Tuesday 18 September 2012

Sakit Jantung Pembunuh Utama

Jantung manusia terdiri daripada serabut-serabut otot khusus yang bekerja untuk mengepam darah. Apabila otot jantung tidak mendapat bekalan darah yang cukup, seseorang itu dikatakan mengidap sakit jantung. Antara penyebab bekalan darah ke otot jantung tidak cukup, disebabkan saluran darah menjadi sempit kerana dinding sebelah dalam saluran darah dipenuhi lemak, terutamanya "kolesterol".

Serangan Penyakit Jantung

Penyakit jantung digambarkan sebagai rasa kesakitan yang amat sangat di bahagian dada yang berterusan sehingga setengah jam, menjalar kearah tangan kiri dan rahang. Pesakit akan mengalami keseukaran untuk bernafas dan perasaan takut yang keterlaluan.


Sebab sebenar rasa kesakitan ini adalah disebabkan kematian sebahagian otot jantung yang disebabkan oleh salur darah di bahagian tersebut tersumbat. Lebih besar salur darah yang tersumbat, lebih merbahaya serangan jantung tersebut. Sekiranya saluran darah tertutup sepenuhnya, sebahagian dari otot jantung akan rosak. Kemudian, sakit dada yang teramat sangat akan terjadi. Keadaan inilah yang dinamakan "serangan sakit jantung".



Faktor Penyebab

Asap Rokok

  • Mempercepatkan pembekuan darah
  • Menggalakkan pemendapan lemak pada dinding saluran darah.
  • Mengurangkan bekalan oksigen ke jantung.
  • Tekanan Perasaan
  • Seseorang yang mengalami tekanan perasaan, degup jantungnya, meningkat.
  • Tekanan darahnya juga meningkat.

 

Kandungan Lemak Yang Tinggi

  • Lebih tinggi kandungan lemak, lebih berbahaya. Makanan yang tinggi lemak, adalah seperti mentega, minyak sapi, daging berlemak.

 

Kurang bersenam

  • Senaman penting untuk menguatkan jantung.
  • Ia juga penting untuk memperbaiki pengaliran darah ke
    jantung.  Bersenamlah.

 

Darah Tinggi

  • Darah tinggi menggalakkan berlakunya penyempitan saluran darah.
  • Jantung "terpaksa" mengepam lebih kuat untuk mengalirkan darah melalui saluran yang sempit itu.
  • Lebih tinggi tekanan darah, lebih besar pula peluang serangan sakit jantung.

 

Kencing Manis

  • Pesakit kencing manis lebih tinggi peluangnya mendapat serangan sakit jantung

 

Faktor-Faktor Yang Meningkatkan Kemungkinan Menghadapi Penyakit Jantung Koronari

  • Jika anda mempunyai keturunan yang mengidap penyakit jantung.
  • Jika anda berusia 35 tahun ke atas dan mempunyai masalah berat badan.
  • Jika anda merokok.
  • Jika anda gagal mengawal tekanan darah anda.
  • Jika anda mengidap penyakit kencing manis.
  • Jika anda menghadapi masalah mengawal tekanan.
  • Jika pemilihan makanan anda tidak betul makanan anda mengandungi kadar kolesterol dan lemak yang tinggi.
  • Jika anda kurang bersenam.
  • Jika anda kurang memakan sayur dan buah segar.

 

Mengurangkan Risiko Sakit Jantung

  • Anda boleh memastikan sama ada keluarga sebelah ibu atau sebelah bapa anda ada yang menghidap penyakit jantung. Sekiranya ada, anda perlu lebih berwaspada dengan tanda-tanda penyakit jantung dan digalakkan menjalani pemeriksaan tahunan.
  • Berhenti merokok terutama sekiranya anda berusia melebihi 35 tahun.
  • Mengambil ubat dan mengawal permakanan anda sekiranya anda mempunyai tekanan darah tinggi atau kencing manis.
  • Mengawal tekanan perasaan anda dan jangan cepat meradang atau runsing.
  • Digalakkan memakan daging putih "white meat" seperti daging ayam, ikan, dan mengelakkan dari terlalu kerap memakan daging merah "red meat" seperti daging lembu, kambing, kerbau dan lain-lain sepertinya.
  • Mulalah bersenam secara beransur-ansur.
  • Gentian serat yang terdapat dalam makanan dipercayai boleh menyerap sebahagian dari lemak / kolesterol, oleh itu pakar permakanan mempercayai makanan yang banyak serat seperti bijiran oat dapat mengurangkan jumlah kalesterol yang diserap oleh badan


