Wednesday 11 June 2014

Kebaikan Garlic Complex Shaklee


Bawang putih (Allium sativum) merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Alliaceae sama seperti lain-lain jenis bawang iaitu bawang besar, bawang merah, lik , dan kucai. Bawang putih telah ditanam dan digunakan manusia semenjak beribu tahun dulu dalam perubatan dan masakan. Bawang putih seperti juga bawang merah dan bawang besar mempunyai daun dan bebawang yang berada dalam tanah yang cetek sahaja. Berbeza dengan bawang besar yang mempunyai satu bebawang, bawang putih dibentuk dari pelbagai bebawang yang mebentuk satu rumpun bebawang.

Khasiat Bawang Putih

1. Mengurangkan Risiko Angin Ahmar

-Bawang putih mampu penghasilan oksida nitrik pada dinding saluran darah yang membantu untuk mengembang dan mengawal tekanan darah dengan baik bagi mengelakkan risiko darah tinggi dan angin ahmar.

2. Mengurangkan Risiko Kanser

- Kaya dengan anti oksidan seperti selenium, bawang putih mampu membantu mengurangkan radikal dalam darah, sekaligus mengurangkan risiko seseorang menghidap kanser.

3. Bertindak sebagai Anti-bakteria dan Antivirus

- Sejenis bahan iaitu allicin yang terkandung di dalam bawang putih ini bertindak sebagai antivirus dan antibakteria dalam memusnahkan beberapa mikrobakteria. Jadi, ianya amat baik untuk jangkitan perut, jangkitan influenza dan sebagainya.

4. Mengandungi Iodin

- Bawang putih mempunyai kandungan iodin yang tinggi yang baik untuk pesakit hypertiroid.

5. Meningkatkan Sistem Imunisasi

- Kajian mendapati bahawa pengambilan bawang putih sebanyak dua hingga tiga ulas sehari selama tiga minggu akan meningkatkan aktiviti sel darah putih untuk melawan jangkitan dan tumor.

6. Melindungi Tanaman

- Pernahkah anda terjumpa dengan hama tanaman yang berwarna putih dan adakalanya berwarna hitam, hama ini sangat tidak suka pada bawang putih. Tumbuk bawang putih hingga hancur dan bancurkan dengan minyak mineral, air, dan sabun cair. Siram pada tanaman anda

7. Membantu Sistem Pencernaan

- Bawang putih akan merembeskan gastric acid pada lapisan perut yang akan membantu proses pencernaan di dalam saluran makanan.

8. Mengurangkan Kolesterol Dalam Tubuh

- Kandungan Disulphide di dalam bawang putih membantu menurunkan nilai kolesterol di dalam saluran darah dan seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung.

9. Mengurangkan Angin Dalam Tubuh/ Perut

- Sekiranya anda mengalami kembung perut secara tiba-tiba atau di tengah malam akibat daripada tersalah makan atau perut masuk angin, anda boleh mencuba mengubati dengan mengambil dua ulas bawang putih dan bakar. Setelah itu buang kulitnya dan makanlah bawang putih tersebut.

10. Menyuburkan Rambut

- Bawang putih juga boleh mengatasi masalah rambut gugur. Bawang putih mengandungi bahan allicin yang tinggi merah, yang dipercayai efektif untuk mengatasi masalah rambut gugur. Gosokkan bawang putih yang telah dibuang kulit dan dipotong pada kulit kepala boleh juga ditambahkan dengan minyak kelapa untuk kesan yang maksimum.

11. Membersihkan Jerawat

- Bawang putih merupakan remedi semulajdi untuk menyingkirkan kuman jerawat kerana ianya mengandung antioksidan yang dapat membunuh bakteri. Gosokkan bawang putih yang telah dibuang kulit dan dibelah pada jerawat di wajah perlahan-lahan dan biarkan sehingga kering. Kemudian basuh wajah.

Garlic Complex Shaklee



Dibuat dari bawang putih jenis premium, bebas dari racun perosak dan ditanam secara organik di California, USA diwaktu musim panas.

