Vitamin E adalah vitamin larut lemak yang disimpan di dalam organ
tubuh seperti hati, jantung, kelenjar pituitari, testis, uterus, darah
dan otot. Namun, yang menariknya vitamin E ini ialah, 60-70% darinya
akan disingkirkan dari tubuh setiap hari (tidak semua disimpan dalam
badan) dan ia tidak menjadi toksik seperti vitamin A.
Vitamin E dikira dalam unit IU (international units) yakni 1 IU
bersamaan 1mg. Vitamin E terdiri dari 8 komponen dalam 2 kelas utama :
tocopherols dan tocotrinols yang terdiri dari komponen2, alpha, beta,
gamma dan delta. Vitamin E yang lengkap sepatutnya mengandungi kesemua 8
komponen tersebut. Alpha tocopherols adalah komponen yang paling aktif,
malah IU dikira berdasarla alpha-tocopherols. Akan tetapi, komponen
yang mempunyai nilai ) dalam IU seperti gamma-tocopherols adalah penting
dalam menjana antioksidan.
Khasiat Vitamin E
- Menjadikan anda tampak lebih muda dengan membantutkan penuaan sel yang disebabkan oleh radikal bebas.
- Melindungi paru2 dari pencemaran udara.
- Meningkatkan kuasa sel-T untuk melawan penyakit.
- Anti oksidan.
- Membekalkan oksigen ke sel-sel badan.
- Mengurangkan risiko Alzheimer (nyanyuk).
- Mengurangkan risiko keguguran bagi wanita hamil.
- Menyelesaikan masalah kelesuan.
- Mengurangkan risiko parut yang besar.
- Merendahkan kadar kolesterol.
- Membantu mencegah kanser.
- Merendahkan risiko katarak.
Vitamin E juga dikenali sebagai ‘vitamin cinta’ kerana ia boleh
membantu dalam perhubungan suami isteri. Malah wanita hamil, menyusukan
anak, mengambil sebarang pil hormon dan melalui fasa menopous memerlukan
vitamin E.

