Saturday, 28 February 2015

Cara Mudah Mencegah dan Merawat Demam Denggi


Denggi !! Merata-rata tempat dilaporkan kes demam denggi meningkat dan terus meningkat. Pada minggu ketujuh 2015 sahaja, sejumlah 2,759 kes demam denggi dilaporkan. Jumlah kumulatif kes demam denggi dari Januari hingga 21 Februari 2015adalah sebanyak 21,310 kes, berbanding hanya 13,915 kes yang dilaporkan bagi tempoh yang sama tahun lepas.

Bahaya ke demam denggi ni ? Sangat bahaya !

Jadi bagaimana nak cegah denggi dan rawati pesakit denggi ?





Sehingga kini tiada ubat-ubatan khusus untuk merawat demam denggi ini. Kalau di hospital pun, rawatan yang diberikan hanya dengan masukkan air bagi mengelakkan badan dari dehidrasi. Oleh itu, penting untuk kita cegah dan lindungi diri dan keluarga dari nyamuk Aedes.

Cara-Cara Pencegahan

  • Elakkan gigitan nyamuk dengan menggunakan ubat nyamuk, gunakan kelambu semasa tidur.
  • Elakkan aktiviti semasa nyamuk aktif menggigit (5.30 pagi - 8.00 pagi dan 5.30 petang - 8.00 malam), terutama di kawasan yang terbabit denggi
  • Menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk
  • Buang semua bekas yang boleh menakung air hujan atau lebihan air terutama di dalam besen, tayar lama, bekas bunga, bekas plastik dan tong. 
  • Letakkan bahan pembunuh jentik-jentik di dalam bekas takungan
  • Kerap tukar air di bekas minuman haiwan peliharaan
  • Jauhkan diri dari kawasan pembinaan kerana dilaporkan kawasan ini yang banyak ternak Aedes
  • Digalakkan untuk makan makanan yang tinggi nutrisi dan bervitamin 

Nutrisionist Shaklee menyarankan pesakit mengambil 4 jenis suplemen untuk mencegah dan merawat demam denggi, iaitu :

1. Performance Drink


Performance Drink membantu meningkatkan cecair elektrolit di dalam badan dan mencegah badan dari dehidrasi.

Performance Drink merupakan satu-satunya minuman isotonik bebas karbonat, kurang gula, bebas perasa dan bebas pewarna tiruan
 

2. Sustained Release Vitamin C Plus

 
Fungsi Vitamin C membantu meningkatkan sistem imunisasi badan. Ianya juga membantu meningkatkan sel darah putih untuk membunuh bakteria dan virus denggi dalam badan untuk mengelakkan simptom semakin teruk.

3. Nutriferon



Pengambilan Nutriferon penting untuk meningkatkan imunisasi dalam tubuh bagi melawan penyakit.


4. ESP


Fungsi ESP untuk memberi tenaga pada pesakit denggi. Ini kerana semasa pesakit derita demam denggi, banyak vitamin, mineral dan cecair yang hilang dari tubuh badan.

Oleh itu, ESP membantu untuk menyimpan semula vitamin dan mineral yang baru di ambil untuk kesihatan tubuh. Ini kerana fungsi ESP adalah membaiki sel.


Sama-sama kita cegah denggi. Sayangilah diri dan orang tersayang.

Tiada Aedes, Tiada Denggi !!
 

Sekiranya anda berminat untuk mendapat Set Denggi serta konsultasi percuma, hubungi saya di talian berikut :


atau
 
 



Cara Hilangkan Parut Chickenpox Supaya Kekal Cantik Macam Che Ta

Chickenpox atau lebih dikenali sebagai cacar air. Kalau di tempat saya panggil "demam pelentung". Ia disebabkan oleh virus Varicella dan amat mudah berjangkit. Ia berlaku pada semua peringkat umur terutama pada kanak-kanak. Ia lebih teruk sekiranya berlaku pada orang dewasa. Jangkitan adalah melalui sentuhan atau titisan cecair daripada orang yang dijangkiti. Jangkitan juga berlaku melalui bahan tercemar dengan cairan cacar seperti pada pakaian atau tuala dari penghidap chickenpox.

