Sunday, 14 July 2013

Kurma Untuk Kecantikan Dalaman & Luaran

Kandungan protein didalam kurma adalah lebih 2.5%, serat 8.0% manakalakandungan gulanya pula adalah sangat tinggi, yakni sehingga 63%, majoritinya adalah glukosa. Lemak yang terkandung di dalamnya pula adalah sangat sedikit iaitu sekitar 0.4% sahaja. 

Kurma juga merupakan makanan kesihatan dan popular sebagai kandungan utama dalam ubat-ubatan tradisional serta suplemen memandangkan ia kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, vitamin A, C dan niasin.

Khasiat Utama

1. Paling pantas diproses dan diserap sekaligus memberikan tenaga segera. Pengambilan kurma secara rutin akan membuatkan tubuh bertenaga,ia juga rahsia awet muda baik untuk lelaki atau wanita.

2. Kandungan serat yang tingi dalam kurma membantu melancarkan sistem pelawasan.

3. Potassium dan beberapa zat galian lain yang terdapat didalam makanan ini dikatakan dapat seimbangkan kandungan air didalam tubuh.

4. Amat sesuai untuk pelajar kerana ia menguatkan memori.

5. Amalan mengambil kurma ketika hamil dipercayai dapat memudahkan proses kelahiran, mengurangkan pendarahan dan memberi tenaga kepada ibu ketika meneran.

6. Selain itu, makanan sunnah ini juga dikatakan penawar racun dan dapat merawat pelbagai penyakit.

7. Kurma juga amat mustajab untuk mengatasi masalah sembelit.

Credit : Mingguan Wanita

No comments:

Post a Comment

Sharing is Caring