Showing posts with label Gastrik. Show all posts
Showing posts with label Gastrik. Show all posts

Tuesday, 16 April 2013

ESP Shaklee Sembuhkan Gastrik

Bila dengar je perkataan GASTRIK mesti jadi seram sejuk heheh... Yang dah alami gastrik ni tahu la macam mana rasa sakitnya penyakit gastrik ni kan. Untuk yang tidak mengetahui apa itu gastrik.. Jom saya kongsikan info tentang penyakit yang berkaitan dengan perut.

APA ITU GASTRIK ?

Gastrik dalam istilah perubatan dipanggil Gastritis. Gastritis adalah keradangan pada lapisan perut. Ia boleh berlaku secara tiba-tiba dan dalam jangka masa pendek ataupun secara berperingkat dan dalam jangka masa panjang.

Secara semulajadinya, sel perut kita menghasilkan asid hidroklorik yang berfungsi mencerna makanan. Asid ini kuat dan jika terkena pada tangan, kulit akan terhakis. Sel perut menghasilkan lapisan mukosa (lapisan pertahanan) sebagai pelindung daripada kesan asid hidroklorik. 

Pengeluaran atau rembesan asid hidroklorik berlaku apabila ada makanan untuk memulakan proses pencernaan dan gastrik berlaku apabila tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik dengan kekuatan lapisan pertahanan. Jika lapisan pertahanan ini menjadi lemah, ulser berlaku kerana asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan menyebabkan keradangan. 



Sharing is Caring