Wednesday, 17 July 2013

Tips Dapatkan Berat Ideal Selepas Bersalin

Masalah berat badan dan bentuk badan berubah selepas melahirkan bayi adalah perkara biasa. Bagaimanakah saya boleh mengurangkan berat badan dengan selamat selepas bersalin?

Bukan semua wanita bertuah mendapat kembali berat dan bentuk badan asal mereka. Sebelum membuat keputusan untuk mengikuti sebarang proses diet bagi mengembalikan semula badan yang langsing dan cergas, fahami terlebih dahulu apa yang boleh dan tidak boleh.

Sebaiknya tunggulah lebih kurang enam minggu selepas melahirkan bayi sebelum anda berfikir mengenai proses menguruskan badan. Ingatlah bahawa perubahan bentuk badan tetap berlaku sepanjang kehamilan.

Tuesday, 16 July 2013

Kenapa Suplemen Shaklee Penting Untuk Ibu Menyusu ?




Pentingnya suplemen kepada ibu-ibu yang menyusukan adalah kerana ianya mengandungi vitamin-vitamin lengkap yang akan membantu meningkatkan lagi pengeluaran susu badan dengan lebih cepat. 

Cara Terbaik Wanita Hamil Berbuka Puasa

Tiada pelan makanan khas yang perlu anda ikuti, tetapi anda boleh mencuba salah satu tip-tip berikut sebagai cara terbaik untuk berbuka. 
Mulakan dengan :

1. Tiga biji kurma dan jus (bagus untuk menormalkan semula tahap gula yang rendah dalam darah). 
 2. Susu atau yogurt rendah lemak.
3. Sup jernih.

Kemudian, makanlah hidangan seimbang yang mengandungi :

1. Sepinggan salad atau ulam-ulaman sebagai hidangan pembuka selera.
2. Protein daripada ayam, daging atau ikan, atau lentil, kacang pis atau kekacang.
3. Karbohidrat kompleks daripada nasi beras perang dan roti bijian penuh dan banyakan sayur-sayuran.

Elakkan hidangan berlemak tinggi untuk mencegah pertambahan berat, pengambilan makanan kurang berkhasiat dan mengalami ketakcernaan.

Monday, 15 July 2013

Alfalfa Complex Shaklee Buat Suami Tak Keluar Bilik !!

Salah satu produk Shaklee yang hot  adalah Alfalfa Complex. Ada yang panggil Vitamin Cinta hehhe... Yang dah cuba pasti tahu kenapa ada yang menggelarkan vitamin cinta :)


Set Penyusuan Shaklee

Sekarang ni sana sini ramai bercakap tentang penyusuan bayi. Kalau dulu, ramai yang tak kisah sangat tentang penyusuan bayi. Berbeza dengan sekarang, tak kira ibu itu bekerja atau tidak, masing-masing menetapkan niat mahu menyusukan bayi sehingga berusia dua tahun. Satu perkembangan yang sangat positif di dalam dunia penyusuan bayi.

Bila bercakap tentang penyusuan bayi, produk Shaklee turut diperkatakan kerana mampu "membanyakkan susu" dan "memekatkan susu". Ada yang positif tentang perkara ini dan ada juga yang berfikiran negatif. 

Sunday, 14 July 2013

Atasi Pedih Ulu Hati Dengan Shaklee

Pernah tak anda rasa dada atau tengah-tengah perut macam terbakar atau rasa panas dan pedih? Masa tu rasa serba tak kena dan tak selesakan. Sebenarnya itu adalah simptom pedih ulu hati. Sape-sape yang pernah kena pedih ulu hati ni tau la macam mana rasanya. Pedih ulu hati ni boleh dirasakan naik dari dada ke leher, tekak dan juga rahang.


Punca Pedih Ulu Hati

Masalah pedih ulu hati adalah disebabkan oleh refluks asid daripada perut ke dalam esofagus. Esofagus ialah satu tiub atau saluran yang menghubungkan mulut dan perut anda. Fungsinya adalah untuk menyalurkan makanan terus ke dalam perut.

Tips Ketika Berpuasa

Meskipun berpuasa namun anda harus tampil segar dan bertenaga. Ikuti tips yang boleh diikuti ini.


  • Sambut Ramadhan dengan senang hati yang memberi pengaruh pada kualiti puasa anda. Dalam keadaan senang hati, hormon epinefrin, endorphin dan aktiviti glucagon meningkat sehingga tubuh lebih kuat untuk menghadapi puasa. 
  • Jangan tinggalkan sahur kerana ia merupakan salah satu rangkaian dalam ibadah puasa yang amat disarankan. Ketika berpuasa, tubuh kita tidak mendapat gizi lebih dari 14 jam. Untuk itu sel-sel tubuh memerlukan gizi dan tenaga dalam jumlah yang mencukupi.
  • Berbuka dengan kurma dan air madu untuk memulihkan kadar gula dalam darah dengan cepat. Kemudian, terus bersolat sebelum kembali menikmati juadah yang lebih berat pula.
  • Hindari berbuka dengan minuman sejuk kerana ia akan menyebabkan perjalanan darah tidak berada dalam keadaan optimum.
  • Kunyah makanan dengan baik agar proses pencernaan mmenjadi lebih mudah dan ringan.
  • Kurangkan pengambilan makanan berlemak, makanan yang diawetkan, penambah perisa, minuman bergas dan bahan masakan yang tajam seperti cuka, cili ataupun asam.
  • Minum banyak air putih untuk melancarkan perjalanan darah dan mencegah dehidrasi.
Credit : Mingguan Wanita

Sharing is Caring