Penghidap chickenpox boleh merebakkan virus sehingga 48 jam sebelum ruam timbul dan boleh terus menjangkitkan orang lain sehingga cacar air menjadi kering dan berkeruping.



Tanda dan Gejala


Penghidap chicken pox akan mengalami demam dengan bintik-bintik merah pada kulit. Kawasan bintik-bintik merah melibatkan muka, kepala, dada, belakang dan akhirnya seluruh tubuh. Ruam chicken pox akan timbul kurang dari 2 minggu selepas jangkitan berlaku.

Bintik-bintik merah yang baru akan mula timbul dalam beberapa hari dan bilangan boleh mencecah ratusan biji dan kemudian membentuk gelembung berisi air. Bila gelembung berisi air pecah ia menjadi kering dan berkeruping. Rasa gatal sederhana atau teruk menyebabkan pesakit akan menggaru dan akhirnya menyebabkan parut.

Gejala lain ialah sakit perut, tiada selera makan, sakit kepala, rasa tidak selesa, letih dan terganggu. Penghidap juga ada batuk ringan, hidung berair dua hari sebelum bintik-bintik merah timbul.

Nak tengok tak kisah Puan Nur Hidayah yang kena chickenpox pada usia dewasa. Serius mengerikan !! Rasa hilang keyakinan bila tengok parut kekal dan berlubang di muka.

Jom tengok !





Haa macam tak percayakan parut kekal teruk tu boleh hilang dalam tempoh sebulan. Mesti ada yang was-was kan. Tapi itulah hakikat yang Puan Nur Hidayah hadapi. Alhamdulillah kulit beliau kembali normal malah bertambah cantik !

So sekiranya anda menghadapi masalah yang sama seperti Puan Nur Hidayah ini, jangan cepat patah semangat. Ada cara untuk hilangkan parut chickenpox supaya kekal cantik macam Che Ta !

Nak cuba hilangkan parut chickenpox ? Boleh hubungi saya di talian berikut (konsultasi diberikan sepenuhnya).


atau


Thursday, 26 February 2015

3 Tips Mudah Atasi Stress Agar Sentiasa Awet Muda

Hidup ini penuh dengan cabaran, dugaan dan masalah. Kalau tak pandai nak tangani memang kita akan stress dan hati rasa tak tenang je. Serba-serbi tak kena.

Stress ni bahaya tau ! Banyak penyakit boleh datang melalui tekanan. Tu sebab kita kena pandai control stress. Kalau asyik stress je, muka cepat nampak tua tau ! hehehe...

So, macam mana anda kawal stress ?


Saya tertarik dengan video dari Puan Lyna Noh ni. Beliau kongsikan tips bagaimana cara hidup lebih gembira dan tenang selalu.

Saya sendiri lihat video ni rasa sangat tenang dan tips Puan Lyna ini sangat membantu untuk hidup bebas dari tekanan dan hidup dengan penuh kesyukuran.



Nampak mudahkan ? Tapi saya sendiri belum dapat ikut setiap tips yang diberikan. Kalau betul-betul follow tips ni, mesti tak stress kan hehe.. muka pun nampak awet muda je hehe..

Jom sama-sama kita amalkan !

Thursday, 12 February 2015

Cara Atasi Sembelit Semasa Berpantang Agar Tidak Serik Beranak Lagi

Ramai di kalangan ibu berpantang yang mengadu dengan saya menghadapi masalah sembelit semasa tempoh berpantang. Sembelit dalah masalah biasa semasa hamil dan juga berpantang. kira-kira 30 hingga 40 peratus wanita hamil dan dalam peringkat awal berpantang mengalami masalah sembelit.

