Showing posts with label GLA Complex. Show all posts
Showing posts with label GLA Complex. Show all posts

Wednesday, 4 March 2015

Cara Atasi Haid Tidak Teratur Agar Suami Senyum Selalu

Ok, entry kali ini saya nak bercerita tentang topik yang sangat penting bagi kaum wanita iaitu kitaran haid. Rasanya ramai golongan di luar sana yang menghadapi masalah kitaran haid yang tidak tetap. Tidak tetap itu bermaksud, waktu datang haid yang tidak menentu setiap bulan. Contohnya bulan ni period kemudian tak datang dah berbulan-bulan. Ada yang setahun tak datang bulan. Bagi ibu yang menyusukan, perkara tu normal. Tapi bagi wanita lain, perkara sebegini tidak boleh di ambil ringan. Bayangkan setahun tak datang bulan, dah tentunya emosi tak stabil. Yang jadi mangsa dah tentunya suami yang pening nak layan emosi si isteri yang up and down. Selain itu juga, ianya turut mengganggu hubungan suami isteri kerana sukar untuk mengatur waktu terbaik untuk bersama.

Pentingnya kitaran haid yang teratur dan lancar adalah penanda kepada tahap kesuburan yang baik bagi seorang wanita. Bagi wanita yang berkahwin, kitaran haid yang stabil menjadi penunjuk utama untuk merancang kehamilan.

Jadi bagaimana nak stabilkan kitaran haid anda ?




Dah tonton video di atas ? Setahun tidak datang period. Bayangkan apa yang beliau rasa. Ya, stress !! Emosi tak stabil, asyik nak marah-marah dan sukar rancang kehamilan.

 

Cara Atasi Haid Tidak Teratur  

 

1. GLA Complex



Fungsi utama Gla Complex membantu mengatur dan mengawal kitaran haid. Selain itu, ianya juga membantu meningkatkan tahap kesuburan wanita dan membantu mengatasi masalah period pain (senggugut).

2. B-Complex



Fungsi utama B-Complex adalah mengawal tekanan. Ianya adalah nutrien anti-stress. Selain itu dapat membina tindakbalas imun, masalah haid dan mencegah kemandulan.

3. Vitamin C


Vitamin C Shaklee berperanan dalam pengeluaran hormone anti-stress dan interferon (hormon fungsi imun). Stress boleh memusnahkan Vitamin C di dalam badan. Oleh kerana kekurangan Vitamin C, sistem imun badan menjadi lemah dan mudah diserang penyakit. 

4. Vitalea 



Vitalea adalah penambah tenaga segera bagi tubuh badan kita. Ianya baik untuk kecerdasan tubuh dan kekuatan mental sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun tugasan seharian.


Sekiranya anda berkongsi masalah seperti Puan Ija ini dan berminat dengan produk Shaklee, hubungi saya di talian berikut. Konsultasi percuma diberikan.


atau

Saturday, 28 February 2015

Cara Hilangkan Parut Chickenpox Supaya Kekal Cantik Macam Che Ta

Chickenpox atau lebih dikenali sebagai cacar air. Kalau di tempat saya panggil "demam pelentung". Ia disebabkan oleh virus Varicella dan amat mudah berjangkit. Ia berlaku pada semua peringkat umur terutama pada kanak-kanak. Ia lebih teruk sekiranya berlaku pada orang dewasa. Jangkitan adalah melalui sentuhan atau titisan cecair daripada orang yang dijangkiti. Jangkitan juga berlaku melalui bahan tercemar dengan cairan cacar seperti pada pakaian atau tuala dari penghidap chickenpox.

Penghidap chickenpox boleh merebakkan virus sehingga 48 jam sebelum ruam timbul dan boleh terus menjangkitkan orang lain sehingga cacar air menjadi kering dan berkeruping.



Tanda dan Gejala


Penghidap chicken pox akan mengalami demam dengan bintik-bintik merah pada kulit. Kawasan bintik-bintik merah melibatkan muka, kepala, dada, belakang dan akhirnya seluruh tubuh. Ruam chicken pox akan timbul kurang dari 2 minggu selepas jangkitan berlaku.

