Petua Kecantikan Ayu Raudhah
Daripada penjagaan muka, topik perbualan beralih kepada penjagaan
rambut yang dianggap sebagai mahkota berharga kepada setiap wanita. Agak
menarik juga apabila Ayu menggunakan daun bunga raya untuk melembutkan
rambut.
“Ambil 10 helai daun bunga raya dan tumbuk sehingga halus. Kemudian,
sapukan pada rambut hingga ke akarnya. Balutkan rambut dengan “shower
cap” selama 30 minit. “Akhir sekali, cuci dengan air bersih. Amalkan dua
kali seminggu. Insya-Allah rambut menjadi lebih lembut dan bersinar,”
ujarnya.
Menyentuh tentang pemakanan, Ayu kurang mengambil nasi dan sangat
mengawal makan. Disebabkan berat badannya mudah naik jika tidak dijaga,
Ayu perlu mengambil jumlah makanan pada kadar sedikit.
“Selain mengawal pemakanan, saya turut mengamalkan minuman kesihatan iaitu sirap Shaklee,” katanya.
Untuk mengekalkan bentuk badan menarik, Ayu turut melakukan senaman bangkit tubi sebanyak 50 kali sebelum tidur.
Credit : Harian Metro
*
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau
mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau
pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.
No comments:
Post a Comment