Teringat ketika saya melahirkan anak sulung, Adam Haziq. Masa tu saya masih belum mengenali Shaklee. Bersalinkan Adam dengan kaedah Vacuum adalah pengalaman yang mengerikan kerana kesan koyakan yang banyak dan tidak teratur. Kesan koyakan saya ketika itu menghampiri ke bahagian dubur. Bayangkan macam mana fobianya saya untuk melepaskan hajat. Ketika itu saya bergantung kepada ubat melembutkan najis yang doktor beri. Berbeza pula dengan anak kedua, Adeeba Zahra. Bersalin normal tapi tetap kena gunting untuk mempercepatkan kelahiran. Dari awal mengandung sehingga bersalin saya consume Set Kehamilan Shaklee dan Set Bersalin Shaklee. Hari pertama kelahiran saya dah siap sedia dengan Ostematrix Shaklee. Alhamdulillah, saya tiada masalah sembelit sepanjang tempoh berpantang. 

Punca Sembelit

Sembelit diakibatkan oleh diet yang tidak seimbang semasa berpantang dan mungkin disebabkan kesan hormon kehamilan yang masih ada dalam badan ibu tersebut pada peringkat awal selepas bersalin. Hormon ini memperlahankan pergerakan makanan melalui saluran penghadaman anda. Sesetengah pil zat besi yang di ambil pada tempoh ini juga boleh membuatkan sembelit menjadi lebih teruk.




Ostematrix adalah di antara suplemen wajib saya. Saya akan ambil 4 biji Ostematrix setiap hari sebelum tidur.

Bagi yang yang memang mengalami masalah sembelit ketika berpantang atau semasa hamil, ambillah 4 biji Ostematrix sebelum tidur untuk membantu proses pembuangan anda menjadi lebih lancar
selesa.

Selain dari itu juga, ibu berpantang juga boleh mengambil Alfalfa Complex untuk memudahkan pembuangan. Ianya juga adalah milkbooster bagi ibu-ibu yang menyusukan bayi.

Jom saya kongsikan pengalaman ibu berpantang yang mengalami sembelit teruk semasa tempoh berpantang anak pertama sehingga rasa serik untuk beranak lagi.

Segalanya berubah setelah beliau mengenali dan mengamalkan produk Shaklee.





Sangat mudahkan ! Berpantang dengan Set Berpantang Shaklee yang mengandungi Ostematrix dan Alfalfa Complex akan membuatkan anda rasa lebih bertenaga dan bebas daripada sembelit !

Dapatkan Ostematrix dan Alfalfa Complex untung mengatasi masalah anda sembelit ketika berpantang. InsyaAllah pasti puas hati seperti ibu-ibu lain yang dah merasai keberkesanannya.

Jika anda ibu-ibu berpantang yang mengalami sembelit ketika berpantang dan ingin ikhtiar dengan Ostematrix dan Alfalfa Complex, boleh hubungi saya di talian berikut (konsultasi diberikan sepenuhnya) : 



atau


Thursday, 20 November 2014

Ikuti Cara Berkesan Berhenti Merokok Kalau Sayangkan Anak Isteri

Setiap kali tanya suami, bila nak berhenti merokok.. Ini la jawapannya. "Ye, abang janji akan berhenti merokok. Tengah usaha la ni". Hmm.. kata usaha, tapi tak juga berhenti merokok. Janji tinggal janji !!. Kita sebagai isterinya, usaha la cari pelbagai cara berkesan berhenti merokok. Tapi nak buat cara apa lagi kalau dah suami pun endah tak endah.


Mesti ramai isteri-isteri yang menghadapi keadaan sebeginikan ? Rimas setiap kali tengok suami merokok. Bila nak basuh baju je, kuat bau rokok yang melekat dekat baju dan seluar suami. Lebih menyedihkan anak-anak pula kerap tidak sihat. Demam la.. batuk dan selsema la. Paling teruk kena asma. Mungkin sebab kerap hidu bau asap rokok.

Sampai bila nak berhadapan keadaan macam ni ??

Tips Berhenti Merokok

1. Bersihkan dan buangkan semua rokok yang ada di dalam simpanan. Sembunyikan atau buangkan bekas abu rokok yang terdapat di rumah, dalam kereta atau di pejabat.