Bintik-bintik merah yang baru akan mula timbul dalam beberapa hari dan bilangan boleh mencecah ratusan biji dan kemudian membentuk gelembung berisi air. Bila gelembung berisi air pecah ia menjadi kering dan berkeruping. Rasa gatal sederhana atau teruk menyebabkan pesakit akan menggaru dan akhirnya menyebabkan parut.

Gejala lain ialah sakit perut, tiada selera makan, sakit kepala, rasa tidak selesa, letih dan terganggu. Penghidap juga ada batuk ringan, hidung berair dua hari sebelum bintik-bintik merah timbul.

Nak tengok tak kisah Puan Nur Hidayah yang kena chickenpox pada usia dewasa. Serius mengerikan !! Rasa hilang keyakinan bila tengok parut kekal dan berlubang di muka.

Jom tengok !





Haa macam tak percayakan parut kekal teruk tu boleh hilang dalam tempoh sebulan. Mesti ada yang was-was kan. Tapi itulah hakikat yang Puan Nur Hidayah hadapi. Alhamdulillah kulit beliau kembali normal malah bertambah cantik !

So sekiranya anda menghadapi masalah yang sama seperti Puan Nur Hidayah ini, jangan cepat patah semangat. Ada cara untuk hilangkan parut chickenpox supaya kekal cantik macam Che Ta !

Nak cuba hilangkan parut chickenpox ? Boleh hubungi saya di talian berikut (konsultasi diberikan sepenuhnya).


atau


Thursday, 28 August 2014

Jerawat ?? Atasinya dengan Suplemen Shaklee

Jerawat ?? Oh tidak.... !! Musuh ketat tu.. Lebih-lebih lagi orang perempuan kan. Cukup takut bila ada jerawat di muka walaupun sebiji jerawat hehe..


Apa Itu Jerawat

Jerawat adalah sejenis penyakit yang di anggap kronik di mana ia mengganggu kelenjar yang terdapat di dalam lapisan kulit. Kelenjar-kelenjar ini mengeluarkan minyak atau sebum yang berfungi untuk meliputi kulit luar muka dan badan kita dan bertindak sebagai pelembap semulajadi pada permukaan kulit manusia. Namun begitu, apabila liang roma pada permukaan kulit anda tersumbat, ini akan membuatkan kulit muka, belakang dan leher ditumbuhi jerawat.


Punca-Punca Jerawat

Secara lebih terperinci, jerawat membentuk apabila sebum, bakteria dan sel kulit mati tersangkut di dalam liang roma kulit. Lapisan kulit mati pada tubuh kita juga akan digugurkan setiap hari dan boleh terperangkap dalam liang roma tersebut. Oleh itu, terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan tumbuhnya jerawat pada kulit muka, belakang badan dan juga kulit leher manusia. 


1. Hormon dan Jerawat

Pada usia remaja, kelenjar sebaceous mengembang dan mengeluarkan lebih banyak sebum di bawah pengaruh hormon yang dikenali sebagai hormon androgen. Sebab itu ramai di kalangan perempuan pada usia remaja dan awal dewasa kerap mengalami masalah jerawat. Namun begitu, lama-kelamaan liang sebaceous akan menghasilkan sebum yang semakin berkurangan berbanding pada usia remaja. 


2. Bakteria dan Jerawat

Bakteria yang dikenali dengan nama Propionibacterium Acnes pula adalah salah satu bakteria yang biasa ditemui dalam sel kulit. Sumber makanannya adalah sebum dan sel-sel mati pada permukaan kulit. Orang yang berjerawat mempunyai Propionibacterium Acnes yang lebih banyak berbanding dengan kulit orang yang tidak berjerawat. 


3. Pemakanan dan Jerawat

Walaupun punca jerawat yang disebabkan oleh diet atau pemakanan tidak dapat dibuktikan dengan jelas serta secara terperinci, tetapi diet mempunyai kesan langsung terhadap tahap insulin dalam badan kita. Untuk pengetahuan anda, insulin adalah hormon terpenting manusia dan boleh mempengaruhi hormon-hormon lain di dalam tubuh termasuk hormon androgen yang turut menjadi penyebab pertumbuhan jerawat pada kulit muka, belakang dan leher pesakit.


