Showing posts with label Set Berpantang. Show all posts
Showing posts with label Set Berpantang. Show all posts

Wednesday, 1 March 2017

Pengalaman Berpantang Bersalin Ceaser Dengan Vivix

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Lamanya saya tak update blog ni. Tahun lepas tahun saya diberi rezeki anak no 3 dan alahan yang teruk. Nak update blog memang takde dalam otak saya ni hehe... Yang saya nak hanya baring di dalam bilik gelap hahaha melampaukan. Alhamdulillah saya selamat melahirkan bayi lelaki pada 24hb November 2016 dengan berat 3.13kg. Sepanjang kehamilan saya memang consume Set Kehamilan Shaklee sahaja. Alhamdulillah saya bebas dari kencing manis dan darah tinggi. Tarik mengkarung pun tak kena tau ! Ok yang ni saya cerita di lain post.

Post kali ni saya nak cerita tentang pengalaman berpantang dengan Vivix Shaklee. Dah tertulis bersalin anak no 3 ni secara pembedahan. Saya terima. Asalkan saya dan anak sihat sempurna. Saya bersalin c-zer sebab baby unstable lie. Maksudnya kepala baby tak turun ke bawah. Kalau songsang, kepala baby di atas. Kes saya ni kepala baby "tersenget" sikit ke tepi belah kanan. Comel je baby Ariq ni tau.. Warded 2 hari, doc kata kena c-zer sebab macam takde harapan kepala baby nak turun. Bertabah jelaa hehe... Alhamdulillah tepat 8.25 pm, 24 Nov 2017 baby Ariq tengok dunia. Luka dalaman saya agak teruk sebab doc kata salur darah saya besar. Memang agak sakit.

Selepas 6 jam operate, nurse memang akan paksa kita bangun dan berjalan untuk elak darah beku. Allah... siapa yang dah ada pengalaman tau la nikmat sakit bius dah habis tu macam mana. Alhamdulillah terhapus segala dosa-dosa saya. Nak tak nak memang kena bangun. Hari ke empat saya dibenarkan balik. Bermula la episod berpantang saya :)

Berpantang c-zer ni part penting kena jaga tempat operate tu. Hari pertama berpantang di rumah, rasa agak stress jugak sebab masih sakitkan. Nak batuk tak boleh, jalan pun kena ampu perut, punggung sakit sebab kesan bius separuh badan tu.. Dah seminggu bersalin masih rasa sakit. Saya nekad consume Vivix. Nak makan ikan haruan, pil ikan haruan semua tu memang saya tak berani. Sebab dah banyak kes. Seawal hari pertama makan Vivix saya dah rasa kesannya. Saya amik double dos.  Sakit di tempat operate kurang sakit dan badan sangat bertenaga walaupun hanya tidur 2 jam. Selepas 3 hari, luka operate kering dan cantum elok. Doc pun puji dan tanya makan apa. Saya cakap makan Vivix Shaklee. Dia memang suggest produk Shaklee terbaik. Sepanjang berpantang saya consume 2 botol Vivix. Alhamdulillah sangat membantu. Berpantang anak no 3 ni tak sama dengan berpantang anak no 1. Bukan boleh duduk diam baring je. Sat sat anak nak mandi.. nak makan.. nak berak.. Memang tak duduk diam langsung. Bila malam, orang dah tidur.. kita masih berjaga. Baby Ariq siang tidur, malam berjaga hehe.. So memang saya dapat rasa kesan Vivix sangat membantu bagi energy.

So, pada ibu-ibu yang bersalin c-zer.. Sekiranya berkemampuan, memang saya galakkan untuk ambil Vivix Shaklee. Recommended !!

Untuk yang berminat dapatkan Vivix Shaklee. Hubungi saya seperti di bawah.

Facebook : Zatul Immah
Facebook Page : Vitamin Atas Rak
No.Telefon : 011-12464564
E-Mail : adamshaklee@gmail.com
COD Area : Bagan Serai, Kuala Kurau, Parit Buntar, Tanjung Piandang Perak

Wednesday, 5 March 2014

Testimonial ESP Shaklee

Meletup-letup ESP bulan ni ye... Sana-sini dok sebut ESP. Sana-sini dok promosi ESP. Produk baik, mestilah orang bersebut dan berebutkan hehehe.

