A: Asid folik adalah salah satu
vitamin kumpulan B. Ia wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang,
sayuran hijau, beberapa buah, dan juga yis and ekstrak daging lembu.
Q:
Kenapakah saya perlukan asid folik?
A: Asid folik menolong mencegah kecacatan
tiub saraf seperti spina bifida. Spina bifida terjadi apabila pelindung yang
menutupi korda spina bayi tidak menutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan
kerosakan saraf kekal. Pada 12 minggu yang pertama dalam kehamilan anda, otak
dan sistem saraf bayi anda sedang membentuk dan berkembang pesat. Oleh sebab
itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa
itu. Dalam trimester kedua, iaitu dari minggu ke-13 kehamilan anda, anda boleh
menghentikan asid folik. Namun begitu, jika anda mengambil asid folik sepanjang
kehamilan anda, ia tidak akan menjejaskan kesihatan anda atau bayi anda.
Q:
Berapakah jumlah asid folik yang saya perlukan?
A: Sebelum anda hamil, anda
dinasihatkan supaya mengambil 400 mikrogram (mcg) asid folik setiap hari.
Kemudian, teruskan mengambilnya untuk 12 minggu yang pertama kehamilan. Adalah
baik jika anda makan makanan yang kaya dengan folat.
Wanita yang telah
mempunyai seorang anak dengan kecacatan tiub saraf mempunyai risiko yang lebih
tinggi untuk mendapat seorang lagi anak dengan kecacatan yang sama. Dalam kes
ini, doktor akan mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi. Jika anda
mengambil ubat-ubatan tertentu, seperti yang dipreskripsi untuk mengawal
epilepsi, doktor anda mungkin mempreskripsikan dos asid folik yang lebih
tinggi. Ini kerana ubat-ubatan itu menghalang keupayaan badan anda menyerap
asid folik.
Q: Apakah sumber makanan yang terbaik?
A: Makanan yang kaya folat
adalah sangat baik bagi anda dan bayi anda. Untuk maklumat lanjut mengenai
sumber semulajadi yang kaya dengan folat, anda boleh lawati BabyCenter
Malaysia.
Untuk pengetahuan anda, asid folik dalam makanan akan dimusnahkan jika ia
terlebih masak, jadi masaklah dalam kuali bertutup dengan jumlah air mendidih
yang minima. Cuba makan sayur-sayuran yang dicelur atau dimasak menggunakan
ketuhar gelombang mikro atau mentah.
Kredit : Rahsiavitamin.com
Di Shaklee, suplemen yang mengandungi asid folic adalah B-Complex dan Vitalea. Pengambilan sebiji Vitalea dan sebiji B-Complex sehari sudah mencukupi keperluan 400mcg asid folic yang diperlukan oleh wanita hamil.
Sebarang pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk, hubungi :
No comments:
Post a Comment