Saturday 15 November 2014

Tekanan Dengan Sindiran Orang ? Amalkan Tips Hilangkan Jerawat Batu

Semua orang mahukan kulit yang cantik tidak kira lelaki atau pun perempuan. Jerawat adalah masalah bagi remaja malah orang dewasa juga tidak terkecuali. Lebih-lebih lagi apabila timbulnya jerawat batu. Seringkali mereka yang mempunyai masalah jerawat batu ini menjadi bahan sindiran orang sekeliling dan sekaligus ianya mengundang pelbagai tekanan dan mengganggu emosi.


Credit Google

Bagaimana Jerawat Batu Terjadi ?

Jerawat batu terjadi apabila di bawah permukaan kulit anda terlalu banyak minyak (liang roma terbuka) dan akan terjadinya sebum yang menghasilkan dan merembeskan minyak pelindung. Apabila kelenjar minyak mengeluarkan terlalu banyak minyak dan sebum di kulit, maka akan terjadinya jerawat batu terutamanya di muka dan belakang badan. Faktor hormon tidak stabil dan faktor keturunan ahli keluarga yang banyak jerawat juga boleh menjadi punca terjadinya masalah jerawat batu.

Tips Hilangkan Jerawat Batu

1. Hilangkan Jerawat Batu Dengan Tomato

Pasti ramai yang tahu khasiat tomato untuk kulit yang cantik, untuk kesihatan mata dan juga untuk mampu membantu menghilangkan masalah jerawat batu. Caranya adalah dengan menggunakan sebiji tomato. Potong tomato dan lenyekkan tomato tersebut dan lumurkan ke seluruh muka. Biarkan selama 20 - 30 minit sehingga kering dan barulah dibilas dengan air suam. Untuk hasil yang terbaik, amalkan makan tomato mentah setiap hari.




2. Hilangkan Jerawat Batu Dengan Putih Telur

Pecahkan sebiji telur dan asingkan antara telur kuning dan telur putih. Ambil telur putih yang telah di asingkan tadi dan pukul sebentar lalu sapukan ke muka terutama di bahagian yang mempunyai jerawat batu selama 15 minit. Putih telur ini berfungsi mengurangkan minyak di muka yang menjadi penyebab jerawat selain daripada dapat menegangkan kulit muka.




3. Hilangkan Jerawat Batu Dengan Kulit Kayu Manis & Madu

Campurkan 3 sudu madu asli dengan 1 sudu kulit kayu manis yang telah menjadi serbuk. Kemudian sapukan campuran itu pada muka terutama bahagian yang ada jerawat batu. Lakukan sebelum tidur. Keesokan pagi, bilas muka dengan air suam. Amalkan setiap malam selama 2 minggu berturut-turut. Hasilnya ianya akan menyingkir jerawat dan kulit akan terasa segar dan awet muda.




4. Hilangkan Jerawat Batu Dengan Pucuk Jambu Batu

Ambil pucuk jambu batu dan tumbuk lumat. Kemudian gosokkan pada muka selama beberapa minit dan biarkan ianya kering di muka. Kemudian, bilas dengan air suam.





Selain daripada petua-petua tradisional yang terdapat di sini, adalah amat penting sekiranya :

  1. Tidak terlalu kerap menggunakan mekap terlalu tebal
  2. Membersihkan wajah dengan air suam 3 kali sehari dengan menggunakan pembersih muka yang sesuai dengan kulit wajah anda yang berminyak dan berjerawat
  3. Elakkan daripada memicit jerawat
  4. Jangan gunakan mekap ketika wajah masih berjerawat
  5. Lindungi kulit dari sinar matahari
  6. Kurangkan makanan yang pedas dan berminyak
  7. Elakkan dari tekanan emosi

Sekiranya anda ingin dapatkan makanan tambahan bagi mengatasi masalah jerawat batu dan kulit yang bermasalah seperti jeragat, warna kulit tidak sekata, resdung  dan sebagainya, anda boleh hubungi saya sekarang juga dan anda layak mendapat konsultasi berterusan secara percuma. Khas untuk pelanggan saya sahaja ! 


Order sekarang ! Tingkatkan tahap kesihatan anda hari ini !



ATAU




 

No comments:

Post a Comment

Sharing is Caring