Kalau ada yang tak tahu lagi apa itu ESP, meh saya ceritakan semula. ESP adalah makanan tambahan protin berasaskan kacang soya. Ianya merupakan satu-satunya produk di dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Ia turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Sangat sesuai untuk semua peringkat umur tua dan muda. Manakala, kandungan Indeks Glisemik (G.I) yang rendah iaitu 39, menjadikan ia sangat sesuai juga kepada pengidap kencing manis.

Saya kongsikan kebaikan dan keistimewaan ESP Shaklee.



Jom kita tengok testimonial pengguna ESP pula.

Monday, 3 February 2014

20 Kebaikan Vitalea Shaklee

Vitalea Shaklee adalah multi-vitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia. Asalnya dikenali sebagai "Vitalize-Mineral" dan disingkatkan sebutan kepada "Vita-min" dan perkataan  vitamin yang disebut kini asalnya dari Shaklee. Peningkatan teknologi telah mengubah bentuknya dari cecair kepada bentuk tablet yang dikenali sebagai Vita-Lea.

Setiap tablet Vitalea mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA. Ia diformulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang.

Vitalea merupakan tablet multi-vitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan juga tubuh manusia. Mineral yang terkandung di dalamnya mudah berintegrasi dengan protin untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil.

Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vitalea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%.


Wednesday, 7 August 2013

Set Berpantang Shaklee Yang Terbaik

Semakin hari semakin ramai yang mempercayai serta menyukai Set Berpantang Shaklee. Walaupun terdapat pelbagai lambakan produk set berpantang, Shaklee tetap menjadi pilihan ibu-ibu moden zaman kini.





Apakah fungsi set berpantang yang terbaik ini ?

[✔] ESP [membantu menyembuhkan luka dengan cepat, dan bertindak sebagai milk booster!]
[✔] Vitalea [membantu ibu lepas bersalin yang kehilangan banyak darah serta memberi tenaga]
[✔] B Complex [agen penenang semasa ibu dalam tempoh berpantang]
[✔] Vitamin C [membantu ibu meningkatkan imunisasi dan membantu menyembuhkan luka lebih cepat]
[✔] Zinc Complex [mengeringkan luka bersalin ataupun luka pembedahan dengan cepat]
[✔] Ostematrix (Calcium) [Penting untuk mengelakkan sembelit semasa dalam tempoh berpantang]

Wednesday, 17 July 2013

Tips Dapatkan Berat Ideal Selepas Bersalin

Masalah berat badan dan bentuk badan berubah selepas melahirkan bayi adalah perkara biasa. Bagaimanakah saya boleh mengurangkan berat badan dengan selamat selepas bersalin?

Bukan semua wanita bertuah mendapat kembali berat dan bentuk badan asal mereka. Sebelum membuat keputusan untuk mengikuti sebarang proses diet bagi mengembalikan semula badan yang langsing dan cergas, fahami terlebih dahulu apa yang boleh dan tidak boleh.

Sebaiknya tunggulah lebih kurang enam minggu selepas melahirkan bayi sebelum anda berfikir mengenai proses menguruskan badan. Ingatlah bahawa perubahan bentuk badan tetap berlaku sepanjang kehamilan.

Friday, 14 June 2013

Hebatnya Produk Shaklee Untuk Golongan Ibu



Set Hamil, Set Berpantang dan Set Menyusu Shaklee sangat unik kerana ia dikombinasikan mengikut keperluan ibu-ibu daripada pelbagai keadaan berbeza. Set produk Shaklee ini banyak memberi kesan positif kepada ibu-ibu sama ada semasa hamil, berpantang dan selepas berpantang. 

Monday, 22 April 2013

Set Bersalin Shaklee - Terbukti Berkesan !!

Assalamualaikum !

Tempoh berpantang selama 44 hari terasa sangat lama bagi ibu-ibu yang baru melahirkan. Siapa yang pernah merasai pengalaman berpantang, pasti faham betapa letihnya badan selepas melahirkan. Terasa putus urat, badan terasa lemah akibat kehilangan darah semasa proses kelahiran dan emosi yang tidak stabil di tambah pula dengan ragam bayi yang kerap menangis di awal kelahiran. 

Dengan Set Berpantang Shaklee, keperluan tubuh ibu dapat dipenuhi. Berikut adalah fungsi setiap vitamin yang terkandung di dalam Set Berpantang ini.

Sharing is Caring