Showing posts with label Kebaikan Herblax. Show all posts
Showing posts with label Kebaikan Herblax. Show all posts

Monday, 17 November 2014

Cara Atasi Bau Badan Agar Mudah Didekati Macam Selebriti

Eeee... muka cantik, badan berbau !!  Penampilan dah cukup menawan, wajah anggun, kerjaya yang stabil tapi mempunyai masalah bau badan yang kurang menyenangkan.




Adakah anda mempunyai masalah sebegini ? Mungkin ada sesetengah orang yang tidak peka menganggap ianya perkara biasa, tetapi hakikatnya perlu diambil berat kerana perkara ini akan parah jika tidak dibendung segera. Terutama kaum wanita, aspek kebersihan diri amat penting. Masalah ini tidak boleh ambil ringan kerana boleh menyebabkan seseorang itu hilang keyakinan dan rasa malu serta rendah diri untuk bergaul dengan dengan rakan sepejabat atau orang sekeliling. Mungkin juga ada rakan-rakan yang tidak suka nak mendekati anda kerana tidak selesa dengan bau badan anda. Paling menakutkan sekiranya sukar mendapat jodoh atau bagi yang telah berkahwin, ianya mengganggu hubungan suami isteri.

Faktor dan Fahami Punca Bau Badan


1. Tidak Menjaga Kebersihan Diri

Punca sebegini tidak terdapat pada semua orang. Mungkin ada sesetengah mereka yang kurang menjaga kebersihan diri seperti mandi sekali atau dua kali sehari, "mandi koboi" dan jarang menukar pakaian dalam tempoh 24 jam.

2. Faktor Pemakanan

Apa yang kita makan juga menjadi salah satu faktor bau badan. Sekiranya banyak minum minuman berkafein dan makan makanan berempah yang mengandungi banya bawang putih dan bawang merah juga boleh menyebabkan bau badan dan bau ketiak samada lelaki atau perempuan. Kurangkan atau elakkan makanan seperti rempah, bawang putih, kafein dan kekacang.

3. Faktor Genetik

Ianya juga boleh menjadi punca bau badan kerana faktor kelenjar peluh atau bekerja terlalu aktif.

4. Toksin di dalam Badan

Ini berlaku akibat pengumpulan bahan buangan hasil daripada proses pencernaan yang tidak sempurna maka toksin-toksin terkumpul di dalam badan. Toksin akan disingkirkan sekiranya saluran penghadaman usus, ginjal dan hati berfungsi dengan baik.


Cara Atasi Bau Badan

  1. Mandi lebih kerap sekurang-kurangnya 3 kali sehari 
  2. Gunakan sabun antiseptik yang mengandungi bahan yang mampu membunuh bakteria dan mengatasi bau badan
  3. Pakai pakaian yang berasaskan dari fabrik kapas yang menyerap peluh dan longgar
  4. Pakai deodoran anti-perspirant yang mengandungi bahan antiseptik untuk membantu mengelakkan badan berbau
  5. Elakkan makan terlalu banyak makanan berempah, bawang putih, bawang merah, kekacang dan minuman berkafein
  6. Cukur bulu ketiak atau rerambut halus seperti di kemaluan kerana apabila terlalu lebat, peluh bercampur bakteria menghasilkan bau badan yang kurang enak

 

Petua Atasi Bau Badan


1. Ambil beberapa helai daun sirih. Rendamkan di dalam air panas. Biarkan sejuk sendiri. Setelah sejuk, minum air sirih tersebut. Sekiranya pahit dan tak boleh nak telan, boleh letakkan sedikit gula. Cuba amalkan setiap hari selama 2 minggu.
 


2. Ambil secubit kapur makan dan dan campurkan dengan sedikit limau nipis. Gosokkan campuran tersebut di ketiak semasa mandi selama beberapa minit. Dengan cara ini ketiak anda akan bersih dan ianya juga membantu untuk mencerahkan ketiak yang gelap akibat pemakaian deodoran. Amalkan sekerap mungkin.




3. Gunakan tawas bercampur air suam dan gosokkan ke ketiak dan badan dengan menggunakan span. 
 


Selain dari cara dan petua di atas, anda juga boleh mengamalkan pemakanan suplemen atau vitamin untuk atasi bau badan secara semulajadi. Suplemen Shaklee adalah suplemen semulajadi yang tiada pewarna, perasa dan perisa. Ianya halal dan berkesan. Antara yang dicadangkan untuk atasi bau badan adalah :


1. Alfalfa Complex - Ianya berfungsi sebagai penyahtoksik dan merangsang pengaliran hempedu serta membuang mineral bahaya dari tubuh badan anda.





2. Herblax - Berfungsi menyingkirkan toksin dan sisa-sisa yang terperangkap di dalam badan yang menyebab masalah bau badan. Herblax juga membantu meningkatkan pengaliran darah dan membersihkan usus.



