Tuesday 10 June 2014

5 Tips Kempiskan Perut


Perut buncit ??? oh tidak... !!!! Ramai yang gusar bila perut mula buncit terutama kaum lelaki. Terasa hilang macho bila perut makin ke hadapan. Tapikan, ada sesetengah kaum lelaki yang sudah berkahwin, mereka dikatakan lebih "bahagia" memiliki perut buncit dan mempunyai "saham" yang lebih tinggi berbanding mereka yang tidak buncit. Bagi kaum wanita pula, apabila perut buncit mula risau orang mengata tak pandai jaga badan, risau suami tak suka badan yang dah "lari alignment" hehe... 

Tetapi kita jangan ambil mudah isu perut buncit ini. Perut itu sumber pelbagai penyakit dan adalah sangat penting untuk anda memberi penekanan di dalam penjagaan perut anda. 

Jom saya kongsikan tips-tips mengempiskan perut dengan syarat ia dilakukan dengan konsisten dan penuh disiplin. 

TIPS 1 : MAKAN MAKANAN YANG BETUL


Untuk mengempiskan perut, kita perlu makan makanan yang seimbang di dalam pemakanan seharian kita kerana diet yang betul boleh membuang lemak di bahagian perut. Makanan yang betul sepatutnya mengandungi karbohidrat kompleks, fiber, vitamin, mineral, lean, ikan dan teh hijau.

TIPS 2 : TINGGALKAN MAKANAN RINGAN


Makanan ringan dan makanan segera adalah sangat tidak baik untuk kesihatan dan akan membuatkan lemak berkumpul di bahagian perut jika diambil secara berlebihan. Kita sepatutnya mengelakkan diri daripada mengambil karbohidrat yang diproses, gula, makanan bergoreng, makanan segera dan apa jua makanan berlemak.

TIPS 3 : BERHENTI MAKAN LEWAT MALAM


Kebanyakan orang akan terus tidur selepas makan lewat malam. Ini bermakna lebihan gula yang dimakan semasa makan lewat malamakan ditukar kepada lemak kerana badan tidak boleh membakar lemak semasa kita tidur.

TIPS 4 : KURANGKAN MINUMAN BERSODA, JUS ATAU BERGULA


Soda, jus asli atau minuman bergula mengandungi banyak kalori dan akan merosakkan usaha kita untuk mengempiskan perut. Berhenti minum minuman bergula dan banyakkan minum air kosong atau air mineral.


TIPS 5 : LAKUKAN SENAMAN KARDIO


Melakukan senaman kardio adalah sangat penting untuk mengempiskan perut kerana senaman ini dapat membakar kalori lebih banyak dari melakukan senaman perut. Contoh senaman kardio adalah seperti jogging, berjalan dan menaiki tangga. 

Haaa cukup tak 5 tips ini ? Cuba amalkan dan lihat hasilnya beberapa bulan. Perut anda akan kelihatan lebih cantik dan slim !


No comments:

Post a Comment

Sharing is Caring