Suplemen yang mengandungi semua nutrien yang diperlukan untuk jantung adalah :


♥♥ Omega Guard - Melancarkan darah, menghalang pembekuan darah

♥♥ Garlic - Meredakan tekanan darah

♥♥ Vitamin E Complex - Defisiensi selenium berkait pada penyakit jantung

♥♥ Lecithin - Mengemulsi lemak

♥♥ Energizing Soy Protein (ESP) - Menurunkan tahap kolestrol & mengelak penyakit jantung

♥♥ Vivix - mengimpak 4 mekanisma utama penuaan selular

♥♥ Vitamin C - Menghalang pembekuan darah  

♥♥ B Complex - Mengurangkan stress 


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.
 


---------------------------------------------------------------------
Puan Zatul Immah (Zatul)
Shaklee Independent Distributor (ID No :886681)
011-12464564 | adamshaklee@gmail.com
 

Khasiat Air Kosong





Bukan semua orang tahu akan kepentingan air kepada manusia.Manusia mampu bertahan tanpa makanan selama 30 hari, tetapi dengan kekurangan air selama tiga hari sahaja, ia boleh membawa maut . Manusia memerlukan air kerana kebaikannya, ia amat penting bagi memastikan tubuh seseorang itu dapat berfungsi dgn baik . Jangan hanya minum kerana dahaga, amalkan meminum air kosong selalu kerana anda akan dapat melihat hasilnya dalam masa beberapa bulan. Bukan sahaja tubuh lebih bertenaga, bahkan kesihatan anda juga terjamin.


Pentingnya air

  1. Air amat penting untuk tubuh kerana tekanan darah akan lebih terpelihara dan jantung befungsi secara berkesan.
  2. Air berfungsi untuk membawa keluar semua toksin yang ada dalam tubuh manusia.
  3. Air baik untuk sendi.
  4. Manusia memerlukan paling kurang tiga liter air setiap hari.
  5. Minum air dalam kuantiti yang banyak tidak membawa kesan yang buruk kepada kesihatan manusia.
  6. Amalan meminum air akan membawa keluar segala kekotoran dalam tubuh manusia.
  7. Air kosong amat menyihatkan kerana tidak mengandungi kalori,gula,atau lemak.
  8. Minum banyak air dapat menyembuhkan penyakit yang berkaitan dengan ginjal.

 

Sihatnya ! Berdiet dengan air

  1. Bagi anda yang sedang berdiet, meminum air kosong adalah lebih baik berbanding pengambilan minuman untuk menguruskan badan atau minuman rendah kalori yang terdapat di pasaran
  2. Minumlah dua atau tiga gelas air hangat sebelum makan kerana ia akan mengenyangkan perut, sekaligus membantu anda mengurangkan pengambilan makanan.
  3. Minumlah lapan gelas air kosong dalam sehari bagi memastikan anda sentiasa sihat dan bertenaga.
  4.  Air kosong yang paling baik adalah air yang tidak terlalu panas atau tidak terlalu sejuk.
  5. Menurut kajian yang dijalankan,ramai orang yang mahu sihat tetapi tidak mengamalkan meminum air kosong malah lebih rajin mengambil minuman seperti kopi,teh dan minuman berkarbonat.
  6. Tahukah anda, minuman ringan atau bergula tidak dapat menandingi khasiat yang terdapat di dalam air kosong.
  7. Sari buah-buahan juga tidak mampu membersihkan kotoran dalam badan anda sehebat air kosong
 

Advanced Joint Health Tablet

Kajian mendapati 1 daripada 5 orang Malaysia akan menghdapi penyakit arthritis, iaitu keradangan sendi. Anda bagaimana?

Ini adalah gambaran sendi yang sihat.



Dan ini pula gambaran sendi yang tidak sihat.








Adakah anda mengalami keadaan ini?

Apa tanda-tanda menunjukkan anda mengalami sakit sendi?

