem saraf bayi anda sedang membentuk dan berkembang pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa itu. Dalam trimester kedua, iaitu dari minggu ke-13 kehamilan anda, anda boleh menghentikan asid folik. Namun begitu, jika anda mengambil asid folik sepanjang kehamilan anda, ia tidak akan menjejaskan kesihatan anda atau bayi anda. 

Q: Berapakah jumlah asid folik yang saya perlukan? 

A: Sebelum anda hamil, anda dinasihatkan supaya mengambil 400 mikrogram (mcg) asid folik setiap hari. Kemudian, teruskan mengambilnya untuk 12 minggu yang pertama kehamilan. Adalah baik jika anda makan makanan yang kaya dengan folat. 


Wanita yang telah mempunyai seorang anak dengan kecacatan tiub saraf mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat seorang lagi anak dengan kecacatan yang sama. Dalam kes ini, doktor akan mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi. Jika anda mengambil ubat-ubatan tertentu, seperti yang dipreskripsi untuk mengawal epilepsi, doktor anda mungkin mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi. Ini kerana ubat-ubatan itu menghalang keupayaan badan anda menyerap asid folik. 

Wednesday, 7 August 2013

Set Berpantang Shaklee Yang Terbaik

Semakin hari semakin ramai yang mempercayai serta menyukai Set Berpantang Shaklee. Walaupun terdapat pelbagai lambakan produk set berpantang, Shaklee tetap menjadi pilihan ibu-ibu moden zaman kini.





Apakah fungsi set berpantang yang terbaik ini ?

[✔] ESP [membantu menyembuhkan luka dengan cepat, dan bertindak sebagai milk booster!]
[✔] Vitalea [membantu ibu lepas bersalin yang kehilangan banyak darah serta memberi tenaga]
[✔] B Complex [agen penenang semasa ibu dalam tempoh berpantang]
[✔] Vitamin C [membantu ibu meningkatkan imunisasi dan membantu menyembuhkan luka lebih cepat]
[✔] Zinc Complex [mengeringkan luka bersalin ataupun luka pembedahan dengan cepat]
[✔] Ostematrix (Calcium) [Penting untuk mengelakkan sembelit semasa dalam tempoh berpantang]

Monday, 22 July 2013

Vitalea Shaklee Terbaik Untuk Ibu Hamil

Pemakanan yang seimbang semasa hamil amat penting kerana pada ketika ini badan sangat memerlukan nutrisi lengkap buat ibu dan juga bayi bagi proses tumbesaran dalam rahim ibu tersebut. Kebiasaan, wanita mengandung memerlukan penambahan 300 kalori/hari daripada biasa terutamanya semasa trimester terakhir dimana bayi membesar dengan pantas. Penambahan 300 kalori sehari tersebut penting diperolehi daripada makanan yang berkhasiat supaya ia boleh menyumbang kepada pembentukan dan perkembangan bayi. 

Semasa mengandung, apa sahaja yang kita makan merupakan sumber utama nutrien pada bayi anda. Pemakanan anda berkait rapat dengan perkembangan bayi. Di awal kehamilan asid folik sangat penting kerana ianya membantu melindungi bayi yang dikandung daripada kecacatan saraf tunjang. 

Selain itu, paras Hemoglobin (Hb) iaitu penghasilan sel darah merah sangat perlu dijaga bagi mengelakkan anemia, pening atau mudah pitam. Wanita hamil yang mengalami Hb rendah digalakkan mengambil Vitalea ini. 


Thursday, 9 May 2013

Atasi Masalah Kebas Dengan Vitamin Shaklee

Apa Itu Kebas ?

Kebas adalah keadaan dimana seseorang mengalami kekurangan rasa. Keadaan ini biasanya berlaku disebabkan oleh irritasi saraf atau saraf periperi terhimpit. Rasa kebas boleh berlaku pada mana-mana bahagian badan dan cirinya bergantung kepada jenis dan lokasi saraf yang terlibat. Rasa kebas lebih kerap dirasai pada hujung jari, tapak tangan, tapak kaki, lengan atas dan kaki.



