Wednesday, 12 September 2012

Vitamin Untuk Masalah Wanita

Masalah kewanitaan yang sering melanda wanita tak kira usia ialah antaranya masalah kekeringan faraj. Masalah ini makin kerap dirasai oleh wanita yang memasuki era menopos. Menurut kajian, masalah ini berkaitan dengan nutrisi dan boleh diatasi dengan pengambilan makanan yang seimbang, air yang cukup dan rehat yang berpadanan.
Antara vitamin yang dicadangkan untuk mengatasi masalah kekeringan vagina:-

 

Vitamin A

Vitamin A menyokong kesihatan dinding faraj, melegakan masalah kekeringan dan kesihatan vagina secara keseluruhan. Menopause Health Information Center menyatakan bahawa Beta Carotene (pro-Vitamin A) membantu menjaga tisu dan membran mukus.
Vitamin A menaikkan paras estrogen yang rendah (penyebab kekeringan vagina). Kekurangan vitamin A boleh mengganggu kesuburan.

 

Vitamin E

Menurut Menopause Health Information Center, vitamin E berperanan untuk menangani masalah kekeringan dan kegatalan faraj.
 

Vitamin B

Vitamin B membantu mengatasi masalah kekeringan vagina dan memperbaiki fungsi kalenjar adrenal. Vitamin B membantu dalam peredaran darah, mood yang ceria sekaligus menyemarakkan moood kewanitaan.
 

Omega-3 & Omega-6

Omega-3 dan Omega-6 adalah asid lemak perlu yang diperlukan untuk kesihatan vagina dan untuk penghasilan hormon yang berkaitan.
 

Produk Shaklee yang dicadangkan untuk masalah kewanitaan:


 Credit : Vitamin Semulajadi


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.




---------------------------------------------------------------------
Puan Zatul Immah (Zatul)
Shaklee Independent Distributor (ID No :886681)
011-12464564 | adamshaklee@gmail.com


Manfaat Vivix

Jenama produk kesihatan terkenal Shaklee memperkenalkan minuman kesihatan Vivix Botanical Beverage Mix yang menghimpunkan semua kebaikan tumbuhan berkenaan. 
 
Malah ia adalah produk terlaris dengan jualan sejuta botol sejak tahun pertama diperkenalkan di Amerika Syarikat (AS) dan Kanada.Menurut Ketua Pegawai Saintis Shaklee Corporation Amerika Syarikat, Dr Carsten R Smidt, Vivix adalah kuasa baru menghalang proses penuaan wajah.Kandungan anggur muskat, elderberi, lobak ungu dan polygonum cuspidatum terbukti membantu untuk melawan penyakit serta melambatkan proses penuaan. 
 
"Kajian yang dijalankan membuktikan kandungan dalam tumbuh-tumbuhan terutama anggur muskat memberi tindak balas melawan agen penuaan. "Terdapat empat mekanisma yang membuktikan kebaikan Vivix iaitu ia mengandungi resveratrol yang kebaikannya sama dengan 3,000 gelas arak merah. Vivix juga terbukti 10 kali lebih bertenaga daripada resveratrol, tidak mengandungi alkohol dan menggunakan bahan semula jadi, tanpa pewarna tiruan serta perasa tambahan. Vivix mendapat sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)," katanya. 
 
Menurut Carsten, Vivix berfungsi untuk melindungi dan memperbaiki sel DNA serta memberi kesan positif kepada genetik sekali gus mengurangkan sel penuaan.Katanya, Vivix kini menjadi perhatian pengguna di seluruh dunia disebabkan kebaikan kandungan selain melawan pelbagai jenis penyakit. Ia adalah sejenis cecair pekat berwarna merah yang terhasil daripada kandungan anggur muskat dan tumbuh-tumbuhan lain. 
 