1. Ketegangan
2. Lenguh
3. Bengkak pada bahagian sendi
4. Berkeriut atau bunyi klik bising
Kebiasaannya, apabila sakit sendi, ada dua cara yang biasa dilakukan untuk merawatnya iaitu:

>> Suntikan atau mengambil ubat
 Cara ini melegakan kesakitan dan keradangan untuk sementara sahaja. Kesan jangka panjang akan merosakkan organ dalaman.

>> Pembedahan
 Menukarkan sendi yang rosak kepada sendi yang baru (besi). Kaedah ini memerlukan kos yang tinggi.

Kedua-dua kaedah ini ada buruk dan baiknya. Jadi, marilah kita sama-sama menjaga sendi kita supaya kita tidak melalui prosedur-prosedur yang menyakitkan itu.

Bagaimana caranya?

Berikan sendi anda nutrien supaya ia kekal terpelihara. Apakah nutrien-nutrien yg diperlukan untuk memelihara sendi?



Produk-produk yang mengandungi semua nutrien yang diperlukan untuk menjaga sendi iaitu:
 
♥♥ Ostematrix
♥♥ Omega Guard
♥♥ Advance Joint Health Tablet


Ostematrix - memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas: Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan artritis.

Omega Guard - memelihara fungsi sendi (artritis): Paras asid lemak omega-3 larut dalam tisu rawan. Oleh sebab itu ia boleh mencegah kemusnahan enzim yg membentuk tisu rawan. Ia mencegah artritis, memelihara fungsi sendi dan gout dengan efektif.

Advanced Joint Health Tablet - menyokong kesihatan sendi dalam 3 cara: meningkatkan kesan kusyen, meningkatkan kesihatan sendi(ekstrak Boswellia) dan memelihara kesihatan tisu penyambung.



* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.
 


-------------------------------------------------------------------
Puan Zatul Immah (Zatul)
Shaklee Independent Distributor (ID No :886681)
011-12464564 | adamshaklee@gmail.com
 

Monday 17 September 2012

Soal Jawab Advanced Joint Health Tablet

Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah satu formulasi proprietari yang menampilkan kombinasi bahan-bahan yang amat berkesan, yang dapat menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan fungsi sendi yang sihat. Ia dihasilkan dari ramuan aktif yang bertindak dengan pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendisendi.

Shaklee Advanced Joint Health Tablet mengandungi ekstrak unique Boswellia aktif dengan paten tertunda, ekstrak Jagung dan nutrien penting lain termasuk Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C untuk membantu meningkatkan keselesaan sendi dan pergerakan. Dengan menggunakan tumbuhan dan bahan-bahan berasaskan mineral, Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah formula sayur-sayuran 100%.


Berikut adalah antara soalan-soalan yang sering di tanya mengenai Advance Joint Health Tablet.

Q : Apakah Shaklee Advanced Joint Health Tablet?
A : Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah formulasi proprietary yang menampilkan kombinasi bahan-bahan yang amat berkesan, yang dapat menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan fungsi sendi yang sihat. Ia dihasilkan dari ramuan aktif yang bertindak dengan pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendi-sendi.

Q: Siapakah yang memerlukan khasiat Shaklee Advanced Joint Health Tablet?
A : Lelaki dan wanita dewasa yang mencari satu product semulajadi dalam mengekalkan kesihatan sendi mereka. Orang muda yagn mempunyai gaya hidup lasak dan aktif juga boleh memanfaatkannya.

Q: Apakah ekstrak jagung?
A : Ekstrak jagung secara semulajadinya kaya dengan glucosamine yang merupakan gula amino dan merupakan blok binaan utama bagi proteoglikan. Ia digunakan untuk membina tulang rawan dan lendir bagi melincirkan sesendi. Glukosamina mengandungi bahan yang juga dijumpai dalam tendon dan ligament.Ekstrak jagung membantu meningkatkan perlindungan sesendi dan membantu memelihara tulang rawan untuk kesihatan sendi dalam jangka masa panjang.

Q: Apakah Boswellia ?
A: Boswellia merupakan gum resin dari pokok Boswellia Serrata. Bahan aktif utama ekstrak Boswellia serrata ialah asid boswelik (AKBA, asid 3-asetil-11-keto-beta-boswelik) yang berfungsi sebagai anti-radang semulajadi.

