Sunday, 14 July 2013

Tips Ketika Berpuasa

Meskipun berpuasa namun anda harus tampil segar dan bertenaga. Ikuti tips yang boleh diikuti ini.


  • Sambut Ramadhan dengan senang hati yang memberi pengaruh pada kualiti puasa anda. Dalam keadaan senang hati, hormon epinefrin, endorphin dan aktiviti glucagon meningkat sehingga tubuh lebih kuat untuk menghadapi puasa. 
  • Jangan tinggalkan sahur kerana ia merupakan salah satu rangkaian dalam ibadah puasa yang amat disarankan. Ketika berpuasa, tubuh kita tidak mendapat gizi lebih dari 14 jam. Untuk itu sel-sel tubuh memerlukan gizi dan tenaga dalam jumlah yang mencukupi.
  • Berbuka dengan kurma dan air madu untuk memulihkan kadar gula dalam darah dengan cepat. Kemudian, terus bersolat sebelum kembali menikmati juadah yang lebih berat pula.
  • Hindari berbuka dengan minuman sejuk kerana ia akan menyebabkan perjalanan darah tidak berada dalam keadaan optimum.
  • Kunyah makanan dengan baik agar proses pencernaan mmenjadi lebih mudah dan ringan.
  • Kurangkan pengambilan makanan berlemak, makanan yang diawetkan, penambah perisa, minuman bergas dan bahan masakan yang tajam seperti cuka, cili ataupun asam.
  • Minum banyak air putih untuk melancarkan perjalanan darah dan mencegah dehidrasi.
Credit : Mingguan Wanita

No comments:

Post a Comment

Sharing is Caring