4. Stress dan Jerawat

Stress boleh memburukkan lagi simptom jerawat anda tetapi ia boleh dicegah dengan rawatan jerawat yang betul. Tahap stress yang tinggi memang mampu memberi kesan ke atas jerawat dan boleh menyebabkan radang jerawat yang teruk. Selain itu, apabila kita dalam keadaan stress, adrenalin serta hormon androgen yang ada di dalam badan akan dikeluarkan dengan berlebihan dan menjadi punca berlakunya pertumbuhan jerawat. 


Jenis-Jenis Jerawat

1. Acne Vulgaris (Jerawat Biasa)

  • Whiteheads - belum dijangkiti kuman tetapi terjadi kerana liang kulit tersumbat dengan sebum dan kulit mati dan menyebabkan liang atas tertutup dan perlu dirawat secara agresif.
  • Blackheads - belum dijangkiti kuman tetapi berbeza dengan whitehead di manabahagian atas blackhead terbuka dan kehitaman disebabkan oleh pengoksidaanudara. Tidak boleh dihilangkan menggunakan skrub muka kerana akan merosakkan lagi kulit muka.
  • Papules - radang yang berlaku dalam liang dan kawasan sekeliling akibat jangkitan awal kuman.
  • Pustules - radang yang berlaku akibat jangkitan kuman berterusan serta mengeluarkan nanah akibat dari jangkitan kuman tersebut.

2. Acne Vulgaris (Jerawat Serius)

  • Nodul - bonjolan jerawat yang lebih besar dari jerawat biasa dan biasanya sakit jika dipegang dan tidak hilang dalam masa yang singkat. Kebiasaannya akan menyebabkan parut di muka atau berulang membentuk jerawat nodul atau pun jerawat batu.
  • Sista (cyst) - timbul akibat percantuman nodul-nodul yang berdekatan lalu menjadikan satu cyst yang besar. Ia tidak boleh dipicit sama sekali dan memerlukan rawatan lanjut dari doktor untuk mendapatkan suntikan steroid bagi mengelakkannya meninggalkan kesan parut.
3. Acne Rosacea (Jerawat Kronik)
Rosacea sering dianggap sebagai salah satu jenis jerawat tapi sebenarnya tidak dan cara merawatnya juga tidak sama seperti merawat jerawat. Ia tidak mempunyai blackhead dan hanya merupakan benjolan merah yang bernanah. Kebarangkalian untuk menghidapi penyakit ini adalah wanita-wanita yang berusia 25 tahun keatas sahaja.

4. Pyodermafaciale folliculitis

Sejenis penyakit kulit yang sering disalah anggap sebagai sejenis jerawat namun ianya hanyalah penyakit kulit yang berlaku akibat jangkitan bakteria pada kulit muka. Rawatannya juga tidak sama dengan rawatan bagi masalah jerawat. Kebanyakkan orang juga sering menganggap bahawa penyakit jerawat adalah berpunca daripada resdung. Sekali lagi saya katakan bahawa ianya tidak benar. Apa yang membezakan jerawat dengan resdung adalah :

5. Jerawat (Acne)

  • Sejenis penyakit kulit yang kronik.
  • Tumbuh apabila liang kulit atau liang roma yang tersumbat dan memerangkap kotoran.
  • Terjadi di dalam lapisan kulit.
  • Boleh tumbuh disebabkan oleh ketidak seimbangan hormon, persekitaran, dan tekanan.
  • Tidak berjangkit dengan sentuhan dan boleh dihidapi secara turun-temurun.

6. Resdung (Sinusitis)

  • Radang yang berlaku pada lapisan rongga hidung
  • Berpunca daripada alahan (habuk, makanan, parasit) atau perubahan cuaca
  • Kesannya boleh mengakibatkan hidung berair, serta kegatalan pada kulit muka dan mata
  • Jika serius, pesakit perlu menjalani pembedahan untuk membuang resdung yang menghalang laluan udara dalam rongga hidung yang turut boleh menyebabkan sakit kepala dan mata yang teramat sangat.
  • Tidak boleh berjangkit melalui sentuhan dan boleh diwarisi secara turun-temurun.
  • Boleh dihidapi bersama dengan lelah dan eczema, sejenis penyakit kulit yang lain.



Ini salah satu gambaran jerawat Acne Rosacea (Jerawat Kronik)

Produk Shaklee Untuk Kulit Jerawat

1. ESP

Bagi wanita yang mementingkan kecantikan kulit. Anda disarankan untuk mengamalkan pengambilan ESP. ESP merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan dan bertindak sebagai agen anti-penuaan. Mengembalikan keanjalan kulit supaya kulit kekal cantik dan gebu. Di samping memperkuatkan otot sekaligus mempercepat pemulihan luka dan menghilangkan parut.

