Wednesday, 19 June 2013

5 Tips Atasi Kolestrol Tinggi

Kolestrol berlebihan di dalam badan boleh memudaratkan kesihatan. Sebab itu, amat penting untuk mengawal kolestrol agar tetap seimbang dan tidak menyebabkan gangguan kesihatan.


5 Tips Atasi Kolestrol Tinggi


1. Diet - Diet untuk menurunkan kolestrol adalah diet rendah lemak, khususnya lemak jahat dan kolestrol. Satu cara terbaik yang boleh anda lakukan adalah mengurangi jumlah lemak jahat yang diambil di dalam makanan.



2. Turunkan Berat Badan - Berat badan berlebihan cenderung meningkatkan kadar kolestrol jahat LDL. Mengurangi 2.3kg hingga 4.5kg berat badan sahaja boleh menurunkan kadar kolestrol dan trigliserida. Anda boleh menurunkan berat badan dengan mengambil diet rendah lemak dan kolestrol, senaman secara teratur dan mengurangkan pengambilan kalori.

3. Berhenti Merokok - Merokok merupakan penyebab kematian utama yang sebenarnya boleh dicegah. Ini kerana merokok akan menurunkan kadar kolestrol baik HDL di dalam tubuh. Selain itu, merokok juga dikatakan mengubah LDL ke dalam bentuk yang menyebabkan pembentukan plak pada dinding arteri koroner. Merokok akan meningkatkan risiko seseorang diserang penyakit jantung  dengan cara merosak jantung dan pembuluh darah.

4. Senaman - Anda mungkin perlu mengubah kebiasaan senaman kerana kebiasaan ini akan mempengaruhi kadar kolestrol dan kesihatan anda secara umum. Mereka yang mengamalkan gaya hidup aktif, berisiko 45% lebih rendah untuk mengalami penyakit jantung koronari berbanding dengan mereka yang tidak mengamalkannya.

5. Kurangkan Stress - Ada kajian yang mengatakan bahawa tekanan jangka panjang boleh meningkatkan kadar kolestrol. Tekanan yang minima sama ada di tempat kerja mahupun di rumah dapat memberi kehidupan yang lebih aman dan tenteram, sekaligus anda lebih ceria dan sihat.

Cc : Majalah Mingguan Wanita 10-16 Mei 2013

Semoga tips di atas membantu anda mengatasi kolestrol tinggi. Shaklee juga mempunyai beberapa suplemen untuk mengatasi masalah ini.

1. Alfalfa Complex 

2. Garlic Complex - Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal dan paras kolestrol.

3. Lecithin

4. Gla Complex - Mengimbangi hormon dan menurunkan paras kolestrol.

5. Omega Guard


Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang bermutu tinggi ini, hubungi saya sebagai Pengedar Sah Shaklee anda !

Zatul Jamal [No.ID : 886681]
SMS/WhatsApp : 011-12464564
Email : adamshaklee@gmail.com
FB Page : Vitamin Atas Rak
 

No comments:

Post a Comment

Sharing is Caring