Monday, 8 April 2013

Petua Awet Muda Cara Islam

Petua 1 : Sejurus bangun pagi, sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat Nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.

Petua 2 : Sejurus bangun pagi, sebelum mandi dan gosok gigi, minum air dan biarkan ia di dalam mulut selama 10 saat dan sambil itu selawat 3 kali. Kemudian, baru diteguk. Air liur ada enzim yang boleh jadi ubat.

Petua 3 : Amalkan memotong kuku dan rambut pada hari-hari yang baik iaitu hari Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.


Petua 4 : Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat supaya di indahkan rupa sepertia Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.

Petua 5 : Untuk melihat muka kita agak muda daripada umur kita, amalkan petua ini dengan jujur dan ikhlas. Senang sahaja, pertama, setiap pagi selepas solat subuh bacalah surah Yusuff, kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. Wajah anda akan kelihatan muda daripada umur anda.

Petua 6 : Hafal ayat 35 - 38 Surah Al-Waqiah. Bacalah dalam hati setiap kali mandi untuk curahan pertama. Mulakan dari kepala.

Petua 7 : Amalkan bangun pagi dan mandi embun. Usap embun dari hujung daun pada wajah, rambut dan kulit badan. Wajah anda akan berseri dan tubuh badan menjadi sihat serta awet muda. 

Petua 8 : Amalkan mandi air telaga sulung iaitu air tenaga yang diambil pada waktu pagi sebelum ada orang lain mengambilnya terlebih dahulu daripada kita. Mandilah sebelum air telaga itu ditimba orang. InsyaAllah wajah akan berseri dan badan kelihatan ramping. 

Petua 9 : Muka kita kebiasaannya akan berminyak selepas bangun dari tidur. Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di dagu. Pusingkan jari anda ke pipi, pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Lakukan setiap pagi dan disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu di ingat, jangan sesekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan. 


Selamat Mencuba !! :)      

No comments:

Post a Comment

Sharing is Caring