Dihasilkan secara eksklusif pada suhu bilik tanpa haba untuk memastikan pengekalan 100% Allicin aktif (tidak semua tablet garlic yang dijual dipasaran mengandungi Allicin aktif). Dwi teknologi digunakan untuk mengawal bau garlic.

Kajian menunjukkan perisa herbanya terhasil dari kombinasi 2 ekstrak herba (rosemary dan Spearmint). Ianya mengandungi pelbagai vitamin E untuk meningkatkan sebatian aktif garlic dan keberkesanannya di dalam tubuh kita.

Setiap 2 tablet membekalkan 1000mg ekstrak garlic tulen yang menyamai dengan 2 ulas garlic segar.

 

Manfaat Garlic Shaklee

  • Mengandungi Spearmint - mempertingkatkan sistem penghadaman, fungsi jantung.
  • Antibiotik Yang Selamat dan Semulajadi - Garlic antibiotik semulajadi. Ianya selamat untuk kegunaan jangka panjang untuk mempertingkatkan sistem imun tubuh, menghalang penyakit berjangkit seperti selsema, kualt, kuman, virus dan yis candida.
  • Menghalang Alergik - mempertingkatkan penyakit berkait sistem imun seperti hidung yang sensitif, sinus, alergik, asma, selsema dan hepatitis.
  • Mempertingkatkan Sistem Penghadaman - Formula uniknya mampu mempertingkatkan masalah berkaitan penghadaman seperti kembung perut, gastrik, ketidakhadaman. Garlic juga mampu menentang bakteria H. pylori bakteria dan menghalang ulser gastrik.
  • Menstabilkan Tekanan Darah Tinggi - Kajian menunjukkan pengambilan 2-4 tablet garlic akan menurunkan darah tinggi dengan 8 point.
  • Detoksifikasi - garlic mampu mengeluarkan raksa dari tubuh dengan pantas. Taksa, Plumbum dan Kadmium adalah logam toksik yang akan menaikkan tekanan darah. Tambahan lagi, garlic mampu melindungi sel-sel darah dari kemusnahan dari logam dan menghalang kerosakan hati oleh bahan kimia.
  • Menurunkan Kadar Kolestrol - menurunkan kolestrol, LDL, trigliserid dan kelikatan darah, mengurangkan pembekuan darah, meningkatkan HDL, melindungi jantung dan menghalang strok dan penyakit koronari.
  • Mencegah Kanser - membantu mengelak dan merawat kanser dengan mengurangkan bahan pencetusan kejadian kanser - Nitrosamine. 
  • Menstabilkan Glukos - menolong menstabilkan glukos didalam tubuh kita.

Hubungi saya untuk dapatkan produk Shaklee anda ! Konsultasi PERCUMA diberikan.
 
 

Phytocol-ST Shaklee Turunkan Kolestrol Tinggi Dengan Berkesan


Apa Itu Kolestrol?

Kolesterol ialah sejenis jisim lembut seperti lemak dan berlekit seperti lilin dan dijumpai di dalam aliran darah dan dalam semua sel badan. Kolesterol merupakan bahagian penting dalam badan yang sihat kerana ia digunakan untuk mengeluarkan membran sel dan sesetengah hormon, serta membantu melicinkan fungsi badan lain yang memerlukannya.

Namun, terlampau banyak kolesterol dalam darah akan mengundang risiko besar untuk diserang penyakit jantung koronari (seterusnya akan membawa kepada serangan jantung) dan angin ahmar. 

Dari manakah datangnya kolesterol ini?

Kolesterol datangnya daripada dua punca, daripada makanan dan badan anda. Hepar dan sel lain dalam badan anda mengeluarkan kira-kira 75 peratus daripada kolesterol darah. Baki 25 peratus lagi datangnya daripada makanan yang anda makan. Julat yang selamat untuk pengambilan kolesterol ialah antara 200-400 miligram sehari. 