2. Vitamin C

Vitamin C melindungi DNA dari tindakbalas fotokimia yang menyebabkan tumor, perubahan warna kulit dan beberapa jenis barah kulit. Ia juga mengelakkan penghasilan Pyrimidine dimers yang menjadi punca utama penghasilan melanoma(masalah kulit). Vitamin C juga mencerahkan kulit dari masalah jeragat dan tompok-tompok penuaan, membantu kelihatan lebih muda dan kulit lebih lembut.

Kolagen juga menghasilkan struktur saluran darah yang baik dan Vitamin C membantu sistem aliran darah. Saluran darah yang berada bawah kulit membawa oksigen dan nutrien yang menghasilkan kulit yang sihat. Tanpa nutrien yang cukup, kulit akan jadi kasar dan kering. Krim yang mengandungi Vitamin C memperbaiki rupa dan tekstur kulit.
Ia juga meningkatkan pembentukan elastin yang menebalkan, melindungi dan memulihkan sel kulit. Kesan tebal pada sel mengekalkan kelembapan, tingkatkan aliran darah pada kulit dan menjadikan kulit gebu.

 

3. GLA Complex

Memperbaiki inflamasi kulit - mengurangkan inflamasi kulit, eczema, alergi, kegatalan, kulit kering, memperbaiki bintik penuaan (jeragat), tinea dan kurap. Ia juga meringankan sakit dan bengkak yang terjadi dari rheumatisma artritis.


4. Vitamin E

[✔] Melindungi dan meneutralkan radikal bebas yang merosakkan sel-sel kulit  
[✔] Memudarkan parut jerawat 
[✔] Anti-penuaan terbaik
[✔] Membekalkan oksigen dan mempertingkatkan pemulihan  
[✔] Mengurangkan bintik penuaan 


Testimonial Set Jerawat Shaklee




Ini adalah testimonial dari pengguna yang sama. Gambar pertama adalah kesan selepas hampir 3 bulan konsisten menggunakan Set Jerawat Shaklee. Gambar kedua gambar terkini yang menunjukkan kulitnya sekarang bebas dari jerawat kronik dan semakin cerah gebu.

Jadi, sekiranya anda mempunyai masalah begini jangan putus harapan. Produk Shaklee mampu menyelesaikan masalah kulit anda. Jangan hanya bergantung kepada pencuci muka sahaja. Sebenarnya dalaman lagi penting dan perlu dijaga agar kulit sentiasa bersih dan berseri.


Order sekarang ! Tingkatkan tahap kesihatan anda hari ini.

Thursday, 30 January 2014

Set Bakal Pengantin Shaklee

Tahun ni mesti ramai pasangan yang melangsungkan perkahwinan kan.. Seronoknya nak kawen ehheehe. Mesti teruja membuat persiapan dan menunggu tarikh istimewa yang bakal tiba. Macam mana dengan persiapan bakal pengantinnya ? Yang ni lagi penting sebab dah tentu anda nak tampil cantik berseri luar dan dalam. Ehem.. ehem.. dalaman pun kena jaga tau untuk bakal suami nanti :)

Set Bakal Pengantin 

 

Fungsi Set Bakal Pengantin


Energizing Soy Protein (ESP)

  • Awet Muda - Asid amino penting untuk membina dan menyuburkan otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit.
  • Baik untuk Hormon - kacang soya adalah satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavones yang fungsinya bersamaan hormon wanita. 
  • Mencantikkan Kulit - merangsang pembentukan kulit, mengurangkan kedutan, anti penuaan, mengembalikan radian kulit, mengurangkan kesan parut dan mencerahkan serta menggebukan kulit.

Wednesday, 21 August 2013

Jerawat !! Atasinya dengan Suplemen Shaklee

"kak, kulit saya ni masalah jerawat yang kronik. Lebih-lebih lagi bila datang bulan. Kulit berminyak bila bangun pagi, liang pori terbuka, kulit kusam dan berparut. Apa yang patut saya makan untuk atasi masalah saya ini ye?"