Q: Apakah yang membuat ekstrak Boswellia dalam Shaklee Advanced Joint Health Tablet istimewa?
A: Ekstrak Boswellia proprietari yang digunakan di dalam Shaklee Advanced Joint Health Tablet bukan sahaja mengandungi asid Boswelik AKBA yang berkepekatan tinggi bagi menyokong keselesaan sendi tetapi juga mengandungi unsur-unsur semulajadi lain dalam resin Boswellia yang berkaitrapat dalam memberikan bioaktiviti yang lebih baik berbanding dengan AKBA sahaja. Tambahan pula, ekstrak Boswellia tertentu ini telah ditunjukkan secara nutrisinya dapat menyokong keselesaaan sendi yang lebih baik berbanding satu ekstrak AKBA yang lebih tinggi.

Q: Bolehkah saya mengambil Shaklee Advanced Joint Health Tablet dan OsteMatrix pada masa yang sama?
Boleh. Tiada sebab mengapa anda tidak boleh mendapatkan khasiat kedua-dua product yang dapat menyokong kesihatan sendi anda. Lebih baik lagi anda gabungkan Shaklee Collagen Powder dan VIVIX bagi mengoptimumkan khasiat Shaklee Advanced Joint Health Tablet

Q : Bila dan bagaimanakah saya mahu menggunakan Shaklee Advanced Joint Health Tablet?
A : Untuk hasil yang terbaik, ambillah mengikut apa yang disarankan iaitu dua tablet sehari bagi setiap hidangan.

Q: Mengapakah ia bebas daripada chondroitin?
A : Shaklee Advanced Joint Health Tablet tidak mengandungi sulfat kondroitin kerana ia tidak akan diserap dengan baik jika diambil secara oral ( ditelan). Penyelidikan baru-baru ini menunjukkan yang sulfat chondroitin juga boleh mengganggu penyerapan ekstrak jagung dan glukosamina yang lazimnya diserap dengan lebih baik jika diambil secara berasingan.

Q: Mengapa produk tersebut mengandungi Vitamin C?
A : Shaklee Advanced Joint Health Tablet menyumbang Nilai Harian 100% Vitamin C kerana ia merupakan nutrient penting yang diperlukan bagi sintesis kolagen. Kolagen merupakan satu komponen tulang rawan dan juga tisu-tisu penghubung yang lain di dalam tubuh.

Q: Mengapa produk tersebut mengandungi mineral surih zink, copper (kuprum/ tembaga) dan mangan?
A : Shaklee Advanced Joint Health Tablet menyumbang Nilai Harian 10% mineral zurih zink, copper dan mangan yang merupakan faktor sampingan bagi enzim-enzim yang membina kolagen dan glikosaminoglikan.

Q: Adalah Shaklee Advanced Joint Health Tablet berasaskan sayur-sayuran?
A : Ya.
 
 
 
 
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.
 


-------------------------------------------------------------------
Puan Zatul Immah (Zatul)
Shaklee Independent Distributor (ID No :886681)
011-12464564 | adamshaklee@gmail.com

Friday 14 September 2012

Manfaat Susu Ibu - Bayi Lebih Sihat dan Cerdik





JIKA dilihat 10 tahun lalu, tidak ramai ibu-ibu yang mahu menyusukan bayi mereka dengan alasan yang tertentu. Antara alasan yang popular ialah takut gemuk dan khuatir bentuk payudara ‘jatuh’.

Menyusukan bayi di tempat-tempat awam juga jarang sekali dilakukan para ibu dek khuatir dan malu sekiranya ada mata-mata nakal mencuri pandang saat baju diselak untuk tujuan itu.

Kini, senarionya ternyata berbeza sama sekali. Ramai ibu-ibu yang mula sedar betapa pentingnya memberikan susu badan kepada bayi. Soal malu ditolak tepi.

Jika dulu, ibu yang baru melahirkan bayi hanya memberikan susu badan dalam tempoh berpantang dan berhenti apabila mula bekerja, kini, pemberian susu badan diteruskan kerana mereka mengepam susu di pejabat bagi memastikan stok susu mencukupi.

“Susu ibu sangat baik untuk bayi dan ia juga memberikan faedah buat ibu serta keluarga. Susu ibu merupakan makanan terbaik dan terunggul dicipta khas untuk bayi.

