Sakit kepala adalah gejala biasa yang kerap berlaku di kalangan rakyat Malaysia. Ianya melibatkan semua peringkat umur. Walaupun ianya tidak serius, tetapi ianya menyakitkan dan boleh mengganggu aktiviti seharian kita.
Kebiasaannya terjadi adalah disebabkan tekanan atau stress yang dihadapi oleh seseorang di mana jiwa dan pemikirannya berkecamuk, tegang dan tertekan sehingga menyebabkan sakit kepala. Apabila seseorang berada di dalam keadaan tersebut, akan berlaku pengecutan salur darah dan memberi tekanan di sekitar otot-otot leher, kepada dan kulit kepala.