Tuesday, 23 April 2013

Vitamin Shaklee Untuk Lelaki

Sepanjang menjalankan bizz Shaklee ni, ada juga customer yang bertanya "takde ke vitamin untuk lelaki" ? Eh.. eh.. mesti la ada. Vitamin Shaklee ni untuk semua tau.. seisi keluarga boleh amalkan vitamin Shaklee ni. Tidak terhad untuk kaum hawa je. Dari kanak-kanak berumur setahun sampai la ke dewasa dan warga emas. Sebelum tu mesti dapatkan konsultasi dari pengedar vitamin anda. 

Ok hari ini saya nak cerita tentang vitamin untuk kaum Adam. Tak kira la untuk abang ke.. adik lelaki ke.. suami ke.. tunang ke.. boipren ke heheh... 

Secara asasnya, vitamin yang sesuai untuk lelaki adalah : 



Monday, 8 April 2013

Atasi Masalah Hemoglobin Rendah (HB Low) dengan Suplemen Shaklee

Vitalea Shaklee adalah multi-vitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia. Tablet vitalea ini disaluti dengan serbuk nutrisi - spirulina. Ia merupakan tablet multi-vitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan juga tubuh manusia. Mineral yang terkandung di dalamnya mudah berintegrasi dengan protein untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil. 

Vitalea adalah salah satu suplemen yang sangat diperlukan untuk ibu-ibu hamil. Ianya penting kerana Vitalea adalah pelengkap nutrisi kerana mengandungi 12 vitamin dan 7 mineral utama penting sebagaimana disarankan oleh RDA.

Di Malaysia, antara masalah yang dihidapi oleh ibu hamil selain masalah kencing manis atau tekanan darah tinggi adalah masalah hemoglobin rendah (HB).

Paras normal hemoglobin bagi wanita adalah di antara 11.5 hingga 16.5g/dL. Manakali bagi lelaki adalah 12.5 hingga 18.5 g/dL. Apabila paras hemoglobin tidak normal atau tidak mencukupi, seseorang itu berisiko untuk mendapat anemia. Secara umumnya, hemoglobin ialah protein yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh tisu badan. Apabila sel darah merah yang matang dan membawa oksigen ini semakin berkurangan, disinlah serangan anemia berlaku.

Tuesday, 5 February 2013

Set Kurus Shaklee Yang Istimewa

Ok jom saya ceritakan pula tentang vitamin untuk turunkan berat badan yang berlebihan. Vitamin Shaklee juga ada menyediakan set untuk golongan yang menghadapi masalah berat badan. 

Set Kurus Shaklee ini bukan ubat kurus ye. Semua produk Shaklee adalah vitamin semulajadi. Jom kita tengok produk-produk di dalam Set Kurus.

  
Jom saya kongsikan fungsi setiap vitamin di dalam set ini.

HERB-LAX :  Untuk memudahkan pergerakan usus dan menghindarkan sembelit, memudahkan fungsi usus, menghilangkan jeragat dan mengurangkan bau badan.

 

LECITHIN : Memecahkan lemak dan menolong mengurangkan berat badan, menurunkan paras kolestrol dalam serum dan menggalakkan fungsi optimum otak.

 

ALFALFA COMPLEX : Mengurangkan toksin dalam badan, merendahkan kolestrol, mengandungi enzim pentung untuk penghadaman makanan, kaya dalam nutrisi dan mineral surih dan melegakan rasa kebas dan sakit sendi.

 

VITALEA : Meningkatkan kecerdasan mental dan ketahanan dari jangkitan, menolong fungsi normal penghadaman dan selera makan dan penting untuk pertumbuhan sel dan pembiakan.


Set ini bukan sekadar untuk mengurangkan berat badan malah ianya juga mampu membuatkan badan kita sihat dan segar serta membantu mendapatkan berat yang ideal.



Hubungi,
Zatul [886681]
011-12464564
adamshaklee@gmail.com
**COD bagi kawasan Bagan Serai, Parit Buntar, Nibong Tebal, Jawi, Taiping, Kuala Kangsar, Parit, Bota, Seri Iskandar dan Batu Gajah   

Monday, 14 January 2013

Shaklee Pilihan Tepat Kaum Ibu


Inilah pilihan lengkap untuk ibu dan bakal ibu. Pilihan yang penuh dengan segala nutrisi yang diperlukan oleh ibu dan bakal ibu terutama yang menyusukan bayi.