3. Garlic Complex - Bertindak sebagai anti-bakteria. Ianya dirumus untuk mengawal bau. Walaupun bawang putih adalah salah satu sebab nafas berbau, tetapi Garlic Complex Shaklee tidak pecah sehingga ia sampai ke dalam usus kecil.


Kesimpulannya, terdapat banyak cara dan petua untuk anda atasi bau badan. Jangan biarkan sehingga ada yang menyindir dan takut dan bergaul dengan anda. Kalau dah tahap tu, memang parah. Jadi, bertindak sekarang ! Jangan cepat putus asa. Sekiranya anda perlukan konsultasi dari saya, hubungi saya sekarang. Lebih istimewa, saya akan berikan konsultasi yang terbaik sekiranya anda mendapatkan suplemen Shaklee dari saya !

Sekiranya anda berminat untuk menghilangkan bau badan dengan Shaklee, anda boleh hubungi saya.


Order sekarang ! Tingkatkan tahap kesihatan anda hari ini !



ATAU








Wednesday, 24 September 2014

Berat Badan Idaman Dengan Shaklee

Nak kurus.. nak kurus.. nak kurus.. !! Cakap nak kurus memang senangkan. Tapi nak dapatkan "kurus" tu bukan senang. Ada yang suka amalkan diet sendiri, diet Atkins dan diet dengan menggunakan produk kesihatan. Sekarang ni macam-macam produk kurus terjual di pasaran. Kena pandai pilih. Jangan beli yang tiada kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tau ! Haa tu penting. Kalau tak, tanggung la sendiri akibatnya.

Shaklee pun tersenarai juga menjual produk kuruskan badan. Shaklee vitamin semulajadi. InsyaAllah tiada kesan sampingan dan anda tidak akan was-was dengan produk Shaklee. Kesan hebat ada la... wink !! wink !! Set kurus Shaklee ni banyak.. ada yang jenis tablet, kapsul dan minuman. Ikut pilihan pengguna nak jenis macam mana. Jom saya senaraikan setiap satu produk Shaklee di dalam Set Kurus.

Produk Kuruskan Badan Shaklee

LECITHIN


  • Pemecah lemak dan kolestrol - Lecithin bertindak sebagai pembersih salur darah, pengambilan tambahan membantu mengemulsi dan metabolisma lemak, kolestrol dan trigliserid di dalam tubuh.
  • Pelangsingan - menghalang obesiti. Pengambilan dalam kuantiti yang banyak mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan pelangsingan yang seimbang.
  • Meringankan sembelit - Lecithin adalah pelembut najis yang berkesan. Ianya melembabkan usus dan meleraikan toksin di dalam usus.

HERB-LAX



  • Membersihkan najis yang tersekat
  • Merangsang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita
  • Membantu masalah sembelit
  • Mengempiskan perut
  • Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus dan secara langsungnya membantu masalah sembelit
  • Membantu mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut. Sesuai diambil seperti biasa atau dicampurkan dalam air panas sebagai minuman teh herba

 

ALFALFA COMPLEX


  • Menyingkirkan lemak dan kolestrol - kajian klinikal terbukti bahawa penggunaan jangka panjang daripada alfalfa akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolestrol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi. Hanya alfalfa sahaja mengandungi saponin seperti span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolestrol
  • Menghilangkan toksin dari badan
  • Baik untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut - memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung dan sembelit

OMEGA GUARD


  • Membantu pembakaran lemak termendap
  • Menghalang penghasilan hormon cartisole yang menggalakkan penyimpanan lemak
  • Membantu badan bertindak balas dengan lebih baik terhadap hormon yang dipanggil Leptin. Leptin memberitahu otak kita untuk kurangkan selera makan supaya anda boleh kekalkan atau kurangkan berat badan
  • Membantu menangani masalah perut buncit

CINCH SHAKE MIX


  • Membina otot
  • Meningkatkan kadar metabolisma
  • Membakar kalori
  • Membantu menahan kelaparan dimana ianya mengurangkan pengambilan makanan antara waktu makan

CINCH ENERGY TEA MIX


  • Menggalakkan metabolisma
  • Melarutkan lemak dan menghasilkan otot tanpa lemak
  • Membakar lemak-lemak berlebihan
  • Menghalang penghasilan lemak yang tidak diperlukan
  • Mendetoks lemak

Haa ada 6 jenis produk Shaklee untuk mengurangkan berat badan. Masing-masing mempunyai kelebihan dan keistimewaan tersendiri yang mampu membantu anda mendapatkan berat badan dan bentuk badan idaman. Pilihan di tangan anda. Buat pilihan terbaik dan mengikut citarasa anda.

Jom dapatkan produk Shaklee hari ini juga !!


Order sekarang ! Tingkatkan tahap kesihatan anda hari ini !

 

Sharing is Caring