Showing posts with label Joint Health Tablet. Show all posts
Showing posts with label Joint Health Tablet. Show all posts

Tuesday, 18 September 2012

Advanced Joint Health Tablet

Kajian mendapati 1 daripada 5 orang Malaysia akan menghdapi penyakit arthritis, iaitu keradangan sendi. Anda bagaimana?

Ini adalah gambaran sendi yang sihat.



Dan ini pula gambaran sendi yang tidak sihat.








Adakah anda mengalami keadaan ini?

Apa tanda-tanda menunjukkan anda mengalami sakit sendi?

1. Ketegangan
2. Lenguh
3. Bengkak pada bahagian sendi
4. Berkeriut atau bunyi klik bising
Kebiasaannya, apabila sakit sendi, ada dua cara yang biasa dilakukan untuk merawatnya iaitu:

>> Suntikan atau mengambil ubat
 Cara ini melegakan kesakitan dan keradangan untuk sementara sahaja. Kesan jangka panjang akan merosakkan organ dalaman.

>> Pembedahan
 Menukarkan sendi yang rosak kepada sendi yang baru (besi). Kaedah ini memerlukan kos yang tinggi.

Kedua-dua kaedah ini ada buruk dan baiknya. Jadi, marilah kita sama-sama menjaga sendi kita supaya kita tidak melalui prosedur-prosedur yang menyakitkan itu.

Bagaimana caranya?

Berikan sendi anda nutrien supaya ia kekal terpelihara. Apakah nutrien-nutrien yg diperlukan untuk memelihara sendi?



Produk-produk yang mengandungi semua nutrien yang diperlukan untuk menjaga sendi iaitu:
 
♥♥ Ostematrix
♥♥ Omega Guard
♥♥ Advance Joint Health Tablet


Ostematrix - memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas: Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan artritis.

Omega Guard - memelihara fungsi sendi (artritis): Paras asid lemak omega-3 larut dalam tisu rawan. Oleh sebab itu ia boleh mencegah kemusnahan enzim yg membentuk tisu rawan. Ia mencegah artritis, memelihara fungsi sendi dan gout dengan efektif.

Advanced Joint Health Tablet - menyokong kesihatan sendi dalam 3 cara: meningkatkan kesan kusyen, meningkatkan kesihatan sendi(ekstrak Boswellia) dan memelihara kesihatan tisu penyambung.



* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.
 


-------------------------------------------------------------------
Puan Zatul Immah (Zatul)
Shaklee Independent Distributor (ID No :886681)
011-12464564 | adamshaklee@gmail.com
 

Monday, 17 September 2012

Soal Jawab Advanced Joint Health Tablet

Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah satu formulasi proprietari yang menampilkan kombinasi bahan-bahan yang amat berkesan, yang dapat menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan fungsi sendi yang sihat. Ia dihasilkan dari ramuan aktif yang bertindak dengan pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendisendi.

Shaklee Advanced Joint Health Tablet mengandungi ekstrak unique Boswellia aktif dengan paten tertunda, ekstrak Jagung dan nutrien penting lain termasuk Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C untuk membantu meningkatkan keselesaan sendi dan pergerakan. Dengan menggunakan tumbuhan dan bahan-bahan berasaskan mineral, Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah formula sayur-sayuran 100%.


Berikut adalah antara soalan-soalan yang sering di tanya mengenai Advance Joint Health Tablet.

Q : Apakah Shaklee Advanced Joint Health Tablet?
A : Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah formulasi proprietary yang menampilkan kombinasi bahan-bahan yang amat berkesan, yang dapat menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan fungsi sendi yang sihat. Ia dihasilkan dari ramuan aktif yang bertindak dengan pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendi-sendi.

Q: Siapakah yang memerlukan khasiat Shaklee Advanced Joint Health Tablet?
A : Lelaki dan wanita dewasa yang mencari satu product semulajadi dalam mengekalkan kesihatan sendi mereka. Orang muda yagn mempunyai gaya hidup lasak dan aktif juga boleh memanfaatkannya.

Q: Apakah ekstrak jagung?
A : Ekstrak jagung secara semulajadinya kaya dengan glucosamine yang merupakan gula amino dan merupakan blok binaan utama bagi proteoglikan. Ia digunakan untuk membina tulang rawan dan lendir bagi melincirkan sesendi. Glukosamina mengandungi bahan yang juga dijumpai dalam tendon dan ligament.Ekstrak jagung membantu meningkatkan perlindungan sesendi dan membantu memelihara tulang rawan untuk kesihatan sendi dalam jangka masa panjang.

Q: Apakah Boswellia ?
A: Boswellia merupakan gum resin dari pokok Boswellia Serrata. Bahan aktif utama ekstrak Boswellia serrata ialah asid boswelik (AKBA, asid 3-asetil-11-keto-beta-boswelik) yang berfungsi sebagai anti-radang semulajadi.