SET IBU MENGANDUNG (TRIMESTER I)

## VITALEA : dirumus khas dengan 28 vitamin-vitamin penting dan mineral perlu untuk kesihatan optimum dan tenaga
## B COMPLEX :  meningkatkan penyerapan asid folik dan mempunyai 8 jenis Vitamin B
## VITAMIN C : penghasilan kolagen - membina tulang rawan, otot-otot dan tulang fetus. Ianya juga mampu meningkatkan sistem imun dimana ia mampu lawan jangkitan dan penyakit (bagi wanita hamil, ibu yang menyusukan dan bayi)
## OSTEMATRIX : sumber semulajadi yang mudah serap, membantu mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dan menguatkannya, merangsang penyerapan kalsium dan mengaktifkan enzim yang membantu dalam pembinaan kepadatan tulang
## ESP :  blok-blok pembinaan asas ibu dan bayi, penghasilan susu ibu.

SET IBU MENGANDUNG (TRIMESTER II & III)

## SET IBU MENGANDUNG TRIMESTER I
## OMEGA GUARD :  EPA dan DHA dalam diet wanita hamil memberi kesan positif terhadap perkembangan kognitif dan visual bayi serta mengurangkan risiko alahan bayi

SET BERPANTANG

## SET IBU MENGANDUNG TRIMESTER I
## ALFALFA COMPLEX : digunakan secara tradisional bagi meningkatkan penghasilan susu ibu, menghalang masalah sembelit dan mengurangkan retensi air
## GLA COMPLEX : mengimbangi sistem hormon ibu selepas bersalin

 

 

Wednesday, 14 November 2012

Set Bersalin Pilihan Ibu Moden



Ok, hari ini saya nak kongsikan sesuatu yang istimewa untuk bakal ibu-ibu, ibu-ibu yang menyusukan dan ibu-ibu yang baru melahirkan. Set Bersalin Shaklee menjadi pilihan ibu-ibu moden masa kini.

Apa istimewanya Set Bersalin Shaklee ?

♥ Memberi kesihatan berpanjangan dan menyeluruh kepada ibu-ibu
♥ Pakej mampu milik (boleh dimakan dalam tempoh 4-6 bulan)
♥ Memudahkan
♥ 2 in 1 (boleh dijadikan sebagai Set Menyusu bagi ibu-ibu yang menyusukan bayi)
♥ Berkesan

Fungsi-fungsi Set Bersalin Shaklee 

ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP)

- Memberi tenaga 
- Menyihatkan kulit, rambut, kuku, tulang dan otot
- Penting untuk ibu yang menyusukan anak dan yang sedang pulih dari sakit

OSTEMATRIX

- Mengurangkan simptom kemurungan
- Menguatkan tulang
- Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas

ZINC COMPLEX

- Mempercepatkan pemulihan luka bersalin
- Meningkatkan sistem imun
- Menhalang rambut gugur yang lazimnya di alami ibu dalam pantang
- Ovolusi wanita. Membantu mengecutkan rahim

VITALEA

- Ibu berpantang akan rasa lebih bertenaga dalam menguruskan anak
- Pelengkap nutrisi
- Meningkatkan kecerdasan mental dan ketahanan dari penyakit

VITAMIN C

- Mencantikkan kulit, memberikan seri wajah si ibu yang pucat
- Memperbaiki insomnia
- Memperbaiki simptom perdarahan (kekurangan vitamin c, akan melambatkan pemulihan luka)

B-COMPLEX

- Menukarkan makanan kepada tenaga
- Membantu menghilangkan stress pada ibu dalam pantang
- Mengelakkan daripada gila meroyan dan mengimbangi emosi ibu
- Mencegah anemia

Set ini boleh dijadikan alternatif pada mereka yang tidak suka makan jamu yang pahit.

Jom kita kongsikan testimonial pengguna Set Bersalin Shaklee.



Ingin dapatkan Set Bersalin Shaklee anda dan konsultasi percuma, hubungi :


Zatul Immah [No.ID : 886681]
adamshaklee@gmail.com
011-12464564 

Sharing is Caring