Kolesterol LDL (Kolesterol jahat)

Apabila terdapat terlampau banyak kolesterol jenis lipoprotein (LDL) berkepadatan rendah beredar dalam darah, ia beransur-ansur akan melekat dan mengumpul pada dinding dalaman arteri yang menyalurkan darah ke jantung dan otak. Bersama dengan jisim lain, ia lama kelamaan akan membentuk plak, iaitu sejenis longgokan keras yang akan menyempitkan arteri dan menjadikannya kurang anjal. Keadaan sedemikian dikenali sebagai atherosclerosis. Sekiranya suatu gumpalan terbentuk dan menyumbat arteri yang telah pun menyempit itu, ini akan mengakibatkan serangan jantung atau angin ahmar.

Kolesterol HDL (Kolesterol baik)

Lebih kurang satu perempat hingga satu pertiga daripada kolesterol darah dibawa oleh lipoprotein yang berkepadatan tinggi (HDL). Kolesterol HDL dikenali sebagai kolesterol "baik", sebab paras HDL yang tinggi dikatakan dapat melindungi daripada serangan jantung. Paras HDL yang rendah (kurang daripada 1.0 mmol/L) juga akan meningkatkan risiko penyakit jantung.

Tahap Kolestrol Tinggi

Tahap kolesterol yang tinggi dalam darah adalah penyumbang besar kepada sakit jantung dan strok. Dan tahap yang tinggi itu boleh disebabkan diet, keturunan atau kedua-duanya sekali, di samping gaya hidup yang tidak aktif.

Jika diet adalah antara punca utama kepada masalah ini, maka sebaiknya kita mengambil langkah-langkah awal menjaga pemakanan. Antara yang boleh dilakukan ialah:

1. Amalkan diet yang rendah lemak tepu. Kebanyakan makanan mengandungi campuran lemak tepu dan lemak tidak tepu, Jadi anda perlu memilih yang rendah lemak tepu kerana lemak jenis ini boleh meningkatkan tahap kolesterol dalam darah anda. Lemak tepu boleh ditemui dalam daging binatang, di bawah lapisan kulit ayam, produk-produk tenusu dan sesetengah minyak sayuran.

2. Anda juga boleh memilih diet yang secara keseluruhannya rendah lemak. Sekiranya anda memilih diet sebegini, kemungkinan pengambilan lemak tepu adalah kurang. Jika makan diluar, memang sukar memilih kerana ramai peniaga tidak menggunakan lemak yang lebih sihat seperti minyak zaitun atau kanola. Lebih baik, ialah menyediakan makanan sendiri, dan gunakan minyak yang berlabel monounsaturated atau polyunsaturated.

3. Makan lebih kanji dan fiber. Makanan sebegini lebih baik bagi menggantikan makanan yang tinggi lemak tepu. Roti, bijirin, pasta, bijian, buah-buahan dan sayur-sayuran bukan sahaja rendah lemak tepu dan kolesterol, tetapi juga sumber vitamin dan mineral. Manakala antioksiden dalam sesetengah buah-buahan dan sayur-sayuran boleh mengurangkan kesan kolesterol.

4. Diet rendah kolesterol juga boleh diamalkan. Ini bermakna anda perlu memilih makanan-makanan yang rendah kolesterol daripada daging binatang yang tinggi kandungan lemak tepu. Untuk pengetahuan, makanan dari sumber tumbuh-tumbuhan juga boleh mengandungi lemak tepu, tetapi tidak mempunyai kolesterol. Jika anda memilih diet yang rendah kolesteral ia boleh mengurangkan kalori, berat badan dan obesiti. Ini baik untuk jantung anda.

5. Diet yang sihat sahaja tidak memadai, anda juga perlu bersenam. Senaman fizikal mampu meningkatkan kolesterol yang baik dan mengurangkan kolesterol yang tidak baik. Anda juga dapat mengurangkan berat badan, menurunkan tekanan darah dan mempertingkatkan kesihatan jantung serta saluran darah, dan mengurangkan stres.


