Thursday 9 October 2014

Kepentingan Vitamin Untuk Kanak-Kanak

Tentu ada ibu bapa yang tercari-cari makanan tambahan untuk diberikan pada anak-anak kan? Terdapat banyak jenis suplemen dari pelbagai jenama di pasaran. Mungkin ada ibu bapa yang confuse tak tahu nak beri yang mana. Saya salah seorang ibu yang berikan anak makanan tambahan. Ada yang tanya saya, perlu ke berikan makanan tambahan pada anak-anak yang masih kecil? Suplemen apa yang sesuai untuk anak-anak kecil ni? Ok jom saya ceritakan kenapa perlu berikan suplemen pada anak-anak dan suplemen apa yang perlu diberikan mengikut peringkat umur.

Kepentingan Vitamin Untuk Kanak-Kanak

  • Selepas umur 2 tahun, pengambilan makanan berlemak seharusnya di ambil dalam kuantiti sederhana rendah untuk mengelakkan penyakit jantung, kegemukan dan masalah kesihatan yang lain.
  • Dari kelahiran hingga umur 3 tahun, perkembangan otak amat peka terhadap pemakanan bayi dan 75% daripada kapasiti otaknya berlaku dalam tempoh yang genting ini.
  • Pada umur 5 tahun, 90% daripada perkembangan otak kanak-kanak telah lengkap.
  • Antara umur 11 dan 16 tahun, satu peningkatan yang besar dalam tumbesaran biasanya berlaku dengan peningkatan berat badan dan pertumbuhan otot yang ketara.

Tanggungjawab ibu bertambah berat apabila perlu memikirkan jenis ikan, daging atau ayam yang kena beli. Sayur apa yang bagus untuk kanak-kanak, berapa kuantiti yang diperlukan untuk kanak-kanak. Bagaimana dengan proses penyediaannya. Boleh ke ibu-ibu memastikan zat-zat vitamin yang terdapat dalam makanan itu kekal atau hilang ?

Dari kajian menunjukkan pelbagai masalah kesihatan kanak-kanak seperti seperti asma dan ekzema berkait rapat dengan pemakanan - pengambilan ikan dan bijirin. Kajian yang dibuat ke atas 598 kanak-kanak menunjukkan peningkatan terhadap kesihatan kanak-kanak yang menghidap masalah di atas setelah menambah pengambilan ikan dan serat, manakala menambah pengambilan buah dan sayur tidak membantu untuk mengurangkan masalah mereka.

Jadi, apa yang anak kita perlukan dari sumber ikan dan bijirin tu ? - Protein, Minyak Ikan dan Serat.

Sesibuk mana pun kita sebagai ibubapa, keperluan makanan anak jangan di ambil ringan. Bagi mengurangkan bebanan dan keluh kesah ibubapa, di sini saya mengesyorkan untuk mengambil makanan tambahan atau vitamin sebagai keperluan nutrisi makanan lengkap untuk anak anda. Justeru itu, saya mencadangkan beberapa vitamin untuk kanak-kanak seperti berikut.

Omega Guard



Merupakan minyak ikan terbaik. Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak Omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak.


Chewable Vita-C Plus



Menguatkan fungsi imunisasi. Tubuh badan kanak-kanak boleh melakukan banyak perkara, tetapi ia tidak boleh membuat atau menyimpan vitamin C.
  • Membantu mengekalkan pertahanan semulajadi tubuh badan
  • Membantu kanak-kanak menjaga kesihatan gigi dan gusi serta struktur tulang. Ia sangat penting bagi gigi yang kuat dan gusi yang sihat
  • Meningkatkan penyerapan zat besi daripada sumber bukan daging
  • Untuk kesihatan tulang, gigi, gusi serta juga struktur am tubuh badan


Meal Shakes


  • Minuman berperisa vanila yang lazat dan disukai anak-anak
  • Mengandungi 19 jenis vitamin dan mineral penting
  • Rendah lemak dan rendah glisemik
  • Sumber protein dan kalsium
  • Sesuai untuk hidangan sarapan pagi dan sebelum tidur

Setiap bancuhan Mealshakes memberikan satu pertiga daripada US RDA dengan 19 vitamin/mineral yang diperlukan bersama dengan protein, galian dan 3gm serat. Ia adalah pemakanan tambahan yang lengkap.

Peringatan : Ibubapa kena pastikan anak tiada alahan protein soya kerana Mealshakes Shaklee adalah soy based.

Mari dapatkan khidmat nasihat percuma untuk kesihatan anak-anak dengan pembelian di Natural Vitamin Shoppe !


Order sekarang ! Tingkatkan tahap kesihatan anda hari ini !

 

No comments:

Post a Comment

Sharing is Caring