Monday 15 September 2014

Ostematrix Shaklee Terbaik Untuk Ibu Hamil

Tahukah anda, ibu mengandung memerlukan lebih kalsium berbanding orang biasa. Kenapa dan sebab apa? Jom saya ceritakan...

Apa Itu Kalsium ?

Kalsium adalah nutrien yang diperlukan dalam badan untuk membina tulang dan gigi yang kuat. Kalsium juga membolehkan darah beku seperti biasa, otot dan saraf untuk berfungsi dengan baik dan jantung berdegup dengan normal. Kebanyakan kalsium dalam badan anda ditemui di dalam tulang anda.

Kepentingan Kalsium Semasa Hamil

1. Penting Ketika Proses Ovulasi - Proses ovulasi atau pembenihan yang menyebabkan terjadinya kehamilan juga melibatkan kalsium didalamnya. Ia memberi tenaga kepada sperma untuk bergerak ke rahim. Komponen kalsium berada di hujung depan sperma dan membantunya memasuki membran sel telur.

2. Untuk Tulang - Tulang adalah organ tubuh yang mengandungi 2 jenis kalsium iaitu karbonat dan fosfat. Kedua-duanya membentuk tulang yang kuat dan padat. Keperluan kalsium harian wanita hamil meningkat kerana proses pembesaran janin. Jika pengambilan kalsium kurang, janin akan mengambil kalsium daripada tulang ibunya. Akibatnya tulang ibu kurang kalsium dan menjadi rapuh.

3. Untuk Gigi - Jika badan ibu kekurangan kalsium, gigi akan mula rapuh, berlubang, goyang dan tanggal. Itu sebabnya kehamilan juga dikaitkan dengan permasalahan gigi dan ketika hamil ibu memerlukan rawatan gigi.

4. Untuk Jantung - Kehamilan menyebabkan kerja jantung bertambah berat. Apa yang menyebabkan jantung berdenyut dan mengepam secara berterusan ? Jawapannya ialah KALSIUM. Ketika jantung mengepam, ion kalsium mengatur degupannya. Kalsium pula mengaktifkan protein untuk menggerakkan otot jantung mengempis dan mengembang. Kekurangan kalsium melemahkan kemampuan otot jantung berdegup dan menyebabkan pelbagai penyakit jantung.

5. Untuk Sistem Imun - Sistem ketahanan tubuh bertindak melindungi unsur asing manakala ion kalsium yang pertama memberi tanda bahaya dan mengarahkan sistem ketahanan badan bertindak melawan musuh dengan mengubah bentuk dan memusnahkannya. Jika ibu kekurangan kalsium, sistem kekebalan tubuh akan terganggu dan akan memberi kesan seperti keradangan kulit dan jerawat.

6. Untuk Pertumbuhan dan Kesihatan Janin - Selama pertumbuhannya, janin memerlukan 13mg kalsium daripada ibunya bagi menjamin pertumbuhan tulang dan gigi janin yang kuat.

Saya sendiri sedang hamil dan mengamalkan pengambilan Ostematrix secara konsisten iaitu 4 biji setiap hari sebelum tidur. Memang banyak perbezaan mengandung kali ini dengan mengandung 3 tahun lepas yang ketika itu hanya bergantung kepada susu ibu-ibu hamil. Jom saya kongsikan perbezaan sebelum ambil Ostematrix dan selepas ambil Ostematrix semasa hamil.

Perbezaan Sebelum Amalkan Ostematrix 

1. Susah bangun pagi dan badan terasa letih
2. Sakit nak bersalin lama dan kerap kencing
3. Sering lenguh pinggang dan kaki. Padahalnya saya tak pernah skip minum susu waktu pagi dan sebelum tidur.
4. Mengalami sembelit yang teruk di akhir kehamilan dan ketika dalam pantang. Pengalaman yang mengerikan bila sembelit semasa berpantang ni !!
5. Kaki dan tangan kerap kebas


Perbezaan Selepas Amalkan Ostematrix

1. Tiada sakit pinggang dan lenguh kaki
2. Tiada masalah sakit gigi
3. Tidur sangat lena dan badan segar bila bangun pagi
4. Tiada sembelit lagi ketika mengandung. Sangat lawas dan dapat membuang setiap pagi dengan selesa
5. Badan lebih bertenaga
6. Tiada lagi kebas di kaki dan tangan


Kepentingan Kalsium




Jom dapatkan Ostematrix Shaklee untuk keperluan kalsium tubuh badan anda !


Order sekarang ! Tingkatkan tahap kesihatan anda hari ini !

 

No comments:

Post a Comment

Sharing is Caring