6. Jika terasa berat badan berlebihan, berusahalah untuk mengurangkannya. Perhatikan juga tubuh anda, jika bahagian perut dan tengah badan disaluti banyak lemak, itu adalah petanda meningkatnya risiko penyakit jantung dan penyakit-penyakit lain.


Suplemen Untuk Turunkan Kolestrol





Phytocol-ST Shaklee

Phytocol-ST Shaklee adalah pilihan semulajadi terbaik dengan 2000mg fisoterol setiap hari dan disarankan 100% oleh Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH). 

Phytocol-ST Shaklee dirumuskan secara klinik dengan bahan-bahan terpilih untuk membantu menghalang penyerapan kolestrol di dalam tubuh.


Perbezaan Phytocol-ST Shaklee adalah :

  • Diperbuat daripada campuran bahan yang mengandungi fisoterol yang boleh didapati secara semulajadi di dalam tumbuhan, buah-buahan, sayuran dan bijian.
  • Mengandungi 2000mg fisoterol daripada tumbuhan yang diperlukan setiap hari.
  • Fisoterol dari tumbuhan telah diuji secara klinikal oleh 80 kajian untuk merendahkan paras LDL kolestrol.
  • Kandungan fisoterol yang mencukupi seperti yang disarankan oleh Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH).
  • Halal
  • Tidak mengandungi perasa, pewarna, pemanis atau bahan pengawet.

 

Bagaimana Fisoterol Di Dalam Phytocol-ST Shaklee Berfungsi?








CoQHealth Plus Shaklee

CoQHealth Plus ini ialah supplemen yang mengandungi campuran proprietari bagi Co Enzim Q10 , Vitamin E serta ekstrak teh hijau. Setiap botol mengandungi 30 kapsul lembut CoQ Health Plus. Bahan utama dalam supplemen ini ialah Co Enzim Q10 . Co Enzim Q10 adalah nutrien larut lemak yang dihasilkan dalam tubuh dan ada dalam semua sel.


Kebaikan CoQHealth Plus Shaklee

  • menyokong pengeluaran tenaga dalam jantung
  • menggalakkan dan melindungi arteri sihat terhadap pengoksidaan kolestrol 'jahat'
  • membantu menambah dan mengekalkan tahap Co enzim Q10 dalam darah
  • meningkatkan tenaga dan stamina diri



Hubungi saya untuk dapatkan produk Shaklee anda ! Konsultasi PERCUMA diberikan.

 

Tuesday 10 June 2014

5 Tips Kempiskan Perut


Perut buncit ??? oh tidak... !!!! Ramai yang gusar bila perut mula buncit terutama kaum lelaki. Terasa hilang macho bila perut makin ke hadapan. Tapikan, ada sesetengah kaum lelaki yang sudah berkahwin, mereka dikatakan lebih "bahagia" memiliki perut buncit dan mempunyai "saham" yang lebih tinggi berbanding mereka yang tidak buncit. Bagi kaum wanita pula, apabila perut buncit mula risau orang mengata tak pandai jaga badan, risau suami tak suka badan yang dah "lari alignment" hehe... 

Tetapi kita jangan ambil mudah isu perut buncit ini. Perut itu sumber pelbagai penyakit dan adalah sangat penting untuk anda memberi penekanan di dalam penjagaan perut anda. 

Jom saya kongsikan tips-tips mengempiskan perut dengan syarat ia dilakukan dengan konsisten dan penuh disiplin. 

TIPS 1 : MAKAN MAKANAN YANG BETUL


Untuk mengempiskan perut, kita perlu makan makanan yang seimbang di dalam pemakanan seharian kita kerana diet yang betul boleh membuang lemak di bahagian perut. Makanan yang betul sepatutnya mengandungi karbohidrat kompleks, fiber, vitamin, mineral, lean, ikan dan teh hijau.

