Wednesday 24 September 2014

Pedih Ulu Hati Di Kalangan Ibu Hamil

Suka nak bercerita tentang kehamilan dan masalah-masalah kehamilan sekarang ni. Sebab saya pun sedang hamil 30 minggu. Tak lama dah nak tengok buat hati pengarang jantung kedua kami suami isteri :) Mana yang baik, saya akan kongsikan. Mana yang saya sendiri alami dan lalui, juga akan saya kongsikan. Sharing is caring :)

Saya percaya mesti ada dikalangan ibu-ibu hamil yang pernah mengalami pedih ulu hati atau omputih kata "heartburn". Macam mana rasa pedih ulu hati ? Pedih ulu hati ni rasa panas dan pedih seperti terbakar yang biasanya dirasakan pada bahagian bawah tekak sehingga ke bahagian bawah tulang dada. Ini berlaku apabila asid perut naik ke bahagian esofagus. Asid ini boleh naik hingga ke tekak atau mulut dan meninggalkan rasa masam dan pahit. Ini dipercayai berlaku akibat perubahan hormon dan fizikal dalam badan anda ketika hamil.

Simptom Pedih Ulu Hati

- pedih bahagian dada
- perut tidak selesa
- sukar menelan
- makanan tertolak dan rasa pahit
- berasid dalam mulut

Ketidakselesaan ini biasanya terjadi selepas makan atau minum, menyebabkan tidur ibu-ibu terganggu dan kurang selera makan.

Rawatan Semulajadi Pedih Ulu Hati

Kebiasaannya, pedih ulu hati boleh dikawal dan dipulihkan dengan menukar pengambilan makanan, terutama jika simptomnya agak ringan. Senarai rawatan semulajadi di bawah juga berupaya mencegah.

Sangat munasabah mengelakkan terus pencetus pedih ulu hati, termasuk :
- Jus buah-buahan : mengandungi asid semulajadi
- Coklat : melemahkan LES (esofagus bawah)
- Membongkok ke hadapan : memberi tekanan kepada perut
- Makanan pedas dan berminyak : melemahkan LES
- Minuman berkafein dan berkarbonat : melemahkan LES

Tukar Tabiat Makan

Amalkan tabiat pemakanan yang baik, termasuk :
- Makan sedikit, tetapi kerap. Tidak perlu makan untuk "dua orang".
- Kunyah makanan dengan perlahan
- Hindari makan berat 3 jam sebelum tidur
- Duduk tegak, terutama semasa makan, bagi mengalihkan tekanan dari perut
- Elakkan berbaring 1-2 jam selepas makan. Jika terpaksa, baring di sisi sebelah kiri bagi membantu asid turun ke usus dengan lebih cepat dan mengelakkan reflux.
- Elakkan minum ketika makan
- Berjalan-jalan selepas makan dapat membantu penghadaman

Pemakanan Baik Ketika Hamil

1. Dadih dan Susu
Beberapa sudu dadih asli dapat membantu kerana probiotik dalam dadih menyeimbangkan kadar asid manakala bakteria dalam usus yang menyebabkan penyakiy. Sebagai alternatif, gantikan dengan segelas susu.

2. Gula Getah
Mengunyah gula getah menggalakkan rembesan air liur selain menyegarkan nafas. Ini mengurangkan keasidan dalam esofagus. Ia juag mengandungi bikarbonat yang berfungsi menyeimbangkan asid yang masuk ke dalam esofagus.

3. Betik
Betik mengandungi enzim penghadaman yang dapat membantu melegakan perut.

4. Air Kosong
Pedih ulu hati juga dikaitkan dengan dehydration, jadi minum air 8-10 gelas sehari. Namun elakkan meminum dengan banyak pada satu-satu masa.

Suplemen Shaklee Yang Dicadangkan

Sekiranya rawatan secara semulajadi tidak berkesan, cuba dapatkan makanan tambahan atau ubat-ubatan yang dicadangkan oleh pakar pemakanan atau doktor.

1. Peppermint Ginger Plus Shaklee


Peppermint-Ginger Plus Shaklee adalah suplemen yang dirumuskan khas dari 4 jenis herba iaitu Daun Pudina, Halia, Adas dan Cekur Manis yang membantu melegakan pedih ulu hati. Selain itu, ianya juga membantu melegakan masalah gastrik, badan berangin dan cirit-birit. 

Daun Pudina merangsang mengeluarkan peluh yang dapat menyekat demam apabila seseorang itu dijangkiti selsema. 

Halia merangsang rembesan enzim Salvia untuk pencernaan makanan. Ia membantu melegakan ketidakselesaan perut dan usus, sakit haid, loya dan mual angin ketika mengandung.

Pokok Adas bertindak melegakan kembung perut dan membantu dalam masalah alergi pada saluran usus.

Cekur Manis membantu melegakan masalah perncernaan dan gejala batuk dan kahak.

2. Energizing Soy Protein (ESP)

 

Protein yang terkandung di dalam ESP bertindak memperbaharui lapisan mukosa yang rosak dan juga bersifat alkali yang dapat meneutralkan asid perut yang terlalu banyak.

Testimonial Pedih Ulu Hati






Ini di antara testimonial pengguna suplemen Shaklee untuk mengatasi masalah pedih ulu hati dan juga gastrik. Dua suplemen yang dicadangkan ini sesuai dan boleh di ambil oleh ibu hamil. Jangan biarkan pedih ulu hati berlarutan ketika hamil. 

Untuk dapatkan suplemen Shaklee, hubungi saya sebagai pengedar sah Shaklee anda !


Order sekarang ! Tingkatkan tahap kesihatan anda hari ini !


1 comment:


  1. Info yang menarik dan berguna mengenai rawatan pedih ulu hati. Selain itu, pengambilan makanan daripada produk tenusu juga harus dielakkan kerana ia juga boleh mengundang masalah pedih ulu hati atau gastrik.

    ReplyDelete

Sharing is Caring