Wednesday 11 June 2014

Phytocol-ST Shaklee Turunkan Kolestrol Tinggi Dengan Berkesan


Apa Itu Kolestrol?

Kolesterol ialah sejenis jisim lembut seperti lemak dan berlekit seperti lilin dan dijumpai di dalam aliran darah dan dalam semua sel badan. Kolesterol merupakan bahagian penting dalam badan yang sihat kerana ia digunakan untuk mengeluarkan membran sel dan sesetengah hormon, serta membantu melicinkan fungsi badan lain yang memerlukannya.

Namun, terlampau banyak kolesterol dalam darah akan mengundang risiko besar untuk diserang penyakit jantung koronari (seterusnya akan membawa kepada serangan jantung) dan angin ahmar. 

Dari manakah datangnya kolesterol ini?

Kolesterol datangnya daripada dua punca, daripada makanan dan badan anda. Hepar dan sel lain dalam badan anda mengeluarkan kira-kira 75 peratus daripada kolesterol darah. Baki 25 peratus lagi datangnya daripada makanan yang anda makan. Julat yang selamat untuk pengambilan kolesterol ialah antara 200-400 miligram sehari. 

Kolesterol LDL (Kolesterol jahat)

Apabila terdapat terlampau banyak kolesterol jenis lipoprotein (LDL) berkepadatan rendah beredar dalam darah, ia beransur-ansur akan melekat dan mengumpul pada dinding dalaman arteri yang menyalurkan darah ke jantung dan otak. Bersama dengan jisim lain, ia lama kelamaan akan membentuk plak, iaitu sejenis longgokan keras yang akan menyempitkan arteri dan menjadikannya kurang anjal. Keadaan sedemikian dikenali sebagai atherosclerosis. Sekiranya suatu gumpalan terbentuk dan menyumbat arteri yang telah pun menyempit itu, ini akan mengakibatkan serangan jantung atau angin ahmar.

Kolesterol HDL (Kolesterol baik)

Lebih kurang satu perempat hingga satu pertiga daripada kolesterol darah dibawa oleh lipoprotein yang berkepadatan tinggi (HDL). Kolesterol HDL dikenali sebagai kolesterol "baik", sebab paras HDL yang tinggi dikatakan dapat melindungi daripada serangan jantung. Paras HDL yang rendah (kurang daripada 1.0 mmol/L) juga akan meningkatkan risiko penyakit jantung.

Tahap Kolestrol Tinggi

Tahap kolesterol yang tinggi dalam darah adalah penyumbang besar kepada sakit jantung dan strok. Dan tahap yang tinggi itu boleh disebabkan diet, keturunan atau kedua-duanya sekali, di samping gaya hidup yang tidak aktif.

Jika diet adalah antara punca utama kepada masalah ini, maka sebaiknya kita mengambil langkah-langkah awal menjaga pemakanan. Antara yang boleh dilakukan ialah:

1. Amalkan diet yang rendah lemak tepu. Kebanyakan makanan mengandungi campuran lemak tepu dan lemak tidak tepu, Jadi anda perlu memilih yang rendah lemak tepu kerana lemak jenis ini boleh meningkatkan tahap kolesterol dalam darah anda. Lemak tepu boleh ditemui dalam daging binatang, di bawah lapisan kulit ayam, produk-produk tenusu dan sesetengah minyak sayuran.

2. Anda juga boleh memilih diet yang secara keseluruhannya rendah lemak. Sekiranya anda memilih diet sebegini, kemungkinan pengambilan lemak tepu adalah kurang. Jika makan diluar, memang sukar memilih kerana ramai peniaga tidak menggunakan lemak yang lebih sihat seperti minyak zaitun atau kanola. Lebih baik, ialah menyediakan makanan sendiri, dan gunakan minyak yang berlabel monounsaturated atau polyunsaturated.

3. Makan lebih kanji dan fiber. Makanan sebegini lebih baik bagi menggantikan makanan yang tinggi lemak tepu. Roti, bijirin, pasta, bijian, buah-buahan dan sayur-sayuran bukan sahaja rendah lemak tepu dan kolesterol, tetapi juga sumber vitamin dan mineral. Manakala antioksiden dalam sesetengah buah-buahan dan sayur-sayuran boleh mengurangkan kesan kolesterol.

4. Diet rendah kolesterol juga boleh diamalkan. Ini bermakna anda perlu memilih makanan-makanan yang rendah kolesterol daripada daging binatang yang tinggi kandungan lemak tepu. Untuk pengetahuan, makanan dari sumber tumbuh-tumbuhan juga boleh mengandungi lemak tepu, tetapi tidak mempunyai kolesterol. Jika anda memilih diet yang rendah kolesteral ia boleh mengurangkan kalori, berat badan dan obesiti. Ini baik untuk jantung anda.

5. Diet yang sihat sahaja tidak memadai, anda juga perlu bersenam. Senaman fizikal mampu meningkatkan kolesterol yang baik dan mengurangkan kolesterol yang tidak baik. Anda juga dapat mengurangkan berat badan, menurunkan tekanan darah dan mempertingkatkan kesihatan jantung serta saluran darah, dan mengurangkan stres.


6. Jika terasa berat badan berlebihan, berusahalah untuk mengurangkannya. Perhatikan juga tubuh anda, jika bahagian perut dan tengah badan disaluti banyak lemak, itu adalah petanda meningkatnya risiko penyakit jantung dan penyakit-penyakit lain.


Suplemen Untuk Turunkan Kolestrol





Phytocol-ST Shaklee

Phytocol-ST Shaklee adalah pilihan semulajadi terbaik dengan 2000mg fisoterol setiap hari dan disarankan 100% oleh Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH). 

Phytocol-ST Shaklee dirumuskan secara klinik dengan bahan-bahan terpilih untuk membantu menghalang penyerapan kolestrol di dalam tubuh.


Perbezaan Phytocol-ST Shaklee adalah :

  • Diperbuat daripada campuran bahan yang mengandungi fisoterol yang boleh didapati secara semulajadi di dalam tumbuhan, buah-buahan, sayuran dan bijian.
  • Mengandungi 2000mg fisoterol daripada tumbuhan yang diperlukan setiap hari.
  • Fisoterol dari tumbuhan telah diuji secara klinikal oleh 80 kajian untuk merendahkan paras LDL kolestrol.
  • Kandungan fisoterol yang mencukupi seperti yang disarankan oleh Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH).
  • Halal
  • Tidak mengandungi perasa, pewarna, pemanis atau bahan pengawet.

 

Bagaimana Fisoterol Di Dalam Phytocol-ST Shaklee Berfungsi?








CoQHealth Plus Shaklee

CoQHealth Plus ini ialah supplemen yang mengandungi campuran proprietari bagi Co Enzim Q10 , Vitamin E serta ekstrak teh hijau. Setiap botol mengandungi 30 kapsul lembut CoQ Health Plus. Bahan utama dalam supplemen ini ialah Co Enzim Q10 . Co Enzim Q10 adalah nutrien larut lemak yang dihasilkan dalam tubuh dan ada dalam semua sel.


Kebaikan CoQHealth Plus Shaklee

  • menyokong pengeluaran tenaga dalam jantung
  • menggalakkan dan melindungi arteri sihat terhadap pengoksidaan kolestrol 'jahat'
  • membantu menambah dan mengekalkan tahap Co enzim Q10 dalam darah
  • meningkatkan tenaga dan stamina diri



Hubungi saya untuk dapatkan produk Shaklee anda ! Konsultasi PERCUMA diberikan.

 

1 comment:

Sharing is Caring