“Semua haiwan menyusukan anak mereka dengan susu sendiri. Bayi manusia juga sepatutnya disusukan dengan susu ibu sendiri kerana apa yang bayi perlukan terkandung dalam susu ibu,” kata Timbalan Ketua Jabatan Obstetrik dan Ginekologi (II) Hospital Kuala Lumpur, Dr. Noor Haliza Yusoff.

Tambahnya, berbanding susu formula yang diperbuat daripada susu lembu, komposisi zatnya sama sekali tidak sama walaupun ada pihak yang mendakwa ia lebih kurang sama dengan susu ibu.

“Tiada susu formula yang boleh menyerupai susu ibu. Itu keajaiban susu ibu dan ia dinamik. Komposisi zat yang terkandung dalam susu ibu pada waktu pagi, tengah hari dan malam adalah berlainan.

“Ia memenuhi keperluan zat seiring usia bayi. Sebagai contoh, susu yang keluar pada usia bayi sehari lebih banyak kandungan lemak,” ujarnya.

Banyak kebaikan diperoleh oleh bayi yang diberikan susu ibu. Bayi akan mendapat semua zat makanan yang diperlukan, terhindar daripada jangkitan-jangkitan penyakit seperti cirit-birit berbanding susu formula yang mendedahkan mereka dengan risiko masalah itu kerana air dan botol yang tidak bersih.

Selain itu, susu ibu juga mengandungi antibodi-antibodi untuk mengelak dan mencegah jangkitan respiratori (pernafasan) dan jangkitan telinga, malah kesan daripada zat-zat yang diperoleh daripada susu ibu dapat mengelakkan kesan jangka masa panjang dari segi obesiti, darah tinggi dan diabetes.

Perkembangan otak

Noor Haliza juga memberitahu bahawa kandungan susu ibu juga dapat membantu perkembangan otak bayi agar menjadi cerdik dan cerdas.

Walaupun banyak susu formula mengandungi bahan yang dikatakan dapat merangsang sel-sel otak, kita tidak tahu sama ada bahan itu dapat memberi kesan yang sama seperti apa yang terdapat dalam susu ibu.

“Pemberian susu ibu juga boleh mengelakkan bayi kembung perut. Di sebalik semua kebaikan ia juga akan mengeratkan ikatan kasih ibu dan bayi.

“Penyusuan badan juga dapat mempercepatkan pengecutan rahim selepas bersalin. Secara tidak langsung, si ibu kurang mendapat masalah pendarahan selain tubuh akan cepat kembali ke bentuk asal,” jelasnya sambil memberitahu ia dapat mengurangkan risiko barah payudara, ovari, rahim dan osteoporosis.

Selain itu, penyusuan ibu dapat membantu ekonomi keluarga kerana tidak perlu membeli susu formula yang mahal harganya.

Ia juga dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar dan si ibu tidak perlu mengambil cuti kecemasan dengan kerap kerana si anak berada dalam keadaan sihat.

Mengulas mengenai mitos badan menjadi gemuk jika menyusu badan, Noor Haliza memberitahu bahawa mitos tersebut tidak benar sama sekali.

Jika berikan susu ibu, badan lebih cepat kembali ke bentuk asal kerana sentiasa mengeluarkan lemak melalui susu dan dibakar ketika proses menyusu.

“Semua orang fikir bahawa menyusu badan itu sesuatu yang semula jadi dan boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja, tetapi ia bukan sesuatu yang mudah.

“Ia satu kemahiran yang telah dilupakan dan perlu dipelajari semula kerana ramai yang sudah terbiasa memberikan botol dan menganggap menyusu badan itu tidak penting. Kita terpaksa ajar ibu-ibu cara menyusu badan dengan betul supaya ia menjadi satu penyusuan yang efektif,” katanya.

Penyusuan berjaya

 Kegagalan memberikan penyusuan efektif menyebabkan bayi tidak dapat membesar dengan baik dan mungkin susu ibu pula yang dipersalahkan.

Penyusuan tidak efektif dan ditambah pula dengan teknik yang tidak betul menyebabkan luka puting, bengkak susu dan sebagainya membuatkan sesetengah ibu serik untuk memberikan susu badan.

