Friday 26 September 2014

Atasi Sakit Lutut Dengan Suplemen Shaklee

Ada tak di kalangan anda yang ibu bapa sakit lutut dan sukar nak berjalan jauh sehinggakan terpaksa solat duduk. Emak saya salah seorangnya. Sakit lutut emak saya terjadi sebab tergelincir dalam bilik air semasa bersihkan bilik air. Nasib la masa tergelincir tu tengah dalam keadaan mencangkung. Kalau tengah berdiri, nauzubillah. Lepas kejadian tu la mulanya emak dapat sakit lutut sehinggakan pergerakan terbatas dan terpaksa solat atas kerusi. Masa kejadian ni, produk Shaklee untuk kesihatan sendi belum ada lagi. So kami adik-beradik ikhtiar bawak p klinik, makan ubat klinik dan farmasi, bawak p cucuk.. tapi kesannya kejap je. Habis ubat, sakit datang balik. Memang kesian sangat tengok keadaan mak masa tu. Bila ajak jalan kemana-mana, memang mak surrender. Tak sanggup katanya.

Alhamdulillah tak lama lepas tu, Shaklee keluaran produk baru iaitu Advanced Joint Health Tablet (AJHT). Produk untuk kesihatan sendi. Pucuk di cita, ulam mendatang. Macam tau je saya memang nak sangat mak consume produk Shaklee untuk sakit lututnya. Tak tunggu lama, lepas je Shaklee launch AJHT, memang terus belikan untuk mak. Alhamdulillah, belum habis sebotol dah nampak kesan dan perubahan pada lutut mak. Mak dah boleh berjalan jauh dengan senang hati heheh dan boleh solat berdiri. Selain dari AJHT, saya bekalkan juga mak dengan Ostematrix. Jom saya kongsikan kebaikan AJHT dan Ostematrix untuk kesihatan sendi dan tulang.

Advanced Joint Health Tablet (AJHT)

 


AJHT mengandungi satu bentuk ekstrak Boswellia yang telah ditunjukkan didalam kajian klinik, mampu meningkatkan keselesaan sendi seawal 5 hari iaitu hampir 28% lebih pantas dari yang didakwa oleh satu jenama terkenal.

Kombinasi nutrien kesihatan sendi yang direka khas iaitu zinc, kuprum, manganese dan vitamin C memainkan peranan yang unik dan kritikal didalam membangunkan kolagen penghubung dan rawan yang sihat.

AJHT tidak mengandungi kondroitin iaitu satu bahan yang terbukti didalam ujian klinikal menghalang penyerapan glukosamin. AJHT adalah 100% bebas kekerang dan 100% vegetarian yang mana langsung tidak mengandungi sumber haiwan.

Manfaat Utama Advanced Joint Health Tablet

  • Memelihara tisu penyambung yang sihat dengan tambahan kuprum, zinc, manganese dan vitamin C yang bertindak membina kolagen
  • Menambahkan kebolehan pergerakan tanpa rasa sakit
  • Meningkatkan fleksibiliti sendi
  • Memperbaiki fungsi sesendi
  • Menyokong kesihatan sesendi untuk jangka masa panjang

Ostematrix



Kalsium yang isinya paling seimbang memastikan kadar penyerapannya adalah 99%. Formulanya unik, dibuat dari mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati, mengandungi kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron. Nutrien-nutrien ini perlu diambil bersama-sama untuk penyerapan oleh tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral. Kajian telah membuktikan suplemen kalsium akan meningkatkan ketumpatan tulang wanita yang telah berumur secara berkesan.


"Jisim tulang berkembang kepada maksima pada umur bermula 28 tahun dan mula menurun dengan cepat selepas umur 40 tahun"


Manfaat Utama Ostematrix

  • Menguatkan tulang - Kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi dan sistem saraf. Ia juga merawat tulang retak, osteomalacia (rickets dewasa), kuku rapuh, eczema, konvulsi/kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.
  • Memperbaiki kekejangan  dan kebas-kebas - Pengambilan 600mg kalisum sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan artritis.
  • Memperbaiki masalah haid - Kajian menunjukkan dengan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit waktu haid dan membantu membuang air kecil.
  • Meringankan stress - Ianya mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur selesa, memperbaiki jantung berdebar, gementar, mimpi buruk dan stress. Juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.
  • Magnesium - Ini adalah ion positif no.2 penting di dalam tubuh kita. Ianya menggalakkan komposisi tulang dan rawan. Membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot, menstabilkan denyutan tidak sekata pesakit jantung, memudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus, menghalang endapan kalsium, melarut dan mengurangkan formasi batu karang atau batu hempedu. Ianya juga penting untuk mereka yang mempunyai masalah fluktuasi glukos.
  • Zinc, Boron, Manganes, Kuprum - Memelihara metabolisma kerangka dan pertumbuhan otot, menyusun enzim yang diperlukan untuk membaiki tulang, rawan dan menghalang artritis.

 

Bagaimana Memilih Kalsium Yang Terbaik ?

  • Pilih produk yang ada Vitamin D dan Magnesium
  • Elakkan produk yang dibuat dari tulang dan dolomite untuk mengelak keracunan plumbum
  • Elakkan mineral chelated kerana proses tersebut boleh menyebabkan tubuh menyerap logam berat tercemar dan toksin dalam proses menyerap mineral


TAHUKAH ANDA ?
1 tablet Ostematrix = 1 gelas susu berkalsium tinggi = 80 biji badam


Banyakkan kebaikan Joint Health Tablet dan Ostematrix kalau kita berikan kepada mak ayah. Suka bila tengok mak ayah sihat dan cergas walaupun dah berusia. Rasa berbaloi sangat usaha kita berikan suplemen atau makanan tambahan yang terbaik untuk mereka. So, jangan lengah-lengah hadiahkan kepada mak ayah anda. InsyaAllah, produk Shaklee terbaik untuk kesihatan mereka. 

Order sekarang ! Tingkatkan tahap kesihatan anda hari ini !


No comments:

Post a Comment

Sharing is Caring