 

 


 
Credit : Harian Metro 
 
 
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

 


---------------------------------------------------------------------
Puan Zatul Immah (Zatul)
Shaklee Independent Distributor (ID No :886681)
011-12464564 | adamshaklee@gmail.com

Tuesday, 11 September 2012

Rahsia Kurus dengan Cinch Shake Mix

Cinch™ Shake merupakan minuman yang sungguh lazat dan berzat untuk membantu anda memelihara otot yang penting dan menjadikan anda sentiasa berasa kenyang dan berpuas hati di samping mengurangkan berat badan. Rumusan proprietary kami diperkaya dengan Leucine™ iaitu asid amino yang memberi signal kepada badan untuk memelihara otot semasa pengurangan berat badan. Dalam kata lain, leusina dalam Cinch™ Shake membantu anda menghilangkan lemak tetapi tetap memelihara otot anda.

Setiap kali anda menikmati Cinch™ Shake, anda akan memperolehi 24 gram protein dan ini adalah penting. Mengapa? Ini kerana protein digunakan untuk membina otot yang boleh meningkatkan metabolisma anda dan membakar kalori.  Makanan yang kaya dengan protein juga dapat menahan kelaparan, ini boleh membantu mengurangkan pengambilan makanan ringan di antara waktu makan. Dan tidak ketinggalan juga terhadap kandungan leusina dan zat-zat yang diperlukan oleh badan anda.
  • Memberikan khasiat seperti satu hidangan tetapi dengan rasa seperti santapan manis/ pencuci mulut
  • Mengandungi Cinch Pro™ iaitu suatu campuran protein eksklusif yang diperkaya dengan asid amino leusina
  • Diperkaya dengan Leucine™ untuk memelihara otot semasa anda mengurangkan berat badan
  • Terdapat 24 gram protein dalam setiap sajian bagi membolehkan anda berasa puas dan kenyang
  • Mempunyai kandungan serat yang tinggi iaitu 6 gram dalam setiap sajian
  • Nilai glisemia yang rendah untuk mengekalkan paras gula dalam darah yang normal dan mengekalkan tenaga
  • Memberi 35% atau lebih Nilai Harian (Daily Value) bagi 21 vitamin dan mineral yang penting
  • Tiada perisa, pewarna atau pemanis buatan
  • Soya bukan GMO
 

Testimonial salah seorang pengguna Cinch Shake Mix Shaklee

 
28 Nov 10, 08:21-nani:
ingat x yang beli cinch inch +lecithin tu..hehe..progress so far so good....cinch tu best gak..saya minum ngan low fat milk..ok..nani minum cm akak ajar tu antara breakfast n lunch..pastu kan akak suruh makan sikit2 kan..ade 1hari tu saya mmg xmakan ape2 after minum tu...xlapar..xrasa nak makan.but i take dinner b4 7pm..just a very light dinner.n b4 tdo saya makan lecithin..pastu, saya nyer digest mmg lancar,buang air besar a few times a day..buang air kecik mmg byk kali pon sbb minum air min 2L per day.so i really hope it works 2loss weight

29 Nov 10, 04:14-nani:
hari ni nani minum cinch around 11.30am, and xmakan ape2 until 6pm baru minum sup.coz xlapar pun...

30 Nov 10, 08:33-nani:
akak,smlm nyer progress, minum dalam kol 11am,lunch mkn popia 3kg je sbb dah kenyang.. eh..makan popia 3ketul je..hehe..slah type..pastu kenyang sampai kul7.30pm baru dinner makan sup sayur without rice.hirup sup je.hehe.yg bestnyer cinch ni,wat perut nani xlapar giler pg2.sbb biasa perut bgn dulu....kdg2 kul6pg tu dh lapar giler.sbb perut bangun dulu.tp skang xdah.dh ok.hehe..i like

1 Dis 10, 05:30-nani:
gud news..i lost 1.5kg..hehe.. in about 1week la..ok la tu akak kan?hihi

4 Dis 10, 09:00-nani:
pinggang dah kurang 1inch la akak..hehe



Credit : Miakiddles  


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.



---------------------------------------------------------------------
Puan Zatul Immah (Zatul)
Shaklee Independent Distributor (ID No :886681)
011-12464564 | adamshaklee@gmail.com

 

Khasiat Minyak Ikan

Manfaat pengambilan minyak ikan dalam pemakanan seharian semakin banyak diperkatakan. Minyak ikan khususnya ikan berlemak yang lazimnya diperolehi daripada lautan perairan sejuk seperti salmon, tuna, makerel, hering dan beberapa lagi. Lebih khusus lagi adalah kandungan asid lemak,iaitu omega-3.