2. Melengah-lengahkan apabila setiap kali rasa nak merokok seperti melambat-lambatkan mencari rokok. Sekiranya rokok berada di tangan, jangan nyalakan terus. Tunggu 5 ke 10 minit. Kesudahannya keinginan merokok tu akan hilang dengan sendirinya.

3. Banyakkan minum air masak. Elakkan dari minum minuman berkafein kerana minuman tersebut membuatkan keingin merokok itu bertambah selepas minum.

4. Buat sesuatu yang boleh mengalihkan fikiran anda daripada merokok. Seperti bersenam, jogging, keluar bersiar-siar, berkebun dan sebagainya.

5. Selalu ingat kebaikan tidak merokok setiap kali ada keinginan hendak merokok. Senaraikan kebaikan tidak merokok dan sebut selalu. Contohnya isteri makin sayang, anak-anak sentiasa sihat dan ceria.

6. Jika rasa ingin merokok, cuba cari sesuatu makanan untuk dikunyah. Cari bahan kunyahan yang sihat seperti kacang. Kunyah adalah cara mudah untuk berhenti merokok.

Cara Berkesan Berhenti Merokok 

Bukan mudah bagi seorang perokok tegar untuk berhenti merokok. Tetapi sebenarnya ada cara berkesan dan mudah untuk beliau berhenti merokok dengan rela hati.

Hanya dengan membancuh 1-2 sudu Vivix Shaklee bersama air masak atau minuman lain seperti ribena ke dalam minuman suami.



Perhatikan dalam tempoh seminggu, insyaAllah suami tiba-tiba berubah loya dengan tengok rokok dan dengan rela hati buang rokok tersebut.

Tak percaya ?

Vivix Shaklee telah terbukti berkesan membantu ramai perokok tegar menghentikan tabiat tidak sihat ini.

Jom saya kongsikan video temubual pengalaman seorang perokok tegar dengan Vivix Shaklee.





Teruja tak ?

Ini bukan omong kosong tau. Memang terbukti Vivix membantu mereka yang ingin berhenti merokok dengan berkesan dan mudah.

Jikalau anda sayangkan isteri dan anak-anak anda, dapatkan Vivix Shaklee segera. Saya akan bantu anda dan berikan konsultasi terbaik.

Bagi isteri di luar sana yang nak sangat suami berhenti merokok, hubungi saya segera !


Order sekarang ! Tingkatkan tahap kesihatan anda hari ini !


ATAU


Monday, 17 November 2014

Cara Atasi Bau Badan Agar Mudah Didekati Macam Selebriti

Eeee... muka cantik, badan berbau !!  Penampilan dah cukup menawan, wajah anggun, kerjaya yang stabil tapi mempunyai masalah bau badan yang kurang menyenangkan.




Adakah anda mempunyai masalah sebegini ? Mungkin ada sesetengah orang yang tidak peka menganggap ianya perkara biasa, tetapi hakikatnya perlu diambil berat kerana perkara ini akan parah jika tidak dibendung segera. Terutama kaum wanita, aspek kebersihan diri amat penting. Masalah ini tidak boleh ambil ringan kerana boleh menyebabkan seseorang itu hilang keyakinan dan rasa malu serta rendah diri untuk bergaul dengan dengan rakan sepejabat atau orang sekeliling. Mungkin juga ada rakan-rakan yang tidak suka nak mendekati anda kerana tidak selesa dengan bau badan anda. Paling menakutkan sekiranya sukar mendapat jodoh atau bagi yang telah berkahwin, ianya mengganggu hubungan suami isteri.

Faktor dan Fahami Punca Bau Badan


1. Tidak Menjaga Kebersihan Diri

Punca sebegini tidak terdapat pada semua orang. Mungkin ada sesetengah mereka yang kurang menjaga kebersihan diri seperti mandi sekali atau dua kali sehari, "mandi koboi" dan jarang menukar pakaian dalam tempoh 24 jam.

2. Faktor Pemakanan

Apa yang kita makan juga menjadi salah satu faktor bau badan. Sekiranya banyak minum minuman berkafein dan makan makanan berempah yang mengandungi banya bawang putih dan bawang merah juga boleh menyebabkan bau badan dan bau ketiak samada lelaki atau perempuan. Kurangkan atau elakkan makanan seperti rempah, bawang putih, kafein dan kekacang.

