Monday 13 May 2013

7 Tip Tampil Memikat

Usia makin lewat namun belum ada sekuntum bunga pun mahu mendekati. Pasti ada yang tidak kenakan ? Lihat semula penampilan diri anda. Adakah ia sudah cukup memadai bagi memikat si gadis idaman ?

Tampak yakin dan mempunyai aira tersendiri bukan perkara mudah untuk diwujudkan. Namun tidak salah berubah kalau ia untuk kebaikan. Jom kita lihat tip penampilan penuh macho bagi serlahkan daya pemikat si jejaka.

PAKAIAN BERPADANAN
Perkara utama yang akan menampakkan lelaki peka dengan fesyen ialah cara memilih pakaian. Masalah utama kebanyakan lelaki ialah memakai baju lebih besar daripada badan sendiri. Pastikan memilih pakaian anda padan dengan susuk tubuh yakni yang membuatkan tubuh anda rasa seolah-olah dipeluk tapi bukan dijerut.

RINGKAS TAPI BERGAYA
Bercerita tentang fesyen, bukan bermakna jejaka perlu berpakaian seperti seorang artis. Pakaian yang ringkas sudah mencukupi. Amalkan menggayakan pakaian dengan tidak menggunakan lebih daripada 3 warna. Boleh kenakan jaket berwarna hitam atau putih untuk tampak lebih menyerlah.

PEKA DENGAN MAJLIS
Jangan terlebih fesyen ketika hadir di sesuatu majlis kerana ia akan buat anda nampak pelik. Tapi janganlah kerana ini anda takut untuk berfesyen. Sentiasa fikir jenis majlis apa yang anda akan hadiri. Kalau lokasinya di tempat terbuka dan panas, jangan pakai pakaian yang tebal, sesuaikan dengan tema dan cuaca.

BERHATI-HATI MEMILIH BAJU-T
Jangan amalkan memakai baju T yang mempunyai logo yang besar kerana anda akan dilihat seperti diupah oleh syarikat tertentu untuk menjadi papan iklan bergerak.

JANGAN TERIKUT TREND
Terlalu mengikut trend sebenarnya tidak elok kerana ia akan berubah mengikut peredaran masa. Kekallah dengan citarasa yang anda suka. Tak guna kalau membeli pakaian mengikut trend tetapi jarang pakai.

JANGAN BELI KERANA JENAMA
 Sebelum anda membeli pakaian, pastikan anda bertanya kepada diri sendiri sama ada anda membeli kerana jenama pakaian tersebut atau kerana ingin nampak bergaya. Biar beli pakaian yang murah tapi bergaya berbanding beli pakaian mahal tapi nampak buruk dan tak sepadan.

TERUS BENTUK IMEJ SENDIRI
Cuba bentuk stail anda tersendiri. Jangan terikut-ikut dengan cara orang lain semata-mata ingin nampak macho. Percayalah bila anda sudah mempunyai gaya sendiri, aura pemikat itu wujud dengan semulajadinya dalam diri anda.             

No comments:

Post a Comment

Sharing is Caring