Wednesday 26 March 2014

Bila Si Kecil Sakit Mulut


Masalah jangkitan mulut memang biasa dialami oleh golongan kanak-kanak. Mereka akan merengek dan enggan minum susu atau menjamah sebarang makanan kerana kesakitan yang dialami di kawasan mulutnya.
 
Kanak-kanak yang berusia lebih daripada setahun cenderung mengalami lepuhan selesema, biasanya pada atau di sekeliling bibir, tetapi ada kalanya di dalam mulut. Lepuh selesema merupakan lecuran kecil, biasanya pada atau di sekeliling bibir dan ada kalanya merebak di dalam mulut atau tempat lain pada muka.
 
Jangkitan ini biasanya disebabkan oleh virus yang sebaik sahaja menjangkiti seorang kanak-kanak, terpendam di dalam kulit dan cenderung keluar sekali-sekala. Sekiranya andak anda telah mengalami lepuh selesema sebelum ini, dia berkemungkinan besar mengalami jangkitan ini lagi pada masa hadapan.
 
Sekiranya anak anda mengalami sakit mulut, dia akan meragam bila disuruh makan atau minum. Seboleh mungkin jadikan masa makan dan minumnya paling tidak menyakitkan. Elakkan memberi makanan panas kerana ia lebih menyakitkan berbanding makanan yang sejuk.
 
Beri anak anda minuman sejuk yang banyak. Jika dia enggan makan atau minum, beri dia minum menggunakan penyedut minuman kerana ia kurang menyakitkan berbanding minum menggunakan cawan biasa.

Antara makanan yang dicadangkan adalah seperti berikut:

Sup – Ia berkhasiat dan mudah dimakan. Boleh dihidangkan secara sejuk. Sebagai pilihan, cairkan makanan atau potong halus.
Minuman sejuk – Hidang minuman secara sangat sejuk dan elakkan jus buah-buahan kerana ia terlalu berasid.
Aiskrim – Anak anda mungkin mendapati makanan sejuk seperti aiskrim mudah dimakan.
Keju – Galakkan anak makan keju dan minum air selepas makan untuk membantu membersihkan gigi tanpa perlu digosok.

Sumber : Pa&Ma

No comments:

Post a Comment

Sharing is Caring