Lantaran itu, semua hospital kerajaan kini ialah hospital rakan bayi sejak tahun 1992 yang mengamalkan 10 langkah ke arah penyusuan ibu berjaya.

“Mula-mula kita ajar dengan satu polisi iaitu semua bayi perlu diberikan susu ibu sejak lahir hingga enam bulan secara eksklusif.

“Selepas enam bulan, kita sarankan ibu memberikan makanan pelengkap tanpa menghentikan penyusuan kerana selepas enam bulan, pemberian susu sahaja tidak cukup,” katanya.

Ujarnya, kebaikan susu ibu perlu dijelaskan kepada para ibu. Selepas sahaja bayi dilahirkan, bayi terus diberikan kepada ibu tanpa dimandikan terlebih dahulu kerana pengenalan pertama itu penting bagi interaksi awal.

Apabila sudah ada stimulasi pada ibu dan bayi, senang untuk memulakan dan meneruskan penyusuan.

“Bayi boleh ‘meneroka’ tubuh ibu untuk mencari payudara. Jika bayi tidak hisap tidak mengapa. Kalau hisap, bagus. Selepas bayi dimandikan, barulah si ibu diajar untuk menyusu.

Tambah Noor Haliza, menyusu badan perlu ada tekniknya. Badan bayi perlu lurus, rapat dengan ibu, mukanya menghadap payudara. Jika bayi tidak hisap, kemungkinan dia dalam keadaan tidak selesa,” ujarnya.

Cara ideal

Katanya lagi, ada tanda-tanda menunjukkan bayi bersedia untuk menyusu. Apabila bayi berada dalam posisi menyusu, mulutnya akan terbuka luas dan barulah ia diberikan susu.

Mulut bayi perlu masuk dalam semua kawasan areola (kawasan hitam payudara) dan bukannya hisap puting sahaja yang akhirnya menyebabkan luka puting.

“Ada juga sesetengah ibu masih tidak mahu memberikan susu badan selepas kita menerangkan tentang kebaikan susu ibu kerana takut bentuk payudaranya tidak cantik dan suami tidak benarkan.

“Saya rasa ia satu kerugian. Bayi ada hak untuk mendapat yang terbaik. Sudahlah dia tidak dapat apa yang diciptakan untuknya, kita berikan pula susu haiwan seterusnya mendedahkannya kepada risiko jangkitan,” katanya.

Sesetengah ibu pula cuba memberikan susu badan tetapi ditolak beberapa kali oleh bayi. Akhirnya, ibu tersebut putus asa dan mengambil keputusan memerah susu kemudian memberikannya melalui botol.

Antara sebab penolakan tersebut adalah kerana bayi mereka mengalami keliru puting (akibat pemberian susu melalui botol). Pengalaman si bayi menyusu terus dari payudara dan botol adalah sangat berbeza.

“Jika demikian, jangan berikan susu dengan botol dan ajar bayi minum dengan cawan sedikit demi sedikit. Dengan kedudukan 45 darjah, bayi akan minum seperti kucing dan lama-kelamaan apabila sudah biasa, dia akan dapat minum susu dengan banyak.

Noor Haliza mengesyorkan para ibu agar merancang jadual penyusuan dua minggu sebelum kembali bekerja. Susu perlu diperah dalam tempoh berpantang selepas bayi selesai menyusu bagi memastikan stok mencukupi.

Apabila susu kerap diperah, lebih banyak susu dihasilkan. Sungguhpun begitu, apabila si ibu letih, sedih, marah dan stres ia mempengaruhi penghasilan hormon oksitosin yang menyebabkan pengeluaran susu terhenti. 

Bagi melancarkan pengeluaran oksitosin, ibu perlu duduk di tempat yang sunyi, lihat gambar bayi dan mendengar muzik-muzik lembut. Keadaan tersebut membolehkan susu keluar.

“Jangan putus asa. Jika mempunyai masalah penyusuan, jangan segan untuk berjumpa dengan pakar laktasi, doktor dan jururawat di hospital kerana mereka akan memberikan bantuan,” ujarnya sambil berpesan supaya para ibu tidak terpengaruh dengan iklan-iklan susu formula di televisyen.


Credit : Akhbar Kosmo

Thursday 13 September 2012

Basic H²™ Organic Super Cleaning Concentrate

Basic H² adalah apa yang anda perlukan untuk beribu-ribu pekerjaan isi rumah.

