Wednesday 17 September 2014

Kenali Punca Hemoglobin Rendah (Hb Rendah)

Hemoglobin (Hb) adalah molekul protin di dalam sel darah merah yang bergabung dengan oksigen dan karbon dioksida untuk diangkut melalui sistem peredaran darah ke tisu-tisu dalam badan. Ion besi dalam bentuk Fe+2 dalam hemoglobin memberikan warna merah pada darah. Dalam keadaan normal 100ml darah mengandungi 15ml hemoglobin yang mampu mengangkut 0.03gram oksigen.

Aras hemoglobin biasanya ditentukan sebagai jumlah hemoglobin dalam gram (gm) bagi setiap dekaliter (100 mililiter). Aras hemoglobin normal bergantung kepada usia, awal remaja dan jantina seseorang itu.

Aras Hemoglobin Normal

1. Baru Lahir : 17 - 22 gm/dl
2. Usia Seminggu : 15 - 20 gm/dl
3. Usia Sebulan : 11 - 15 gm/dl
4. Kanak-Kanak : 11 - 13 gm/dl
5. Lelaki Dewasa : 14 - 18 gm/dl
6. Wanita Dewasa : 12 - 16 gm/dl
7. Lelaki Separuh Usia : 12.4 - 14.9 gm/dl
8. Wanita Separuh Usia : 11.7 - 13.8 gm/dl

Sebab Utama Hemoglobin Rendah (Hb Rendah)

1. Kehilangan Darah - Kecederaan teruk, pembedahan
2. Kekurangan Vitamin - Kurangnya vitamin zat besi, B12 dan folat (vitamin B9)
3. Masalah Sum-Sum Tulang - Penggantian sum-sum tulang disebabkan barah
4. Kegagalan Buah Pinggang
5. Hemoglobin Tidak Normal

Tanda Hemoglobin Rendah (Hb Rendah)

1. Perasaan lemah dan cepat letih
2. Sukar bernafas dan jantung berdebar
3. Pucat pada bibir dan sekeliling mulut
4. Pening dan pitam kerana kurangnya oksigen sampai ke otak
5. Kesakitan di dada yang di akibatkan oleh oksigen ke jantung tidak mencukupi
6. Kurang selera makan
7. Kehilangan berat badan
8. Mental bercelaru akibat kekurangan vitamin B12
9. Sakit kepala

Cadangan Makanan Bagi Hemoglobin Rendah 

1. Makanan yang kaya dengan zat besi - kerang, kekacang, kentang, daging tanpa lemak, kismis, buah prun
2. Makanan yang kaya dengan vitamin B12 - Bijirin, ikan salmon, keju, telur (kuning telur sumber terkaya vitamin B12), susu, yogurt, lobster
3. Makanan yang kaya dengan vitamin B9 (folat) - kekacang, hati haiwan, sayur bayam (sebaiknya bayam merah), brokoli, buah alpukat, tomato, jagung, labu, pisang, asparagus, strawberi.

Cadangan Suplemen Shaklee Bagi Hemoglobin Rendah

1. Vitalea


Setiap tablet Vitalea Shaklee mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting.



Keistimewaan Vitalea Shaklee

  • 2 kali lebih antioksidan untuk mencegah kerosakan fungsi imun berpunca daripada radikal bebas
  • 2 kali lebih kalsium untuk pembentukan tulang
  • 2 kali lebih magnesium untuk mengekalkan rentak jantung, otot dan fungsi saraf
  • 2 kali lebih beta karotena untuk membentuk vitamin A yang lebih biopotent
  • 3 kali lebih selenium untuk melindungi paru-paru, kolon dan prostat
  • 3 kali lebih vitamin K untuk menyokong proses pembentukan tulang
  • 6 kali lebih boron untuk menyokong kesihatan tulang
  • 10 kali lebih biotin untuk menyokong proses pengeluaran tenaga


Tentu anda sudah memahami tentang hemoglobin. Tolong jangan abaikan dan ambil ringan masalah hemoglobin rendah terutamanya ibu hamil. Pastikan hemoglobin anda berada di paras normal untuk mengelakkan risiko-risiko yang tidak diingini.

Jom dapatkan Vitales Shaklee anda !


Order sekarang ! Tingkatkan tahap kesihatan anda hari ini !

 

No comments:

Post a Comment

Sharing is Caring