TIPS 2 : TINGGALKAN MAKANAN RINGAN


Makanan ringan dan makanan segera adalah sangat tidak baik untuk kesihatan dan akan membuatkan lemak berkumpul di bahagian perut jika diambil secara berlebihan. Kita sepatutnya mengelakkan diri daripada mengambil karbohidrat yang diproses, gula, makanan bergoreng, makanan segera dan apa jua makanan berlemak.

TIPS 3 : BERHENTI MAKAN LEWAT MALAM


Kebanyakan orang akan terus tidur selepas makan lewat malam. Ini bermakna lebihan gula yang dimakan semasa makan lewat malamakan ditukar kepada lemak kerana badan tidak boleh membakar lemak semasa kita tidur.

TIPS 4 : KURANGKAN MINUMAN BERSODA, JUS ATAU BERGULA


Soda, jus asli atau minuman bergula mengandungi banyak kalori dan akan merosakkan usaha kita untuk mengempiskan perut. Berhenti minum minuman bergula dan banyakkan minum air kosong atau air mineral.


TIPS 5 : LAKUKAN SENAMAN KARDIO


Melakukan senaman kardio adalah sangat penting untuk mengempiskan perut kerana senaman ini dapat membakar kalori lebih banyak dari melakukan senaman perut. Contoh senaman kardio adalah seperti jogging, berjalan dan menaiki tangga. 

Haaa cukup tak 5 tips ini ? Cuba amalkan dan lihat hasilnya beberapa bulan. Perut anda akan kelihatan lebih cantik dan slim !


Produk Shaklee Bantu Masalah Rahim Lemah

Ramai dikalangan wanita yang berkahwin mengalami masalah rahim jatuh atau rahim lemah. Keadaan ini merbahaya dan memberi risiko lebih-lebih lagi kepada wanita hamil. Rahim atau uterus adalah tempat di mana janin akan membesar sebelum dilahirkan. Rahim adalah organ penting untuk wanita bagi memastikan kandungan selama 9 bulan dalam keadaan baiksebelum proses bersalin berlaku.







Rahim lemah ataupun peranakan jatuh dikategorikan pada beberapa tahap iaitu:

Tahap 1: Rahim jatuh sikit pada vagina
Tahap 2: Pintu rahim jatuh hingga ternampak pada permukaan faraj
Tahap 3: Rahim terkeluar daripada permukaan faraj
Tahap 4: Keseluruhan rahim memang terkeluar. Keadaan ini juga dipanggil procidentiaIni adalah disebabkan oleh kelemahan dalam semua otot sokongan.
  

Faktor-faktor ataupun sebab terjadinya rahim lemah ini antaranya adalah:

1. Kerap mengangkat bebanan berat yang tidak mampu diangkat oleh badan.
2. Berat badan yang berlebihan yang tidak mampu ditampung oleh badan.
3. Faktor kelahiran terdahulu iaitu proses bersalin yang normal menyebabkan otot-otot, ligament hilang keupayaan untuk memegang rahim ataupun lantai pelvic.
4. Mempunyai sembelit (iaitu terlalu meneran apabila membuang air besar) ataupun batuk kronik (asma dan bronchitis) yang mana memberi tekanan tinggi pada abdomen.
5. Faktor usia seiring dengan penurunan paras hormon estrogen secara 
    semulajadi menyebabkan menopaus. 




Produk Shaklee yang membantu mengatasi masalah rahim lemah adalah ESP dan Vitamin E. ESP bertindak menguatkan rahim dan Vitamin E adalah bahan anti-oksidan yang membantu menolong untuk menghalang sel tubuh badan dari sebarang tindakan kimia radikal-radikal bebas. Selenium yang terdapat di dalam Vitamin E Shaklee boleh mencegah kronosom dari terpecah belah iaitu yang menyebabkan BAYI CACAT dan KEGUGURAN. Kadar selenium yang baik juga membantu pembentukan sperma yang sempurna.


Hubungi saya untuk dapatkan produk Shaklee anda ! Konsultasi PERCUMA diberikan.


Sharing is Caring