  • Kepekatan yang tinggi - 16 auns membuat sehingga 48 gelen pembersih berkuasa apabila bercampur dengan air
  • Pembersih serbaguna dan berkuasa menghilangkan kotoran, gris dan kotoran dari permukaan mana-mana boleh di basuh, di dalam dan keluar. Cairkan mengikut arahan.
  • Tiada bilas, tiada sisa, formula bebas coretan
  • Tanpa toksik
  • Asli
  • Ganda dua tertumpu
  • Surfaktan biodegradasi

Tahukah anda :


Kebanyakan bahan pencuci serbaguna mengandungi toksin yang boleh meresap ke dalam badan melalui kulit atau sistem pernafasan. Bahan pelarut organik seperti butyl cellosolve merupakan sejenis neurotoksin dan bahan yang merengsakan hidung. Morfolin merupakan bahan toksin yang boleh merosakkan hati dan ginjal. Ammonia yang terkandung dalam bahan pencuci kaca merupakan sejenis bahan racun yang merengsakan kulit, mata dan sistem pernafasan.

Pekatan Pencuci Super Organik BASIC H² tidak mengandungi bahan-bahan di atas mahupun bahan-bahan berbahaya yang lain.

Perbezaan Shaklee


Selamat

  • Tidak bertoksik
  • Tanpa gas beracun
  • Tanpa bahan kimia berbahaya
  • Tanpa bahan pewangi
  • Lembut pada tangan
  • pH seimbang
  • Tanpa klorin

Berkesan

  • Berkesan untuk menanggalkan kesan berminyak
  • Kepekatan berganda - 16oz boleh dicairkan dengan 48 gelen air
  • Dua kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic H² di mana hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama

Mesra Alam

  • Ramuan semulajadi yang di estrak daripada jagung dan kelapa
  • Biorosot
  • Tanpa fosfat
  • Bungkusan yang boleh kitar semula
  • Tanpa bahan pewarna
  • Selamat untuk sistem septik dan pembentungan
 ========================================================================================

Ini yang kak N kongsikan apa yg beliau buat dgn Basic H tu..



1. Saya guna untuk cuci sayur dan buah2an sebelum masak dan beri anak saya makan.

2. Saya guna untuk cuci luka atau melecur dan ianya buat luka /lecur cepat kering.

3. Saya guna untuk membersihkan meja makan rumah dan rak dapur supaya semut tak memenuhi ruang tersebut.

4. Saya guna untuk pastikan sinki saya tak tersumbat.

5. Saya guna untuk mop lantai dalam keadaan nak cepat.

6. Saya guna air basuhan untuk siram pokok yang hidupnya segan mati tak mahu supaya ia segar semula.

7. Saya gunakan basic H buat tuam kepala anak saya bila mereka demam.

8. Saya mandikan anak saya dengan basic H bila mereka kena gatal2 atau gigitan serangga.

9. Saya letakkan basic H dalam toilet utama serta dapur agar mudah capai bila diperlukan.

10. Saya gunakan Basic H untuk keluarkan gula2 getah yang melekat pada baju atau pakaian anak2 dengan senang sekali.

11. Saya gunakan Basic H untuk lap cermin rumah supaya lebih bersih dan bersinar.

12. Basic H bagus digunakan untuk mencuci botol susu anak serta lampai pakai semula [ cloth diaper] dengan lebih bersih.


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.
 


-------------------------------------------------------------------
Puan Zatul Immah (Zatul)
Shaklee Independent Distributor (ID No :886681)
011-12464564 | adamshaklee@gmail.com

Wednesday 12 September 2012

Testimonial Set Penyusuan

Ini adalah testimonial-testimonial dari ibu-ibu yang mengamalkan Set Penyusuan Shaklee



Susu lemak berkrim dan bayi cepat kenyang :)



Badan sihat dan cergas, susu jadi pekat dan kesihatan ibu dan bayi stabil



Banyakkan susu. Setiap kali pump dapat 15oz



Susu jadi banyak, hilang sakit pinggang dan kurang alahan pada makanan


Badan tidak letih walaupun kurang tidur




* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.
 