Ini adalah salah satu email yang saya terima dari seorang gadis berumur 24 tahun. Saya cuba bantu selesaikan masalah beliau. Banyak sebab boleh terjadinya masalah seperti ini. Antaranya disebabkan gangguan hormon oleh tekanan psikologi dan prahaid, faktor persekitaran, penggunaan barang kosmetik dan lain-lain lagi.

Ok untuk masalah begini, apa yang saya boleh cadangkan adalah GLA Complex, Carotomax, Chewable Vit C, ESP dan Vitamin E. Eh, banyaknya yang perlu makan.. Kenapa perlunya semua suplemen ni? Jom saya terangkan fungsi setiap satu suplemen ini.


GLA Complex

[✔] Menstabilkan hormon yang menjadi penyebab jerawat
[✔] Membantu mencairkan sebum yang berminyak
[✔] Mengurangkan rongga dari tersumbat
[✔] Mengurangkan gatal dan inflamasi
[✔] Menggalakkan kulit sihat 

Wednesday, 10 July 2013

Kebaikan GLA Complex Shaklee


GLA (asid linolenik gamma) adalah salah satu komponen kimia yang terkandung dalam minyak bunga borage. Borage oil mengandungi GLA yang lebih banyak dari EPO (evening primrose oil) iaitu sebanyak 25% berbanding 10% GLA dalam EPO. Kepekatan yang tinggi dalam GLA Complex Shaklee memberi byk kebaikkan kepada kesihatan wanita dan lelaki.

Apa yang istimewanya GLA Complex Shaklee, ia turut mengandungi vitamin E minyak biji bunga matahari yang kaya dengan asid lemak Omega-6.

Wednesday, 3 July 2013

Promosi Julai 2013 - GLA Complex

GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E.
✿ Keistimewaan GLA Complex

[✔] Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
[✔] Membantu meningkatkan kesuburan - for those trying to
conceive baby!
[✔] Melegakan PMS (sindrom pra-haid) - abdominal pain, breast
pain
[✔] Membantu dalam menangani menopaus
[✔] Menguatkan kuku dan rambut
[✔] Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
[✔] Membantu menangai ekzema
[✔] Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
[✔] Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
[✔] Menguatkan imuniti tubuh
[✔] Memperlahankan proses penuaan
[✔] Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan
jantung
[✔] Mengawal kencing manis dan darah tinggi
[✔] Mengawal kolesterol
[✔] Untuk fungsi saraf

✿ Siapa Perlukan GLA Complex?

[✔] Golongan wanita yang menghidap Pre Menstrual Syndrom atau PMS.
[✔] Pengidap arthritis rheumatoid dan eczema
[✔] Mereka yang menghadapi masalah kencing manis
[✔] Mereka yang bimbang dengan lebihan berat badan.
[✔] Ianya sesuai diambil oleh lelaki dan wanita.



Thursday, 20 June 2013

Petua Menghilangkan Jeragat Di Muka

Jeragat ialah tompok-tompok hitam yang disebabkan melanin yang terkumpul dan menjadi warna coklat muda atau coklat tua. Kadang kala ia hitam yang terkumpul di muka biasanya berkelompok, baik di pipi mahupun di dahi atau dagu. Jeragat boleh dipudarkan atau dikurangkan, tetapi tidak boleh dipulihkan sama sekali. Mungkin anda tidak ada jeragat, tetapi mencegah lebih baik sebelum ditimpa masalah ini.



Wednesday, 19 June 2013

5 Tips Atasi Kolestrol Tinggi

Kolestrol berlebihan di dalam badan boleh memudaratkan kesihatan. Sebab itu, amat penting untuk mengawal kolestrol agar tetap seimbang dan tidak menyebabkan gangguan kesihatan.


5 Tips Atasi Kolestrol Tinggi


1. Diet - Diet untuk menurunkan kolestrol adalah diet rendah lemak, khususnya lemak jahat dan kolestrol. Satu cara terbaik yang boleh anda lakukan adalah mengurangi jumlah lemak jahat yang diambil di dalam makanan.


Friday, 17 May 2013

PCOS Punca Gagal Hamil dan Atasinya Dengan GLA Complex Shaklee

Apa Itu PCOS ?