Dalam beberapa dekad ini banyak kajian klinikal yang diterbitkan menyokong kesan
positif pengambilan asid lemak omega-3 kepada kesihatan. Kesihatan jantung antara isu yang banyak dibincangkan apabila dikaitkan dengan manfaat pengambilan minyak ikan.

Kesihatan jantung tidak boleh dipandang remeh. Apabila satu atau lebih arteri koronari menjadi sempit akibat pemendapan kolesterol dan bahan-bahan lain pada dinding salur darah dan membentuk plak, ia akan menjejaskan aliran darah ke otot jantung. Kejadian plak akan menyempit dan mengeraskan salur darah. Proses ini dipanggil aterosklerosis atau pengerasan arteri.


Sakit dada, tekanan darah tinggi, kesukaran bernafas, denyutan jantung yang cepat, pening adalah antara simptom lazim akibat masalah jantung. Pengambilan minyak ikan didapati bermanfaat dalam merendahkan
paras kolesterol berbahaya. Selain itu, ia didapati meningkatkan penghasilan vasodilators poten (melapangkan arteri) untuk memperbaiki aliran darah.

Memandangkan kebaikan inilah kita dicadangkan mengambil ikan sebagai hidangan terutama ikan berlemak daripada perairan sejuk. Persatuan jantung Amerika mencadangkan pengambilan asid lemak omega-3, sama ada di kalangan mereka yang menghidap penyakit jantung koronari dan juga mereka yang normal.


Penghidap penyakit jantung koronari disarankan mengambil sekitar 1,000mg asid lemak omega-3 sehari, manakala The
International Society for Study of Fatty Acids and Lipids (ISSFAL) mencadangkan pengambilan sekitar 650mg omega-3 sehari untuk pengekalan kesihatan.

Kajian yang dibuat pada 1992 menunjukkan pengambilan sebanyak 1800mg EPA dan 2200 mg DHA diperlukan untuk mereka yang mempunyai paras trigliserida yang tinggi.

 

Masalah keradangan

Artritis merupakan masalah keradangan sendi dan mungkin juga menjadi simptom kepada masalah kesihatan lain. Banyak jenis artritis yang boleh berlaku, tetapi yang paling lazim adalah osteoartritis, reumatoid artritis dan gout.

Beberapa kajian merumuskan suplemen minyak ikan seharusnya dianggap sebagai sebahagian daripada terapi artritis. Asid lemak omega-3 juga menghalang aktiviti enzim aggrecanases yang memecah rawan sendi. Penghidap artritis juga didapati mempunyai profil asid lemak yang tidak normal dan kurang dalam sesetengah asid lemak perlu.


Pengambilan asid lemak omega-3 iaitu asid eikosapentaenoik (EPA) dan asid dokosahesenoik (DHA) boleh membantu memandangkan ia terbabit dalam pengurangan keradangan. Omega-3 menghasilkan perubahan yang baik dalam merencatkan penghasilan kompaun keradangan yang dirembeskan oleh sel darah putih.


Kajian yang diterbitkan dalam The Lancet, jurnal perubatan mencadangkan kemerosotan sendi yang berkaitan dengan artritis boleh diperlahankan dengan pengambilan suplemen. Ia menjelaskan mengapa suplemen seperti minyak
evening primrose dan minyak ikan dalam nisbah 4:1 bermanfaat untuk merawat artritis.

Asid lemak perlu terutama EPA adalah penting untuk
psoriasis (penyakit kulit kronik dengan tompok-tompok gatal, bersisik dan kemerahan). EPA merencatkan penghasilan leukotriene (agen keradangan poten) daripada asid arakidonik.

Perubahan positif di kalangan penghidap psoriasis boleh dilihat dengan pengambilan omega-3 yang membantu dalam pengurangan penghasilan leukotriene yang meningkatkan pergandaan sel dan penghasilannya yang lebih tinggi di kalangan penghidap psoriasis.


Memandangkan tubuh tidak boleh menghasilkan asid lemak perlu, dengan itu kita perlu mendapatkannya melalui
diet dan pengambilan suplemen. Asid lemak perlu (EFAs) yang terdiri daripada omega-6 dan omega-3 adalah nutrien penting dan mempunyai agen antikeradangan. Konsentrasi EPA dan DHA yang tinggi lazimnya menjadi pilihan untuk memenuhi dos yang diperlukan serta memudahkan pengambilan.

