Friday, 13 July 2012

Saya Perlukan Supplement !!

Kali ni saya ceritakan pengalaman sendiri menggunakan produk Shaklee. Untuk makluman, produk yang saya gunakan adalah Vitamin C, B Complex, Vitalea, Alfalfa, Vitamin E, Ostematrix, Energizing Soy Protein (ESP), Performance Drink (PD) dan Meal Shakes. 

Permulaan makan saya dah dapat rasakan kesannya. Perubahan terhadap kuantiti dan kualiti susu saya. Susu jadi banyak setiap kali pump dan pekat. Rasa seronok dan semangat je setiap kali pumping. Kemudian saya dapat rasakan badan sentiasa bertenaga walaupun sehari dapat tidur 3-4 jam sahaja. Subuh, seawal 4.00 - 4.30 pagi saya dah bangun. Waktu siang, sibuk di pejabat. Petang sibuk dengan anak. Malam bila anak dah tidur, sibuk uruskan kerja rumah. Selesai siapkan semua, baru boleh tidur. Masa tidur pun, bukan boleh lena macam zaman anak dara hehe.. sebab saya menyusukan si bijak Adam Haziq saya sepenuhnya. Tengah tidur ada je alarm yang berbunyi 3 - 4x hehhee... dia bagi isyarat nak charge battery hehhe... bayangkan dengan rutin seharian saya macam ni, dengan tidur tak cukupnya.. boleh pengsan kalau tak kuat daya tahan badan ni. Alhamdulillah bila saya amalkan pengambilan supplement Shaklee, badan tak rasa letih.. anggota badan tak rasa lenguh.. takde tekanan... life jadi happy je. Lebih-lebih lagi bila tengok anak sihat dan ceria.. Paling penting banyakkan minum air masak, makan secara teratur dan konsisten pengambilan supplement. 

Ni dah nak puasa, saya dah bersedia dengan 3 jenis minuman Shaklee. Menyusukan bayi, perlukan air yang banyak di dalam badan. Puasa ni siang hari kompem la tak boleh nak minumkan.. hehehe so, persediaan saya adalah ESP, PD dan Meal Shakes. ESP bagi tenaga, PD untuk elakkan dehidrasi dalam badan, Meal Shakes sebagai makanan tambahan dan makan segera rendah lemak yang mengandungi 19 jenis vitamin utama yang badan kita perlukan.. Ini pengalaman pertama saya berpuasa sambil menyusukan bayi, moga dipermudahkan..

No comments:

Post a Comment

Sharing is Caring