Showing posts with label Nutriferon. Show all posts
Showing posts with label Nutriferon. Show all posts

Tuesday, 18 August 2015

Petua Hilangkan Demam, Batuk, Selsema Dengan Cepat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua pembaca blog Natural Vitamin Shoppe :) Apa khabar anda semua.. mungkin ada yang kurang sihat kan. Apa yang saya perhatikan, since bulan Syawal lalu cuaca tak menentu. Sekejap panas, sekejap hujan. Pergi mana-mana, mesti ada yang demam, batu dan selsema. Tiga penyakit yang sinonim apabila cuaca tidak menentu. Klinik pun penuh dengan pesakit yang ingin mendapatkan rawatan dan ubat-ubatan.

Ada tak di kalangan pembaca yang sedang demam, batuk dan selsema? Masih berlarutan sehinggakan dah tak tahu nak makan ubat apa.

Demam, batuk dan selsema ini adalah jangkitan virus. Ianya mudah dijangkiti sekiranya antibodi atau imuniti seseorang itu lemah.

Bagaimana anda atasi virus ini selain dari pengambilan ubat-ubatan ?

Pertama kali, apa yang perlu anda lakukan adalah minum air masak (3 liter) sehari dan rehat yang secukupnya.

Kemudian, pengambilan suplemen secara konsisten. Jangan bila sakit je baru nak consume suplemen. Suplemen ni bukan ubat tau. So, sebaiknya adalah consume setiap hari untuk meningkatkan tahap imunisasi badan kita.

Bagaimana Shaklee Boleh Membantu ? Jom saya kongsikan.

Nutriferon


  • Melindungi dari Influenza dan selsema
  • Membantu menyeimbangkan respon alergi terhadap persekitaran dan pencemaran udara
  • Berkesan melindungi virus mikrob seperti selsema, alergi, inflamasi dan influenza
  • Bagus untuk immune booster pada ketika cuaca tidak menentu, jerebu dan sebagainya
  • Sangat sesuai di amalkan jika kerap mengunjung ke tempat yang sesak seperti pasar malam, pasaraya, kawasan pelancongandan berada di luar negara
  • Mempertingkatkan keseluruhan sistem imun tubuh dengan mengerahkan sistem pertahanan semulajadi tubuh untuk membunuh T-Cells, B-Cells & Makrofag.
  • Sesuai untuk yang kerap demam, batuk dan selsema yang lebih dari seminggu

Vitamin C


  • Melindung set-sel tubuh daripada kesan-kesan pencemaran
  • Melindungi daripada jangkitan dan selsema serta meningkatkan imuniti badan
  • Penting untuk penyuburan sel darah putih dan juga bertindak sebagai antihistamin semulajadi yang amat berguna untuk mengurangkan hidung bengkak semasa selsema, tekak perit semasa batuk dan mengurangkan gejala-gejala alergi yang lain


Anda ingin dapatkan suplemen Shaklee ini ? Hubungi kami segera !
Facebook : Zatul Immah
FB Page : Vitamin Atas Rak
No.Telefon : +6011-12464564
Email : adamshaklee@gmail.com
COD Area : Bagan Serai & Parit Buntar


Saturday, 28 February 2015

Cara Mudah Mencegah dan Merawat Demam Denggi


Denggi !! Merata-rata tempat dilaporkan kes demam denggi meningkat dan terus meningkat. Pada minggu ketujuh 2015 sahaja, sejumlah 2,759 kes demam denggi dilaporkan. Jumlah kumulatif kes demam denggi dari Januari hingga 21 Februari 2015adalah sebanyak 21,310 kes, berbanding hanya 13,915 kes yang dilaporkan bagi tempoh yang sama tahun lepas.

Bahaya ke demam denggi ni ? Sangat bahaya !

Jadi bagaimana nak cegah denggi dan rawati pesakit denggi ?





Sehingga kini tiada ubat-ubatan khusus untuk merawat demam denggi ini. Kalau di hospital pun, rawatan yang diberikan hanya dengan masukkan air bagi mengelakkan badan dari dehidrasi. Oleh itu, penting untuk kita cegah dan lindungi diri dan keluarga dari nyamuk Aedes.

Cara-Cara Pencegahan

  • Elakkan gigitan nyamuk dengan menggunakan ubat nyamuk, gunakan kelambu semasa tidur.
  • Elakkan aktiviti semasa nyamuk aktif menggigit (5.30 pagi - 8.00 pagi dan 5.30 petang - 8.00 malam), terutama di kawasan yang terbabit denggi
  • Menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk
  • Buang semua bekas yang boleh menakung air hujan atau lebihan air terutama di dalam besen, tayar lama, bekas bunga, bekas plastik dan tong. 
  • Letakkan bahan pembunuh jentik-jentik di dalam bekas takungan
  • Kerap tukar air di bekas minuman haiwan peliharaan
  • Jauhkan diri dari kawasan pembinaan kerana dilaporkan kawasan ini yang banyak ternak Aedes
  • Digalakkan untuk makan makanan yang tinggi nutrisi dan bervitamin 

Nutrisionist Shaklee menyarankan pesakit mengambil 4 jenis suplemen untuk mencegah dan merawat demam denggi, iaitu :

1. Performance Drink


Performance Drink membantu meningkatkan cecair elektrolit di dalam badan dan mencegah badan dari dehidrasi.