PCOS adalah Polycystic Ovarian Sydrome adalah satu penyakit sistem reproduksi dimana berlaku ketidakseimbangan hormon dalam badan yang memberi kesan terhadap kitaran haid dan ovulasi. 

Kajian menunjukkan 90% wanita mengalami haid tidak teratur (PCOS) dan 30% tidak mengalami haid langsung. 



Tuesday, 16 April 2013

Cyst Kecut Dengan GLA Complex

Ovarian cyst biasanya dihadapi oleh wanita muda. Kebanyakan mereka didiagnosa mengalami Ovarian Cyst apabila mereka menjalani pemeriksaan utrasound ketika menghadapi masalah kesuburan. 

Ovarian Cyst sebenarnya adalah kantung yang mengandungi cecair berada dalam kilang telur ovari. Cecair itu boleh jadi cair seperti air, pekat likat dan ada kalanya mengandungi tisu-tisu seperti rambut dan gigi. Ia juga mempunyai saiz yang berbeza-beza.

Ovarian Cyst yang normal akan membesar dan pecah akan mengeluarkan telur ovum ketika ovulasi. Cyst yang pecah ini dipanggil follicle. Jika cyst ini tidak pecah, saiznya akan bertambah besar dan dinamakan functional ovarian cyst. Ia tidak merbahaya jika saiznya tidak terlalu besar. 



Wednesday, 27 March 2013

GLA Complex Shaklee - Keperluan Wanita

Wanita sangat memerlukan suplemen bagi memenuhi keperluan nutrien seharian.Ini kerana, wanita berbeza dengan lelaki. Wanita mengalami pelbagai kitaran seperti kitaran haid, mengandung, menyusukan, menopaus dan sebagainya. 

GLA Complex adalah suplemen yang sangat sesuai untuk golongan wanita. Ini kerana ia diekstrak dari borage yang mengandungi lebih dari 2 kali ganda GLA dalam EPO. Borage juga adalah 3 kali lebih dari segi bioavailabiliti dan 3 kali lebih berkesan dari EPO. Setiap kapsul mengandungi lebih 300mg GLA yang mana ianya adalah sumber terbaik Omega-6. Ianya digabungkan dengan minyak sunflower dan vitamin E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya. 



Friday, 22 March 2013

Period Pain ?? Cubalah GLA Complex Shaklee !

Sakit ketika datang haid atau senggugut adalah satu masalah yang biasa dialami oleh banyak wanita dan lazimnya dialami oleh gadis yang baru meningkat remaja. Keadaan ini digelar "primary spasmodic dysmenorrhea" dan tidak semestinya menandakan sesuatu penyakit. Ianya dibahagikan kepada dua bahagian seperti senarai dibawah.
 
Senggugut jenis pertama dalam beberapa tahun pertama selepas akil baligh, pusingan haid seseorang gadis masih belum teratur lagi. Haid mungkin akan datang tiga atau empat bulan sekali. Senggugut biasanya mula dirasai 2-3 tahun kemudian.

Rasa sakit sewaktu datang haid ini adalah disebabkan oleh kuncupan rahim yang begitu kuat sekali untuk mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur sedikit tisu daripada selaput endometrium. Darah haid ini perlu keluar menerusi saluran pangkal rahim yang biasanya masih sempit dikalangan gadis remaja. Kuncupan rahim yang kuat ini adalah disebabkan oleh sejenis hormon yang digelar dengan nama “Prostaglandin”.   

Kesakitan ini berbeza antara seorang wanita dengan yang lain.  Ada yang mungkin rasa sakitnya ringan sementara yang lainnya akan mengalami sakit yang teruk hingga tergolek-golek. Jangka waktu sakit juga berbeza, ada yang mengalami sehari, ada pula yang mengalaminya setiap kali datang haid bergantung kepada keadaan.

