Wednesday 1 March 2017

Pengalaman Berpantang Bersalin Ceaser Dengan Vivix

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Lamanya saya tak update blog ni. Tahun lepas tahun saya diberi rezeki anak no 3 dan alahan yang teruk. Nak update blog memang takde dalam otak saya ni hehe... Yang saya nak hanya baring di dalam bilik gelap hahaha melampaukan. Alhamdulillah saya selamat melahirkan bayi lelaki pada 24hb November 2016 dengan berat 3.13kg. Sepanjang kehamilan saya memang consume Set Kehamilan Shaklee sahaja. Alhamdulillah saya bebas dari kencing manis dan darah tinggi. Tarik mengkarung pun tak kena tau ! Ok yang ni saya cerita di lain post.

Post kali ni saya nak cerita tentang pengalaman berpantang dengan Vivix Shaklee. Dah tertulis bersalin anak no 3 ni secara pembedahan. Saya terima. Asalkan saya dan anak sihat sempurna. Saya bersalin c-zer sebab baby unstable lie. Maksudnya kepala baby tak turun ke bawah. Kalau songsang, kepala baby di atas. Kes saya ni kepala baby "tersenget" sikit ke tepi belah kanan. Comel je baby Ariq ni tau.. Warded 2 hari, doc kata kena c-zer sebab macam takde harapan kepala baby nak turun. Bertabah jelaa hehe... Alhamdulillah tepat 8.25 pm, 24 Nov 2017 baby Ariq tengok dunia. Luka dalaman saya agak teruk sebab doc kata salur darah saya besar. Memang agak sakit.

Selepas 6 jam operate, nurse memang akan paksa kita bangun dan berjalan untuk elak darah beku. Allah... siapa yang dah ada pengalaman tau la nikmat sakit bius dah habis tu macam mana. Alhamdulillah terhapus segala dosa-dosa saya. Nak tak nak memang kena bangun. Hari ke empat saya dibenarkan balik. Bermula la episod berpantang saya :)

Berpantang c-zer ni part penting kena jaga tempat operate tu. Hari pertama berpantang di rumah, rasa agak stress jugak sebab masih sakitkan. Nak batuk tak boleh, jalan pun kena ampu perut, punggung sakit sebab kesan bius separuh badan tu.. Dah seminggu bersalin masih rasa sakit. Saya nekad consume Vivix. Nak makan ikan haruan, pil ikan haruan semua tu memang saya tak berani. Sebab dah banyak kes. Seawal hari pertama makan Vivix saya dah rasa kesannya. Saya amik double dos.  Sakit di tempat operate kurang sakit dan badan sangat bertenaga walaupun hanya tidur 2 jam. Selepas 3 hari, luka operate kering dan cantum elok. Doc pun puji dan tanya makan apa. Saya cakap makan Vivix Shaklee. Dia memang suggest produk Shaklee terbaik. Sepanjang berpantang saya consume 2 botol Vivix. Alhamdulillah sangat membantu. Berpantang anak no 3 ni tak sama dengan berpantang anak no 1. Bukan boleh duduk diam baring je. Sat sat anak nak mandi.. nak makan.. nak berak.. Memang tak duduk diam langsung. Bila malam, orang dah tidur.. kita masih berjaga. Baby Ariq siang tidur, malam berjaga hehe.. So memang saya dapat rasa kesan Vivix sangat membantu bagi energy.

So, pada ibu-ibu yang bersalin c-zer.. Sekiranya berkemampuan, memang saya galakkan untuk ambil Vivix Shaklee. Recommended !!

Untuk yang berminat dapatkan Vivix Shaklee. Hubungi saya seperti di bawah.

Facebook : Zatul Immah
Facebook Page : Vitamin Atas Rak
No.Telefon : 011-12464564
E-Mail : adamshaklee@gmail.com
COD Area : Bagan Serai, Kuala Kurau, Parit Buntar, Tanjung Piandang Perak

No comments:

Post a Comment

Sharing is Caring