Performance Drink merupakan satu-satunya minuman isotonik bebas karbonat, kurang gula, bebas perasa dan bebas pewarna tiruan
 

2. Sustained Release Vitamin C Plus

 
Fungsi Vitamin C membantu meningkatkan sistem imunisasi badan. Ianya juga membantu meningkatkan sel darah putih untuk membunuh bakteria dan virus denggi dalam badan untuk mengelakkan simptom semakin teruk.

3. Nutriferon



Pengambilan Nutriferon penting untuk meningkatkan imunisasi dalam tubuh bagi melawan penyakit.


4. ESP


Fungsi ESP untuk memberi tenaga pada pesakit denggi. Ini kerana semasa pesakit derita demam denggi, banyak vitamin, mineral dan cecair yang hilang dari tubuh badan.

Oleh itu, ESP membantu untuk menyimpan semula vitamin dan mineral yang baru di ambil untuk kesihatan tubuh. Ini kerana fungsi ESP adalah membaiki sel.


Sama-sama kita cegah denggi. Sayangilah diri dan orang tersayang.

Tiada Aedes, Tiada Denggi !!
 

Sekiranya anda berminat untuk mendapat Set Denggi serta konsultasi percuma, hubungi saya di talian berikut :


atau
 
 



Sunday, 22 September 2013

Shaklee : Usah Bebani Hati Anda

SHAKLEE NEWS
USAH BEBANI HATI ANDA !

Klik pada gambar untuk besarkan imej

Hubungi saya untuk harga istimewa dan konsultasi percuma !

  
 

Wednesday, 19 June 2013

Tingkatkan Imuniti Anda Dengan NutriFeron Shaklee

Sekarang ni pergi mana-mana pun semua tempat cuaca panas. Ni dekat Melaka dan Johor jerebu teruk pulak. Bila dah cuaca macam ni, demam, batuk dan selsema pun sekali musim jugak la hehe.. Klinik-klinik penuh dengan pesakit yang rata-rata sama je sakitnya tak demam.. batuk.. tak batuk.. selsema.. pusing-pusing macam tu jela.

Bila cuaca macam ni, penyakit berjangkit senang nak dapat. Ini berpunca daripada sistem immuniti badan kita yang lemah. 

Untuk tingkatkan imunniti badan, Shaklee telah mengeluarkan satu produk iaitu NutriFeron. NutriFeron adalah satu Formula Eksklusif dan dipaten oleh Shaklee dan tidak dijual di kedai-kedai biasa. Ianya hanya boleh didapat melalui Shaklee. NutriFeron satu-satunya interferon semulajadi didunia yang telah dibangunkan oleh Dr.Kojima. NutriFeron di ekstrak daripada 4 tumbuhan iaitu biji labu, bunga Safflower, Honeysuckle Jepun dan biji Plantago yang mempunyai daya keboleh mendorong pengeluaran semulajadi interferon tubuh.

Tuesday, 22 January 2013

Produk Shaklee Untuk Rawat Tonsil




Tonsil ialah sejenis tisu limfoid yang merupakan sebahagian dari sistem pertahanan badan. Tisu limfoid ini terdiri daripada sejenis sel dipanggil limfosit yang penting untuk bertindak melawan penyakit. Terdapat 3 jenis tonsil yang terdapat di rongga mulut:-

  1. Adenoids - tonsil yang terletak di belakang hidung
  2. Lingual tonsils - tonsil di belakang lidah
  3. Palatine tonsils - tonsil di tekak yang sedang kita perkatakan.

Apa Itu Radang Tonsil

Tisu limfoid adalah sebahagian daripada sistem kelenjar limfatik diseluruh tubuh dan kawasan usus yang boleh membengkak sekiranya ada jangkitan. Sebagai contoh kelenjar limfatik di leher, boleh membengkak sekiranya terdapat jankitan di dalam mulut misalnya. Pembengkakan ini adalah reaksi kepada jangkitan untuk menghasilkan lebih banyak sel untukmelawan penyakit.

Oleh itu, apabila terdapat jangkitan di dalam tekak, sebagai salah satu sistem limfatik, tonsil ini akan menjadi bengkak dan menjadi radang yang disebut tonsilitis atau radang tonsil.

 

Apakah Penyebab dan Gejala Tonsil

Tonsilitis boleh disebabkan oleh jangkitan virus ataupun jangkitan bakteria di dalam tekak. Jangkitan bakteria seperti streptococcus boleh menyebabkan tonsil bengkak dan bernanah. Jangkitan virus seperti Epstein Barr Virus, adenovirus atau measles boleh juga menyebabkan pembengkakan tonsil juga.