Ramai dikalangan wanita yang risau samada senggugut boleh menyebabkan kemandulan. Ini tidak benar dan senggugut biasanya akan hilang setelah gadis berumahtangga dan mendapatkan anak apa anda tidak percaya. Kehamilan dan kelahiran dapat mengatasi masalah kesempitan pada saluran rahim yang menjadi punca pada senggugut. Walau demikian sebahagian kecil dari mereka akan menghadapi masalah ketidaksuburan dan mudah gugur kandungan jika senggugut itu berterusan selepas kahwin. Mereka ini mungkin mengidap penyakit ‘endometriosis’

 
Senggugut jenis kedua ialah ‘congestive dysmenorrhea’ yang biasa dialami oleh wanita yang sudah berkahwin dan melahirkan anak. Lazimya senggugut yang dialami itu lebih teruk dan lebih panjang waktunya.   Senggugut ini disebabkan olih sesuatu penyakit dalam alat peranakan. Diantara penyakit ini termasuklah ketumbuhan dalam rahim  seperti ‘endometriosis’, ‘adenomyosis’, ‘fibroids’ dan jangkitan kuman pada perkakas peranakan. Wanita yang mengalami masalah ini perlu bertemu doktor pakar sakit puan.

Kebanyakkan daripada mereka menghadapi masalah kurang subur, mudah keguguran, perdarahan yang berlebihan dan berpanjangan atau senggugut yang sangat teruk. SENGGUGUT yang biasanya menyerang anak-anak gadis. Biasanya senggugut akan hilang bila seseorang gadis itu telah berkahwin dan beranak pinak. Dan senggugut tidak akan datang lagi. Namun ada pengecualiannya di mana terdapat juga kaum wanita yang masih mengalami penyakit senggugut walaupun sudah beranak pinak dan juga pada wanita post menopaus; yakni wanita yang sudah melalui zaman menopaus tetapi darah haid datang semula. Senggugut atau dismenorea (Dysmenorrhoea) ialah rasa sakit atau tidak selesa ketika datang haid. Senggugut biasanya bermula sejak seseorang gadis berumur belasan tahun dan berpunca daripada masalah kesihatan atau penyakit.

Senggugut dikaitkan dengan pengeluaran berlebihan bahan yang disebut prostaglandin dari lapisan dalaman rahim (uterus) semasa haid. Prostaglandin mengakibatkan kontraksi otot rahim dan perubahan pembuluh darah. Keadaan ini menimbulkan rasa ngilu atau sakit ketika haid. Ketulan darah haid yang membeku boleh juga menyekat aliran keluar darah dan meningkatkan tekanan intrauterin sehingga menyebabkan rasa sakit. Senggugut boleh juga disebabkan oleh penyakit seperti penyakit keradangan pelvis atau pinggul, endometriosis dan kanser rahim. la ditandai oleh rasa senak di bahagian bawah abdomen selama beberapa hari sebelum haid dan kadangkala berlangsung sehingga selesai haid. Penderita senggugut ada kalanya mengeluh akan masalah kekerapan membuang air kecil, cirit birit, pening, kembung, rasa sakit di buah dada, kemurungan dan rasa cepat marah.

Tahukah anda, pengambilan suplemen juga dapat membantu mengatasi masalah senggugut ? Antara produk yang membantu ialah GLA Complex selain Ostematrix.

Ok jom tengok testimonial pengguna GLA Complex.

 Apakah kebaikan lain GLA Complex?

♥ Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
♥ Membantu meningkatkan kesuburan - for those trying to conceive baby
♥ Melegakan PMS (sindrom pra-haid) - abdominal pain, breast pain
♥ Membantu dalam menangani menopos
♥ Menguatkan kuku dan rambut
♥ Menentang kanser
♥ Memperbaiki prostatomegaly
♥ Menjadikan kulit lebih cantik dan berseri-seri
♥ Mengandungi Vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
♥ Menguatkan imuniti tubuh
♥ Melambatkan proses penuaan
♥ Menghalang tekanan darah tinggi
♥ Membantu menangani ekzema, alergi, kegatalan, kulit kering dan kurap

Lebih banyak info Gla Complex di sini ya !     

Jika anda berminat, sila add FB saya Zatul Immah untuk bersembang secara langsung dengan saya,

atau 

boleh call/WhatsApp saya di 011-12464564

** COD bagi kawasan Bagan Serai, Parit Buntar, Taiping dan Nibong Tebal.    
 

Monday, 4 February 2013

Produk Shaklee Bantu Masalah Kesuburan

Setiap pasangan yang berkahwin semestinya mempunyai keinginan untuk mempunyai zuriat sendiri. Ramai pasangan yang telah lama menunggu beberapa tahun, tetapi masih belum lagi dikurniakan zuriat. 

