Wednesday 12 March 2014

Suplemen Shaklee Untuk Talasemia

Apa itu Talasemia ?

Talasemia adalah penyakit kecacatan darah. Talasemia merupakan keadaan yang diwarisi, iaitu diwariskan daripada keluarga kepada anak. Kecacatan gen menyebabkan hemoglobin dalam sel darah merah menjadi tidak normal. Mereka yang mempunyai penyakit Talasemia tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang mencukupi dalam darah mereka. Hemoglobin adalah bahagian sel darah merah yang mengangkut oksigen dari paru-paru ke seluruh tubuh. Semua tisu tubuh memerlukan oksigen. Akibat kekurangan sel darah merah yang normal akan menyebabkan pesakit kelihatan pucat kerana paras hemoglobin (Hb) yang rendah (anemia).

2 Jenis Talasemia

  • Talasemia Minor - mereka yang mempunyai kecacatan gen talasemia tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda Talasemia atau pembawa.
  • Talasemia Major - mereka yang mempunyai baka Talasemia sepenuhnya dan menunjukkan tanda-tanda Talasemia.

Tanda dan Gejala Talasemia

  • Biasanya anak-anak pembawa Talasemia kelihatan normal sewaktu dilahirkan. Bagaimanapun mereka akan mulai mengalami masalah anemia yang serius apabila mencapai usia di antara 13 hingga 18 bulan.
  • Tubuh pucat, lemah dan gelisah
  • Anemia yang serius boleh menyebabkan kesukaran bernafas
  • Jaundis
  • Tumbesaran terbantut
  • Perut buncit disebabkan pembengkakan hati dan limpa
  • Perubahan pembentukan tulang muka, pipi dan rahang yang tidak normal (tanda lewat)

Rawatan Talasemia

  • Pesakit perlu menjalani transfusi darah berterusan setiap bulan.
  • Transfusi darah berterusan akan menyebabkan pengumpulan zat besi dalam organ penting badan seperti hati, jantung dan kelenjar endokrin yang akhirnya merosakkan fungsi organ-organ tersebut.
  • Rawatan penyingkiran zat besi berlebihan perlu dilakukan dengan suntikan ubat Desferrioxamine.
  • Pemindahan sum-sum tulang sekiranya ada penderma sesuai di kalangan keluarga.

Suplemen Shaklee Untuk Pesakit Talasemia



  • B-Complex - membantu dalam meningkatkan tenaga yang diperlukan untuk membina sel darah merah.
  • Vitamin E - sebagai antioksidan yang membantu melindungi sel darah merah
  • Ostematrix - lengkap dengan Magnesium dan Vitamin D yang membantu meningkatkan tenaga
  • Energizing Soy Protein (ESP) - sangat disarankan kerana protin membantu di dalam pembinaan sel-sel baru dalam tubuh badan, termasuklah sel-sel darah merah. ESP juga membantu meningkatkan tenaga. 
  •  
PERINGATAN !!
ALFALFA & VITALEA TIDAK DIGALAKKAN UNTUK PESAKIT TALASEMIA


Hubungi saya untuk harga istimewa dan konsultasi PERCUMA !


Penghantaran percuma di kawasan Bagan Serai, Kuala Kurau, Parit Buntar, Taiping dan Nibong Tebal

No comments:

Post a Comment

Sharing is Caring