Saturday 15 November 2014

Cara Kempiskan Perut Lelaki Agar Boleh Pakai Seluar Semasa Bujang

Perut buncit ! perut boroi ! perut gendut ! adoii laaa... macam-macam gelaran anda dapat bila perut semakin ke hadapan hehe.. Dah macam orang perempuan mengandung 8 bulan !




Kebiasaannya, masalah perut buncit ini lebih kepada lelaki yang sudah berkahwin. Anak baru sorang tapi perut dah mengalahkan isteri yang mengandung. Seluar-seluar masa zaman bujang dulu terpaksa la simpan dalam almari. Kena la cari seluar baru sampaikan ada yang susah nak cari saiz seluar.Tak ke tension bila dah sampai situasi macam ni ! 

Faktor Penyebab Lelaki Perut Buncit


Banyak faktor penyebab lelaki perut buncit selepas berkahwin. Faktor pertama adalah isteri masak sedap-sedap dan banyak. Masa ni la makan tak toleh kiri kanan. Main bedal je. Nak pula makan malam. Perut kenyang, rehat-rehat tengok tv, lepas tu tidur. Memang maju ke depan la perut tu.

Faktor kedua adalah kurangnya senaman. Kebanyakan lelaki bekerja di pejabat dan lebih banyak duduk dari bergerak. Ini makin memboyotkan perut yang comel tu hehe..

Okey jom saya kongsikan cara kempiskan perut lelaki.

Cara Kempiskan Perut Lelaki


1. Makan Makanan Yang Seimbang

Untuk mengempiskan perut, kita perlu makan makanan yang seimbang di dalam pemakanan seharian kita kerana diet yang betul boleh membuang lemak di bahagian perut. Makanan yang seimbang sepatutnya mengandungi karbohidrat kompleks, fiber, vitamin, mineral, ikan dan lain-lain lagi. 





2. Berhenti Makan Lewat Malam

Kebanyakan orang suka makan lewat malam dan selepas itu terus tidur. Ini bermakna lebihan gula yang dimakan semasa makan lewat malam akan ditukarkan kepada lemak kerana badan tidak boleh membakar lemak semasa kita tidur.  Jadi, sebolehnya elakkan dari makan selepas pukul 8.00 malam. 

3. Kurangkan Minuman Bersoda, Jus atau Bergula

Soda, jus asli atau minuman bergula mempunyai banyak kalori dan ini akan merosakkan usaha anda untuk mengempiskan perut. Kurangkan atau berhenti minum minuman bergula dan banyakkan minum air kosong atau air mineral. Sebaiknya, minum 8 gelas atau 3 liter air kosong sehari. 



4. Melakukan Senaman

Banyak melakukan senaman yang sesuai untuk kempiskan perut. Antaranya :
  • Senaman Kayuh Basikal / Cycles




  • Senaman Knee Ups



  •  Senaman Leg Raise



  • Senaman Reverse Crunch


  • Senaman Cross Crunch


 5. Diet Atkins

Mengurangkan dan menghadkan makanan berkarbohidrat seperti mee, nasi, kentang dan gula. Mengamalkan pemakanan yang kurang karbohidrat dan tinggi protein mampu menghilangkan berat badan berlebihan.

Selain daripada cara-cara di atas, makanan tambahan juga membantu untuk merealisasikan impian anda ini. Banyak suplemen atau vitamin untuk mendapatkan berat idaman, mendapatkan badan yang langsing, mengurangkan berat badan, dan sebagainya.

Haa amacam ? Ada braann... Senang sahajakan cara nak kempiskan perut lelaki. Kalau teringin nak pakai seluar semasa bujang dulu, jangan malas nak amalkan semua cara ni. Cuma rajin dan usaha yang gigih sahaja diperlukan :)

Untuk mendapatkan konsultasi berterusan secara PERCUMA dari saya, anda boleh hubungi saya sekarang juga. Konsultasi terbaik khas untuk pelanggan saya sahaja.


Order sekarang ! Tingkatkan tahap kesihatan anda hari ini !



ATAU

 



No comments:

Post a Comment

Sharing is Caring