Kalsium merupakan salah satu sumber makanan yang sangat penting dalam
tumbesaran kanak-kanak. Oleh itu pastikan anda memberikan mereka sumber
makanan berkalsium atau suplemen tambahan kalsium. Ada beberapa makanan
yang mengandungi banyak kalsium dan boleh dimasukkan dalam senarai menu
harian mereka.
Susu
Ia minuman wajib dalam menu harian kanak-kanak. Umum sedia maklum
tentang pembekal sumber kalsium terbanyak yang ada dalam susu. Pastikan
anak-anak menikmati hidangan susu setiap hari tanpa halangan. Anda boleh
variasikan perisa susu seperti strawberi, coklat atau vanilla untuk
rasa yang lebih enak. Susu membantu pertumbuhan tulang dan gigi si
manja.
Keju
Selain susu keju juga makanan yang kaya dengan kalsium. Anda boleh
menambahkan keju pada roti atau makanan kegemaran si kecil. Hidangan
keju bagus untuk anak-anak yang sedang dalam proses tumbesaran.
Telur
Selain menjadi sumber protein, telur juga mengandung kalsium yang baik
untuk kanak-kanak. Kebanyakan kanak-kanak suka makan telur. Untuk
mengelakkan mereka bosan makan telur begitu sahaja, anda boleh
berkreatif dalam menyediakan hidangan telur. Antara menu cadangan
berasaskan telur seperti salad telur, omellete, telur hancur, sandwic
telur dan lain-lain lagi. Telur kaya dengan protein yang bagus diambil
secara rutin.
Brokoli
Memang lumrah kanak-kanak tidak mahu makan sayur-sayuran. Tetapi anda
tetap perlu menyuruh mereka makan sayur-sayuran terutama brokoli kerana
ia tinggi kandungan kalsium yang dapat membantu pertumbuhan tulang yang
sihat dan kuat.
Oren
Buah oren memang sedap dinikmati terutama ketika cuaca panas. Paling
penting ia kaya dengan kandungan kalsium. Biasakan si kecil menikmati
buah oren yang juga kaya dengan vitamin C bagi menguatkan sistem imun
badan anak anda.
Sumber : Pa&Ma
No comments:
Post a Comment