Di Malaysia, perangkaan pasangan yang menghadapi masalah kesuburan sama dengan perangkaan di UK. Masalah ini adalah masalah yang biasa berlaku dikalangan pasangan yang baru berkahwin. Mereka rasa malu dan terpencil, tetapi harus mendapat rawatan dan nasihat.

Lihat testimoni di bawah yang mempunyai masalah kesuburan yang akhirnya hamil dengan mengamalkan GLA Complex Shaklee dan Energizing Soy Protein (ESP).

 
Kebaikan setiap produk Shaklee ini ialah :

GLA Complex - Mengandungi lebih 300mg GLA yang mana ianya adalah sumber terbaik Omega-6 dan digabungkan dengan minyak sunflower dan Vitamin E bagi meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya. GLA membentuk protaglandin untuk mengawal selia hormon lelaki dan wanita, memperbaiki simptom PMS, mengelakkan pertumbuhan cyst yang boleh menyebabkan kanser.

ESP - Kacang soya adalah satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavones, fungsinya bersamaan dengan hormon wanita. Ianya juga membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun, maka ia baik untuk kekal bertenaga.


Jika anda berminat, sila add FB saya Zatul Immah untuk bersembang secara langsung dengan saya,

atau 

LIKE page saya KEDAI VITAMINS

atau

boleh call/WhatsApp saya, Zatul Jamal di 011-12464564



** COD bagi kawasan Bagan Serai, Parit Buntar, Taiping dan Nibong Tebal.    

Sunday, 27 January 2013

Vitamin Shaklee Atasi Masalah Jerawat

Apa Itu Jerawat ?

Jerawat merupakan masalah kulit yang menyebabkan terhasilnya bengkak-bengkak pada muka, dada atau belakang badan. Ia kemudiannya membentuk jerawat putih yang kecil mengandungi nanah atau jerawat hitam atan bonjolan berwarna merah.

Apakah Yang Menyebabkan Jerawat ?

Gabungan faktor seperti genetik, hormon, bakteria, liang tersumbat dan keradangan akan menyebabkan jerawat.

Folikel rambut atau liang pada kulit mengandungi kelenjar sebum yang menghasilkan sebum (minyak). Semakin banyak sebum dikeluarkan, peluang untuk mendapat jerawat semakin tinggi. 

Apabila liang ini tersumbat dengan sebum dan keratin (sel kulit mati), jerawat hitam (komedo) akan terbentuk.

Jika liang yang tersumbat kekal tertutup dan ia membengkak, ia adalah jerawat putih.

Jika liang yang tersumbat kekal terbuka dan permukaan atasnya (pada kulit) menjadi gelap, ia dikenali sebagai jerawat hitam.

Dinding folikel mungkin boleh pecah lalu membentuk bonjolan merah.

Faktor-Faktor Yang Menganggu Kulit
  • Gangguan hormon disebabkan oleh tekanan psikologi dan prahaid.
  • Faktor persekitarannya seperti kelembapan yang tinggi lalu menyebabkan kulit membengkak, penggunaan kosmetik seperti sesetengah jenis pelembap, bedak asas dan minyak rambut, pekerjaan yang melibatkan minyak dan gris dan pakaian yang kasar.
  • Ubat-ubatan seperti pil perancang kehamilan dan ubat tertentu.

Tanda-Tanda Jerawat
  • Ruam kulit atau luka pada muka, dada, leher, bahagian atas belakang badan, bahu atau bahagian-bahagian lain. 
  • Jerawat putih atau jerawat hitam
  • Kulit disekeliling menjadi kemerah-merahan
  • Radang di sekeliling tompokan pada kulit
  • Tompokan pada kulit menjadi berkerak 
  • Kulit menjadi berparut
  • Pigmentasi

 

 Suplemen Shaklee untuk mencegah dan merawat jerawat :

  • Vitamin C
  • B Complex
  • Vitamin E
  • Carotomax
  • ESP
  • Collagen Powder 
  • GLA Complex
  • Alfalfa Complex    
 
Jika anda berminat, sila add FB saya Zatul Immah untuk bersembang secara langsung dengan saya,
 
atau 
 
LIKE page saya KEDAI VITAMINS

atau 

boleh call/WhatsApp saya, Zatul Jamal di 011-12464564



** COD bagi kawasan Bagan Serai, Parit Buntar, Taiping dan Nibong Tebal.    

Sharing is Caring