Sunday 26 January 2014

5 Tips Pemakanan Untuk Pengurusan Berat Badan Ideal

Program pengurusan berat badan Shape Up menggunakan pendekatan serampang tiga mata iaitu suplementasi, diet dan senaman. Diet yang betul akan meningkatkan lagi keberkesanan program pengurusan berat badan anda. Ketahui tips-tips berguna tentang cara anda boleh membuat pilihan makanan yang lebih baik yang akan membantu anda bergerak selangkah lebih jauh dalam mencabar diri untuk tubuh yang lebih sihat.

1. MULAKAN DENGAN SARAPAN BERKHASIAT
Ia membantu anda memberikan tumpuan yang lebih baik di tempat kerja dan menggalakkan pilihan makanan yang lebih baik sepanjang hari tersebut.

2. KURANGKAN JUMLAH SAJIAN MAKANAN
Gunakan pinggan dan mangkuk yang lebih kecil ketika makan untuk mengawal jumlah sajian anda.

3. JANGAN LANGKAU SAJIAN
Makan sekurang-kurangnya tiga sajian setiap hari. Jika tidak, kemungkinan besar anda akan lapar pada penghujung hari. Anda juga mungkin mengudap makanan berkalori tinggi dan berlemak tinggi untuk menampung makanan yang tidak diambil.

4. GANTI DAN GUNAKAN APA-APA YANG ADA
Elakkan makanan yang digoreng dengan minyak yang banyak dan pilih kaedah memasak yang lebih sihat seperti kukus atau rebus. Ganti minuman bergula dengan air kosong, kurangkan jumlah gula dan minyak yang digunakan atau pilih makanan rendah lemak atau tanpa lemak. Jangan malu untuk membuat permintaan khas apabila anda makan diluar. Contohnya kurangkan gula dalam minuman.

5. TINGKATKAN PENGAMBILAN BUAH-BUAHAN DAN SAYUR-SAYURAN
Makan sekurang-kurangnya lima sajian buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari. Pilih kacang dan produk bijirin penuh yang lebih mengenyangkan dan berkhasiat kepada tubuh.

No comments:

Post a Comment

Sharing is Caring