Q: Apakah yang membuat ekstrak Boswellia dalam Shaklee Advanced Joint Health Tablet istimewa?
A: Ekstrak Boswellia proprietari yang digunakan di dalam Shaklee Advanced Joint Health Tablet bukan sahaja mengandungi asid Boswelik AKBA yang berkepekatan tinggi bagi menyokong keselesaan sendi tetapi juga mengandungi unsur-unsur semulajadi lain dalam resin Boswellia yang berkaitrapat dalam memberikan bioaktiviti yang lebih baik berbanding dengan AKBA sahaja. Tambahan pula, ekstrak Boswellia tertentu ini telah ditunjukkan secara nutrisinya dapat menyokong keselesaaan sendi yang lebih baik berbanding satu ekstrak AKBA yang lebih tinggi.

Q: Bolehkah saya mengambil Shaklee Advanced Joint Health Tablet dan OsteMatrix pada masa yang sama?
Boleh. Tiada sebab mengapa anda tidak boleh mendapatkan khasiat kedua-dua product yang dapat menyokong kesihatan sendi anda. Lebih baik lagi anda gabungkan Shaklee Collagen Powder dan VIVIX bagi mengoptimumkan khasiat Shaklee Advanced Joint Health Tablet

Q : Bila dan bagaimanakah saya mahu menggunakan Shaklee Advanced Joint Health Tablet?
A : Untuk hasil yang terbaik, ambillah mengikut apa yang disarankan iaitu dua tablet sehari bagi setiap hidangan.

Q: Mengapakah ia bebas daripada chondroitin?
A : Shaklee Advanced Joint Health Tablet tidak mengandungi sulfat kondroitin kerana ia tidak akan diserap dengan baik jika diambil secara oral ( ditelan). Penyelidikan baru-baru ini menunjukkan yang sulfat chondroitin juga boleh mengganggu penyerapan ekstrak jagung dan glukosamina yang lazimnya diserap dengan lebih baik jika diambil secara berasingan.

Q: Mengapa produk tersebut mengandungi Vitamin C?
A : Shaklee Advanced Joint Health Tablet menyumbang Nilai Harian 100% Vitamin C kerana ia merupakan nutrient penting yang diperlukan bagi sintesis kolagen. Kolagen merupakan satu komponen tulang rawan dan juga tisu-tisu penghubung yang lain di dalam tubuh.

Q: Mengapa produk tersebut mengandungi mineral surih zink, copper (kuprum/ tembaga) dan mangan?
A : Shaklee Advanced Joint Health Tablet menyumbang Nilai Harian 10% mineral zurih zink, copper dan mangan yang merupakan faktor sampingan bagi enzim-enzim yang membina kolagen dan glikosaminoglikan.

Q: Adalah Shaklee Advanced Joint Health Tablet berasaskan sayur-sayuran?
A : Ya.
 
 
 
 
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.
 


-------------------------------------------------------------------
Puan Zatul Immah (Zatul)
Shaklee Independent Distributor (ID No :886681)
011-12464564 | adamshaklee@gmail.com

Friday, 22 June 2012

PRODUK BARU : JOINT HEALTH TABLET



Adakah anda ingin kekal sihat dan bebas bergerak?

Joint Health Tablet menyokong kesihatan sendi berpanjangan. Ia mengandungi ekstrak unik Boswellia, ekstrak jagung dan nutrien penting yang lain termasuk Zink, Tembaga (Copper), Mangan, dan Vitamin C untuk membantu meningkatkan keselesaan sendi dan pergerakan. Dengan menggunakan tumbuhan dan bahan-bahan berasaskan mineral, JHT adalah formula sayur-sayuran 100%


Bagaimana ia berkesan?

1) Menyokong keselesaan sendi

Ekstrak Boswellia : Menghalang pembentukan bahan kimia yang menyerang tulang rawan.


2) Bertindak sebagai kusyen

Ekstrak jagung membantu mengekalkan tulang rawan


3) Memelihara tisu penyambung yang sihat

Zinc, copper, manganese and vitamin C merupakan nutrien penting dalam kesihatan sendi dengan membekalkan sokongan nutrien untuk kolagen dan komponen tisu penyambung lain yang memberikan kekuatan dan struktur terhdap sendi.


Siapa yang memerlukan?

Sesiapa sahaja tidak kira lelaki atau perempuan dewasa yang ingin mengekalkan kesihatan sendi, yang aktif dan lasak. Terutama sekali gologan dewasa dan warga tua. Bagi jutaan orang yg mempunyai ketidakselesaan sendi, aktiviti biasa seperti membengkok, duduk dan berjalan pun terasa begitu mencabar.

Jangan biarkan sakit sendi menghalang anda daripada bergerak aktif, pencegahan awal boleh menjadikan anda sihat pada masa akan datang. Sama ada and penghidap sakit sendi  atau pun tidak, adalah penting anda mendapatkan nutrisi sendi seiring dengan peningkatan usia.


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.


Credit : Lydzar Rusman

 

Sharing is Caring