Herb-Lax

HERB-LAX


Ramuan asas ini terdiri daripada kombinasi sains perubatan tradisi dan teknologi barat. Ia mengandungi 9 herba semulajadi iaitu alfalfa leave, senna leaves, anise seed, blue malva flower, buckhorn bark, licorice rrot, rhubarb root, fennel seed dan culver's root. Sifatnya yang menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut terbukti kesesuaiannya secara klinikal digunakan oleh tubuh kita untuk jangka masa panjang.

Fungsi Utama

♥ Pembersihan najis yang tersekat

♥ Merangsang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita

♥ Membantu masalah sembelit

♥ Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus dan secara langsungnya membantu masalah sembelit

♥ Mengempiskan perut

♥ Ia membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut. Sesuai di ambil seperti biasa atau dicampurkan dalam air panas sebagai minuman teh herba




--------------------------------------------------------------------
Puan Zatul Immah (Zatul)
Shaklee Independent Distributor (ID No :886681)
011-12464564 | adamshaklee@gmail.com

Sunday, 9 September 2012

Carotomax

Carotamax Shaklee
Carotomax adalah campuran unik alpha-carotene, astaxanthin, beta-carotene, lutein, lycopene, and zeaxanthin yang menghasilkan carotenoid yang lengkap.

Apakah carotenoids?

Carotenoid adalah pigmen yang membentuk warna sayur-sayuran. Ia memberi warna oren kepada carrot, tomato dan sebagainya. 

 

Apakah fungsi dan kebaikan carotenoid?

1. Melindungi sel daripada kesan pemusnahan oleh radikal bebas
2. Sumber Vitamin A terbaik
3. Meningkatkan sistem imunisasi
4. Membetulkan fungsi organ tubuh

Sumber yang mengandungi carotenoid adalah lobak, kentang, bayam, tomato dan lain-lain sayuran. Cara yang terbaik untuk mengekalkan kandungan carotenoid ialah dengan mengambil sayuran ini TANPA DIMASAK.

FUNGSI LAIN CAROTENOID :

-Mencegah kanser

-Penting untuk pertumbuhan tisu ephithelial seperti kulit, membra di dalam saluran penghadaman, serta pernafasan. Tisu ini bertindak sebagai penghalang utama kepada jangkitan penyakit. 

- Diperlukan semasa selsema, batuk dan gangguan-gangguan penyakit yang ringan.

- Terlibat dalam penghasilan sperma dan ovum.

- Penting untuk pertumbuhan tulang yang sihat.

- Meningkatkan sistem kekebalan dengan memperbaiki fungsi sel darah putih.

- Membina semula sel-sel yang rosak.

- Melindungi dari rabun malam.

- Menjaga kesihatan mata.

- Merangsang pertumbuhan tulang yang kuat, gigi, gusi serta kulit dan rambut yang sihat serta keihatan umum.

- Digunakan dalam rawatan jerawat, ulcer, bisul, dan sebagainya


Tanda-tanda kekurangan :

- Masalah jerawat

- Hilang lembapan pada kulit, mulut dan rambut

- Tumbesaran terencat

- Masalah tidur dan insomnia

- Kulit yang menebal pada telapak tangan dan kaki

- Masalah rabun malam.


Credit : Vitaminsemulajadi.com
--------------------------------------------------------------------
Puan Zatul Immah (Zatul)
Shaklee Independent Distributor (ID No :886681)
011-12464564 | adamshaklee@gmail.com


Saturday, 1 September 2012

Promosi Sepanjang September 2012 - Vivix

Promosi September 2012 dah keluar !!

Kepada semua pelanggan saya dan pengguna tegar Vivix, cepat-cepat PM saya untuk dapatkan Vivix anda dengan harga promosi.




Vivix™ Minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol.

Vivix ™
mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.  

Berminat, PM saya ye :)


Puan Zatul Immah (Zatul)
Shaklee Independent Distributor (ID No :886681)
011-12464564 | adamshaklee@gmail.com

Sharing is Caring