3. Faktor Genetik

Ianya juga boleh menjadi punca bau badan kerana faktor kelenjar peluh atau bekerja terlalu aktif.

4. Toksin di dalam Badan

Ini berlaku akibat pengumpulan bahan buangan hasil daripada proses pencernaan yang tidak sempurna maka toksin-toksin terkumpul di dalam badan. Toksin akan disingkirkan sekiranya saluran penghadaman usus, ginjal dan hati berfungsi dengan baik.


Cara Atasi Bau Badan

  1. Mandi lebih kerap sekurang-kurangnya 3 kali sehari 
  2. Gunakan sabun antiseptik yang mengandungi bahan yang mampu membunuh bakteria dan mengatasi bau badan
  3. Pakai pakaian yang berasaskan dari fabrik kapas yang menyerap peluh dan longgar
  4. Pakai deodoran anti-perspirant yang mengandungi bahan antiseptik untuk membantu mengelakkan badan berbau
  5. Elakkan makan terlalu banyak makanan berempah, bawang putih, bawang merah, kekacang dan minuman berkafein
  6. Cukur bulu ketiak atau rerambut halus seperti di kemaluan kerana apabila terlalu lebat, peluh bercampur bakteria menghasilkan bau badan yang kurang enak

 

Petua Atasi Bau Badan


1. Ambil beberapa helai daun sirih. Rendamkan di dalam air panas. Biarkan sejuk sendiri. Setelah sejuk, minum air sirih tersebut. Sekiranya pahit dan tak boleh nak telan, boleh letakkan sedikit gula. Cuba amalkan setiap hari selama 2 minggu.
 


2. Ambil secubit kapur makan dan dan campurkan dengan sedikit limau nipis. Gosokkan campuran tersebut di ketiak semasa mandi selama beberapa minit. Dengan cara ini ketiak anda akan bersih dan ianya juga membantu untuk mencerahkan ketiak yang gelap akibat pemakaian deodoran. Amalkan sekerap mungkin.




3. Gunakan tawas bercampur air suam dan gosokkan ke ketiak dan badan dengan menggunakan span. 
 


Selain dari cara dan petua di atas, anda juga boleh mengamalkan pemakanan suplemen atau vitamin untuk atasi bau badan secara semulajadi. Suplemen Shaklee adalah suplemen semulajadi yang tiada pewarna, perasa dan perisa. Ianya halal dan berkesan. Antara yang dicadangkan untuk atasi bau badan adalah :


1. Alfalfa Complex - Ianya berfungsi sebagai penyahtoksik dan merangsang pengaliran hempedu serta membuang mineral bahaya dari tubuh badan anda.





2. Herblax - Berfungsi menyingkirkan toksin dan sisa-sisa yang terperangkap di dalam badan yang menyebab masalah bau badan. Herblax juga membantu meningkatkan pengaliran darah dan membersihkan usus.



3. Garlic Complex - Bertindak sebagai anti-bakteria. Ianya dirumus untuk mengawal bau. Walaupun bawang putih adalah salah satu sebab nafas berbau, tetapi Garlic Complex Shaklee tidak pecah sehingga ia sampai ke dalam usus kecil.


Kesimpulannya, terdapat banyak cara dan petua untuk anda atasi bau badan. Jangan biarkan sehingga ada yang menyindir dan takut dan bergaul dengan anda. Kalau dah tahap tu, memang parah. Jadi, bertindak sekarang ! Jangan cepat putus asa. Sekiranya anda perlukan konsultasi dari saya, hubungi saya sekarang. Lebih istimewa, saya akan berikan konsultasi yang terbaik sekiranya anda mendapatkan suplemen Shaklee dari saya !

Sekiranya anda berminat untuk menghilangkan bau badan dengan Shaklee, anda boleh hubungi saya.


Order sekarang ! Tingkatkan tahap kesihatan anda hari ini !