 

Antara Gejala Radang Tonsil

1. Sakit tekak yang kadang-kadang teruk

2. Tidak boleh menelan atau sakit bila menelan

3. Demam yang kadang-kadang sangat tinggi

4. Sakit kepala dan sakit-sakit badan

5. Suara garau atau hilang suara

6. Kadang-kadang ada bengkak pada leher

7. Mulut berbau busuk

8. Berdengkur waktu tidur

 

Komplikasi Radang Tonsil

Radang tonsil biasanya berlaku di dalam umur 3 tahun ke atas. Kanak-kanak berumur 2 tahun ke bawah biasanya jarang terkena tonsil ini walaupun tidak terkecuali. Paling kerap adalah berumur di dalam lingkungan 5-15 tahun.

Yang sering menjadi masalah kepada ibu-bapa ialah anak yang kerap demam akibat tonsilitis. Adakalanya setiap 2 bulan ibu dan bapa akan datang ke klinik kerana masalah ini. Ini melibatkan kos ubat dan masa.

Oleh kerana umur yang kerap terkena adalah dari golongan umur persekolahan, ada anak-anak yang terpaksa mengambil cuti panjang daripada persekolahan kerana masalah ini. Ini menyebabkan anak-anak ketinggalan di dalam mata pelajaran dan menyebabkan keputusan peperiksaan tidak beberapa memuaskan. Anak yang sering sakit akan berasa rendah diri dan pertumbuhannya juga boleh terganggu.

Tonsilitis kebanyakannya tidak merbahaya. Ada kes terpencil jangkitan bakteria yang menyebabkan septicaemia atau kuman yang merebak ke dalam salur darah. Ada juga yang mengaitkan jangkitan tonsil ini dengan penyakit Acute glomerulonephritis (sejenis jangkitan buah pinggang) dan rheumatic fever (penyakit bawaan sejenis bakteria yang boleh menyebabkan masalah jantung).

"Sleep apneoa" atau penyakit berhenti bernafas semasa tidur boleh disebabkan oleh pembekakan tonsil yang sangat besar sehingga mengganggu pernafasan. Biasanya ia dikaitkan dengan tidur berdengkur dan kesukaran bernafas semasa tidur.

Suplemen Shaklee Untuk Rawatan Tonsil
  • Vitamin C
  • Nutriferon (immune booster Shaklee)


Jika anda berminat, sila add FB saya Zatul Immah untuk bersembang secara langsung dengan saya,
 
atau 
 
LIKE page saya KEDAI VITAMINS

atau 

boleh call/WhatsApp saya, Zatul Jamal di 011-12464564



** COD bagi kawasan Bagan Serai, Parit Buntar, Taiping dan Nibong Tebal.    

Wednesday, 1 August 2012

Immune Booster

Nutriferon Shaklee dikenali sebagai Immune Booster. Ia adalah rumusan berpaten yang EKSKLUSIF. NutriFeron tidak dapat dijumpai di mana-mana kedai. Ia hanya boleh didapati melalui Shaklee dan para pengedarnya.

Jom kita kenali Nutriferon dengan lebih dekat!!

Apa itu Nutriferon?
Nutriferon adalah suplemen yang berfungsi sebagai penggalak kepada sistem imun tubuh @ immune booster. Ianya merupakan supplemen yang hebat dan efektif, ia telah melepasi satu set ujian-ujian saintifik yang ketat dari segi keselamatan, ketulenan, keberkesanan dan prestasi.

Siapa yang menciptanya?
Ahli imunologi yang terkenal di dunia, Dr. Yasuhiko Kojima merupakan individu pertama yang menemui interferon pada tahun 1954 semasa beliau menjalankan penyelidikan di Universiti Tokyo. Setelah menjalankan penyelidikan selama 40 tahun dengan menguji ratusan sebatian semulajadi, beliau telah menghasilkan satu campuran unik daripada empat ekstrak tumbuhan yang menggalakkan pembentukan interferon secara semulajadi di dalam badan.

Apakah kandungan Nutriferon?
NutriferonTM mengandungi satu campuran proprietari ekstrak tumbuhan semulajadi yang berasal daripada biji labu, benih plantago, kuntuman bunga Japanese Honeysuckle dan bunga safflower.

Siapa yang perlukan Nutriferon?

Individu yang ingin mengukuhkan sistem imun.
Individu yang menghadapi masalah sistem imun.
Individu yang mendapati pengambilan vitamin C (dos lebih) tidak memberi kesan ke atas penyakit yang dihidapi.
Individu yang apabila sakit (demam), sakitnya (demamnya) akan berpanjangan melebihi seminggu.
Ibu menyusu, namun mendapati anaknya masih kerap demam, dan demam berpanjangan.


Bagaimana ia bertindak?

Nutriferon bekerja dalam dua cara~segera mengaktifkan sistem pertahanan imuniti dan juga menggerakkan "pasukan cari dan musnah' dalam sistem imuniti badan

Cara pengambilan Nutriferon :
- Satu minggu sekali sahaja untuk mereka yang sihat.
- Satu paket sehari (atau, jika perlu) ketika demam sehingga demam sembuh
 
***Sila makan Nutriferon secepat mungkin selepas dibuka kerana ianya mudah menyerap kelembapan**
 
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Sharing is Caring