Friday, 13 July 2012

Susu Merudum

Susu merudum ?? Ye, saya penah laluinya.. Kita jangan fikir, kita dah ambil supplement susu badan kita sentiasa ada dan banyak. Silap tu... saya makan supplement secara konsisten tapi saya tetap tak lari dari masalah susu merudum. Pernah sekali tu, saya pump hanya dapat 1oz je. Masa tu Tuhan je yang tahu perasaan saya... sedih, risau, takut semua ada. Dok terbayangkan anak je.. saya tak nak dia minum susu formula !!

Apa yang saya buat ??

Saya tengok balik mana yang silap sampaikan susu merudum tiba-tiba. Then improve kan mana yang perlu... Paling utama, saya buat power pumping... memang memenatkan, tp demi nak berikan yang terbaik untuk anak, saya sanggup buat apa sahaja. Saya gandakan minum air masak, lebihkan pengambilan supplement yang sedia ada saya makan.. makan makanan yang berkhasiat dan boleh tambahkan susu macam horlicks, lobak putih dan kurma.. kerapkan pumping.. alhamdulillah susu badan banyak semula. Syukur sangat... 

Supplement bukan syarat untuk banyakkan susu badan.. ianya sekadar makanan tambahan sahaja untuk badan kita agar badan kita sentiasa sihat dan cergas. Kalau badan tak sihat, macam mana nak produce susu kan? Renung-renungkan hehhe...

No comments:

Post a Comment

Sharing is Caring