ATAU








Saturday, 15 November 2014

Cara Kempiskan Perut Lelaki Agar Boleh Pakai Seluar Semasa Bujang

Perut buncit ! perut boroi ! perut gendut ! adoii laaa... macam-macam gelaran anda dapat bila perut semakin ke hadapan hehe.. Dah macam orang perempuan mengandung 8 bulan !




Kebiasaannya, masalah perut buncit ini lebih kepada lelaki yang sudah berkahwin. Anak baru sorang tapi perut dah mengalahkan isteri yang mengandung. Seluar-seluar masa zaman bujang dulu terpaksa la simpan dalam almari. Kena la cari seluar baru sampaikan ada yang susah nak cari saiz seluar.Tak ke tension bila dah sampai situasi macam ni ! 

Faktor Penyebab Lelaki Perut Buncit


Banyak faktor penyebab lelaki perut buncit selepas berkahwin. Faktor pertama adalah isteri masak sedap-sedap dan banyak. Masa ni la makan tak toleh kiri kanan. Main bedal je. Nak pula makan malam. Perut kenyang, rehat-rehat tengok tv, lepas tu tidur. Memang maju ke depan la perut tu.

Faktor kedua adalah kurangnya senaman. Kebanyakan lelaki bekerja di pejabat dan lebih banyak duduk dari bergerak. Ini makin memboyotkan perut yang comel tu hehe..

Okey jom saya kongsikan cara kempiskan perut lelaki.

Cara Kempiskan Perut Lelaki


1. Makan Makanan Yang Seimbang

Untuk mengempiskan perut, kita perlu makan makanan yang seimbang di dalam pemakanan seharian kita kerana diet yang betul boleh membuang lemak di bahagian perut. Makanan yang seimbang sepatutnya mengandungi karbohidrat kompleks, fiber, vitamin, mineral, ikan dan lain-lain lagi. 





2. Berhenti Makan Lewat Malam

Kebanyakan orang suka makan lewat malam dan selepas itu terus tidur. Ini bermakna lebihan gula yang dimakan semasa makan lewat malam akan ditukarkan kepada lemak kerana badan tidak boleh membakar lemak semasa kita tidur.  Jadi, sebolehnya elakkan dari makan selepas pukul 8.00 malam. 

3. Kurangkan Minuman Bersoda, Jus atau Bergula

Soda, jus asli atau minuman bergula mempunyai banyak kalori dan ini akan merosakkan usaha anda untuk mengempiskan perut. Kurangkan atau berhenti minum minuman bergula dan banyakkan minum air kosong atau air mineral. Sebaiknya, minum 8 gelas atau 3 liter air kosong sehari. 



4. Melakukan Senaman

Banyak melakukan senaman yang sesuai untuk kempiskan perut. Antaranya :
  • Senaman Kayuh Basikal / Cycles




  • Senaman Knee Ups



  •  Senaman Leg Raise



  • Senaman Reverse Crunch


  • Senaman Cross Crunch


 5. Diet Atkins

Mengurangkan dan menghadkan makanan berkarbohidrat seperti mee, nasi, kentang dan gula. Mengamalkan pemakanan yang kurang karbohidrat dan tinggi protein mampu menghilangkan berat badan berlebihan.

Selain daripada cara-cara di atas, makanan tambahan juga membantu untuk merealisasikan impian anda ini. Banyak suplemen atau vitamin untuk mendapatkan berat idaman, mendapatkan badan yang langsing, mengurangkan berat badan, dan sebagainya.

Haa amacam ? Ada braann... Senang sahajakan cara nak kempiskan perut lelaki. Kalau teringin nak pakai seluar semasa bujang dulu, jangan malas nak amalkan semua cara ni. Cuma rajin dan usaha yang gigih sahaja diperlukan :)

Untuk mendapatkan konsultasi berterusan secara PERCUMA dari saya, anda boleh hubungi saya sekarang juga. Konsultasi terbaik khas untuk pelanggan saya sahaja.


Order sekarang ! Tingkatkan tahap kesihatan anda hari ini !



ATAU

 



Sharing is Caring