-------------------------------------------------------------------
Puan Zatul Immah (Zatul)
Shaklee Independent Distributor (ID No :886681)
011-12464564 | adamshaklee@gmail.com

Resveratrol vs Kanser dan Penyakit Lain

Resveratrol adalah sejenis plolyphenol yang dipanggil phytoalexin, merupakan sejenis bahan yang dikeluarkan oleh tumbuhan sebagai pertahanan tumbuhan tersebt terhadap penyakit. Ia dihasilkan daripada tindakbalas tumbuhan tersebut terhadap jankgkita kulat, tekanan, kecederaan akibat dirosakkan haiwan, sinar UV, cuaca ekstrem dan sebagainya.

Tumbuhan yang menggunakan pestisid dan herbisid biasanya tiada atau kurang menghasilkan bahan ini kerana mereka dilindungi oleh racun perosak tersebut.

Tumbuhan yang paling banyak menghasilkan resveratrol adalah anggur, raspberi dan kacang.
Menurut American Cancer Institute, rasveratrol adalah antioksidan yang sangat berkuasa. Ia mengurangkan pengaktifan NF kappa B, yakni sejenis protin yang dikaitkan dengan pembentukan kanser dalam tubuh.

Menurut laporan kajian yang dibuat oleh Department of Biochemistry and Molecular Biology, New York Medical COllege, resevratrol menjadikan proses proliferation dalam kanser payudara menjadi kurang aktif.

Menurut American Cancer Institute, meminum sumber resveratrol setiap hari menurunkan risiko kanser prostat. Malah meminumnuya sekali seminggu boleh menurunkan risiko kanser prostat sebanyak 60%.

Anggur muscadine adalah anggur yang paling tinggi nilai resveratrolnya. Ikatan kimia dalam anggur muscadine ini jauh berbeza dari anggur2 jenis lain, yang mana ia kaya dengan anthocyanins, yang mempunyai antioksidan yang tinggi dan menunjukkan beberapa kesan antitumor, termasuk menghalang sintesis DNA dalam kanser payudara dan perkembangan saluran daran dalam sesetengah tumor, termasuk enzim perebak tumor.

Menurut Department of Patholody, Northwestern University Feinberg School of Medicine membantutkan perkembangan CCR6-mediated migration pada sel yang rosak dalam kes diabetes.

Resevratrol juga terkenal sebagai ejen anti penuaan. Dalam kajian oleh Douglas Mental Health University Institute, McGill University, resevratrol melindungi kulit serta melambatkan kesan penuaan kulit dan lain2 kesan penuaan pada kulit.

Resevratrol juga berperanan dalam meningkatkan tahap ‘kolesterol baik’ dan melindungi dari kerosakan arteri, sekaligus menjaga kesihatan jantung.


Masyarakat di Barat mengambil wain merah untuk mendapatkan sumber resevratrol, namun kajian terbaru menunjukkan kesan alkohol pada wain boleh memberi kesan kepada golongan tertentu.

Jadi sebagai alternatif yang selamat dan halal, untuk resveratrol ini, Shaklee telah mengeluarkan produk yang sangat bagus, VIVIX yang mana:-
  • Satu sudu teh Vivix mengandungi resveratrol yang bersamaan dengan 100 gelas wain merah (jangan minum wain, haram!)
  • 2500 kajian yang diterbitkan terhadap bahan2 yang digunakan dalam Vivix
  • Vivix adalah 10 kali lebih power dari resveratrol semata-mata

Siapa yang patut mengambil Vivix?

  • Warga emas
  • Mereka yang mempunyai risiko kanser
  • Mereka yang dikatakan ada keturunan kanser
  • Mereka yang menghidap diabetes jenis 1
  • Mereka yang ingin menjaga kecantikan kulit
  • Mereka yang tua sebelum masanya
  • Merekayang tinggi kolesterol dalam darah
  • Mereka yang berisiko sakit jantung
***jangan ambil Vivix sekiranya anda sedang menjalani rawatan kimoterapi


Amalkanlah Vivix untuk kesihatan unggul. Hadiahkan satu kepada ibu dan satu kepada ayah… Pastinya pemberian yang lebih disukai oleh mereka :)

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.



---------------------------------------------------------------------
Puan Zatul Immah (Zatul)
Shaklee Independent Distributor (ID No :886681)
011-12464564 | adamshaklee@gmail.com

Sharing is Caring